15.10.09

EDISI RE-POST : STUDENT @ WORKERS?

PostScript : Tarikh asal penulisan adalah pada 24/8/2009. Kenapa ia tidak jadi disiarkan? Korang speculate laa sendiri. Tapi terasa macam tak kena pada masanya ketika itu. Kini ia telah basi dan aku percaya entri ini tidak akan melukakan hati sesiapa. Keh keh…



“Ada yang nak kat ko, ko pegi reject. Yang tak nak kat ko, ko terhegeh-hegeh pulak.”

Ye, di sebalik tajuk entri yang berbunyi seperti ingin memperdebatkan soal isu hak asasi, sebenarnya entri kali ini tak lebih dari sekadar jiwang semata-mata.

‘Ramai’ sungguh peminat aku yang tertanya-tanya: “Kenapa ko neh memilih sangat Jai? Kalo hensem ke, banyak duit ke, takpe laa jugak…”

Aku bersifat memilih kerana aku yang mencari. Sepertinya jika aku ingin membeli busana, sudah tentu aku akan memilih persalinan yang paling hensem untuk dipadankan dengan skala body aku yang macho seperti Awie ini.

Tapi kalau ada nak yang bagi t-shirt free kat aku, dan ‘muat untuk aku pakai’, dengan selambanya aku menerima dengan hati terbuka tanpa sebarang perasaan malu. Tak kisah laa kalau baju tu nampak buruk dan kotor sekalipun. Yang penting selesa untuk aku sarungkan. Sebab aku bukan gila berfesyen pun.

Boleh tangkap tak metafora di atas? Ye, aku seorang yang memilih tetapi tidak memilih. Sebarang pilihan yang aku buat adalah bergantung pada situasi semasa dan selalunya ia bersifat spontan. Faham?

Tapi, satu-satunya perkara yang aku sukar berkompromi adalah untuk memutik perhubungan berbait-baitkan ayat bunga-bunga cinta dengan mereka-mereka yang bergelar student.

Kerana itu aku lebih gembira sekiranya mengetahui target bakal mangsa… eh silap, calon jodoh aku sedang bekerja atau menanam anggur. Kenapakah fenomena ini berlaku? Adakah kerana faktor ekonomi?

Ohh, aku bukanlah mata duitan atau bercirikan dasar materialistik biarpun aku mengidam nak memiliki 9 buah kereta pelbagai segmen, 2 motor superbike, banglo dua tingkat setengah beserta 7 bilik tidur 5 bilik mandi, lengkap dengan swimming pool dan bilik karaoke; hakikatnya aku tidak memilih calon jodoh yang kaya raya. Kerana aku sedar aku pun papa kedana je.

The thing is; aku neh cepat rimas oke! Tak boleh laa selalu nak berkepit je. Berdasarkan kajian semasa dan pemerhatian terhadap orang sekeliling sebelum ini, aku dapati perhubungan emosi antara dua jantina yang masing-masing memiliki komitmen kerja tersendiri, adalah lebih sukar untuk menghabiskan masa bersama-sama berbanding mereka-mereka yang bergelar student. Bentuk perhubungan ini adalah sangat penting untuk aku pilih kerana aku seorang yang lembab membuat kerja. Maka apabila jarang bersama, adalah masuk akal untuk aku mengambil masa yang panjang dan secukupnya untuk mengenal hati budi masing-masing sebelum memikirkan untuk mengambil langkah selanjutnya. Setiap hasil ‘kerja’ aku yang bersifat terburu-buru seringkali membinasakan diri aku sendiri. Disebabkan perhubungan itu melibatkan dua jiwa, maka aku tak mahu ketidaksempurnaan aku ini turut membinasakan pihak si dia pulak nanti.

Dan yang paling merisaukan aku, soal fokus. Di antara dua insan bercinta yang masing-masing mempunyai kerjaya, fokus mereka terhadap dunia romantis selalunya berlandaskan konsep ‘try and error’; kalau dah takde jodoh nak buat cam mana. Sebaliknya pula dengan para-para student ini yang selalunya hilang fokus terhadap pelajaran, sedangkan semua orang setuju bahawa ilmu itu lebih penting dari berbini/berlaki.

Dan kalau laa aku ni good enough or worth for, takpe laa jugak. Masalahnya aku sendiri pun tatau apa nilai terbaik yang aku miliki. Jadi untuk mendamba cinta yang sejati dari mana-mana insani yang sedang menuntut di kolej atau universiti, aku memang tak berani. Sedangkan yang aku cuma boleh offer pun adalah: ‘cuba try test tengok sekali’ (sambil angkat-angkat kening dengan gaya menggoda).

Jadi, bila aku cakap aku lebih prefer membina hubungan dengan non-student, sila laa jangan cepat sangat tuduh aku shallow atau mengamalkan prinsip diskriminasi. Aku tau aku bukan insan terbaik untuk menilai diri kamu, tapi aku tau keperluan untuk aku menilai diri sendiri terlebih dahulu. Mencegah lebih baik dari mengubati. Dan sepi tak bermakna tak boleh mencari.



~”Belum tiba masanya lagi…”~

3 KoMen:

Mak Su said...

maksu nak komen ttg t-shirt free je... maksu kalu beli t-shirt or if ada sesapa nak belikan t-shirt, maksu suka t-shirt bundle, sbb big size... maksu ni dah tak mampu nak pakai t-shirt comel2 saiz mannequin tu... apo nak buek.

(tulisan tu bila maksu skrol guna tikus ni or page down, dia jadik bertindan, payah skit nak baca, mgkn pc kat opis ni ada problem kot)

dekboy said...

salam..

berat mata memandang..
berat lagi bahu yang memikul..
hahaha..
bukan senang nak senang..
cari awek senang kot..
cari bini tu yang payah..ahakssss


p/s..dah jatuh chenta sama ini blog..syokkkkkk

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : sebenarnya, saiz kita mungkin sama maksu. cuma saya mungkin lebih confident utk menayangkan tubuh badan yg sasa. maka kalo bagi singlet pagoda free pon saya terima...

(tu namanya sindrom tikus mengawan tu maksu)

dekboy : itu laa masalahnya. cari awek senang, tapi pe guna cari awek kalo tanak dibuat bini pulak kan? haa, kan dah dilema tu...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?