30.12.09

JANJI : EPISOD 2

Benci. Benci aku. Aku benci membuat janji. Asyik-asyik nak memungkiri. Asyik-asyik tak boleh tepati.

Satu-satunya janji yang aku berani, adalah janji pada diri sendiri; dan itu pun aku buat dengan berhati-hati, kerana aku tahu bukan semua boleh aku hajati. Aku tetap ada batas kemampuan diri.

Bila orang menagih janji, aku mempersetujui, dengan niat mahu menyertai, serta menyumbang ihsan yang aku mampu, atas dasar ia sesuatu yang perlu.

Bila tiba masa yang ditunggu, aku tidur seperti batu. Dikejut-kejut berbagai cara tuju, tetap tak terbukak jugak mata aku. Akhirnya masa berlalu, rasa kecewa pahit hempedu.

Aku tak sengaja. Aku tak terlupa. Cuma kadangkala, aku mangsa kepada masa.

Seandainya masa tak menghukumku, kadangkala soal duit pula menjadi kekanganku. Selain itu, kamu perlu tahu bahawa keutamaanku kepada keluargaku. Andai mereka memerlukanku, tiada guna kamu menyeru.

Okeh, secara simplenya, aku cuma nak cakap ini. Sekiranya ada rancangan yang diatur, tinggalkan ruang kosong untuk aku. Seandainya aku dapat pergi, aku akan pergi. Seandainya tidak, aku akan menolak. Seandainya wang yang menjadi pertaruhan, tak ajak aku pun aku tak akan meroyan. Anggap sahaja aku ini pemain simpanan: “Kalau Ajai join, best jugak, kalau Ajai tak join pun tetap best jugak.”

Aku lebih suka hidup secara spontan. Biar kehadiranku ini bergantung pada kesempatan. Jikalau hari ini kau ajakkan, hari ini juga aku akan bagi jawapan. Kalau minggu depan, kita tengok macam mana keadaan.

Aku dah malas berjanji. Aku cukup suka memungkiri. Lagipun, apalah gunanya perancangan andai ia tak dapat persetujuan?

Lalalalalala…

6 KoMen:

Anonymous said...

yup betoi!

sumtimes mmg payah tok penuhi sgle macam jnji!

so..

lebey baek x yh brjnji!

Mak Su said...

maksu malas nak berjanji, kureng sangat. sebab takut nak tepati. hint hint ala berjanji pun kureng. kalau rasa boleh, ngap! teruskan. kalau rasa tak boleh, sendiri rasa sendiri diam. tak mahu sakiti perasaan orang lain dengan ketidak-upayaan sendiri.

AJ said...

Janji mesti ditepati..barulah orang percaya..

http://eyriqazz.blogspot.com/

Intan and The Boys said...

betul2...
takyah berjanji kalau dah tau susah nak tepati.
:)

nz said...

maka sebutlah insyaAllah.. klu tak de aral melintang, maka kita tunaikan ape yg kita janji, tapi klu takdir Allah kate keta breakdown ke, kaki tersepit celah kayu ke, rumah senget sblh sbb tanah mendap ke, nak wat cam naaa......

satu cara nak buat hati merelakan janji yg terpatri tu tak jd laksanakan, maka anggaplah itu yg terbaik. ape yg kita anggap baik utk dilaksanakan tak semestinya baik di mata Allah dan begitulah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu mane yg patut tak patut.

insyaAllah.

bersangka baiklah terhadap takdir Allah.


:-)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

antu-satu : wakakaka.

maksu : hati org lain perlu dijaga ye tak, maksu.

eyri : bila agak2 tak boleh tepati tu, terpaksa laa tolak dengan penuh bergaya.

putetitortoise : :D

inas : malangnya ramai orang kini sudah pandai memutarbelitkan kalimah itu. huhu.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?