27.7.12

15 PERKARA YANG SAYA 'FAHAM' MENGENAI THE DARK KNIGHT RISES

Mula-mula aku kena bagi amaran dulu. Kot-kot ada sesapa yang terbaca entri neh tapi lom tengok lagi citer Batman terbaru tu; The Dark Knight Rises, baik skip dulu laa. Selain dari sebab ada spoiler, takut jugak tak paham apa yang nak diceritakan nanti ye tak?

Tadi dok tengah merayap-rayap kat dunia internet neh aku ada terserempak dengan satu link artikel yang menarik minat aku. Tajuknya '15 things that bothered us about The Dark Knight Rises'. Ada banyak artikel yang melibatkan isu perfileman neh kan sebab peminat filem ada kat seluruh dunia kan. Aku pernah baca banyak artikel pasal movie mistake laa, unscripted dialogue laa, senarai movie yang box office flop tapi became cult laa dan sebagainya. Hoho.

Pertama, aku memang nak cakap aku sangat kagum dengan Christopher Nolan. Start daripada Batman Begins lagi, dia berjaya memberikan satu filem superhero yang believable enough. Maksud aku, fiksyen, fiksyen jugak, tapi dalam lingkupan yang masuk akal untuk diproses oleh imaginasi kita. Dua sequel dari Batman Begins ini pun (The Dark Knight dengan The Dark Knight Rises) mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan disebabkan Nolan sangat cerewet dalam memilih skrip.

Berbeza pulak dengan Star Wars, George Lucas dah memang siap ada skrip untuk Episode 1, 2 dan 3. Cuma katanya dia belum ada duit dan teknologi untuk filemkan je. Dan itu pun dia kena bahan gak ngan peminat Star Wars tegar. Entah, aku tak kisah sangat pun sebab aku tengok citer tu pun sebab nak tengok Natalie Portman ngan Ewan McGregor je. :P

Okeh, melalut. Berbalik kepada topik asal. Disebabkan terdapatnya aspek kebodohan dalam 15 soalan dari artikel aku baca tadi, maka meh sini biar aku yang tak pandai mana neh pun nak tolong jawab kan. Sebab aku tanak nanti ada orang dok terbaca artikel tu pastu garu-garu janggut cakap “ada betul jugak apa yang dorang kata neh.” Aku tanak orang Malaysia jadi bahalol, sebab tu laa aku jawab balik dalam bahasa melayu. Padahal sebenarnya aku tak konfiden nak buat full entri dalam bahasa inggeris. :P Kah kah.



Baik. Soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut :

1. Macam mana Bane boleh tahu identiti Batman dan lokasi Applied Science. – Dalam penerangan artikel neh penulis ada cakap pasal kemungkinan bapak Thalia, Ra’s Al Ghul yang bagitahu dorang pasal kaitan Batman dan Wayne Enterprise. Cuma dorang pertikaikan adalah tempoh masa. Apa pulak nak peliknya pasal tempoh masa? Ra’s masa nak datang Gotham pun dah planning berbulan-bulan, mungkin bertahun. Dia siap tau pasal Bruce ‘jumping rooftop’ pakai tumbler. Dan Ra’s jugak mendakwa kekayaan keluarga Wayne datangnya dari suntikan dia dan League Of Shadows. Dah tentu dia tau segala macam apa aktiviti yang berlaku dengan Bruce Wayne dan Wayne Enterprise terlebih dahulu. Harus diingat, masa Bruce melarikan diri dulu pun Ra’s yang dapat jumpa dia kat pelosok penjara sedangkan Alfred tak tau langsung apa khabar berita Bruce. Dan Thalia pulak adalah anak Ra’s, tak mustahil dia ada akses akan segala rekod yang ada pada League Of Shadows.

2. Officer Blake dengan begitu mudah dapat meneka Bruce Wayne adalah Batman. – Siapa yang dah tengok citer neh tau laa yang Blake neh Robin kan. Kalau Robin tak cukup pandai macam mana dia boleh jadi sidekick Batman ye tak? Baik Bruce sarungkan baju Robin tu kat Alfred je terus senang. Itu satu hal. Satu hal lagi, Blake jelas-jelas dah menerangkan yang dia idolize Bruce Wayne sebab Yayasan Bruce Wayne telah menanggung kehidupan dia sewaktu kat rumah anak yatim tu. So mesti laa dia rajin buat research pasal Bruce kan? Berbanding dengan orang lain yang memang tanak amek tau pasal Bruce Wayne disebabkan alter ego Bruce yang berlagak dengan kemewahannya sampaikan tetamu dia pun tak berapa nak suka kat dia (Batman Begins) memang laa tak nampak kaitan Bruce dengan Batman. Sesapa yang dah tengok Superman Returns mungkin ingat lagi scene Lois Lane dengan suami dia cuba nak kaitkan Clark Kent dengan Superman, tapi last-last dorang bantai gelak je sebab nampak sangat macam tak logik. Padahal Lois lagi rapat dengan Clark, itupun dah boleh kena tipu. Inikan lagi pulak penduduk Gotham. Jadi jangan nak pertikai laa pasal Blake sebab karakter dia pun memang istimewa.

3. Bruce banyak kali injured (kaki tempang dan tulang belakang patah) tapi cepat pulih. – Kalau dari segi timeline, sebenarnya taklah cepat mana. Kaki Bruce dipulihkan menggunakan alat teknologi. Tulang belakang dia pulak amek masa berbulan-bulan dengan latihan fisioterapi intensif yang dia jalankan sendiri dalam penjara. Lagipun dalam penjara tu kan ada sorang doktor tu yang boleh pantau. Lagipun kena ingat, Bruce neh dah bukan macam manusia biasa sebab dia dah dilatih oleh League Of Shadows sebab tu dia boleh jadi Batman. Kalau bagi Commissioner Gordon jadi Batman pun tak jalan jugak rasanya.

4. Babak Alfred meletak jawatan sebagai butler Bruce nampak terlalu sambil lewa. – Untuk part neh, aku rasa pandangan yang subjektif. Bagi aku laa kan, lokasi babak tu tak penting mana pun. Yang penting ayat dia. Dan Alfred dengan Bruce keep it simple sebab dorang dah sangat memahami antara satu sama lain. Tak perlu nak tanya “kenapa Alfred? Kenapa? Kenapa kau buat aku begini?” Apa ingat ini cerita Hindustan nak bermelodramatik bagai?

5. Kenapa SEC (Suruhanjaya Sekuriti kot) tak masuk campur dan menghalang Bane dari melakukan pemindahan saham secara tidak sah waktu kat bursa saham tuh. – Ini soal teknikaliti. Memang logik pun tapi jangan lupa Bane menggunakan program apa nama ntah tu yang Selina Kyle (CatWoman) nak sangat-sangat tu so mungkin ia melebihi kapasiti kuasa teknikal yang ada pada SEC. Alah, dalam dunia sebenar pun, berapa ramai penyangak ekonomi yang berjaya menipu sampai dah berbelas tahun baru kantoi dan kena tangkap? Realistik laa sikit pun. (Haa, kan dah terkena ironinya tuh).

6. Batman dengan Thalia beromen. – What? U jelly? Nak suruh dorang berguling-guling atas padang rumput sambil menyanyi lagu dulu baru dibenarkan beromen? Sebab plot percintaan dorang tak panjang macam percintaan Meg Ryan ngan Tom Hanks dalam Sleepless In Seattle? Point dia mudah je, kalau penulis neh tau baca sejarah Batman dorang akan tahu yang Thalia sepatutnya bakal melahirkan anak Bruce Wayne. Maka plot beromen ini penting untuk masa akan datang kalau-kalau Nolan nak sambung lagi sekuel. Itupun kalau Thalia somehow berjaya survive laa kan. Bab tu jangan pertikai, sebab ini movie. Baik korang pertikai macam mana Qui Gon dapat kontek balik Obi Wan Kenobi walaupun Qui Gon dah mati dalam cerita Star Wars. Lagi berpaedah.

7. Batman pakar graffiti. – Ada scene di mana bila Commissioner Gordon menyalakan petrol, lambang Batman jelas kelihatan kat dinding bangunan. Soal dia, dah laa susah nak buat secara logistiknya, dan mengambil masa yang lama pulak tu sedangkan Bruce kembali ke Gotham dalam keadaan Gotham dah pun huru hara dalam cengkaman Bane. Well, Batman kan theatric. Suka hati dia laa dia nak jadi sekreatif mana dan ambik masa banyak mana pun asalkan kerja dia berjaya disiapkan. Kan? Lagipun dia Batman. Apa barang kalau setakat pakai spray 10 hengget setin. Ceh.

8. Bruce Wayne bangang sebab tak jaga sekuriti elok-elok sampaikan Selina dengan Thalia berjaya mencerobohi rumah dan syarikat dia. – Wayne Enterprise adalah syarikat paling besar kat Gotham dan menggaji ramai orang secara langsung dan tak langsung. Sedangkan operasi bisnes pun dia bagi Fox yang jaga, macam laa dia nak amek tau sangat pasal semua staf dia.

9. Bila masa Bane sempat hantar Bruce ke penjara di waktu ketika dia tengah planning nak takluk Gotham? – Satu, dia tengah planning je pun. Itu pun timbalan pesuruhjaya tu pun bangang buat-buat tak tau pasal aktiviti Bane. Kedua, dia bos kot. Suka hati laa kalau dia nak bercuti sekejap nak scuba kat Sipadan ke mana ke. Inikan pulak soal nak uruskan hal seteru dia.

10. Cam mana Bruce balik ke Gotham lepas melarikan diri dari penjara? – walaupun dia takde sumber duit sebab dia dah bengkrap, tapi kena ingat dalam Batman Begins pun Bruce merayap dari Gotham sampai ke Asia sehelai sepinggang. Pandai dia laa nak hidup nak balik berenang merentasi lautan pasifik sekalipun.

11. Penjara yang Bruce duduk tu pelik sebab sape-sape pun boleh masuk dan boleh keluar pulak tu asalkan sanggup lompat batu. – Untuk pengetahuan lokasi penggambaran penjara tu kat India. Dia tak sebut laa negara kan tapi kita boleh beranggapan penjara tu kat Asia. Sekali lagi, plot Batman Begins memainkan peranan sebab masa Bruce dalam penjara Ra’s Al Ghul rilek je boleh masuk penjara tuh dan berjanji untuk membebaskan Bruce asalkan Bruce sanggup training dengan dia. Ini semua ada kaitan dengan League Of Shadows jugak laa aku ingat. Sebab League Of Shadows tu sendiri pun adalah satu pertubuhan yang pelik. Mengalahkan ninja atau Naruto peliknya.

12. Bandar Gotham ketika ditawan Bane nampak lesu, tidak sehuru-hara seperti yang sepatutnya. – Kena ingat lagi, makanan dan segala sumber pada waktu tu sedang dicatu. Mana nak dapat tenaga nak bikin havoc sana sini. Lagipun Bane pun tak suka kot kalau kacau bilau sangat. Sebab dia menjanjikan kebebasan kepada Gotham, bukannya kemeriahan dengan segala macam letupan sana sini.

13. Polis Gotham termasuk dengan CIA adalah sangat bodoh. – Arahan supaya semua polis Gotham pergi masuk terowong tu adalah arahan siapa? Orang nombor 2 paling atas tu (sebab masa tu Gordon terlantar atas kat hospital). Itulah tukang bodohnya pun. Dorang yang lain tu menurut perintah je. Dan pasal CIA bawak penjenayah naik kapal terbang pakai penutup kepala tu, well, CIA memang bodoh pun. Baru tau ke?

14. Pertarungan Batman menentang kuncu-kuncu Bane sangat kelakar. – Sebabnya kuncu-kuncu Bane amek giliran untuk dibelasah Batman. Sah-sah dorang neh tak pernah tengok citer Tamil. Aku tak rasa macam tu sangat sebab Nolan dengan bijaksana dan bijaksininya memainkan peranan sinematografi yang baik untuk menampakkan Batman seakan-akan tangkas gila bila beraksi. Itu namanya ilusi optik. Kang dia pakai CGI kang lagi laa nampak kartunnya.

15. Ending berserabut sebab banyak benda yang penonton perlu proses dalam jangkamasa yang pendek. – Pernah tengok ending Inception? Ending simple je tapi buat penonton jadi gila sampai terbawak-bawak ke rumah. Ending The Dark Knight Rises neh bagi aku, ending yang memberi compliment kepada sesiapa yang betul-betul memberi tumpuan kepada jalan cerita. Especially part Bruce dengan Selina masa dorang dekat France tuh. Kalau dorang tak fokus apa yang Alfred cakapkan dekat Bruce sebelum tuh, memang dorang akan lost gila. Tapi kan, aku baru menonton sekali je neh. Tak sempat donlod pun lagi nak khatamkan banyak-banyak kali. Tapi tak lost pun. :P Lalalala…



Rajin betul aku membuat entri panjang yang boleh dikatakan spontan neh. Takpelah, yang penting aku rasa puas dan berbaloi. Kalau planning satu entri sampai berbulan-bulan tapi nak menaip satu perenggan pun rasa macam kena ugut je, baik takyah kan? Haha.

Okeh, tugas dah selesai, until next time bebeh!