BADMINTON! Ya, sungguhpun aku tidak selicik Lee Chong Wei, tidak setangkas Misbun Sidek dan tidak se’buaya’ Rashid Sidek; tapi aku berjaya menempatkan nama aku sebagai ahli pasif dalam kelab badminton sekolah aku sewaktu sekolah rendah dahulu.
Kini aku tidak lagi aktif dalam menyertai mana-mana kelab termasuklah kelab penyokong bolasepak sekalipun. Maka atas dasar itu, bila ada perlawaan orang-orang tertentu yang mengajak aku pegi ‘kelab-ing’, aku terpaksa menolak dengan nada yang tegas.
“Kenapa?” Mereka bertanya. Adakah kerana aku seorang yang alim dan mahu menghindari tempat-tempat berbaur maksiat seperti itu? Mungkin… Tapi tidak semestinya tepat.
Mungkin aku takut untuk menari di khalayak ramai agaknya. Kekurangan keyakinan ataupun self-esteem? Pun mungkin jugak. Tapi satu perkara yang aku pasti, aku kelihatan amat hodoh sekali ketika aku menari. (Kalau macam tu menari laa banyak kali, tongong!)
Setakat ini, aku pernah mencuba beberapa rentak tarian yang boleh di-flowkan secara semulajadi dengan liuk lentuk tubuh badan aku ni ketika mendengar mp3 sensorang dalam bilik sewaktu dinihari. Perlakuan songsangku ini tidak pernah berjaya dihidu oleh sesiapa termasuklah orang tuaku. Sungguh hebat, oke!
Analisis yang berjaya aku kumpul mendapati; aku lebih cenderung untuk menari twist ala-ala A Go Go zaman pop yeh yeh dulu. Dan aku juga ada bakat dalam melentokkan badan dengan
Seterusnya aku rasa aku mampu untuk menari ghazal mahupun dondang sayang. Kesemua ini ternyata tidak diketahui oleh diriku sebelum ini yang masih berdegil tak mahu menjejakkan kaki ke ‘kelab-ing’ sampai ke hari ini.
Tapi, aku tetap tak reti jugak nak menari shuffle, oke! Shuffle daun terup pun aku failed; inikan pulak nak menggeliatkan urat-urat betis aku yang sexxy ini sampai ia terbelit - aku tak sanggup! Dan aku takde masa nak belajar lebih lanjut…
Bak kata
Hish… macam laa dah takde benda lain nak dibuat selain menari. Aku tak salahkan aktiviti menari tu secara sendirinya; tapi aku tak setuju dengan orang yang mahu membudayakan aktiviti menari.
Menari, memang memberikan bentuk kepuasan yang unik dan tersendiri. Tetapi, sekadar mahu memuaskan diri sendiri bererti kita sebenarnya cuma sekadar mengikut nafsu. Bertindak menggunakan akal yang diberi dalam mencari sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat pada diri; barulah digelar tanggungjawab dan tugas kita sebagai manusia yang sejati.
Bagi aku menari ni bagaikan satu senaman. Ia perlu dibuat tatkala keadaan memerlukan. Contohnya senamrobik ke apa ke. Still enjoy gak sebenarnya menari senamrobik neh dengan melonggarkan kembali otot-otot, pasti membuat tubuh badan kita kembali segar dan selesa. Takde laa rasa keras je, lenguh je sepanjang hari duduk atas kerusi.
Bersolat pun boleh dijadikan aktiviti senaman. Yang penting badan kita perlu sentiasa bergerak supaya tisu yang menghubungkan sendi-sendi kita tidak menjadi keras dan rosak. Bagaimanapun bukan ramai yang rajin nak bersolat. Takat buat solat fardhu tu adat laa…
Maka, buatlah sebarang aktiviti berfaedah yang difikirkan mampu di samping usaha ‘kita’ melangsingkan badan ke bentuk tubuh idaman sebelum raya nanti mahu dilihat terlaksana dengan jayanya. Hehe…
~”Mak, betul tak cara Atan ‘melenggang’ perut neh?”~
4 KoMen:
Pnah try j-robik?
ahli pasif kelab badminton, kira ok lah tu.... saya ahli novice kelab congkak
Sue-diBawahPar-Joe : menatang apekah itu? jeling-robik?
mak-sue-wa-sue-wei-kemoning : seangkatan ngan si suparjo neh ke maksu? huhu...
Bro, J-Robik tu merupakan senamrobik yang menggabungkan beberapa pergerakan yg diambil daripada tarian zapin dan beberapa seni pertahankan diri seperti silat, silambam, dan tai chi.
J tu refer kepada Johor, pasal menatang ni feymes kat Johor. Try usya kat youtube.
Post a Comment