Beskal atau BASIKAL diperbuat daripada buah rambutan. Okeh, aku tipu. Aku tatau nak cerita apa pasal rambutan hari ini maka aku nak bercerita mengenai basikal pula.
Intro sedikit, yang mana dalam wilayah Ascorp yang banyak bunyik ini, sudah pasti anda boleh menjangka sebuah entri yang agak panjang juga akan menyusul di bawah. Sila bertahan.
Soalan : bagaimana anda belajar membawa basikal? Dalam kes aku, dengan bongkak, angkuh dan takburnya aku mengaku yang aku belajar secara sendirian berhad.
Bagaimana? Begini. Ketika aku kecil, seringkali seorang rakan/jiran aku neh balik lambat ke rumah selepas maghrib akibat dek terlalu leka bermain bola kat padang. Seperti yang aku pernah war-warkan kelmarin, aku kaki bangku, maka aku tak ikut main. Aku tengok je.
Asyik selalu je kena marah dengan bapak dia, maka dia mintak tolong aku untuk menghantar basikal dia balik ke rumah supaya makbapak dia ingat dia dah ada kat dalam rumah samada tengah mandi ke atau terperap dalam bilik. Keji kan perangai beliau itu?
Normalnya, apabila berhadapan dengan kaki-kaki ragging atau pembuli seperti ini, kebiasaannya jantan-jantan macho seperti aku akan cakap “Pegi mampos laa ko!”
Oh, tidak kali ini. Tanpa banyak songeh, aku turutkan sahaja suruhannya. Secara jujurnya aku banyak melakukan aktiviti pelik yang tak masuk akal apabila dinilai oleh rakan-rakanku. Tapi mereka tak tahu bahawa setiap aktiviti yang nampak tak selari dengan personaliti aku, aku lakukan dengan bersebab.
Sebagai contoh, kerana memiliki bapak yang agak bakhil (wahaha, kutuk bapak sendiri) permintaan aku untuk ayahanda membelikan aku basikal akan dijawab dengan jawapan seperti ini, “Bawak basikal pun tak reti, ada hati nak mintak basikal kat abah pulak.”
Dan untuk mintak dia ajar, of course laa dia tak mahu sebab dia tahu dia akan terpaksa mengikut karenah aku yang suka memerintah nak beli itu dan ini.
Maka aktiviti tolong menghantar basikal member aku itu tadi digunakan sebaiknya untuk aku belajar bawak basikal. Dari sekadar menolak basikal sehari-hari, semakin lama aku semakin berani menunggang seorang diri sambil menuruni cerun bukit dalam perjalanan ke rumah jiran aku tu.
Genap dalam sebulan (atau dua lebih kurang) aku sudah berjaya mengenalpasti tempo kayuhan yang diperlukan untuk menunggang basikal dengan lagak seorang expert. Sehinggalah akhirnya aku kantoi dengan bapak aku yang baru balik kerja ternampak aku ber-racing basikal dengan budak-budak lain.
Akhirnya aku memiliki juga basikal sendiri setelah kak long aku yang baru mula bekerja di KFC selepas habis SPM sanggup nak manja-manjakan aku padahal dialah dulu antara orang paling kuat marah kat aku - “Tengoklah budak Atan tu. Sikit-sikit nak manja nak mintak itu ini!” Heheh, itulah kasih sayang seorang kakak yang sejati. :P
Nak dijadikan cerita, tak berapa lama yang lepas aku ada berbual dengan seorang member aku. Sambil-sambil itu aku menanyakan kisah “siapakah manusia pertama yang mencipta basikal dan belajar bawak basikal ekk?”
Sudahnya, soalan itu tak terjawab sambil kami terus diselubungi misteri.
Baru-baru ini, blog Cik Ynaa ada menanyakan soalan siapakah manusia pertama yang mengetahui di dalam durian ada isi yang sedap, lemak manis dan disukai ramai?
Aku takde jawapan. Tapi Pakcik Google ada sedia membantu. Lalu aku buat research, somehow masih juga tak ketemu jawapan. Kemudian aku give-up, dan aku buat pulak research mengenai basikal. Haha.
Rupanya baru ku ketahui, basikal pertama dicipta manusia adalah basikal tanpa pedal yakni diperbuat dari kayu dan digelar sebagai draisine atau laufmaschine (known as push bike or “running machine”). Ia direka oleh seorang rakyat Jerman bernama Baron Karl von Drais. Berikut adalah gambar contoh ehsan dari Encik Wiki-Wiki.
Artikel selanjutnya anda boleh baca di sini.
Kredit kepada Pakcik Google dan Encik Wiki-Wiki kerana telah berjaya mengeluarkan aku daripada misteri ini. Barulah aku memahami bahawa manusia satu ketika dulu pun tak reti bawak basikal; hanya tahu menolak sahaja. Kemudian barulah mereka menambah aksesori seperti pedal, rantai, spoket, loceng dan kini dilengkapi gear. Hinggalah akhirnya basikal zaman sekarang menjadi seperti ini :
Ini adalah basikal oke!. Tak percaya sila bukak link ini. Sesiapa ada duit boleh laa beli untuk anak dorang. Bapak-bapak budak dilarang menunggang basikal ini takut ekzos tercabut.
Maknanya di sini, dalam tempoh transformasi dari zaman draisine kepada basikal canggih seperti ini, tempoh masa sebulan dua yang aku gunakan untuk aku mempelajari bawak basikal menerusi latihan menolak itu lebih pantas dan expert dari golongan manusia zaman dahulu.
Lalalala…
Okeh, besok-besok je lah kita cerita pasal rambutan.
11 KoMen:
chiss...skali pandang sebijik cam moto bapak ak da....
gile ah! beskal sbijik rupa motor. tapi kantoi tang pedal dan bakul. hehehe~
durian sedap!!!
mama pun tau nek beskal sndirian berhad...tu pun selepas byk parut di kaki terjadi hingga ke hari ini..tidak dapat kupadam..huuu...
tp sejak merempit ni kan...baru skali je tegolek dok telanggor apek nek motor sambel berangan...cilakak itu apek...naseb baik dia cakap..lu jgn repot polis haa....(waaa...dlm ati aku....akupun tk mau..sbb aku tk de lesen...)
5 taun dulu punye cite tau...bukan skarang....huuu
gua suke moto yg 4 tayar tu... sesuai untuk mat rempit... payah nak lap... hahah
hebat gaks tu, maksu laggiiiii teruk, tak reti bawak beskal. maksu reti bawak jet pejuang jer, oops!
yo, ajai,
mak ai basikal ko. ko naik basikal lg ke skang huhu. ko wat kajian pe ni haha.
ryn no 2 : moto bapak kita sama! :|
puteritortoise : aku ingatkan ko dah perasan roda tambahan kaler biru tu mula2. :P
mama : saya pernah barai motor 6 kali dalam setahun. tapi itupun 8 tahun lepas punye cerita gak. haha.
baginda : nak buat wheely senang bro! ahhahahaha...
maksu : kalo jet pejuang takde enjin maksu reti bawak tak? opsss jugak.
khairi : kajian yang takde pekdah. huhuh.
belom ada anak g nk dibelikn beskal.
shit la weih
mmg mengutamakn ciri2 keselamatan moto ni
kalau kene jpj pon jpj xtau nk saman aper
haha
=D
afnie : kalo aku boleh naik, takyah tggu anak, mggu depan gak aku dah beli.
aiman : aku rase dorang leh cas takde signal laa. wakakaka...
Post a Comment