Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Semalam ada laa sorang awek neh cakap aku buncit. Huh, takde laa aku nak nafikan pun. Aku memang ada perasan akan fenomena ini. Ketakutan yang mula melanda diriku ketika ini adalah berkenaan diet aku sepanjang bulan Ramadhan ini.
Seperti kebanyakan orang; especially pada ‘gadis-gadis lanunz’, sememangnya bulan puasa ini dinanti-nantikan ketibaannya kerana dipercayai dapat membantu tugas mengurangkan diameter perut masing-masing. Aku juga tidak terkecuali untuk
Actually kadar pertumbuhan lemak dalam badan aku mula bergiat aktif ketika aku berusia sekitar 11-12 tahun. Pada waktu tu punca utama aku kuat makan kerana nafsu setelah lama tak jumpa lauk pauk yang best-best seperti ayam, ikan bawal mahupun gulai ketam.
Tak percaya, sila selidik gambar neh betul-betul…
*Sorry sebab kualiti rendah. Aku tangkap gambar atas gambar neh.
Pada peringkat usia ini, keluarga aku mengalami kejutan budaya sedikit apabila berpindah dari bandaraya KL ke estet swasta terpencil bernama Ladang Bukit Puteri milik Austrial Enterprise di Pahang. Ketika itu gaji mak bapak aku sekitar RM300-400 je sorang. Masa tu aku dapat RM10 sebulan pon dah kira kaya sangat, terasa dimanja-manjakan sebab aku bebas untuk berjoli sakan dengan wang tersebut membeli apa sahaja yang aku suka.
Adat budak bandar, yang sudah dibesarkan dengan alat mainan seperti kereta remote control mahupun juadah Kepsi sebulan sekali; ketidak-laratan ibu aku nak masak lauk-lauk berskala best dan mahal menjadi satu kejutan untuk aku. Biasanya bulan puasa atau musim raya baru dapat merasa. Kalau nak dapat 3-4 bulan sekali pun ikut nasib.
Lalu aku mula menjadi tamak haloba mengikut hawa nafsu bila terjumpa makanan-makanan yang sangat best ini. Setakat 3 pinggan
Maka ketika itulah aku mula mengenal erti ‘gemuk’ dalam kamus hidup aku. Diet pemakanan yang tak seimbang menjadi puncanya. Selang bertahun silih berganti; ada masa aku kembali kurus kerana malas nak makan banyak sebab tak ada access untuk makanan-makanan sedap, ada masa aku kembali gemuk sebab ter’lebih’ makan.
Ni gambar untuk membuktikan bahawa aku PERNAH kurus…
And ni lagi satu kalo korang still nak mempertikaikan gambar di atas.
Aku jarang ikut jadual makan sebenarnya. Kalau aku rasa lapar, aku makan laa. Tak kira laa kalau aku lapar sekali sehari atau 10 kali sehari. Dan kalau aku jumpa makanan yang sedap, maka kalau dah makan 10 kali sebelumnya sekalipun aku tetap akan mentekedarah
2-3 bulan sebelum bulan puasa ni, aku kembali ke diet normal. Yakni aku ada sarapan pagi, makan tengahhari, makan makanan ringan waktu petang dan makan malam ketika menonton Buletin Utama. Yang aku perasan kebaikan makan mengikut waktu ini adalah bahawa perut kita cepat kenyang lantas membuatkan kita jadi malas nak makan banyak. Makan sepinggan pun dah cukup asalkan dapat merasa/menjamah lauk-pauk yang terhidang.
Sudah pasti ini suatu berita yang menggembirakan! Dan aku mula merasa bertambah hensem kembali kerana dapat melihat pengecutan isipadu perut secara perlahan-lahan.
Tapi di bulan puasa ni, nafsu aku kembali tak terkawal. Tak kira proses bukak puasa atau sahur, aku kembali makan
Huh, dugaan dan chobaan…
~Tahun neh saya nak beraya dengan baju melayu kaler biru muda bersaiz M… Mudah-mudahan~
10 KoMen:
KoMeN aKu :
CHaiYoK CHaiYoK !
MaRiLaH BrSaMe2 PENCEN Dr sTaTuS PENTERNAK LEMAK YG BRJAYE !
HaHaH !
Buncit itu seksi, dude.
wanark: hoh. ko tu mmg dh 'sedap-sedap' kurus. nak kurus lagi? kang tggl tulang je kang.
jo-kachak: seksi itu geli...
hahaha..kalau buncit sihat wal'afiat takpe lee
tp kalau niat taknak buncit lagi takpe..bagus2...bhasyaaa!!!
betul tu..buncit seksi pe...
wahhhhhhh, baju raya dia kaler blue yer..
kalau nafsu masih tak terbendung, boleh pecaya ke dpt saiz M..? hihihii
maksu pun idamkan saiz m....caiyuk caiyuk, mari berusaha
anul: same-same laa doakan...
cendawanmesra: a'ah kaler blue... tapi belinye pon blom lagi... wakakaka!
ijok: itu le paseynye...
maksu: maksu skang tgh pakai saiz ape? heran neh...
Semua Nak Kurus..?..Sapa Nak Gemuk..?..Xpe Biar Aku Jadi Gemuk..
ko takleh gemok korak... ko tu kan spesis tulang...
Post a Comment