1.9.08

RAMADHANKU HARAPANKU

Bila Sang Pujangga bermadah kata :




Tak begitu panjang penceritaan aku kali ini. Tak memerlukan sampai 4 siri pun. (hehe)


Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang baru tiba untuk musim 1429 Hijrah ini, aku nak berterima kasih buat mereka-mereka yang mendoakan keselamatan aku dalam memperkasakan diri menghadapi bulan yang sedikit mencabar bagi orang kurang iman cam aku neh.


Aku juga nak mengucapkan selamat juga untuk kalian-kalian semua dalam menghadapi godaan-godaan cetusan nafsu diri masing-masing.


Aku tak reti nak cerita banyak pasal bab agama ni sebab aku sendiri bukanlah seorang yang warak. Nak mengkopi-pasta pun rasa-rasa tak berani takut tersalah ‘sampai’ pulak nanti. Al-maklum laa aku ni bukannya ilmuwan kitab Islam. Bab lain kita boleh jadi kritis demi mencari kebenaran yang terselindung, tapi bab agama neh memang dah tersurat dengan peninggalan wasiat junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam kitab Al-Quranul Karim. Tapi apa-apa hal pun cukuplah jikalau kalian semua tak sangsi akan keikhlasan aku mahu melihat keberkatan bulan mulia ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kita semua.


Aku juga menyedari kewujudan fahaman skeptikal sesetengah pihak terhadap golongan orang kurang celik agama seperti kami ini. Ada yang mengatakan “Haih, nak tunggu bulan poser baru nak ingat tuhan ke? Selama neh…?”


Tak kisah laa tu walaupun sedikit menyakitkan hati. Hakikatnya KEBENARAN ITU SERINGKALI BERSIFAT PAHIT. Kalau tak percaya cuba tengok hukum alam yang boleh kita perhati sendiri kat atas mukabumi ini. Perkara yang membawa kebaikan seringkali tidak disukai (e.g ubat – pahit, amanah – lambat kaya, ceramah agama/motivasi – kurang menghiburkan). Sementara perkara yang dianggap ‘best’ pulak selalunya mendatangkan keburukan (e.g kulit ayam goreng, nyam nyam – kolestrol tinggi, filem best – melalaikan, rezeki wang yang melimpah ruah – tamak/boros/bangga diri)


Tapi sesuatu yang aku amat suka bercampur terharu di bulan puasa ini; adalah apabila melihat semua orang berlumba-lumba ke arah kebaikan demi mencari pahala berganda menggantikan dosa dan cela yang tak terkira banyaknya terkumpul sejak sekian lama. Sekaligus menjadikan diri ini turut berasa malu akan nasib diri dan cuba memperbaikinya mana yang termampu. Bagi aku, inilah hikmah Ramadhan. Dicipta reka oleh Yang Maha Berkuasa untuk anak-anak muda baru nak kenal erti akil baligh, mencari hidayah dan latihan menjalankan ibadah; sekaligus mengingatkan pula pada kami-kami yang dah tua bangka ini agar kembali ke jalan-Nya.


Syukur kita masih diberi peluang untuk hidup menempuhi bulan Ramadhan tahun ini dan insya-Allah tahun-tahun mendatang nanti. Apakah kesan pengisiannya dapat membentuk sahsiah kita sebagai muslim sejati; sama-samalah kita renungi untuk kebaikan diri sendiri. Samada sekadar mencuci dosa berkati-kati, atau nak merelatifkan sambutan Aidilfitri; harapannya agar segala keburukan terhindar jauh dari hati kita. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan munafik pula! Sesungguhnya Allah memurkai sifat yang seperti ini.


Ingat-mengingati sesama kita, khususnya untuk diri sendiri merupakan dakwah terbaik yang mampu kita payungi. Tepuk dada tanyalah hati. Nak ke kita teruskan berperangai setan tatkala mereka sedang diikat pada bulan ini? Sudah tiada alasan lagi walaupun kita sedar graf iman kita tak cukup tinggi.


Wallahu’alam.

9 KoMen:

Efendi said...

hmm..takpe la berlumba2 cari pahala bulan ramadhan saja pn...sekali sekala

drp berlumba2 beli tiket konsert skali skala..haa...renung2kan..ecehceh

slamat menyambut ramadhan akeji...smoga cuba utk mengisinya dengan baik

LadyTiz said...

kulit ayam goreng memang bahaya! jangan makan weih... nanti diameter pusat ko akan lebih ke dalam... *lalalalarikkkkk....

selamat berpuasa! moga dibulan yang mulia ini mendatangkan seribu keberkatan! :D

letak je info2 beragama kat sini... no harm done pun. :D

miss nugget said...

saye hanye nk meninggalkan komen..

KOMEN...

ok..tengkiu

kakpiah said...

dik, ko nih mmng terer la bab2 penulisan nih.. buleh jadik wartawan la.. ke mmng wartawan?? biler baca blog ko nih.. mcm akak baca paper jer.. sumer ada.. bess..besss..

Mak Su said...

salam ramadhan akeji... :)

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

KaK PiaH !

aJaiK Ni MmG PAPARaZZi !

HaHaK !

MakcikMuda said...

sayam (ditujukan kepada awanak),

incik akeji neh mmg cam paparazzi kann :))

ayat dye xleh blah :))

selamat berpuasa abgku!
silalah belanjer rynn ubt pelangsingan badan adik beradik qshe lau rynn bjaya turunkan berat badan!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

Fata'un Hana' : same laa kiter... huhu... terasa neh sbb dulu pnah skali terkejar2 nak beli tiket konsert linkin park live at stadium merdeka... adehhh...

tyra : ko mmg selayaknya mendukung peranan lajnah menyakat... tgk arr nanti...

nugget a.k.a apeed : saye nak balas komen anda... BALAS...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak piah : saya banyak belajar dari akak. cuma akak lebih fokuskan skop pada shinbei dan ramtaro... saya blum ade anak bini... kalo dah ade esok mungkin beralih fokus cam akak gak... hua hua hua...

maksu : salam gak

wanark : sejak bile pulak ai ade anak nama razzi? ke yu nak meng'ibu'kan bakal anak ai tu? ai mmg keji oke!

rynark : kalau ayang dah kurus, dah tak dapat dah nak pejal2kan or montok2kan yg mane patut pakai q-she... huhu...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?