Terma improv agak asing buat aku sehinggalah aku menonton Whose Line Is It Anyway. Oh ye, by the way aku dah habis tengok kesemua 8 musim di Youtube beserta 12 episod Green Screen; sebuah lagi rancangan improv kendalian Drew Carey di saluran Warner Brothers setelah saluran ABC membatalkan rancangan Whose Line mereka. Green Screen juga nampaknya telah mengalami nasib yang sama.
Aku malas nak bercerita mengenai polisi saluran TV Amarika yang amat mementingkan rating dan konsep rancangan, tapi aku memang cukup tertarik dengan seni improv yang mereka tampilkan di kaca tv ini.
Apakah itu improv? Secara asasnya ia adalah improvising act (melakukan sesuatu yang lebih sama ada lebih baik atau sebagainya). Ia amat terkenal dalam dunia lakonan kerana ada masanya skrip yang diberi pada pelakon kurang mantap atau tidak kena dengan watak yang sedang didukung oleh pelakon-pelakon tertentu. Sebagai contoh kita boleh lihat ada pelakon tertentu yang memiliki stail lakonannya tersendiri maka skrip yang diberi oleh penulis perlu diubahsuaikan sedikit untuk keselesaan pelakon membawa watak yang telah diberi.
Improv yang ditampilkan dalam Whose Line adalah satu cabang comic show selain stand up comedy atau insult comic. Dalam stand up, pelawak perlu menceritakan lawak seperti lawak “Knock knock” yang terkenal itu. Insult comic pula adalah apabila seseorang mengutuk tentang orang lain dalam bentuk komedi sebagai contohnya “Your mama is so fat, you can see her ass from the moon”.
Dalam improv, ia selalu dikaitkan dengan satu sketsa atau pun tema secara am, yang mana pelakonnya perlu melakonkannya tanpa skrip dan cuba membawa scene menjadi lebih kelakar atau huru-hara.
Kebiasaannya persembahan secara solo seperti permainan Scenes From a Hat lebih mudah dari permainan lain. Kerana permainan lain yang melibatkan dua atau lebih pemain memerlukan persefahaman yang baik antara mereka supaya ada kesinambungan cerita dan lawak yang ingin disampaikan. Mengikut kata Wayne Brady dalam salah satu video seminar improv yang pernah aku tonton; setiap ayat yang dikeluarkan seorang pelakon improv digelar sebagai tawaran (offer) dan pelakon lain perlu memberi perhatian dan memberi respon bersesuaian terhadap tawaran tersebut. Ada beberapa kaedah yang digunakan seperti steam-rolling, gagging dan sebagainya tetapi kalau ia tidak dipilih dengan baik, lawak itu tidak akan menjadi dan bersedialah anda untuk mendengar bunyi cengkerik.
Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah nyanyian untuk tambah merumitkan lagi permainan. Ada yang benar-benar berbakat besar dalam kaedah ini seperti Wayne Brady dan Jeff Davies. Ia kelihatan amat susah tetapi sebenarnya kuncinya adalah pada rima yang digunakan. Secara ringkas ia umpama pantun, cuma ia perlu diolah dalam bentuk nyanyian. Sekiranya anda mahir dalam berpantun, yang tinggal adalah kemahiran untuk meniru mimik artis terkenal dan anda sudah layak bermain Song Styles atau Greatest Hits. Wayne Brady menampilkan aksi hebat apabila meniru (mendiang ke allahyarham?) Michael Jakcson, James Brown, Louis Armstrong, Sting (The Police) ataupun Tina Turner sekalipun.
Di Malaysia, Afdlin Shauki dan rakan-rakan adalah antara penggiat improv yang cukup dikenali menerusi rancangan Ah-Ha. Afdlin juga sedang galak mengisi rancangan-rancangan dalam slot yang ada di Astro Warna. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga yang dahulunya bergantung kuat pada skrip kemasyarakatannya, semakin menjadi-jadi dengan kaedah improv ini dalam musim-musim terakhirnya sehingga menimbulkan polemik di kalangan wartawan ketika itu bahawa Pi Mai Pi Mai Tang Tu suka membuat lawak lucah atau double-meaning. Sitkom Senario yang dibarisi pelakon asal seperti Wahid, Mazlan, Azlee, Ilyaa dan Hamdan juga banyak menampilkan teknik improv dan membuatkan banyak adegan yang mereka persembahkan kelihatan sangat kelakar sampaikan mereka sendiri pun susah nak tahan gelak.
Banyak mengkaji permainan improv yang dimainkan Drew Carey dan rakan-rakan memperkenalkan aku dengan satu jenis permainan di mana para pelakon perlu mereka cerita berdasarkan tajuk yang diberi. Cabarannya adalah kerana ia disertai beberapa pemain dan sebaik sahaja seorang pemain sudah mula bercerita, seorang konduktor akan menghentikannya dan meminta pelakon lain pula untuk menyambung cerita. Bayangkan kalau ada 5 orang pemain, cerita yang direka dari 5 kepala sudah tentu bunyinya huru-hara dan tak masuk akal apabila dilapis antara satu sama lain.
Coraknya hampir sama dengan sebuah permainan yang pernah aku main dengan kakak aku ketika kecil dahulu. Kami akan mendapatkan sehelai kertas dari buku sekolah (yang ada garis-garis tu) dan akan melipat mengikut setiap garisan. Setiap orang perlu menulis dua baris cerita dan lipatkan sebaris. Orang seterusnya perlu menyambung cerita mengikut pemahaman beliau terhadap baris kedua dan melipatnya pula untuk pemain yang ketiga. Sehingga akhirnya siap tulis satu muka surat, maka lipatan itu akan dibuka semula dan terhasillah satu cerita kelakar lagi mengarut lagi huru-hara.
Selain itu kami juga main bingo dan teka huruf (macam roda impian). Ya, kakak-kakak aku memang sungguh pandai memenuhkan aktiviti masa lapang kami ketika boring.
Kini aku dah kehabisan idea untuk mengisi masa lapang di youtube. Ohh, takkan asyik-asyik nak nak layan karaoke lagu-lagu tangkap leleh je kat sana? Haru beb.
“Kenapa Nak Ada Ayah Kalau Ada Mama Hebat Macam Ni?” – Minta Duit
‘Shopping’ Terus Dapat RM70K, Hantaran Cik B Raih Perhatian
-
Menerusi TikTok, pempengaruh dan juga anak kepada usahawan dikenali ramai,
Dato Seri Vida iaitu Cik B telah berkongsi tentang ibunya yang disifatkan
seba...
41 minutes ago
3 KoMen:
pernah tgk spontan kat channel 132 astro? lebih kurang cam whose line is it anyway. masyukkk...
faveret show aku tuh. hehehe~
dont understand.
pe bnda nih? mcm raja lawak ke? mcm alamak?
ko seorg yg rajin buat kajian program tv ye. heh.
puterikure2 : pernah. aku mmg saspek afdlin shauki (penerbit rancangan) tu pon peminat whose line gak...
inas : ini adalah satu konsep pendekatan yang digunakan dalam persembahan sketsa atau non-sketsa komedi. sebenarnya ia adalah konsep dalam bidang lakonan tapi bila ia diguna dalam persembahan komedi, hasilnya lebih superb gitu.
ohh, aku ini mmg rajin tak bertempat orgnya...
Post a Comment