Bila Sang Pujangga bermadah kata :
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan: Anda selaku setiausaha persatuan sukan di sekolah anda diminta untuk menyediakan sebuah laporan tentang Hari Sukan Peringkat Sekolah yang berlangsung baru-baru ini. Ceritakan suasana yang berlaku ketika itu tidak kurang dari 350 patah perkataan. Format penulisan laporan wajib digunapakai.
LAPORAN HARI SUKAN PERINGKAT SEKOLAH
30 Oktober 2002
Pada 12 haribulan Oktober yang lalu, hujan turun dengan lebat di kawasan sekolah kami sehingga menyebabkan Hari Sukan Peringkat Sekolah terpaksa dibatalkan.
Sekian saya melaporkan.
Yang Menjalankan Tugas,
…………………………..
Setiausaha
Persatuan Rumah Kelabu Tahi Anjing
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko.
20.3.08
MENGAPA SUBJEK BAHASA MELAYU TIDAK DICATATKAN DALAM SIJIL SPM SAYA
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, March 20, 2008 3 KoMen
Label: Jangan Ketawa
BUAYA ITU BUKANLAH AKU
Bila Sang Pujangga bermadah kata :
*Tips untuk kaum lelaki
Pengamatan demi pengamatan yang diberikan ketika aku membuat kajiselidik hubungkait mengapa aku masih berdegil untuk kekal solo sepanjang dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan aku lebih banyak mempelajari sahsiah personafikasi manusia bergelar kaum Hawa di muka bumi Malaysia ini.
Di sebalik keinginan hati aku untuk mencari calon yang paling tepat untuk aku serahkan jiwa raga 100 percent, sedikit demi sedikit aku mula sedar bahawa terdapatnya kelas-kelas sosial yang berbeza pada setiap perempuan yang cuba untuk aku kenali.
Melalui hasil daripada penyelidikan yang disifatkan jauh tersasar dari objektif asal, dapatlah dirumuskan golongan wanita di luar sana yang mungkin anda ingin miliki terbahagi kepada beberapa kategori umum.
Psychronic - Disifatkan cenderung untuk berubah emosi dan kewarasan akal fikiran tanpa mengambil kira faktor masa atau situasi penyakit wanita (period). Fokusnya seringkali kelihatan berubah-ubah dan sangat tidak stabil. Mempunyai sifat kebertanggungan (dependency) yang sangat tinggi di luar jangkaan mana-mana lelaki di luar sana. Golongan ini amat berisiko kerana mampu untuk menimbulkan konflik bermula dari detik awal perkenalan lagi (dari saat pertama kali bertentang mata ataupun pertama kali memperolehi nombor telefon/emel/alamat rumah/id chatter). Sila buat keputusan segera bermula detik anda mula terasa dipertemukan dengan golongan ini samada mahu meneruskan hubungan atau menamatkannya sahaja kerana setiap detik yang berlalu amat berharga dan boleh menyumbang kepada gejala mental yang serius dalam rutin kehidupan seharian anda. Juga berpotensi untuk menjangkiti anda sehingga anda turut terpengaruh untuk bersifat psychronic pada pasangan anda yang berikutnya kelak.
Psycholicious - Golongan ini turut memiliki sifat kebertanggungan yang tinggi namun ia seringkali terjadi dari sudut dua hala (bergantung kuat pada pasangan dan mengharapkan pergantungan pasangan kepada dirinya di masa yang sama). Kerap cuba mencuri perhatian mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam simbiosis perhubungan anda dengan si dia. Terdapat pro dan kontranya yang tersendiri berkenaan golongan ini. Pronya kepercayaan yang dapat anda perolehi dari mereka adalah bersifat total dan tidak berbelah bahagi. Kontranya pula kepercayaan ini amatlah sukar untuk dilupuskan ketika anda membuat keputusan untuk menamatkan hubungan. Berdasarkan kajian, dilihat golongan ini sering kembali kepada anda walaupun ketika anda telah menjalin hubungan baru dengan orang lain. Berpotensi untuk memusnahkan hubungan baru anda itu ataupun dalam kes-kes tertentu, ada yang berkompromi untuk berkongsi kasih sehingga berlakunya poligami bagi mana-mana lelaki yang untung rezeki.
Rocky Sporty - Agak sukar dibaca perwatakan golongan ini sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai cukup liat untuk dipikat. Tempo persefahaman antara dua pihak dalam kategori ini mempunyai keunikan yang berbeza bagi setiap individu yang anda jumpai. Persoalan samada anda mampu membaca rentak mereka ataupun keserasian di antara anda berdua terjalin secara semulajadi, akan menjadi titik tolak untuk kejayaan perhubungan ini. Terdapat banyak kelebihan yang anda perolehi sekiranya berjaya mendapatkan mereka tanpa memerlukan rupa paras yang kacak mahupun harta berjuta ringgit, namun satu-satunya risiko yang anda perlu tanggung adalah untuk membuat pilihan keputusan yang tepat ketika berurusan dengan mereka. Bagi yang kurang pengalaman atau kebijaksanaan, situasi bersama mereka dinilai sebagai sangat rapuh kerana konflik mampu timbul pada bila-bila masa tanpa anda sedar bahawa anda sendiri yang menimbulkannya.
Down 2 Earth - Kebiasaannya ada 3 perkara yang dinilai oleh golongan ini dalam membuat keputusan untuk menerima anda. Pertama, jumlah harta yang telah anda kumpulkan. Kedua, kerjaya anda yang stabil. Ketiga, pegangan asas ugama yang kukuh. Rupa paras atau perilaku sosial anda bukan menjadi ukuran kerana bagi golongan ini, ketiga-tiga perkara yang anda miliki itu sudah cukup menjadi bukti yang anda ada value untuk dijadikan pasangan. Tidak perlukan sebarang janji manis, cukuplah sekadar berkenalan untuk tempoh dua tiga bulan sudah boleh dibawa ke rumah orangtua anda sekiranya anda berkenan untuk dijadikan isteri.
Nympho/Scandalicious - Golongan ini diibaratkan sebagai operator untuk menempah tiket anda ke neraka. Walaupun kedua-dua kategori ini mempunyai perwatakan yang sedikit berbeza, namun ia membawa misi yang sama iaitu kerosakan pada kerohanian diri anda. Dalam ertikata lain tidak ada sebarang nilai untuk dijadikan isteri berdasarkan pemerhatian yang kebanyakan perhubungan seperti ini tidak pernah berakhir dengan happy ending. Wajarnya anda harus mematikan niat untuk meneruskan perhubungan andaikata anda ingin menjadikan mereka sebagai isteri anda. Walaupun ada kemungkinan untuk berjaya, peratusannya cukup rendah sehingga boleh menjadikan usaha anda itu disifat sebagai tidak berbaloi.
Kategori-kategori yang dinyatakan di atas bukanlah bersifat ranking yang boleh dijadikan rujukan untuk anda memilih pasangan yang terbaik. Kerana seperti yang telah anda sedia maklum, jodoh anda telahpun ditentukan ketika anda lahir ke dunia. Tugas anda cumalah merancang apa yang terbaik untuk diri anda bagi mencapai matlamat acuan keluarga yang anda ingin bina mengikut persepsi anda yang tersendiri. Dan dipercayai ada juga golongan-golongan yang lain yang turut wujud dalam komuniti kita namun gagal untuk didokumentasi sepanjang pemerhatian aku ini. Anda boleh bersifat untuk memilih, untuk menjadi seorang yang cermat dalam usaha mencari jodoh, namun ketika sampainya masa untuk membuat pilihan kelak, yang paling penting tanyalah hati sendiri.
GLOSARI MR. AJAI
Psychronic – awek psiko di tahap yang kronik
Psycholicious – awek yang senang tangkap cintan tapi susah nak ditinggalkan
Rocky Sporty – awek yang cukup sporting untuk di ngorat tapi cukup susah nak dijaga bila dah dapat
Down 2 Earth – awek yang boleh di ngorat sekiranya resume kita mencapai piawaian yang ditetapkan oleh mereka
Nympho – ada yang memanggil mereka dengan gelaran bohsia, ada yang memanggil free-minded woman, ada yang memanggil perempuan simpanan/pemuas nafsu, berbeza mengikut kelas harganya yang tersendiri
Scandalicious – awek yang takde pendirian tetap bila memilih teman lelaki, dan sanggup memasang lebih dari satu lelaki pada satu-satu masa
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, March 20, 2008 5 KoMen
Label: Interpretasi Umum