14.1.10

1408

Beberapa hari yang lepas aku menonton Star Movies di kedai mamak setelah siaran bolasepak dibatalkan akibat fenomena cuaca salji tebal.

Filemnya bertajuk 1408, dilakonkan oleh John Cusack. Sebuah filem bercorak horror tapi tak horror, psiko tapi tak psiko. Mengisahkan mengenai watak utama Michael Elstein (kalo tak silap namanya) yang merupakan penulis novel atau rencana mengenai fenomena rumah berhantu. Aku tak pasti sangat sebab aku tengok filem ini sewaktu tayangan sudah masuk minit kelima atau kesepuluh lebih kurang.

Ceritanya adalah berkenaan watak Michael yang mengalami krisis kepercayaan terhadap agamanya setelah anak beliau mati akibat sejenis penyakit. Beliau tidak dapat menerima hakikat itu dan menyalahkan isterinya yang sering menyarankan agar beliau berserah pada tuhan sedangkan beliau percaya mereka sepatutnya berusaha lebih keras untuk menentang takdir tersebut.

Modus operandi beliau dalam penulisan adalah dengan cara meluangkan masa membuat kajian dengan bermalam di mana-mana rumah/kediaman tempat orang mati dibunuh/bunuh diri untuk beliau alami sendiri peristiwa-peristiwa aneh yang seirng diceritakan orang. Lazimnya setiap kali berdepan dengan sesuatu peristiwa beliau akan mengkaji sejauh mana kebenaran peristiwa-peristiwa pelik ini samada ia berlaku disebabkan perkara lain atau benarkah ada kuasa mistik di sebaliknya.

Memandangkan beliau memiliki vendetta peribadi dengan tuhan, maka seringkali beliau bersikap skeptikal dalam menilai unsur mistik semata-mata kerana ingin mengubah persepsi pembaca beliau supaya mereka percaya tiada hantu (atau tuhan) yang wujud dalam dunia ini.

Beliau tertarik dengan sebuah bilik hotel di Dolphin Hotel, New York yang didakwa berhantu kerana kesemua penghuninya telah mati membunuh diri kurang sejam selepas daftar masuk. Pihak hotel telah berusaha keras untuk menghalang niat beliau yang mahu bermalam di sana tapi beliau tetap degil dengan pendiriannya. Pengurus hotel sempat menceritakan mengenai nasib seorang amah yang sedang mengemas bilik ditemui telah mencungkil biji matanya sendiri menggunakan garfu; mungkin kerana tak sanggup melihat perkara yang telah dilihatnya dalam bilik itu.

Michael sudah semestinya memandang cerita ini dengan sinis kerana peristiwa aneh yang berlaku depan mata pun beliau berjaya bongkar misterinya, inikan pula sekadar cerita lisan. Setelah berjaya mendapatkan kunci bilik, berbekalkan alat perakam suara (untuk tujuan rujukan penulisan) dan beberapa gadget lain, beliau menuju ke bilik bernombor 1408 itu.

Seperti biasa, berlakulah peristiwa-peristiwa aneh seperti radio terpasang sendiri dan berbagai lagi. Penat beliau cuba memikirkan logik disebaliknya tetapi apabila jam radio digital di bilik hotel secara tiba-tiba membuat countdown selama 60 minit walaupun plug telah dicabutkan, beliau mula mempercayai ada makhluk lain di situ. Beliau cuba melarikan diri namun terkurung dalam bilik apabila anak kunci patah dan tombol pintu pula tercabut. Usaha beliau untuk lari ke tingkap bilik sebelah melalui belebas di luar bangunan tidak berjaya kerana hanya tingkap bilik beliau yang kelihatan wujud di bangunan itu ketika itu. Seumpamanya beliau berada dalam dimensi berbeza dari dunia luar. Beliau sempat juga bertemu dengan bayangan anaknya yang telah meninggal dan dipaksa untuk menerima kematian anaknya di hadapan mata sekali lagi.

Jam radio digital tadi menunjukkan countdown semakin berakhir; dan apabila masa sudah tamat, segala kelengkapan dalam bilik itu kembali menjadi normal seperti ketika beliau mula-mula daftar masuk. Telefon berdering dan suara di gagang telefon mencadangkan agar beliau perlu membunuh diri sekiranya tidak mahu mengalami lagi tempoh masa 60 minit yang menyeksakan mental itu berulang setiap kali.

Akhirnya beliau bertindak membakar bilik itu dengan niat mahu berkubur di dalamnya dengan harapan tiada penghuni lain akan menjadi mangsa di masa akan datang; tetapi anggota bomba sempat tiba di lokasi untuk menyelamatkan nyawa beliau.

Sejurus terselamat, beliau kembali pada isteri yang ditinggalkan dahulu dan cuba mulakan hidup baru. Di akhir babak, beliau meneliti barangan peribadi beliau yang sempat diselamatkan dalam kebakaran, dan mendapati alat perakam suara beliau masih elok. Ketika menekan butang play, kedengaran rakaman suara bayangan anaknya (ketika bayangan anaknya datang mengganggu di bilik hotel itu) membuktikan bahawa apa yang beliau alami bukan sekadar halusinasi minda.

Okeh, aku takut. Tapi aku ingat kalau hantu Ju-On terserempak ngan hantu hotel neh, dia bantai gelak mengejek je kot.

Lalalala...

7 KoMen:

Intan and The Boys said...

best ok citer ni. tapi jarang sangat diorang siarkan.

aku sempat tgk 2 kali je. huhuhu~
memang seram dan psiko.

Mak Su said...

dah tgk dah, overal maksu rasa mcm tak seram sgt sbb asik suruh penonton berfikir, layan hero tu berfikir. apa yang maksu nak, adalah seram secara total, klu fikir, kasik tajuk marilah fikir... (oops, emo plaks)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

puteritortoise : 2 kali tu. aku pun sekali je.

maksu : nak seram total tgk antu jepon laa maksu. mmg gilos antu2nye. err, tetiba nyesal lak bukak topik neh mlm jumaat.

citer neh mengingatkan saya kat cerita2 stephen king. citer antu yg saye masih berani nak tgk. haha.

Hami Asraff said...

ceh bukankah cerita ini telan ditelan zamani slam ( sebenarnya ditelan zaman ). seingat gua yang memakai memory 68.98 Tera Giga x 10 ( kuasa 53 ) bite gua menonton cerita rekaan semata-mata ni 2006 kot. tapi gua suka dia berlakon cerita 2012 lagi. cerita 2012 ni cuba memesongkan akidah umat Islam dengann propaganda yang dilemparkan. Ia cuba 'membawa' penonton mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012. ya kita kena percaya kiamat pasti berlaku. cuma masanya tak tahu bila. Allah merahsiakannya dari semua makhluk termasuk para malaikat. eh eh eh aku terbuat entri sendiri kat sini la pulak. adei ~ sebenarnya aku termiss nak cerita pasal 2012 ni kat entri aku. ko la jadi sasaran. naseb la labu.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

hahahahahahahahahahahah!

ko terlambat!

aku dah buat entri 2012 awal2 dah!

tapi ye laa mmg 1408 neh ketinggalan zaman sikit.

maklum laa aku tgk citer neh pun mase die kuar kat star movies. maknanya citer yg lama2 laa (memandai aku je)

ahh aku tak kira! ko lagi lambat dari aku!

hahahahahahahahahahahaha...

Mohammad Al-Aiman said...

citer lame ni
ak tgk smpai 3-4 kali sbb asyik2 ulang jer kt astro
tp bleh la
jln citer lain dr yg lain
tp hero ni konon2 berani tp penakut
haha
=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

aku ingatkan sebab cerita neh tak box office (aku tak pernah tau kewujudan citer neh sampai laa tertengok kat kedai mamak) maka ramai laa yang tak tengok dan tak tau.

penat je aku tulis balik sipnosis/review panjang2. lupe lak aku dah lebih 70% rakyat mesia dah ada astro.

heh!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?