Tajuk yang mempunyai sembilan perkataan di atas diinspirasikan dari blogger paling berpengaruh di Malaysia, iaitu Maksu kita. (pujian terlampau!)
Walaupun takde kaitan langsung dengan entri ini, tapi terasa seperti tak lengkap kalau aku tak kreditkan penghargaan pada beliau.
Baiklah. Aku mula cerita. Cerita dimulakan dengan suatu penamatan. Tamatnya sebuah kisah berjudul Nur Kasih pada hari Jumaat yang lepas; di hari raya Aidiladha secara ironinya. Ia menjadi pilihan tontonan segenap lapisan masyarakat hatta bagi mereka yang sedang datang bertandang atau berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai sekalipun. Ziarah, ziarah jugak. Nur Kasih tetap tak dilupa.
Untuk makluman, pengalaman aku menyertai group Nur Kasih di facebook sebenarnya adalah satu penyesalan yang tak sudah. Kerana di sana aku telah ketemu dengan sipnosis ending cerita ini. Pada mulanya aku tak mahu mempercayainya kerana aku beranggapan ada somebody yang cuba membuat lawak kurang ajar dengan men’spoil’kan unsur saspen yang menjadi daya kekuatan peminat-peminat fanatik Nur Kasih untuk melekat di hadapan kaca tv setiap hari Jumaat malam Sabtu itu. Tetapi apabila scene Adam hendak ke Mumbai seorang diri disiarkan, aku mula terasa macam nak nangis sebab scene tersebut telahpun aku ketahui dalam group facebook seminggu sebelum itu. Haram jadah!
Tapi ternyata episod minggu lepas terdapat sedikit kelainan berbanding paparan sipnosis ringkas di facebook apabila mereka membuat absolution dengan scene di mana Aidil mengatakan “Adam dah balas (pengorbanan abang). Adam sekarang berada di landasan benar…”. Di akhiri pula dengan scene ringkasan perjalanan penghijrahan Adam itu yang dimetaforakan sebagai penuh liku tetapi berjaya Adam tempuhi demi menyahut seruan Illahi kerana apa yang penting di akhirnya, “Bila malaikat maut datang menjemput, terputuslah amalan anak Adam; kecuali ilmu bermanfaat, sedekah jariah, dan DOA ANAK YANG SOLEH.”
Ada sesetengah pihak yang tidak berpuashati dengan absolution ini, ada pula yang terlebih gembira sehingga inginkan kesinambungan Nur Kasih 2 tak kira laa dalam bentuk drama bersiri lagi sekali atau diterjemahkan dalam filem pula. Bagi aku, ending ini sudah cukup kemas, cantik, dan merumuskan keseluruhan tema dan mesej cerita, tanpa perlu diolah dengan lebih lanjut lagi. Bagi mereka yang tidak puashati, aku tidak sempat bertanya, tapi aku inginkan kepastian : “Korang neh paham ke tidak mesej cerita neh?”
Selepas ini, slot ini akan diganti dengan siri yang baru. Tapi aku tak berani jamin ia akan turut memberi impak yang sama khususnya untuk TV3 mendapatkan rating sehebat ini sekali lagi. Jika anda masih ingat, dahulu TV3 ada slot Identiti yang mana drama pertamanya adalah bertajuk Identiti (lakonan Azhar Sulaiman) yang digarap dengan cukup baik ketika itu. Setelah ia dijadikan slot tetap, makin lama pengisian dramanya menjadi kian pudar seterusnya menenggelamkan rating sehingga TV3 terpaksa menjenamakan ia semula sebagai slot Akasia yang kita kenali hari ini.
Sitkom Senario juga pernah mengalami nasib yang sama. Terbaru, Muzik Muzik juga telah menukar format dengan memperkenalkan Anugerah Juara Lagu tanpa kuota kategori bagi tahun ini.
Apapun, aku sendiri tidak dapat menerangkan dengan jelas di mana kekuatan sebenar drama Nur Kasih ini. Pada lagu temanya kah? Pada imej islamiknya kah? Pada kecantikan Tiz Zaqyah kah? Pada kehebatan lakonan mereka kah?
Yang aku tahu, semenjak episod pertama drama ini yang aku tonton secara tak sengaja (kerana aku memang setia depan TV menunggu slot Mega Movie di hari Jumaat), aku tertarik dengan mainan plot yang disusun-atur sutradara drama ini. Ada banyak scene yang membuatkan kita terpaksa mengerjakan otak kita untuk berfikir mengenai teladan atau pengajaran yang cuba dipaparkan. Ditambah dengan muzik latarbelakang yang aku kira original; tidak seperti kebanyakan drama RTM yang menciplak muzik latarbelakang dari filem Hulk atau Black Hawk Down yang seringkali mengganggu fokus aku terhadap jalan ceritanya.
Lakonan Liza Othman selaku seorang ibu yang mudah meruntun jiwanya, tetapi pandai menyembunyikan di hadapan suami dan anak-anak; demi membuatkan mereka berasa lebih selesa dan tenang, cukup mengkagumkan aku. Telah aku huraikan perspektif aku terhadap lakonan Jalaludin Hassan, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak pada entri yang lalu, maka tak perlu aku mengulanginya. Lakonan Ummi Nazeera juga ada kekuatannya tersendiri walaupun beliau dicemuh banyak pihak hasil mainan watak antagonis beliau itu.
Seringkali apabila aku berhadapan dengan pencaci dan pengeji watak Sarah, aku akan cuma mengatakan “Kesian, kesian betul aku dengan dia…” kerana somehow aku telah mengagak bahawa penulis akan memberi hukuman keras terhadap watak beliau di mana Jumaat lepas telah memperlihatkan Sarah dihempap dengan kaca yang hampir mengorbankan jiwanya. Kenapa aku kata kesian? Kerana aku tahu di saat itu ada banyak mulut yang akan bersuara “Hah, rasakan, padan muka. Tu laa tuhan nak tunjuk padahnya kalau tak reti jaga mulut bla bla bla…”.
Padahal mereka lupa bahawa ujian Allah itu tidak mengenal orang yang mulia atau keji. Hukuman sebenar kita adalah di hari penghisaban nanti. Apa yang berlaku di dunia ini semata-mata adalah untuk menguji sejauh mana graf keimanan kita. Apa anda ingat Rasulullah S.A.W tidak pernah ditimpa musibahkah?
Dalam hidup ini, kita sentiasa diajar untuk berbuat baik. Malah segala bentuk ibadat yang telah digariskan Allah juga terbukti ada zat positifnya setiap satu. Jadi, janganlah kita sekadar tahu menghayati tetapi tidak mahu mencuba untuk mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Sedikit-sedikit pun tak apa, kerana kita juga dahulunya bermula dari kosong (petikan ayat Maksu – kerana itulah beliau perlu mendapat kredit sewajarnya dalam entri kali ini!). Dan pesanan tadi tidak ditujukan pada korang, sebaliknya aku tujukan pada diri aku sendiri. Kerana akulah yang sering lupa akan landasan aku; seterusnya kembali sesat dalam tugasan aku untuk mencari Cahaya Kasih aku sendiri.
~Bila agaknya aku perlu tukar ringtone Nur Kasih yang aku dah pakai berbulan-bulan lamanya neh?~
Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding
Cari Pasangan Hidup
-
Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan
pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu
menc...
12 hours ago
8 KoMen:
salam,
encik akeji. i came across ur blog masa googling about nur kasih. (take note that i am a fan of nurkasih too!)
i was like, asal la baru jumpe blog ni skrg? u had ur reviews written well. especially part, celah mane dan bila masa adam suka kat nur? hahaha.(but i had my theory about this)
and yes, bout the ending too. i cudnt agree more with u. that's the main point of the story, hijrah@ berubah. semua org boleh berubah, even org yg pernah tersasar jauh. dan Allah maha penyayang terhadapa hamba-Nya. For me, the ending part 4 adam n nur yang tak meleret2, just nice(but the train part tu boleh kasik dramatik lagi, but again it was nice esp part bawah pokok tu). tak perlu nak tunjuk romantik lebih-lebih. part aidil n adam, that is the most awesome part bila aidil cakap 'adam dah balas. skrg adam berada di jalan yg betul. insyaAllah kebahagiaan adalah milik adam dan nur selamanya.'
and definitely, part kat gurun tu. mmg dia nak highlightkan, inilah point sebenar cerita ni. kalau perasan, ayat 'bila malaikat...' tu adalah ayat pertama dalam cerita ni yang jadi starting point untuk cerita jugak. (yg ayah dia mimpi dan panggil anak2 dia blk). and cerita ni ditutup dengan scene di mana adam berjaya mengeluarkan diri dari pasir tu sangat macam.. wooo! and if we look at remy's expression mmg sangat berazam dan tekad untuk keluarkan kaki dari pasir tu.
penutup yang kemas dan smart.
ah, about sarah, kalau perasan, saye rasa sarah n adam(yg belum berubah) ada persamaan, masing-masing ade rasa inferiority complex; adam rasa jalan utk berubah sangat sukar untuk dicapai dan tak rasa dia boleh berubah whereas sarah selalu rasa semua org melebihkan kakak dia dan dia tade plak nak berubah jadi baik macam kakak dia. sbb tu, sangat kesian dengan sarah sepanjang cerita ni, sebab dia tak pernah nak tgk kelebihan diri sendiri, dia fokuskan apa yg dia tak ada dan capai apa yang dia tak ada tu dengan cara yg salah. by the time dia sendiri tanye mak dia 'kenapa dengan sarah ni mak? kenapa susah sangat nak berubah jadi baik?' itu sangat menyentuh jiwa.
haha, panjang berjela lak komen. anyway, thanks for the reviews!
eh?! aaaa, keliru ler...
err, apa-apapun, nanti maksu akan cuba nonton nur kasih iteww :)
salam perkenalan, saya tak sengaja terjumpa blog
anda..
saya juga peminat nur kasih..
saya rasa kekuatan nur kasih pada gambar menarik, pelakon cantik, lagu best dan jalan cerita yang mendramatikkan jantung kita.
ada masa singgah di blog saya...
salam hormat.
epal : itu baru ringtone. eh takde laa... aku memang takde baju/sticker nur kasih bagai. setakat neh baru pakai ringtone je.
aini : take note that saya tak letak entri nur kasih utk tarik reader baru oke. ekekekek...
i heard ur teori already. is quite amazing and well-thought. tajam pemerhatian awak.
rasanye part train tu mungkin tak signifikan kot. that's maybe saye kisah tak kisah je scene tu. apa2 hal saye mmg tau dorang akan ketemu jua. by hook or by crook.
bila awak ckp pasal remy's expression, saye bukak balik episod akhir yg saye dah donlod. baru saye perasan mmg ade something kelainan dalam mimik muka remy yg di-shot itu. tetiba beliau nampak lebih hensem dan meyakinkan. but i still hate his guts nevertheless. lalala...
scene sarah tu saya lupa nak highlight. mungkin sbb saye terlalu teruja nak cerita tentang bala yg menimpa dia kot. thanx sbb awak mention kat sini.
macih sbb sudi baca!
maksu : keliru? tu lagu ajai ngan si jandanya nurul tu. lalala
beli dvd set je senang. kasi layan maraton 13 jam. ada bran ke maksu? (angkat2 kening)
panglima perang : salam. nama anda sungguh ganas. tapi anda juga tak segan mengaku layan nur kasih. nur kasih mmg byk menyentuh jiwa2 mereka yang sebelum ini tak terjangka untuk tersentuh. itu laa fenomena keajaiban nur kasih.
saya pun adalah mangsa yang sama gak. wakakaka...
tapi, anda punya rumusan mmg tepat. cukup saya setuju dengan pandangan anda!
insya-Allah, saya akan linkkan blog anda, senang saya nak lawat nanti.
aiseh, sekali panglima neh umno-tegar daa... takpe2. kita boleh borak isu lain. asalkan jgn sentuh bab politik dah laa. kang tak pasal2 perang dunia ketiga meletus lak japgi...
nk jgk ringtoner nur kasih tu :P
naz : sound forge laa sendiri :p
Post a Comment