12.1.10

CIKGU LELAKI VS CIKGU PEREMPUAN

Hoho. Ini bukan entri chauvinist di sebalik tajuk yang agak kontroversi di atas.

Entri ini ditulis untuk didedikasikan kepada kenalan-kenalanku yang menjawat profesion mulia sebagai guru di seluruh negara. Antara nama-nama yang aku boleh petik di sini adalah Cikgu Shah (cikgu jawa) dan Cikgu Ain (cikgu tak berapa nak jawa).

4 Januari yang lepas, hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2010; Buletin Utama ada menyiarkan perihal sebuah kelas pendidikan khas di sebuah sekolah (tak ingat sekolah mana) yang memiliki hanya dua orang pelajar sahaja. Masing-masing pekak dan bisu. Yang membuatkan aku tersentuh kerana mereka ini kanak-kanak yang comel, kreatif, girang dan ceria; diajar pula seorang cikgu muda yang aku lihat memiliki aspirasi tersendiri. Cikgu tersebut ada meluahkan sedikit kekesalan kerana beliau tahu masih ramai kanak-kanak istimewa di luar sana yang turut sama dahagakan ilmu dan harus diberi hak untuk ke sekolah seperti kanak-kanak lain, tetapi tiada kesedaran dari ibubapa dalam cuba mencari jalan dan usaha mendaftarkan anak mereka ke dalam kelas itu.

Aku teringat ketika di zaman sekolah rendah, cikgu lelaki lebih mendominasi carta sebagai cikgu feveret kerana pendekatan yang digunakan mereka lebih rileks dan spesifik. Cikgu wanita pula lebih general dan mementingkan teknik pengajaran mengikut syllabus KBSR yang telah ditetapkan.

Cikgu BM aku suka mengarut sambil bercerita seperti memberi contoh perihal persepsi dalam minda manusia. “Kamu bayangkan, ada sebuah lukisan berwarna hitam putih. Ada pemerhati yang mengatakan ia melambangkan perpaduan sejagat antara dua bangsa berbeza. Ada pula yang menyangka ia permainan kontras warna untuk menegaskan di mana batasan dua ideologi berbeza. Padahal pelukis tu sebenarnya nak lukis gambar taik cicak je.”

Cikgu BI aku (kebetulan adalah datuk sedara aku) pernah menerangkan perbezaan antara good, great, dan best. “Sebagai contoh, Sir Ahmad is the best teacher in the world,” kata beliau. Ramai classmate aku yang tersengih-sengih dalam kelas dan ada pula yang meminta baldi/besen untuk dibuat tadahan muntah.

Cikgu Matematik aku pernah memulakan kelas dengan satu perkhabaran berita gembira. “Cikgu tahu ramai yang tak suka bila cikgu tiba-tiba buat kuiz masa cikgu masuk kelas. Oleh itu, cikgu akan memansuhkan kuiz bermula hari ini.” Ada yang bertepuk tangan. “Sebaliknya cikgu akan memperkenalkan pula Pop Kuiz sebab cikgu tahu kamu semua suka tengok rancangan tu.” Err, hampeh!

Ustaz aku pernah bercerita mengenai ijtihad Imam Syafie’ dalam qaul yang menyatakan pergerakan tiga kali anggota badan secara berturut-turut dalam solat boleh dikira sebagai batal kerana hilang nikmat khusyuk. Tapi ustaz aku sempat buat demonstrasi kalau-kalau ada nyamuk hinggap kat pipi atau dahi. “Kalau anggota badan tu, ia hanya melibatkan tangan. Gerakkan tangan kamu ke tempat gatal tu, pastu kamu garu laa banyak kali pun takpe. Asalkan hilang gatal dan sedap.” Sila bayangkan jari anda sedang menggaru secara pantas. Memang tergelak kitorang tengok aksi ustaz Wahab ketika tu. Agaknya ini lah teknik hujah yang dimodified ramai pihak yang mengatakan “kalau tertengok perempuan seksi, itu namanya tak sengaja. Jadi jangan kelip mata atau pandang tempat lain. Sebab kalau tengok 2 kali dah dianggap berdosa.” Wakaka, hampeh punya malaun yang buat dalil neh.

Cikgu Sains aku perempuan. Yang aku ingat, beliau hanya mengulang istilah hipotesis, inferens dan fotosintesis berulang kali. Sungguhlah bosan sekali kelas itu.

Heheh, tapi itu cerita di sekolah rendah. Buat cikgu perempuan semua, sila lah jangan kecil hati.

Bila aku dah masuk sekolah menengah, secara tiba-tiba perspektif itu berubah. Cikgu lelaki lebih dilihat berlumba-lumba nak tunjuk garang dan bakat menjadi cikgu displin. Pantang ada spot-check kat perhimpunan, muka mereka pasti ketat dan intimidating laksana harimau sedang menunggu masa untuk menerkam mangsa.

Dan cikgu perempuan pula dilihat lebih cool dengan sifat keibuan mereka. Atau mungkin juga ada pengaruh hormon dari aku apabila tetiba rajin nak menumpukan perhatian dalam kelas bila certain-certain cikgu memakai baju kebaya ke sekolah. Tu belum nak cerita lagi perihal teacher-teacher amoi yang mengajar BI atau Math pakai skirt bila masuk kelas. Lebih fokus kami dibuatnya walaupun kurang pasti samada segala ilmu tu betul-betul masuk otak ke atau tak.

Dan cikgu perempuan lebih suka bertanya “apa masalah kamu sebenarnya dalam nak menyiapkan kerja sekolah neh?” bila aku terkantoi tak siap kerja berbanding cikgu lelaki yang lebih prefer suruh berdiri mengadap papan hitam sambil merotan bontot atau tapak kaki/tangan.

Secara dasarnya, lelaki dan perempuan itu memang tidak sama. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Aku ingat kalau cikgu sains masa sekolah rendah aku kerjanya nak buat lawak je macam cikgu lain, memang haram aku takkan faham apa itu perbezaan sebenar hipotesis dan inferens (seyesly, mula-mula start belajar memang aku kompius gila bab neh).

Patutnya aku simpan entri ini untuk hari guru. Tapi lambat sangat lagi, dan aku teruja nak berkongsi ngan korang cerita neh sekarang.

“Ko tanak jadi cikgu ke Jai?”

Err, zaman sekolah dulu aku juara ponteng kelas/sekolah. Apa agaknya akan jadi kat anak murid aku kalau aku jadi cikgu yang kaki ponteng gak nanti? Heheh…

10 KoMen:

Mak Su said...

maksu tak leh jadik cikgu, takut terajar ajaran sesat... oops!

tak de bakat ler :(

Intan and The Boys said...

aku pon takde tokoh jadik cikgu. garang gile sehhh!!!!!!!

hahaha. ada anak murid terkencing dalam suar kalau aku ngajar kang. hehehe~

LadyTiz said...

boleh ke mintak besen/baldi ketika dalam kelas? :|


"Err, zaman sekolah dulu aku juara ponteng kelas/sekolah."

soalan: ko nyesal tak skarang? :|

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : semua kate takde bakat baik nyanyi baik jd cekgu.

tapi kalo nak naikkan semangat, mmg saye panggil maksu je. haha.


puteritortoise : hoh, aku leh terbayang kehidupan khalish bile dah besar.


tyra : nyesal tak nyesal sgt. sbb belum pulih sebenarnye. :P

Anonymous said...

uiks..

wosak ank murid ko!!!

hahaha..

plez..

jgn jd cekgu..

kuikui..

Fuza Marquis said...

“Cikgu tahu ramai yang tak suka bila cikgu tiba-tiba buat kuiz masa cikgu masuk kelas. Oleh itu, cikgu akan memansuhkan kuiz bermula hari ini.” Ada yang bertepuk tangan. “Sebaliknya cikgu akan memperkenalkan pula Pop Kuiz sebab cikgu tahu kamu semua suka tengok rancangan tu.”

LAWAK LA :P

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

antu-satu : anak murid rosak? neh yg membuatkan aku tibe2 teruja rase cam nak try ngajar neh.

epal : kamu cikgu perempuan yg rock!

ah kak meriam : :P juga.

dilot said...

aku tak leh jadi cikgu...sbb kaki datang lambat..hehe...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

same laa kite. huhu.

ehh aku bukan dtg lambat. aku tak dtg terus. :D

Anonymous said...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin bernama Adila bin Suboh berasal dari Melaka. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?