27.10.09

SENSITIVITISME

Ayat baru. Yes, aku memang tak peduli kalau digelar sebagai pengkhianat bahasa yang suka merubah bahasa atau mencipta terma baru sesuka hati aku je. Walhal hakikatnya DBP sendiri sudah acap kali mencabul kehormatan bahasa melayu.

Oh, aku memang agak sensitif kalau menyentuh bab bahasa. Kerana ia satu-satunya hasil seni yang aku boleh faham dan adapt. Kerana tangan aku ini memang cakar ayam bila masuk bab melukis manakala suara aku pula kasar sedikit dari ayam bila aku diajak berkaraoke. Balik-balik ayam jugak jadik mangsa.

Tapi bila aku cuba menyelami bahasa, ohh, sungguh nikmat tak terkira.

Bayangkan bila Hang Tuah bertemu Gusti Putri di puncak Gunung Ledang, berlatarbelakangkan jeram yang deras tapi nyaman, lantas menerbitkan luahan puitis berbunyi seperti ini :


TUAH : Demi cinta; tiada gunung terlalu tinggi.
PUTRI : Kini kita sama-sama berada di puncaknya. Bagai mimpi rasanya kekanda berkata-kata cinta pada adinda.
TUAH : Suaramu membuka hatiku yang merindu; kini ku rasa deruan angin menusuk di dada.
PUTRI : Mengapa cinta adinda diuji sebegini jauh, kekanda?
TUAH : Kanda lupa cinta dinda seagung maya.
PUTRI : Kalau cinta kekanda; bukan semesta luasnya?
TUAH : Masih kecil berbanding cinta dinda.
PUTRI : Tetapi kanda ke mari juga.
TUAH : Laksana insan haus dahaga, bertemu air satu telaga


Sebenarnya banyak lagi petikan dalam filem hebat tersebut yang lebih enak bunyinya, seperti “Belayar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang; yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang.”

Tapi aku memilih petikan di atas kerana situasi sekitarnya yang cukup sensitif kerana pertemuan itu berlandaskan harapan dan janji, namun terpaksa diketepikan demi amanah yang diberi.

Menariknya kerana ramai di antara kita pernah terjerumus dalam situasi sensitif sebegini dan seringkali kita tenggelam dalam akal yang dengkal untuk cuba mencari bahasa paling masuk akal untuk kita hujahkan. Di pengakhiran, kata-kata kita sendiri (kadangkala disusuli perbuatan) yang memakan diri kita kembali. Yes, we are the enemy of our own.

Aku juga banyak kali melukakan hati mereka-mereka yang tidak sepatutnya atas akibat gagal menangani perkara ini sebijaksana yang mungkin. Maka perlulah kita untuk banyak berfikir sebelum mencelah dengan nada suara kita yang tersemat dalam minda.



Ye, aku sensitif orangnya. Kamu pula tidak? Heh!

7 KoMen:

dekboy said...

ya..kita setuju.
bahasa jiwa bangsa..
bahasa menujukkan bangsa...


kadang2 boleh diterima..
kadang2 dah takleh pakai dah skrg..

sebab..

penggunaan bahasa rojak lebih sinonin dgn jiwa anak muda...macam tu jugak bahasa sms...

wak gi ane..wat per..aq nak kut..

wakakaka..maka akan jadi la bahasa perosak bangsa..

hehehehe...

adakah kita sensitif?iya barangkali..tp dalam kadar peratus yang agak sedikit..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ade ke org yg tahap sensitif mereka 0%? :p

antara yg paling tak masuk akal, belanjawan ---> bajet. muahahaha... hodoh gile ejaannye bile ditranslate camtu je.

dekboy neh sungguh kritis laa even for ur own age. wah wah...

Mak Su said...

sungguh sopan dan berkelambu bahasa Tuah dan Gusti Putri :)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

betol! betol maksu!

hanya mereka2 yg terpilih saja akan memahami metafora citer hang tuah di atas.

wakakakaka...

Umi Nazrah said...

eh sensitif tu pening. takda sensitif, nnti tak jd la kreatif (?)

nur'ain said...

gatal la Tuah tu

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

nazra : betul tu. sensitif neh mmg penting, dan juga pening. ekekeke...

tapi mmg daya kreativiti adalah langsungan dari sensitiviti. maka org yg langsung tak sensitif mereka sebenarnye tak kreatif dan suke membuat perkara-perkara yg menyakitkan hati org lain. no wonder rite?

ain : bukan tuah saje yg gatal. lalala...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?