Member aku berkata : “Hah, mula laa nak melantun tu…”
Mak aku berkata : “Ikutkan laa sangat baran tu.”
Okeh, mungkin aku orang yang kuat mengamuk. Kalau ada apa-apa yang berlaku kat rumah, yang membuatkan aku tak puas hati, aku akan tendang segala macam benda baik pintu ke, TV ke. Okeh, aku tak tendang TV. Gila apa? Nak bunuh diri? Nak merasa kena sembelih dengan bapak aku? Lain laa kalau aku yang beli TV tu.
Kalau dengan kawan-kawan pulak, pantang mereka cuba carik kesalahan aku; aku akan ungkit segala kesilapan, kelemahan dan ke-siot-an mereka selama ini. Ya, aku memang pendendam sampai mati.
Kalau dengan awek pula... eh, aku tak pernah marah awek aku. Bukan sebab tak hingin, tapi sebab tak sempat. Wakakaka.
Apa aku melalut neh? Ohh, aku nak cerita perkara simple je. Pernahkah sesapa yang anda tak kenali tetiba buat palat dengan anda? Aku... pernah terkena.
Insiden 1 : Pernah satu ketika beberapa tahun lepas, setiap kali aku nak pergi kerja, motorsikal aku tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya ada mala’un mana entah yang cabut kabel plug motor aku. Perkara itu berlanjutan hingga hampir sebulan. Tapi aku tak pernah nak kaji atau siasat pun siapakah punya gerangan yang buat caker. Aku cuma menganggap mungkin ada budak main bola petang-petang yang tak perasan mereka sedang main berdekatan dengan motor aku hingga menyebabkan kabel plugnya tercabut.
Insiden 2 : Pernah ketika aku sedang melayan WIFI di kedai makan, tetiba ada mamat neh nak mintak tumpang plug yang sedang aku gunakan. Beliau menawarkan untuk berkongsi extension yang beliau bawak dari rumah. Aku memang takde hal punya, cuma aku cakap “Okeh, sekejap bang. Saya shutdown jap” sebab aku tak pasang bateri waktu tu. Alih-alih dia terus cabut je plug aku dengan selamba badak. Aku kata dalam hati, “takpe, mamat neh pekak badak kot.” Belum habis lagi ceritanya. Ketika mamat neh dah nak blah, dengan selamba jugak dia cabut plug aku tanpa bagi sebarang warning, ketika aku sedang mendownload blue. Eh silap, MP3. Entah kenapa, aku rasa, “mamat neh bukan ignorant, cuma berlaku kesalah-fahaman je di sini.” Dan macam biasa, aku maintain cool.
Insiden 3 : Aku order nasik ayam bungkus. Awek kiut yang sedang membungkus berkata “abang duduklah dulu. Nanti dah siap saya hantar kat abang.” Aku memang pantang dengar awek panggil aku abang. Rasa cam nak bungkus dengan awek tu sekali je. Tapi setelah memerhati keadaan sekeliling, aku tau yang restoran tu sedang sesak, jadi aku malas nak carik tempat duduk. Kesian dengan orang lain yang datang nak makan kat situ, sedangkan aku berhasrat nak makan kat tempat kerja je. Lagipun, berdiri depan awek itu untuk menunggu order, tidaklah begitu memenatkan sebenarnya, lantaran aku ini mata keranjang juga kadangkala. Nak dijadikan cerita, ada seekor brader di hadapan aku yang dah lama habis makan, sedang melayan minuman sambil menghisap rokok. Dia berkata “dik, bungkuskan abang nasik ayam satu.” Dan aku buat donno sambil setia menunggu. Setelah order aku siap, aku bawak nasik aku tu ke kaunter untuk proses pembayaran. Sedang aku mengorek duit syiling dalam poket untuk membayar, mamat yang mengorder tadi datang ke kaunter, bayar harga makanan dia dengan nasik ayam tadi, lalu terus merembat plastik aku tu. Mula-mula aku macam terkesima jugak, tapi aku memikirkan mungkin dia kompius bahawa nasik ayam dia sebenarnya belum siap dan sedang dibungkus. Memikirkan yang dia juga telah selesai membayar, aku malas nak banyak bunyik sebaliknya kembali pada awek kiut tadi untuk mengambil bungkusan yang baru. Takde konsep menipu di sini kerana masing-masing sudah bayar harga nasik masing-masing.
Bila berhadapan dengan orang awam/luar/asing, aku suka berfikiran positif bahawa pemikiran dalam minda mereka selalunya tak sama dengan pemikiran aku. Dan segala-galanya mungkin cuma salah faham biarpun aku terasa macam “eh, kiwak betul laa dorang neh!”. Tapi kalau dengan orang yang aku dah kenal lama dan tahu serba sedikit hati budi mereka, dengan mudah aku akan mempersoal setiap tindakan mereka yang aku rasakan seperti kurang ajaran. Sebenarnya aku bukan marah dengan dorang, aku cuma nak NASEHATTT…
Sebab aku nak dorang sedar atau berubah, atau sekurang-kurangnya menjawab persoalan aku untuk merelevankan bahawa apa yang mereka buat atau lakukan itu sebenarnya masuk akal dan tindakan yang paling tepat.
Kalau orang yang aku tak kenal pula, cukuplah saja dengan aku mendoakan agar mereka eksiden putus kaki balik nanti. Kerana aku memang langsung tak ambil peduli. Sekian.
(TAHNIAH) Hanya Sekali Lafaz, Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Isteri Rakan
Baik
-
Anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri iaitu Nina Ismail
Sabri telah selamat bernikah dengan rakan baiknya, Hafiz Osman, semalam.
Adver...
1 hour ago
3 KoMen:
dalam hal-hal cenggini, tak leh nak buat apa...sabao aje lah, sambil layan angan-angan makan sate samuri kat kajang... apa nak buat :(
kamu garang ke ganas?
maksu : ye maksu, kesabaran ini sesungguhnya mmg tinggi. :p
ain : lebih suke terma 'ganas'. sesuai digunakan di mana sahaja. err...
Post a Comment