Mesti ada yang ingat aku nak cerita pasal bolasepak, kan? Takde lah. Aku nak mengisytiharkan hari ini sebagai hari mengutuk member sendiri.
Tak ramai member aku yang baca blog aku atau tau yang aku ada blog, tapi ada laa jugak beberapa di antara mereka yang tau dan juga kerap baca. Tapi hakikatnya aku tetap berasa selesa untuk mengutuk mereka di sini sementelah aku merasakan mereka tidak akan berhati busuk untuk merepot pada member-member yang lain kerana mereka yang membaca blog aku ini terdiri daripada orang-orang yang baik-baik belaka. (sungguh plastik dan spastik sekali perenggan ini, bukan?)
Apabila anda telah bersetuju untuk duduk semeja dengan aku di kedai mamak sambil menonton bola, maka anda berhak untuk dibahan, disakat, dikeji, disakitkan hati, dikutuk dan dihina oleh aku. Menariknya di sini kerana setiap orang rambut je sama hitam, tapi rebonding masing-masing kat kedai lain-lain. Jadi sudah tentu hati mereka juga tak sama. Ada yang kuat melantun, dan ada yang tidak. Untuk aku menerangkan satu-satu perangai dorang, lebih baik aku samakan dorang seperti bola. Kerana bola itu sifatnya melantun, dan kami pula memang suka tengok bola. Nampak bersesuaian gitu.
ACAB : BOLA BOLING
Acab ini sukar nak melantun. Macam berat sangat je nak melantun; tapi jangan salah sangka. Hanya dengan sedikit skil swing ketika anda membaling, dia boleh dilantunkan mengikut kehendak yang anda suka malah beliau nampak begitu ringan melantun namun cukup kuat untuk menjatuhkan pin-pin atau maruah dan airmuka sesiapa sahaja yang beliau kehendaki. Jadi, berhati-hati sebelum membuat balingan.
AIMAN : BOLA SQUASH
Squash dimainkan di dalam bilik tertutup di mana bolanya dilantunkan pada dinding untuk kita capai semula. Aiman seorang yang agak susah untuk dibahan kerana beliau lebih banyak idea untuk membahan orang lain. Namun sekiranya anda memiliki peluang untuk membahan beliau, maka apabila dia melantun balik silalah jangan cepat tamatkan set sebaliknya teruskan lantunan anda dan anda akan dapati diri anda berada dalam pertarungan yang mendebarkan sampai ke subuh esok hari.
AMRI : BOLA PINGPONG
Kecil (tapi tak padan dengan saiz beliau yang sebenarnya gedabak), kosong didalamnya, dipenuhi angin-angin ammonia. Mudah untuk dilantunkan tapi mudah pula diterbangkan angin sehinggakan anda tak tahu ke mana dia telah pergi. Bawah meja ke, dalam baju ke, mana entah! Selalunya begitulah pun kalau beliau bercerita. Dari satu poin, tiba-tiba entah macam mana boleh sampai ke satu poin yang lainnya yang memang takde kaitan langsung.
APEET : BOLA GULI
Pun kecil jugak (kali neh memang bersesuaian dengan saiznya). Tapi keras. Kadang-kadang impak lantunannya nampak lemah atau boleh tak perasan pun. Tapi sekali dia merejam ibu jari kaki kita, berminggu-minggu kita jalan terhencot-hencot.
APEK : BOLA SEPAK
Resmi bola sepak, bila kita sepak, dan terkena badan orang lain; biasa laa tu kalau orang tu sakit. Begitu juga apabila kita dirembat kembali. Lantunan beliau adalah pada kadar normal sebenarnya; bergantung mengikut kekuatan sepakan kita terhadap beliau.
AZMIN : BEBOLA IKAN
Selalunya dia tidak melantun kerana dicampakkan di dalam air untuk direbus. Kadangkala kita goreng pula secukup rasa. Namun yang pasti, isinya berlemak (lemak ikan laa tapi) dan sedap diratah beramai-ramai.
IJAL : BOLA RAGBI
Rupanya lonjong (nasib baik bukan American Football. Kalo tak, kang ada yang mengamuk tak pasal-pasal). Jarang melihat orang melantunkannya sebaliknya lebih seronok untuk dibimbing bersama untuk menjaringkan touchdown. Tapi, ada masanya penalti perlu dilakukan, maka ketika itu beliau akan disepak melambung tinggi keseorangan di udara tanpa ada sesiapa nak tolong back-up. Tolong gelak je boleh laa kot.
NAWFAL : BOLA KERANJANG
Orangnya tinggi macam Sakuragi Hanamichi, dan matanya pun boleh tahan gak keranjang. Biasanya orang main bam-bam berulang kali dan beliau susah nak terlepas dari tangan. Maksudnya di sini bahan dia macam mana pun dia takkan nak blah punya. Dan dia jarang melantun balik untuk menyakitkan kita biarpun sifat semulajadinya keras macam bijik kelapa. Kalau kita terkena pun tu dikategorikan sebagai tak sengaja.
NORIS : BOLASEPAK JENAMA KAPPA
Kenapa berjenama Kappa? Cuba anda kutuk liga Itali atau pasukan kebangsaan mereka di hadapan beliau; dan beliau akan melantun balik seadanya. Tapi dia tak sama macam bola jenama lain sebab kalau anda kutuk Liga Malaysia atau English Premier League, beliau tidak akan memberikan sebarang respon lantunan. Bola yang unik, bukan?
PAK TAM : BOLA BLACK LUCKY BALL
Sekiranya anda lucky (sekiranya dia ada mood), apabila anda membahan dia, dia akan melantun semula seperti rejaman bola snuker di perut anda. Anda pernah rasakan bola snuker hinggap di perut anda? Aku tahu perasaannya kerana aku pernah beberapa kali menahan bola futsal rejaman kaki beliau ketika aku menjadi goalkeeper yang mana membuatkan aku kepedihan sana dan sini. Sekiranya anda tidak lucky, dia cuma akan tersengih kambing sahaja mendengar kutukan anda terhadapnya.
SYARIZ : BOLA LISUT
Selalunya ia tak dapat dijangka bila akan muncul. Sama seperti fenomena di kedai mamak yang tiba-tiba memasang siaran Major League Baseball di malam minggu tanpa sesiapa menduga. Setelah ia muncul, barulah orang ramai sedar yang malam itu tiada permainan liga, mungkin kerana ada kelayakan World Cup dan sebagainya. Namun walaupun jarang-jarang dapat tengok, sifatnya tetap laju; berpuluh kilometer sejam lajunya dan kalau terkena badan kita, pasti sakit tak sudah. Hakikatnya kalau terkena kat burung, dengan selambanya burung itu boleh menemui ajal (sila tonton video di sini). Itu baru burung di awangan, belum lagi terkena kat burung aku. Lalalala…
Susunan nama di atas adalah mengikut abjad ye, harap maklum. Sila jangan ada yang terasa lebih-lebih.
“Jai, ko pulak melantun cam mana?”
“Aku? Melantun? Bila masa pulak?” Keh keh keh…
Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding
Cari Pasangan Hidup
-
Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan
pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu
menc...
12 hours ago
7 KoMen:
ko xde kew jai???
selalu ko la cpat melantun cam belon....
hehheheh....
style
tp apsal gambar ak tu mcm tu
aduhai
tukar gambar please!
haha
=D
bola golf sapa?
wah...
memberi perumpamaan bola pada membe2..1st time baca & denga ni..mujur dapat membe yang sporting..pedehal la kan...simbolik sungguh la ni...hehehe
tp menarik la..nak gelak pun ada..
mr ajai bola apa lak erk?
ha
utk ajai:
dier ni xlebih kepada bola tp dier adalah belon
ringkas
kenapa?
sebab kalau dihayun dan dilambung lembut dier akan melayang lembut tetapi kalau dihayun kasar akan meletuplah dier
kan ajai kan?
=D
tak paham la makcik
ijal : ye ke? cepat ke? tak pasan pon...
aiman : permintaan anda telah dipenuhi. sila jgn bising2 di i.m nanti ye. jenuh aku nak menjawab sekor2 pulak nanti.
maksu : bola golf tu saya kot maksu. kalo kene pukul, slow je die pegi. pastu masuk lubang dok dalam tu diam2. ye, saye mmg kawan yg cool orgnye.
dekboy : err, tak le sporting sgt sebenarnye. neh pon buat entri bertaraf berani-mati je neh.
aku bola-bola api... haha...
aiman no.2 : siottt... sempat lagi tu.
makcik ain : ala makcik neh, neh gurauan org2 muda laa makcik. mmg susah sikit nak paham makcik.
err, makcik ada anak dara tak?
kuang3x...
Post a Comment