1.12.09

PERANG!

Bagi yang membaca entri Me, Myself and Bloggers yang lalu, pasti ada yang menyangka aku ini tak sukakan perang bukan? Aku memang tak sukakan peperangan, tapi aku tetap sukakan persaingan – yang mana persaingan itu adalah pencetus perang secara langsung. Persaingan merebut tanah, kekuasaan, harta ataupun minyak petroleum sekalipun, melihatkan sudah ada banyak yang diheret ke dalam kancah peperangan sekaligus melibatkan korban jiwa.

Perangai buruk aku yang sukakan persaingan dan mencetuskan peperangan ini tidak dapat aku elak kerana aku ini memang jenis orang tak sedar diri. Konon macam baik sangat padahal penuh dengan anasir kotor dalam minda.

Peranan aku yang aku mainkan bukanlah dalam mahu melihat persaingan kehidupan, tetapi mahu bersaing untuk mendapat top spot dalam arena UEFA Champions League ataupun saingan Liga EPL.

Ya, kalau diajak berdebat tentang bola, mau je aku rasakan seperti mahu membaling kerusi atau menterbalikkan meja di kedai mamak (sebab itu bila Encik Aiman mengutuk perangai peminat bolasepak Kelantan, aku cuma tertunduk malu sebab aku pun sama dengan je). Di dalam blog aku ini, aku pernah mengutuk penyokong Manchester United, tetapi aku tak perasan bahawa aku belum pernah mendedikasikan entri khas untuk mencaci dan mengeji perangai mereka itu.

Maka, entri ini dihasilkan. Dengan niat mahu berperang (sapa kata aku neh baik sangat!).

Ahad minggu lepas, pasukan yang paling aku respek, Arsenal, ditumpaskan dengan jaringan 0-3 oleh pihak Chelsea. Aku sedar Arsenal tidak bermain dengan baik pada malam itu; mungkin kerana ketiadaan kelibat penyerang sensasi Robin Van Persie yang berehat akibat kecederaan.

Persembahan jentera serangan juga tidak mengagumkan kerana terlalu lama menyimpan bola dalam kotak penalti. Aku tak pasti samada mereka cuba untuk bermain play-making atau sekadar mengharapkan ada bentesan keras yang membolehkan mereka dapat penalti.

Tak kira apapun cela dan kekurangan Arsenal, mereka masih di hati aku dan aku tahu mereka memiliki kekuatan tiada tolok banding apabila bersaing di bahagian midfield atau full back. Aku percaya kerahan tenaga generasi muda yang dicaturkan Arsene Wenger masih dalam proses ‘in the making of the greatest football club ever’. Kerana Arsenal tidak mahu menjadi seperti Real Madrid yang berhabis duit mengumpulkan bintang ternama tetapi tetap kalah kepada Barcelona.

Sesungguhnya Arsene Wenger tidak gelojoh sebaliknya masih mampu bermain dengan risiko ‘try and error’ demi melihat dalam tempoh masa beberapa tahun akan datang; Arsenal akan memiliki koleksi pemain berusia 23-27 tahun yang berpengalaman luas malah bertaraf world-class pula tu. Kalau Real Madrid ada Cristiano Ronaldo yang dibeli dengan harga 90 juta, tak mustahil Arsenal akan memiliki 11 orang pemain yang mepunyai nilai sama dengan beliau ketika itu. Hatta dijual satu atau dua pemain sekalipun, sudah cukup untuk melunaskan hutang tertunggak mereka ketika membina stadium baru di Emirates beberapa tahun lepas. Ya, kalau anda tidak tahu, Arsene Wenger sebenarnya memiliki master's degree dalam bidang ekonomi.

Tetapi yang amat menghairankan aku, kerana walaupun Arsenal tewas dengan begitu memalukan, tak ada pula peminat Chelsea yang begitu taksub menghina Arsenal dan Arsene Wenger secara langsung. Ya, Chelsea memang berlagak kerana mereka pernah menang juara EPL dua kali berturut-turut ketika era Mourinho. Malah dalam tempoh masa pra-perlawanan pun, website mereka penuh dengan cerita-cerita yang mengatakan Arsenal adalah pasukan bawahan dan sebagainya. Tetapi yang aku jumpa sekadar analisis secara umum yang melihat Arsenal dari perspektif prospek dalam cabaran saingan kejuaraan EPL.

Yang banyak bising pulak malam tu adalah penyokong Manchester United sendiri. Mengutuk kerana Arsenal terlalu banyak bergantung harap pada pemain muda dan tidak menurunkan bekas lagenda mereka iaitu Mikael Silvestre. Padahal mereka lupa bahawa Alex sendiri sudah tidak berminat menyambung kontrak Silvestre dan Arsene membida secara percuma di saat-saat akhir ketika beliau dijadualkan untuk menjalani sesi ujian perubatan di Manchester City beberapa tahun lepas. Silvestre cuma berfungsi sebagai super sub yang Arsene Wenger rasakan pengalaman beliau boleh menyumbang untuk membantu jentera pertahanan Arsenal; tak lebih dari itu.

Tidak cukup dengan itu, penyokong Manchester juga menempelak pasukan Arsenal yang kelihatan amat kerdil di stadium sendiri berbanding rekod pasukan mereka di Old Trafford. Ironinya di sini sekiranya Chelsea tewas, mereka sepatutnya sudah boleh berada di posisi nombor satu liga. Jadi bolehlah dirumuskan tak kira pasukan mana yang tewas pada malam itu, penyokong Manchester United tetap menang sorak.

Padahal sehari sebelum itu, ketika Manchester United menentang Portsmouth, pasukan Portsmouth dianugerahkan dengan penalti yang menyaksikan mereka berjaya menyamakan jaringan pada awal separuh masa pertama. Pada ketika itu terpekik terlolonglah para penyokong Manchester United yang mempertikai kredibiliti pengadil perlawanan (sedangkan gol pertama Manchester United juga menerusi sepakan penalti, keh keh).

Separuh masa kedua, Manchester United membelasah Portsmouth 4-1, menyaksikan Rooney berjaya membuat hat-trick. Dan frasa yang telah dijangka mula kedengaran, “nasib baik refree tak buat palat dalam second half neh”.

Ya, kalau Manchester United tewas, maka gegak gempitalah seluruh alam maya menyalahkan pengadil, linesman, hujan, fatigue pemain, bola, kondisi pandang hatta ada pula yang mengatakan pasukan lawan (seperti Liverpool contohnya) menang nasib. Bila mereka menang, mereka mengatakan ia adalah keramat Old Trafford ataupun kebijaksanaan Alex Ferguson. Huh!

Padahal jika diiikutkan rekod, golongan penyokong Manchester United laa yang tergamak memprovokasi Arsene Wenger apabila ribuan penyokong bersorak di stadium menuduh Arsene sebagai seorang pedophile (rujuk Manchester Chants di Amazon.com).

Berbanding dengan Chelsea yang menghina Arsenal kerana tidak mampu mengekalkan konsisten, Manchester menempelak Arsene sebagai pencabul kanak-kanak. Sekarang siapa yang bercerita tentang bola dan siapa yang sekadar mahu suka-suka mencari gaduh?

Ya, para penyokong Manchester United sekalian, dengan ini aku merasmikan pelancaran PERANG terhadap anda!

5 KoMen:

Mohammad Al-Aiman said...

haha
memang aku akan jangka perkara ini dari awal
aku memang dah lama berperang ngan bdk2 man.u ni
bersama ini, marilah kita bersama dalam perjuangan ini

tapi,
ak tetap respek ngan wayne rooney
sbb dier antara striker yg rajin dan mampu menguasai keseluruhan padang
kn?
ader ke striker lain yg macam dier?
tp idola ak tetap rivaldo la kn?

=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

even aku nyampah ngan man u pun, favourite aku tetap cristiano ronaldo (walaupun die cuma bekas tupperware man u je skang).

dan fabregas adalah second favourite aku sebenarnye. syhh, jgn bgtau acab!

sbb tu aku pakai baju real ari tu. :P

Mak Su said...

maksu layan perang antara hagemaru ngan kondo, asik berperang jer depa tu

Umi Nazrah said...

perang ngn perasaan ja :P

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : aiyak... lupe lak maksu neh pon dah terpengaruh ngan anime.

naz : perang tu pun kira sengit gak ape... hehehe...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?