12.7.10

FINALLY…

Pernah dengar lagu Finally by Fergie? Sebuah lagu yang agak lari dari genre kebiasaan beliau. Tapi disebabkan suara beliau yang superbly delicious tu, maka dengan selamba gak aku boleh melayan lagu tersebut tanpa segan silu.

Aku tak pasti ia dimuatkan dalam album mana. Samada ia soundtrack sesebuah filem atau sebagainya - lagu yang berirama ala-ala muzik tema broadway itu kedengarannya seperti sebuah cover version (mungkin jugak) dari lagu lama. Ataupun mungkin aku yang sekadar terasa seperti déjà vu tak bertempat kot bila mendengar irama tersebut.

Apa-apa hal pun, itu bukanlah isi kandungan yang ingin aku ceritakan di sini. Aku ingin ceritakan rutin harian aku setiapkali aku baru lepas mandi, sikat rambut dan selisih dengan mak aku kat umah. Dengan penuh bergaya aku akan menanyakan soalan; “Mak, Atan nampak hensem kan hari neh?”

Dan secara rutinnya jugak mak aku akan menjawab, “Eleh, hensem lagi beruk yang bergayut kat pagar luar rumah tu.”

Secara rutinnya lagi sekali, aku akan membalas, “Mak neh pendengki betul. Dengan anak sendiri pun nak jeles lelebih.”

Namun semalam acara rutin tersebut telah dipecahkan tradisinya. Kali ini mak aku tidak cuba-cuba menyamakan aku dengan mana-mana spesis mawas dan/atau yang seangkatan dengannya bila menjawab soalan aku. Semalam, beliau cuma berkata, “Kalo hensem tapi takde orang nak pun tak guna jugak.”

Finally, mak aku mengakui juga akan kehenseman diri aku yang semulajadi ini. Tapinya…



Okeh, malas dah nak cerita hal keluarga rumahtangga tiang seribu neh. Kebetulan pula semalam Final Piala Dunia. Jadi ada baiknya aku membebel je pasal bola, sebab kalo nak disuruh main pun aku bukannya reti sangat.

Belanda menentang Sepang-Nyol. Seperti yang kita semua tahu, refree dari England itu sememangnya telah dibayar berjuta-juta supaya rajin memberi freekick dan kad kuning pada semua pemain semenjak awal minit ke 15 lagi. Eventually, someone will be sent off at the end of the day dan ‘pihak yang teraniaya’ itu tidak boleh banyak komplen kerana refree telah kelihatan seperti ‘adil’. Bijak, bukan?

Sudah, aku dah mula berbunyi seperti berdendam pula tak pasal-pasal. Padahal aku bukan penyokong Belanda pun. Seperti yang beberapa orang ketahui, aku ada 4 pasukan favourite dan 3 daripadanya telah tersingkir. Manakala pasukan keempat adalah Spain. Cuma aku memilih untuk tidak berpartisan pada Final kali ini. Jadi jangan tuduh aku berat sebelah dan bagai-bagai. Kah kah.

Martin Stekelenburg diuji seawal minit ke-5 permainan dan beraksi cemerlang menghadang bola yang aku percaya sepatutnya boleh menghasilkan gol. Berikutnya beliau dibantu beberapa pemain pertahanan dalam mengekalkan clean sheet termasuk menepis bola dari percubaan paling menarik oleh Francesc Fabregas.

Jika Stekelenburg tetiba begitu bermotivasi untuk beraksi cemerlang, Iker Casillas juga apa kurangnya. Robben memiliki 3 percubaan satu lawan satu dan ketiga-tiganya gagal menemui gawang hasil tindakan pantas Casillas yang cukup berpengalaman.

Di bahagian pertahanan pula, Belanda mempertaruhkan John Heitinga dan Mike Tyson (tak reti nak eja nama dia tapi itu laa panggilan dari commentator) berserta kapten tua Gio Van Bronckhorst untuk back-up defender. Heitinga menampilkan aksi mengagumkan seperti ketika aku mula-mula kenal corak permainan beliau di Ajax Amsterdam dulu. Mungkin Everton bukanlah pasukan yang baik untuk beliau beraksi pada tahap sebenar lantas menenggelamkan sedikit namanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Mike Tyson pula (lagi sekali) nampak agak gemuruh, gopoh gapah dan gelojoh sedikit namun masih berjaya meletakkan dirinya di posisi yang tepat pada waktu yang sempat. Okeh, aku akan cuba mengurangkan cubaan untuk membuat ayat berirama lagi selepas ini.

Bronckhorst menampilkan pengalaman luas dalam mengawal pemain Sepang-Nyol yang sedang dalam mode menyerang dengan teknik kuisan mengeluarkan bola penuh skil. Seorang lagi pertahanan muda yang hebat menggelecek bola, Van Der Wiel ditugaskan untuk membantu long passing dan set piece untuk bahagian serangan.

Di bahagian Sepang-Nyol pula adanya Puyol dan Pique. Puyol adalah salah seorang centre back terbaik dunia. Ketika Robben menggunakan segenap peluang untuk memecut dan menggelecek beberapa pemain Sepang-Nyol dengan begitu bergaya, dengan mudah Puyol menjadi last man yang akan menafikan hantaran Robben itu.

Pique juga menunjukkan kematangan dari segi pertahanan untuk membantu Puyol sedaya upaya apa yang patut. Sergio Ramos seperti biasa dihantar jauh ke atas sehingga kadangkala kelihatan seperti wing forward manakala full back kiri Capdevilla lebih mendominasi bahagian midfielder.

Bahagian pertahanan bagi kedua-dua pasukan nampak beraksi dengan baik dan tiada masalah di situ melainkan cuma koleksi kad kuning yang bersepah dikutip oleh mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Kita beralih ke bahagian midfielder yang mana nampak sedikit mendukacitakan dengan beberapa orang player yang suka tackle keras dan lambat. Ada pula yang kerap diving seperti Iniesta dan Robben. Sneijder, Busquets, Van Bommel antara beberapa pemain yang banyak mencacatkan permainan dengan aksi kurang semangat kesukanan mereka. Xabi Alonso dan Pedro lebih suka bermain 1 lawan 11. Begitu juga Kuyt dan De Jong yang kurang kreatif dalam mencipta serangan. Xavi pula sering kelihatan hilang punca. Ini menjadikan permainan sedikit bosan terutama pada babak separuh masa pertama. Apatah lagi tempo serangan juga tidak begitu konsisten dan cuma bergantung harap pada mana-mana pemain yang buat kesilapan kecil.

Inilah masalah sebenar game malam tadi. Bahagian tengah. Bahagian serangan pula, Robin Van Persie… Huhuhuhu…

Ohh Van Persie. No Van Persie no. Come on laa Persie. Not like that laa Persie. Van Persie wahai Van Persie. Damn you Persie!

Villa bermain secara tunggal tanpa dibantu oleh Torres. Cuma Iniesta dan Pedro yang diharapkan untuk back-up beliau. Tapinya beliau nampak gugup dan gelojoh di hadapan pintu gol. Tekanan mungkin? Ataupun bahagian pertahanan Belanda begitu perform malam tadi?

Perlawanan berlangsung hingga ke minit ke 120. Heitinga dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang. Kelihatan pemain-pemain Belanda sedang dalam formasi bertahan dan mengharapkan counter-attack kerana mereka tahu mereka tidak boleh merisikokan bahagian pertahanan. Di dalam minda mereka mungkin sudah tersemat siapakah yang akan mengambil giliran untuk melakukan sepakan penalti sekaligus mengulangi plot Final Piala Dunia seperti empat tahun yang lalu.

Secara tiba-tiba, aku yang sedang meniup belon pada ketika itu (ohh, tak payah laa mintak aku jelaskan dengan lebih detail, nanti makin berserabut entri yang dah memang sedia serabut ini) dikejutkan dengan dakwaan bahawa refree memberi advantage pada situasi yang tidak sepatutnya. Advantage ini dipergunakan sepenuhnya untuk Sepang-Nyol merencanakan serangan yang mana hantaran dari Fabregas menemui Iniesta yang cuma tinggal berdepan dengan Stekelenburg. Mike Tyson (lagi) ternyata sudah terlambat untuk marking beliau.

Dan dengan baki cuma tinggal beberapa minit, seperti biasa tiba-tiba ada player yang injured tanpa sebab. Most notably adalah Torres yang kelihatan seperti terkehel buah limpanya. Eh silap, hati. Bukan, hempedu laa. Pankreas kot. Entah-entah ginjal.

Mike Tyson, Sneijder dan Van Bommel pula beraksi kurang bijak seperti kata pepatah; mencurah minyak Shell ke dalam unggun api (opsss…) apabila mula memprovokasi keputusan pengadil yang kita semua tahu sememangnya muktamad dan tidak boleh pulang ke pangkal jalan lagi.

Sekali lagi, seperti yang aku tegaskan, aku tidak menyokong mana-mana pihak. Maka aku tidak kisah dengan hal ini. Cuma, dengan kecederaan Torres dan pemain Sepang-Nyol melengah-lengahkan sepakan percuma; masa tambahan yang diberi cumalah 2 minit. Ya, 2 minit. Cukup-cukup untuk masak maggi.

Okeh, fine!



Sedikit cebisan pengalaman aku malam tadi:


2 KoMen:

Mak Su said...

maksu ingat nak tengok bola, lepas tu baru pasan, paksu dah terminate line sukan. ek eleh....

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kepala paksu kat sana dengan paksu kat sini sama je.

ape poin bayar mahal2 kalo feeling tgk kat umah tak same mcm kedai mamak?

haha!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?