Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli alaa sayyidina muhammad wa aalihi washohbihi wassalam.
Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W bersempena dengan hari keputeraan baginda.
Jadi kurang molek lah pula rasanya kalau aku bercerita pasal Cristiano Ronaldo, mahupun pasal diri aku sendiri bukan? Takpe, kita skip dulu untuk esok hari kalau masih ada rezeki.
Rasanya ramai yang dah tahu dan hafal fakta sejarah kelahiran nabi yang jatuh pada tahun gajah, dan merupakan anak kepada Abdullah dan Aminah ini. Itu dah kira macam syllabus wajib masa belajar kat sekolah dulu.
Tapi sebelum nak pergi kerja pagi tadi, mak aku ada pulak berpesan, “bila tiba harijadi, kita kena ingat harimati.”
Terlintas di hati aku akan satu video youtube yang aku terserempak di facebook beberapa bulan lepas, yang mengisahkan kewafatan nabi.
Jujurnya, aku sendiri kurang arif akan cerita ini. Kebiasaan pun bila mendengar ceramah-ceramah agama ada ustaz-ustaz yang menceritakan kisah ini sambil menyebut “ummati ummati” (umatku umatku).
Sungguh kasih dan cinta sekali Rasulullah kepada kita ini biarpun acapkali kita terleka dengan mainan dunia dan terkadang melupakan baginda.
Aku feed je lah video tu kat sini. Kasi korang layan.
Hari neh banyakkan lah berselawat ye biarpun sekadar dalam hati. Yang penting sampai ke atas sana.
Nota tambahan : Selamat buat mereka-mereka yang akan bertunang atau berkahwin pada hari ini. Semoga jodoh dipanjangkan ke akhir hayat.
5.2.12
MAULIDUR RASUL
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, February 05, 2012 3 KoMen
Label: Islam Agamaku Selamanya
29.12.11
NEPSU
Nepsu itu perlu.
Jangan kamu kata tak perlu.
Jangan kamu kata “Kenapa tuhan bagi aku nepsu tapi banyak pulak pantang larang dosanya? Huh!” Na’uzubillah.
Tanpa nepsu, kamu tidak akan ada kemahuan untuk buat perkara asas even seperti makan sekalipun.
Tanpa nepsu, kamu tidak akan ada kemahuan untuk berkahwin dan menambahkan zuriat a.k.a penghuni syurga.
Tanpa nepsu, kamu tidak akan ada keinginan untuk berjaya dalam hidup dan di atas dunia.
Walaupun perkara-perkara berkaitan nepsu ini ada keburukan tersendiri sehinggakan ramai yang menyebut “Usah menurut nepsu,” namun, ia tetap ada keperluan tertentu.
Dalam Islam, perkara utama yang paling aku paham adalah konsep bersederhana. Bersederhana di sini bukan bermaksud mediocre yang lebih bersifat ordinary tetapi lebih kepada maksud prinsip balance atau keseimbangan.
Di negara omputeh contohnya, ada golongan vegetarian dan ada golongan meat-eaters. Golongan vegetarian langsung tak makan daging manakala golongan meat-eaters main belasah semuanya termasuk babi dan haiwan yang tidak disembelih (bangkai) dan pemakan daging.
Dalam Islam, semua dibenarkan malah digalakkan memakan daging tetapi ada syarat-syarat tertentu. Kerana daging membekalkan diet yang seimbang asalkan kita tidak melebih-lebih dalam volume pemakanan kita serta mementingkan kualiti zat yang dibekalkan itu.
Begitu juga halnya dengan perkahwinan. Juga perlukan keseimbangan. Dengan keseimbangan inilah dapat mengukuhkan alam perkahwinan.
Apatah lagi cinta kita sesama manusia agak kabur pada garisan nafsu.
Contohnya, kita cintakan Allah kerana keagungan-Nya. Kita bernafsu untuk merebut segala pahala yang boleh kita kecap supaya mendapat jaminan masuk syurga.
Seorang lelaki (kebiasaannya) mencintai perempuan kerana kelembutan (peribadi)nya. Seorang lelaki bernafsu kepada perempuan juga kerana kelembutan (kulit)nya. Itu contoh. Ada banyak lagi contoh yang lain tapi takut lari topik lak sat lagi.
Tanpa adanya keseimbangan ini dalam institusi perkahwinan, maka mulalah kita terlalu mengagung-agungkan cinta sesama manusia sehingga mengharamkan poligami tetapi menghalalkan pula same-sex marriage. Kerana mereka berkahwin atas tujuan cinta dan bukannya atas dasar cinta serta mahukan anak.
Dalam soal harta pula, kita disuruh mencari rezeki yang melimpah ruah di bumi ini. Tiada limit harta yang boleh kita kumpul asalkan melalui cara yang halal dan tidak abaikan zakat.
Namun dalam dunia kapitalisma, segala-galanya boleh. Melanggar undang-undang ciptaan manusia juga boleh asalkan keuntungan yang bakal diperolehi nanti cukup untuk membayar upah peguam handalan dunia.
Ramai yang cakap Islam as the way of life. Tapi ramai juga yang menganggap ini sebagai cliché kerana hanya memandang dari sudut ibadah rutin semata-mata. Jangan pandang ibadah sebagai satu aktiviti sampingan. Anggaplah hidup itu sendiri sebagai satu ibadah.
Aku nampaknya memang memandai-mandai dalam berkhutbah. Tetapi aku berkhutbah sebenarnya untuk diri aku. Kamu yang terbaca ini, aku anggap sebagai tidak sengaja sahaja. Heh. :P
Ye, nepsu itu sememangnya perlu. Tambah-tambah lagi malam neh pulak malam Jumaat.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, December 29, 2011 0 KoMen
16.8.11
INTERPRETASI
“Mamak, order roti canai satu ngan teh tarik segelas!”
Sekarang dah tiada kedapatan lagi suara-suara seperti ini di pagi hari. Bukannya tiada langsung, cuma tonanya mungkin sudah dikurangkan ke tahap desibel yang hanya mereka-mereka yang terlibat sahaja yang boleh dengar.
Pabila ditanya, ramai yang mengerti dan faham bahawa maksud perkataan order itu ialah ‘tempahan’. Perkataan menempah pula lebih sesuai kepada ‘ordering’ sebab ia adalah kata perbuatan.
Namun pernah pula kita mendengar istilah yang digunapakai tuan hakim dalam kamar perbicaraan – “Order! Order!” Untuk perkara ini aku tak boleh nak ulas lanjut sebab aku tak study bidang bahasa mahkamah. Sedangkan Habeas Corpus pun mulanya aku sangkakan nama spesis bunga dalam keluarga Hibiscus.
Tapi ada pula penggunaan lain yang kebiasaanya dalam masyarakat tentera atau penguatkuasa. “That’s an order,” kata bosnya itu apabila permintaan beliau kepada anak buahnya supaya membeli Pizza Hut regular size, takeaway pada jam 12 tengahhari tidak dilayan begitu sahaja.
Secara asasnya ia hampir berbunyi sama tetapi apabila ditranslasikan… wait, maksud aku bila diterjemahkan maka order itu menjadi maksud ‘arahan’. Arahan dan tempahan kelihatan seakan dua maksud yang tidak sama.
Tapi secara lebih tepat sebenarnya perkataan order itu lebih kepada bermaksud meminta serta menyuruh. Sepertimana anda meng-order sesuatu produk di gedung jualan sebenarnya sama konteks dengan order yang anda dapat dari pegawai atasan anda. Jika mereka tidak mengikuti order anda, maka mereka akan kena. Kena apa? Kena rugi. Hahaha.
Kadang-kadang susah aku nak menerangkan maksud satu-satu perkataan bahasa inggeris kepada yang bertanya kerana aku sukar nak menterjemahkannya secara langsung tanpa memahami isi konteks yang cuba nak disampaikan terlebih dahulu.
Siapa kata belajar bahasa neh mudah dengan hanya menggunakan kamus? Pakai google translate dulu laa baru tau azabnya.
Walaupun memang ada direct translation yang boleh digunakan malahan ada pepatah yang sebijik-bijik ditiru (tatau sama ada kebetulan atau memang ada unsur pengaruh plagiarisme di situ). Contohnya pepatah ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Direct translation-nya adalah ‘where there’s a will, there’s a way’.
Tapi dalam bahasa melayu pun ada jugak konsep ‘kata banyak makna’ neh. Salah satu yang ckgu aku pernah ajar, adalah perkataan alamat. Ia boleh menjadi alamat rumah seseorang dan juga ia boleh bermaksud petunjuk – “hari gelap alamatnya hujan nak turun neh.”
Tapi bukan ke alamat rumah seseorang itu juga bermaksud petunjuk? Entah laa. Aku malas nak cerita isu syllabus pelajaran sebab zaman sekolah dulu aku seorang yang pendiam dan tak banyak bunyik macam sekarang. Ikut je bulat-bulat apa yang dikata.
Tapi apa yang aku lihat sekarang adalah walaupun pada zaman era globalisasi macam sekarang di mana segala berita di dunia hanya mengambil masa beberapa saat untuk sampai ke pengetahuan anda – dengan asimilasi budaya dan pelbagai lagi – hakikatnya bahasa itu tetap ada rumpun asalnya yang berupaya untuk membedakan satu bahasa dengan yang lain.
Bila bercakap pasal bahasa, aku teringat akan soalan dari seorang kenalan aku di tempat kerja. “Kau tahu tak kenapa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab?” Aku menjawab entah, seperti biasa. Maklumlah orang kekurangan ilmu agama.
Dia menjawab, “ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa syurga. Maka wajib untuk kita mempelajarinya. Tapi tok guru aku kurang setuju dengan pendapat sebegitu.”
“Kenapa?” aku bertanya.
“Dia mengatakan bahawa bahasa Arab ini walaupun vocabulary-nya kurang, namun kaya dengan makna. Kadang-kadang satu perkataan sahaja boleh membawa sebegitu banyak maksud. Al-Quran pula merupakan kitab agung Kalamullah yang tidak menggunakan bahasa Arab standard. Maka sepotong ayat sahaja boleh diinterpretasikan kepada pelbagai maksud dan pedoman. Natijahnya adalah Al-Quran ini diturunkan sebagai panduan hidup muslimin dan muslimat seluruh dunia. Jika ia teks seumpama seperti senaskhah perihal perlembagaan maka nescaya tidak akan cukup kertas di dunia untuk melengkapkan ajaran Allah yang mana ilmu-Nya lebih luas dari alam semesta.”
Aku bukan nak kata pendapat yang diutarakan itu benar nas-nya namun acapkali kita sering memandang enteng akan perihal memahami ajaran Islam secara diversify yang boleh menguntungkan banyak pihak. Contohnya isu larangan membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara yang bangkit baru-baru ini. Ramai yang hanya tahu menempik mahu berlagak hero tapi hujahannya standard budak tak tamat sekolah. Harus diingat bahawa ajaran Islam ini bukannya satu tradisi turun temurun yang perlu dilakukan setiap penganut tanpa memahami isi perbuatannya. Semua perlu bersebab, semua ada kewajaran tertentu. Mahu atau tidak mahu untuk kita membongkarnya sahaja. Jika tidak tahu pun, kita ada konsep tawakal dan berserah yang aku rasa mungkin tak ada dalam agama lain, wallahu’alam.
Namun kita suka menerima bulat-bulat apa yang ada. Ia nampak lebih praktikal, teratur dan sistematik. Namun bila kita disagree to disagree maka sebenarnya kita telah menutup banyak pintu untuk proses penimbaan ilmu. Sedangkan ilmu yang wujud kat dunia neh pun tak terhabis sebenarnya untuk kita pelajari sampai ke akhir hayat. Bagaimana pula kita boleh mendabik dada mahu mengatakan kita tahu segala?
Iklan sekejap. Di bawah ini ada satu link entri menarik mengenai isu samak. Sila baca dan cuba fahamkan.
http://www.kubakoya.com/2011/08/simplysiti-siti-samak-satu-kilang-di.html
Secara peribadinya aku sendiri kurang yakin jika proses samak tidak dilakukan secara sempurna mengikut ajaran nabi, namun aku bersetuju bahawa kita tidak boleh menolak arus modenisasi hanya kerana sesetengah perkara yang wujud hari ini tidak wujud pada satu ketika dulu. Yang penting adakah ia memberi kebaikan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian selaku muslimin dan muslimat?
Kerana perkara-perkara sebeginilah maka pentingnya kita memiliki alim ulamak yang boleh kita bersoal jawab dan menyampaikan hujah-hujah yang berkenaan. Apa yang ada hari ini adalah alim ulamak ditolak ke tepi hanya kerana perbezaan pendapat politik.
Pernah satu ketika aku menonton rancangan Tanyalah Ustaz (wahhh, macam susah nak percaya bukan?), dikelolakan pada ketika itu oleh Ustaz Zawawi Yusof. Zaman tu tak ada lagi sidang hadzirin (wah ayat old school lagi tuh) macam sekarang neh. Yang ada cuma ustaz tu dengan sebijik laptop yang setia menemani.
Beliau diajukan soalan agak panas berkenaan perbezaan pendapat yang ada kaitan dengan politik. Dan ustaz itu terpaksa menjawab secara berlapik dengan mengatakan tak kira jika kita menyokong mana-mana pun parti politik (dia gunakan kiasan payung hijau dan topi biru kalau tak silap aku) yang haq, adalah haq dan yang batil, tetap batil. Lebih kurang kot. Not word by word okay.
Ini kerana, sepertinya ada satu ketakutan untuk alim ulamak ini supaya mereka hanya mengeluarkan pandangan non-partisan sahaja. Sedangkan pendapat adalah tetap satu pendapat. Dan ia tidak kebal dari dibalas dengan hujah yang relevan. Ini yang aku sedikit sesali kerana berlaku begitu meluas ketika ini. Lihat saja contoh pada Ustaz Zamri yang satu ketika dulu bebas berdakwah di kaca TV9. Hari ini?
Berbalik kepada cerita mengenai bahasa Arab dan Al-Quran tadi, suka aku nak memetik satu kisah yang aku pernah terbaca di internet. Tak dapat dipastikan kesahihannya namun anda dipelawa untuk membuat kajian lanjut mengenainya.
Dalam kisah tersebut, diceritakan mengenai satu kes murtad yang sedang berlangsung ketika itu, namun tak pasti pula kes yang mana. Mengikut kata si penulis, peguam yang mahu menolak usul murtad yang dikemukakan itu menggunakan sebaris ayat Al-Quran yang telah diterjemah (surah Al-Baqarah kalau tak silap aku) untuk menyokong hujah beliau. Namun peguam pihak lawan mengakui dia kurang faham bahasa melayu dan minta diterjemahkan ke bahasa inggeris. Entahkan kebetulan ataupun mungkin taktik guaman, terjemahan ke bahasa inggeris itu pula terpakai kepada peguam lawan tadi untuk menyokong usulnya pula.
Ini apa yang terhasil apabila Al-Quran digunakan dalam sudut konteks tertentu sahaja dan kita kurang memahami isi rahsia yang terkandung didalamnya. Seperti sudah dibiasakan pula kepada kita bahawa ilmu hafazan dan tafsiran seakan-akan sudah cukup buat akal kita yang sebenarnya memang dengkal ini.
Bersempena dengan Nuzul Al-Quran kali ini, aku bukanlah nak kata aku neh memandai sangat because aku sendiri amat jahil bab pembacaannya, apatah lagi pemahamannya. Namun apa yang aku nak seru, di sebalik kita cuba mendalami isi Al-Quran sehari-hari, perlu juga kita tahu kaedahnya, dalilnya,natijahnya di sebalik pembacaan kita itu. Kerana macam yang aku cakap awal tadi, segala di dunia neh, pasti bersebab. Kita tidak mahu bila generasi akan datang mempersoalkan ibadah kita, kita hanya membalas; “entah!” macam yang selalu aku buat sekarang neh.
Malu beb, malu.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, August 16, 2011 1 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Pena Dari Meja Pujangga
8.8.11
HANGENNN!!!
Di bulan baik, di bulan mulia, di bulan penuh keberkatan ini, hajat di hati nak mengurangkan kemencarutan pada bibir mulut walaupun tahu ia tetap terpateri dalam kotak suara hati.
Banyak betul isu mengaitkan soal agama menjak dua menjak neh. Aku, walaupun sekeji ini tapi aku nak menegaskan sekali lagi bahawa aku amat pantang bila akidah dipermainkan, ajaran agama diperkotak-katikkan.
Nak berpolitik, tak salah. Nak mengaitkan agama dengan politik juga tak salah. Tapi, resmi seperti orang yang mengaku beragama, ilmu di dada tu setakat mana je lah yang anda ada? Kita masih dalam proses belajar. Yang rasanya takkan tamat sampai mati. Tak kira laa bidang ilmu agama ke, politik ke, kehidupan ke, game bola ke hape ke. Sedar tak sedar, setiap hari ada saja benda baru yang kita belajar setiap hari.
Tapi ada empat isu terbaru yang aku rasa sangat tak puas hati dalam diri, namun masih sengaja buat-buat tak peduli. Apakah isu tersebut? Meh aku terangkan dulu kasi jelas isi hati.
Ulasan : Amboi nama. Rasanya geng-geng blogger dah ramai yang tahu isu neh pasal isu dah lama. Gambar-gambar fotosyop tu pun dah tersebar luas sampaikan orang boleh cam even yang di-censored pixelnya sekalipun. Baru hari neh ada pendedahan di GaySec berkenaan identiti pemilik akaun facebook dan blog tersebut. Benar tak benar, fitnah tak fitnah, wallahu’alam. Namun andainya benar, takyah laa kita wat-wat terkejut pun ye. Identiti yang didakwa adalah dimiliki seorang gadis Islam (sebab nama dia ada binti) yang agak-agak comel laa ala-ala Korean girl gitu. Itu dari segi rupa, dari segi bahasa?
Macam aku cakap, aku sengaja malas nak ambik tau atau buat-buat peduli sebab tak kira apa pun kebenaran yang tersembunyi di sebalik kisah ini, hakikatnya ini tak lebih dari sekadar satu cetusan provokasi. Apa niat dia, apa kehendak dia? Hanya dia dan tuhan je yang tahu. Namun natijahnya jika dicongak-congak, amatlah besar sekali. Positif? Negatif? Rasanya isu yang dipimpin dari semangat kebencian jarang ada positivitinya. Heh!
Ulasan : Beliau dah pun pergi menghembuskan nafas yang terakhir. Kalu kita nak bercakap atas kapasiti arwah itu sendiri rasanya ralat kot. Dia ada banyak lagi cabaran dan halangan bakal ditempuhi di alam barzakh nanti.
Namun apa yang kita dapat belajar dari kisah ini? Apakah ia okey hanya sekadar menatap dan meratap sahaja sementara menunggu kisah-kisah sensasi lain yang bakal muncul di paparan mukadepan sokkabar-sokkabar tempatan? Adakah kita mahu terus-terusan menjatuhkan hukum berlandaskan persepsi dan pemerhatian jarak jauh semata? Adakah kita nak merelevankan setiap tingkahlaku manusia-manusia yang semakin pelik dari hari ke hari? Apa tindakan kita seterusnya?
Entah, aku malas nak komen. Sebab orang pun kebanyakan malas nak dengar dan ambek tau melainkan hanya komen semata. :P
Ulasan : Ini group yang aku terjumpa di facebook. Malas aku nak linkkan sebab prinsip aku memang tak suka nak promotkan benda yang memang aku tak suka. Ini satu lagi kekdah provokasi agama alaf baru. Bernaung di bawah nama kebebasan bersuara, kebebasan beragama, bebas segala-galanya. Adakah medium kebebasan ini yang harus dipersalahkan? Asasnya begini; barang sebagus mana pun kalau diberikan pada orang bangang maka bangang jugalah hasilnya.
Boleh aje aku nak like page tersebut sambil mengomen beberapa status yang aku rasakan ala-ala stended budak kecik nak main mengejek nama bapak. Tapi sejauh manakah pula graf hipokrasi diri aku neh yang sanggup aku langgar? Like, bererti suka. Sekian. Malas betul aku nak melayan.
Ulasan : Mengambil kira lokasi kejadian serta teraju-teraju utamanya yang melibatkan tulang belakang kerajaan negeri Selangor, maka haruslah isu ini dijebakkan dalam kancah permainan politik. Kerana politik di Malaysia ini memang pelik. Ketaksuban melangkaui logikaliti minda. Apa yang benar, apa yang salah, apa yang hak, apa yang batil, itu semua belakang kira asalkan pihak kita menang tanpa bertanding. Kerana semua orang tahu adat pertandingan yang sengit itu menagih daya usaha keringat dan masa, pelaburan wang dan iltizam yang bukan sedikit, dan cukup menjerihkan sekali. Maka, by hook or by crook, aku sahaja yang betul, korang semua sudah tentunya salah. :P
Itu ulasan berteraskan politik ekstrem, namun apa pula pandangan sebenar golongan-golongan marhaen di bawah sini? Manusia yang di-offer 20k untuk menggadai agama adalah manusia yang tidak boleh diterima apa jua bentuk alasan yang mereka beri. Such as; “aku rompak bank tu sebab anak bini aku mintak 1 set iPhone ngan BB, tak campur iPad, G-Tab segala bagai lagi.” Atau “aku bunuh dia sebab satu hari nanti dia memang akan mati pun. Cuma aku ada sebab kukuh nak dia mati maka aku percepatkanlah proses itu.”
Haruslah ditampar sahaja muka mereka laju-laju.
Marah, marah jugak. Simpan aje laa hangin itu di dalam hati kalau tahu diri sendiri memang tak tau nak buat apa. Seronok jugak jadi orang yang pentingkan diri sendiri neh.
Hati berangin – tetiba teringat gula-gula Hacks. Isk, makruh membayangkan benda yang bukan-bukan neh.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, August 08, 2011 2 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Pena Dari Meja Pujangga, Poli - Tikus
12.3.11
RACISM
Tak lama dahulu sebelum Liga Super bermula, pernah dipostkan di facebook senarai pemain Kelantan bagi musim baru. Dan nyata-nyata ramai yang mengomen dengan nada bangga kerana hampir kesemuanya (jika tidak silap) adalah pemain anak jati Kelantan.
Secara jujurnya aku suka orang Kelantan. Aku sukakan mereka bukan kerana sifat atau perilakunya tapi lebih kepada demografik Kelantan itu sendiri. Di Kelantan dialek bahasanya adalah dialek universal antara semua kaum. Tidak kira apa bangsa pun mereka bebas untuk hidup dan mencari rezeki dan sebagainya; namun mereka masih bangga berkecek Kelantan. Samada ia kerana terpaksa akibat keperluan setempat atau tidak - apa yang penting adalah dialeknya benar-benar hidup dan disemai zatnya dalam setiap roh masyarakat di sana. Tidak hairan apabila ada seorang pelajar Cina di sana yang teruja untuk mempelajari bahasa arab di sekolah sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai tokoh Maulidur Rasul yang lepas. Ini kerana jika berkecek Kelantan pun mereka fasih, mengapa tidak Arab? Walaupun sebenarnya aku akan jadi lebih teruja kalau beliau nak mempelajari subjek Pendidikan Islam. :P
Namun aku agak anti dengan sentimen berpuak-puak ini. Bila ada yang kata, “Ohh, dia neh anak Kelantan” atau “dia neh orang melayu kita”. Rata-rata ramai yang dah memang tahu aku penyokong pembangkang. Tetapi yang realitinya aku adalah anti-Umno disebabkan merekalah yang paling lantang melaungkan konsep ketuanan bangsa ini di pentas nasional.
Dari segi ajaran Islam yang aku faham setakat ini, tidak ada diajar mengenai konsep berpuak-puak. Jika ada yang bersetuju pun, mereka mumgkin akan kata secara kasarnya kita terbahagi kepada dua golongan; golongan kafir dan golongan umat Islam. Namun itupun aku masih kurang bersetuju. Kerana apa? Kerana garisan batasan definisi bagi kedua-dua maksud ini pun sangat kabur. Sebagai contoh; di dalam segerombolan umat Islam, tidak adakah di antara mereka yang munafik, atau mungkin sudah murtad sekalipun? Hanya tinggal Islam pada nama.
Dan untuk mengatakan golongan kafir itu sendiri adalah ahli neraka; selagi mereka belum mati dan diadili sendiri oleh Allah S.W.T, maka kita masih tidak berhak menjatuhkan hukum ke atas mereka. Kita bercakap mengenai hukum persepsi dan perspektif dan bukannya hukum undang-undang. Dari segi logiknya, satu hari nanti mereka boleh juga menjadi seorang pejuang Islam yang menegakkan syiar agama. Ini tidak mustahil. Lihat saja pada sejarah Saidina Umar Al-Khattab. Pada satu ketika beliau cukup digeruni oleh orang Islam sehingga memaksa orang Islam untuk beribadah secara sembunyi. Malahan apabila adiknya sendiri memeluk Islam tanpa pengetahuannya beliau sanggup menumpahkan darah saudara kandung sendiri akibat kebenciannya ke atas Islam pada masa itu. Namun hanya sehari selepas peristiwa itu beliau sendiri memeluk Islam dan ditakuti pula oleh golongan kafir Quraisy.
Berdasarkan hujah tersebut (cewah) ini menunjukkan Islam tidak mengajar kita untuk skeptikal dan membeza-bezakan antara satu puak dengan puak yang lain dari sudut superiority dan sebagainya. Dan semua orang jelas bahawa untuk menganut Islam adalah tidak mengira bangsa. Malah ayat paling famous dalam perdebatan laman-laman web politik (PAS vs. Umno) pun adalah “dalam kubur besok takda soalan yang tanya kau tu bangsa apa”.
Jadi aku merasa agak janggal apabila melihat sesetengah orang merasa bangga kerana darah yang mengalir dalam tubuh mereka. Jangan silap faham, aku tidak kata salah untuk berbangga. Cuma masalahnya tak ramai yang sedar istilah sebenar untuk bangga dan juga istilah riyak.
Bangga adalah sepertinya ketika anak yang kita tatang sepenuh jiwa sepanjang hidupnya berjaya mendapatkan markah tinggi di dalam peperiksaan di sekolah. Ia adalah satu kepuasan yang terbit setelah mengenangkan betapa bersusah payah kita mencari rezeki untuk memberi anak kita itu makan dan pakai, betapa sakitnya telinga bila anak kita menangis, merengek dan mengadu untuk dibelikan permainan yang kita tahu akan melekakannya dan menganggu prestasi pembelajaran, betapa menggigilnya tangan untuk merotan anak yang masih kecil kerana mereka tak mahu solat. Kejayaan mereka itu menjadi satu kebanggaan buat kita kerana mereka adalah darah daging kita sendiri. Hmm, nampak sama macam isi perenggan aku yang sebelum ini bukan? Mungkin sama, tapi tak serupa.
Kerana perasaan bangga ini boleh bertukar menjadi riyak. Riyak adalah apabila kita pusing keliling kampung mencanangkan bahawa anak kita yang mendapat markah tinggi itu tadi berjaya menempatkan diri dalam universiti terkemuka. Riyak adalah apabila mengatakan anak kita sudah berjaya walhal kita sendiri tak tahu samada benar atau tidak anak kita akan bergraduasi dari universiti tersebut dengan segulung ijazah. Dan hakikatnya ada pula kata pepatah mengatakan kejayaan seseorang tidak diukur pada ijazahnya. Ada nampak tak bezanya di sini? Di antara perasaan untuk mengatakan sesuatu itu lebih baik dari yang lainnya, dan juga perasaan untuk menikmati kejayaannya dalam skop kepuasan diri sendiri. Inilah garisan kabur yang aku cakapkan tadi.
Beberapa minggu lepas aku berpeluang menonton sebuah rancangan di History Channel bertajuk Race and Intelligence : Science's Last Taboo. Aku akui History Channel bukanlah channel terbaik dalam kelas dokumentari dan sebagainya sebab ada sesetengah program mereka yang kelihatan sangat murah dan terlebih sensasi semata-mata. Namun apa yang dibincangkan rancangan ini membuka mata aku untuk cuba melihat isu ini dari segala sudut yang mungkin ada. Kita tak boleh kata secara pasti kerana perencanaan Allah itu sememangnya satu misteri yang seluas alam semesta. Jadi kita cuma boleh mengolah sedikit secara fragmentasinya untuk memahami apa yang kita mahu tahu. Dan aku rasa aku faham bahawa kewujudan sesuatu kaum adalah untuk menyesuaikan diri mereka dengan penempatan yang mereka tinggal kerana struktur geografi bumi yang kaya dengan variasi iklim berbagai-bagai. Jadi jika Charles Darwin mahu mengatakan teori evolusi itu adalah fakta sains yang tidak boleh disangkal dan sekaligus menafikan kewujudan tuhan, aku boleh mengatakan teori revolusi itu sendiri menjelaskan kekuasaan tuhan mahukan segenap manusia bertebaran di seluruh pelosok dunia untuk menuai sumber bumi yang kaya raya ini.
Kesimpulannya mudah. Perbedaan bangsa itu memang wujud. Dan kita boleh berbangga. Dan kita boleh menjaga warisan. Kita boleh mahukan identiti kita terbela. Tapi bila kita mula melangkahkan diri kita menyeberangi batasan antara bangga dan riyak, maka kesudahannya kita sudahpun melakukan syirik yang kecil.
Ramai yang kata begitu mudah untuk kita ‘ter’buat dosa. Sebenarnya lebih mudah untuk mendapatkan (dan menggandakan) pahala. Cuma buat pahala neh kureng best sikit orang kata. Hahahaha. :P
Say no to racism.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Saturday, March 12, 2011 1 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Pena Dari Meja Pujangga, Poli - Tikus
10.8.10
KILLING ME SOFTLY WITH THIS MONTH
Puasa akan tiba siang esok, macam biasa.
It’s a very big day for all the muslims around the world. As big as it goes, it can be even bigger for me.
Memetik kata-kata seorang pujangga; “One thing at a time, bebeh!”
So let’s go.
Puasa rokok, sebulan – tanpa ada istilah bukak puasa atau bersahur. Am I berani enough for this?
Don’t even bother to ask those kind of question. Because I don’t have to prove it to you. I am my own worst enemy right now.
Cuma ingat satu perkara ini - aku seringkali bersendirian - maka aku ada peluang yang cukup banyak untuk menipu semua orang.
Jadi ikutilah nasihat Sheila On 7 : berhenti berharap.
Now or never? Well, I choose now.
Selamat berpuasa kalian semua hendaknya.
Macam biasa juga, edisi mencurik gambar kali ini datang dari link ini.
Gambo atas
Gambo bawah
Ribuan terima kasih diucapkan pada mereka walaupun aku curik tak mintak izin. Takpe, hari neh setan belum kena ikat lagi, so aku salahkan mereka je laa ye.
~OuT~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Tuesday, August 10, 2010 0 KoMen
Label: fired-up, Islam Agamaku Selamanya, Jangan Ketawa, Pena Dari Meja Pujangga
27.5.10
‘BENGONG’EST CONTINUES (PART 2 of 2)
Kredit kepada Cik Athirah, stokis 'nose-shit' bahagian wilayah tengah, kerana tak jemu-jemu forwarding emel-emel dengan attachment yang berbaloi untuk aku baca.
Antara yang terbaru aku terima adalah beberapa contoh keajaiban fenomena alam semulajadi. Aku yang sebelum ini pernah tertipu dengan imej super-imposed yang disebarkan melalui internet dengan cerita sokongan yang berbeza-beza, sebenarnya agak meragui kesahihan sumber dari internet ini dari masa ke semasa.
Tapi antara gambar yang aku terima adalah mengenai fenomena bulan berwarna jingga; yang mana kisahnya pernah dihighlightkan dalam entri aku sebelum ini.
“This phenomena is something most people have seen before – beautiful orange moon hanging low in the sky.
But what causes this phenomena – and for that matter, does the moon have a color at all?
When the moon appears lower in the horizon, rays of light bouncing off it have to pass through a great deal more of our atmosphere which slowly strips away everything but yellows, oranges and reds.
The bottommost image above is true to the hues of the moon but has enhanced colors to more clearly show the differences in shade that illustrate the mixed topography and mineralogy that tell the story of the moon’s surface.
Looking at the colors combination with the craters one can start to trace the history of impacts and consequent material movements across the face of our mysterious moon.”
Oh ye, selain fenomena bulan ini yang berjaya menangkap mata aku, ada satu lagi fenomena yang aku rasa seperti pernah lihat satu ketika dulu.
Ia digelar sebagai awan Mammatus.
“True to their ominous appearance, mammatus clouds are often harbingers of a coming storm or other extreme weather system.
Typically composed primarily of ice, they can extend for hundreds of miles in each direction and individual formations can remain visibly static for ten to fifteen minutes at a time.
While they may appear foreboding, they are merely the messengers – appearing around, before or even after severe weather.”
Aku tak pernah tengok awan neh secara live. Tapi aku pernah bermimpikannya – sebelum aku tahu akan kewujudannya di dunia nyata lagi.
Ia, ternyata sesuatu yang memiliki makna tersendiri.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, May 27, 2010 4 KoMen
2.5.10
AHHHH… AD.
Hari tu Apeng ada tanya aku. “Ko taknak meniaga ke Jai?” Ye laa, otak aku pun dah berkarat, maka tak relevan jugak kalau ada orang tanya/suruh aku sambung belajar. IQ tak tinggi. Kelayakan pun setakat SPM cuma. Itupun ‘warna tak berapa nak terbang’ (tak flying colours laa tu).
Aku neh kalau nak meniaga, aku cuma akan pilih tiga komoditi je. Samada berniaga minyak petrol, rokok atau top-up, atau ketiga-tiga sekali. Titik. :P
Tapi tu laa kan, tiga-tiga tu walaupun laku tapi marginnya kecik dan modalnya pulak besar nak mampos.
Kalau nak dikira margin, lebih best meniaga makan kot. Contohnya jual air. Modal berapa sangat. Kalau jual singgit pun dah leh dapat double. Entah-entah lebih. Sebab tu orang yang jual makanan sebenarnya tak risau sangat kalau makanan tak habis. Boleh tersenyum bangga sambil teruja memandu Lancer. Opss…
Kalau ada pun yang rasa gundah gulana bila lauk tak habis – tu bukan sebab dorang tamak. Itu sebab dorang tak suka membazir makanan. Hehe. Betul gak tu. Aku kalau kat umah pun pantang menengok lauk terbuang tak dimakan neh. Kalau nasik pulak basi, memang siap laa telinga kami akan disajikan dengan leteran ibu tersayang. Kami tu maksudnya termasuk abah aku gak. Ahhahahaha…
Bercakap pasal abah aku, pagi semalam beliau ke hospital kajang. Ngadu sakit kepala. Beliau ada sejarah serangan darah tinggi di paras bacaan melebihi 200; dah 2 kali pun masuk wad sebelum ini. Tapi semalam, tak laa kronik sangat. Tapi hantar laa jugak kan sebelum apa-apa terjadi.
Cerita beberapa jam sebelum itu (petang jumaat lepas semayang), sebenarnya bapak aku ada mintak mak aku buat teh O. Tapi mak aku macam malas nak layan. Pastu bapak aku pun buat sendiri. Entah dah berapa tahun gamaknya dia tak sentuh barang dapur, last-last dia tercedok garam kasi taruk dalam itu tey woo… Sudahnya terhasillah resepi Teh O Terlebih Masin.
Bila sampai kat hospital, maka seperti biasa, aku yang dah banyak berpengalaman menghantar mak aku menyedut inhaler jam 3 pagi sebelum ini (mak aku ada asma kronik), setia dan sabar menunggu. Dari jam 2.30, membawa ke 4.30, pembantu perubatan masih menahan bapak aku sebab darah tinggi agak membimbangkan. Yang dahsyatnya tu, menjelang jam 7.15 pagi, pun tak siap-siap lagi. Aku dah laa ngantuk. Kena kerja pulak pagi tu. Boleh pulak dorang suruh bapak aku rilek je dulu sampai tekanan darah dia turun. Nak rilek kat mana jam 3 pagi neh? Nasib baik bukan aku yang kena. Kalau aku, rasanya dok menunggu tu je dah boleh bikin darah aku naik sampai 300 (Tipu je tu. Dah kojol kot time tuh.). Ni yang buat aku menyesal sebab tak ambik insuran masa aku ‘muda-muda’ dulu neh. :P
Bilik menunggu (air-cond) tu jugak satu hal. Kadang –kadang bila aku bawak mak aku pegi sedut gas dulu-dulu, amek masa dekat 2 jam. Kemudian masa menunggu untuk rawatan susulan, mak aku dah macam sesak nafas balik sebab duduk dalam aircond jam 3 pagi. Apa salahnya ditutup aircond itu, dipasang kipas. Malam dah tentu sejuk kat luar. Kipas pun dah cukup rasanya.
Tapi tu laa, bila aku ngomel, orang cakap aku tak reti bersyukur bla bla bla. Bersyukur tu antara aku dengan tuhan. Bukan dengan kau. Takde poin aku nak bersyukur dengan apa yang kau dah bagi (ayat direct untuk kerajaan). Tu dah memang tanggungjawab kau.
Lagi satu aku rasa isu sebenar adalah apabila kerajaan memaksa para graduan medical untk bekerja dengan mereka dengan mewajibkan syarat housemanship bersama hospital kerajaan sebelum boleh bekerja di swasta. Aku tak tau lanjut mengenai dasar ini tapi lebih kurang begitulah yang aku paham. Apabila seseorang itu bekerja tidak ikhlas, tidak kira laa sehebat mana pun prasana yang ada, mutu kerja tetap akan terjejas. Sama laa macam pasukan bolasepak kita pun. Kalau main bola sekadar nak bergaya dengan but berwarna warni bernilai ribuan ringgit, maka sampai bila pun pasukan kita takkan boleh pergi World Cup. Kita dapat lihat di negara-negara miskin, biarpun peralatan cuma cukup-cukup makan; tapi akibat didorong sifat ikhlas membantu, doktor-doktor (dan juga pemain bola :p) mereka bersungguh-sungguh membuat kerja.
Jadi yang penting adalah modal ‘insan’ itu sendiri. Eh tetiba dah ikut ayat Pak Lah lak. Ahhahaha…
Melepak di hospital, mengingatkan aku satu cerita dari mak aku, mengenai rakan sekerja dia dulu. Rakan dia bernama Jamaliah. Makcik neh dah berumur 50 tahun, tapi masih anak dara. Tak kahwin-kahwin dan tiada berwaris pula tu (kata mak aku). Suatu hari beliau jatuh longkang, dan patah kaki. Dimasukkan ke wad. Akibat dari absent (sorry ye Aiman bidang kerja aku neh takde medical leave :P) maka gaji beliau untuk bulan sebelumnya ditahan. Sudahnya dah laa hidup berseorangan, kaki sakit, gaji pulak tak dapat. Apa dia nak makan bulan tu? Bagi aku cerita tersebut sangat kejam. Sepatutnya syarikat terbabit dah tau yang makcik tu bukan lari atau ponteng kerja sesuka hati. Paling teruk yang mereka boleh buat pun adalah membayar gaji bulan tersebut lalu pecat sahaja beliau. Tapi apabila sampai tahap mereka menafikan punca rezeki seorang insan biasa tanpa sebab yang relevan melainkan hanya kerana faktor teknikaliti semata-mata; ia adalah tidak berhati perut sama sekali.
Aku tertanya jugak, “abis tu dia dok dengan siapa, mak?” Mak aku jawab dia duduk rumah sendiri. Dia sempat beli rumah kos rendah guna duit KWSP dia masa kerja kilang muda-muda dulu. Dia bayar cash. Hmm, sekurang-kurangnya dia tak perlu risau mengenai tempat berteduh. Cuma bab makan je laa. Mujur jugak Malaysia ni ramai orang prihatin. Aku sumpah tak percaya kalau ada orang kata dorang kebulur tak makan sebab tak ada siapa hulur bantuan. Kalau terdesak sangat takde duit nak makan, sila-silalah tebalkan muka mintak sepinggan nasik secubit ikan dari jiran-jiran dan kawan-kawan. Nak lagi cadangan lain? Rajin-rajin laa berjemaah di masjid berdekatan. Insya-Allah tau tau je ada orang yang hulur makanan nanti. Tak percaya try laa.
Kat afrika tu pun, orang kebulur sebab perang. Padahal jutaan ringgit bantuan makanan dah pun dihulurkan PBB walaupun aku akui tanah dorang memang tandus tak dapat nak bercucuk tanam. Tapi kalau bantuan makanan tu tiba mengikut saluran betul, susah aku nak percaya ada manusia kebulur kat bumi tuhan yang maha kaya neh. Mungkin ada tapi kes terpencil laa.
Bercakap pasal makanan neh, aku teringat pulak topik meniaga makanan tadi. Aku sebenarnya agak terkesima dengan cerita Puan Jamaliah tadi. Aku memang pernah dengar cerita orang hidup sebatang kara tapi aku tak sangka beliau hidup dengan begitu lama dan masih menten sepi. Memang menakjubkan sebab beliau mampu menyara diri sehingga siap beli rumah cash lagi (aku neh pun belum tentu lagi).
Tapi kita neh bila dah terjatuh tergolek baru sedar azab Illahi. Aku teringat cerita buku teks literature yang aku baca masa sekolah menengah dulu bertajuk The Lotus Eater hasil karya William Sommerset. Siapa yang ambik SPM 2002 mungkin ingat laa kot buku neh. Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang memilih untuk hidup bersendirian dengan saki baki simpanan yang ada sehinggalah umurnya 60 tahun. Dia menganggap dia mungkin mati sebelum mencapai umur itu; jika tidak sekalipun, dia akan membunuh diri. Namun cubaan membunuh diri beliau gagal dan akhirnya beliau hidup sehingga berumur 66 tahun sebagai orang yang gila dan papa kedana. Ia membuktikan pengajaran bahawa kuasa ajal maut bukan di tangan kita. Kita hanya mampu merancang tapi kita tidak akan mengetahui untung nasib kita di masa depan.
Oleh itu mungkin aku tergoda untuk memikirkan persoalan Apeng di permulaan entri tadi pada kadar serius. Berapa lama aku nak makan gaji seperti ini? Walaupun kedengaran sok sek berita gembira mengenai pelarasan gaji di bulan Julai nanti (opsss, lagi) tapi macam yang aku cakap kita tak boleh menjangka apa yang akan berlaku.
Tapi bila difikir balik, memang resmi kehidupan aku neh makan gaji je kot. Perasan atau tidak ulasan aku di atas lebih kepada banyak KOMPLEN SEMATA-MATA TANPA ADA ALASAN YANG KUKUH UNTUK MEMPERKUATKAN HUJAH AKU, membuktikan aku lebih suka melemparkan kesalahan ke atas bahu orang lain. Adat lah bekerja dengan orang lain ini – maka aku bebas untuk menuduh majikan aku salah apabila gaji aku dipotong atau sebagainya. Bayangkan kalau aku bekerja sendiri; takkan aku nak marah diri sendiri sambil cakap “P***mak betul laa aku neh. Untung nak banyak, kerja nak memain aje. Tapi ada hati berangan nak pakai Impreza laa, RX8 laa bagai-bagai. Celaka sungguh aku neh.” Nampak janggal bukan?
Memang benar Rasulullah S.AW. ada berkata bahawa punca rezeki manusia 90% datangnya dari meniaga. Dan sememangnya dibuktikan bahawa golongan usahawan memiliki hasil pendapatan melebihi dari golongan makan gaji. Ini dibuktikan melalui contoh sekiranya seorang CEO makan gaji ratusan ribu ringgit sebulan, maka bosnya (pemilik syarikat) sudah tentu untung berjuta-juta bagi membolehkan pembayaran gaji ini dilakukan.
Tapi antara sedar atau tidak, sememangnya dalam kehidupan ini kita berniaga hampir setiap hari. Apabila kita makan gaji, sebenarnya kita menjual skil, kemahiran, pengetahuan, keringat bla bla bla. Kalau seorang usahawan mahu membina bangunan untuk dijual; takkan dia sorang nak buat planning, nak simen batu bata, nak pasang tingkap, nak running pergi agensi kerajaan untuk apply CF bagai. Haruslah dia mengupah orang seandainya dia kaya.
Dan dalam kehidupan seharian pula, kita habiskan wang kita untuk membeli petrol, topup henset dan sebagainya. Untuk tujuan kerja dan peribadi. Secara tak langsung kita telah memperniagakan diri kita (dalam cara yang halal :p). Hatta mintak diskaun kat tokey ikan di pasar pun dikira satu cabang perniagaan jugak sebenarnya.
So, pilihan di tangan anda. Aku pernah berkata pada seorang sahabat dulu, “kalau semua orang berniaga, siapa nak bekerja?”. Lagipun mungkin aku sudah selesa makan gaji tanpa perlu memikirkan bagaimana nak memastikan pendapatan aku konsisten setiap bulan. Mungkin juga sebab aku dah fed-up dengan sensasi MLM yang hangat-hangat taik ayam satu ketika dulu. Nampak seperti meniaga, tapi kerjanya cumalah nak menipu dan menindas orang lain. Lagipun, aku bukanlah anak orang kaya yang boleh melabur modal sesuka hati lalu tengok samada ia bercambah atau tidak. Memang benar dari 10 pelaburan yang anda laburkan, sekiranya satu memberi pulangan insya-Allah dah boleh cover kerugian 9 yang lain. Tapi hidup dengan pendapatan terhad macam aku neh – kalau sekali rugi – memang terlingkup dan terduduk. Sedangkan orang nak kahwin pun sekarang sibuk nak buat loan. Inikan pulak nak meniaga.
Tapi, buat masa ni kita cuma merancang je. Di masa depan entah apa nasib kita, siapalah yang tahu?
Ohh, di sini aku ingin mengambil kesempatan memperkenalkan tiga orang blogger baru yang menyertai arena blogspot ini dengan harapan dapat membebel di skrin komputer/laptop kalian pula. Time aku rancak menulis dulu, takde pulak mangkuk-mangkuk neh sibuk nak berblogging. Macam saja je nak isi ruang kekosongan yang aku tinggalkan. Ahhahaha… (gelak tak ikhlas)
Encik Ijal a.k.a tunangan orang – makimakikosong (ini bukan spin-off dari ceritakosong tau!)
Ngah Acab Ngah Zaidon – SuratLayang berterbangan di udara
Abbbangggg Am – Amri Sepit di celah ketiak isteri (walaupun beliau masih bujang dan belum berbini)
Oh ye, kepada encik Aiman Sengal (tiada kena mengena dengan Apeng Sengal) mari saya jawab tag kamu itu.
1) 5 huruf kamu nak berikan kepada Aiman.
Sebab aku bagi huruf-huruf tu sebab aku malas nak main tangging. Ahhahaha… Sila rujuk sini kenapa sebab saya benci tangging. Orang lain buat satu page, saya buat sepuluh. Huhu.
P/S : Wow, cecah 6 mukasurat gak kali neh. Adakah daya momentum aku membebel sudah kembali ke sentuhan asal? Kah kah kah!
P/S 2 : Entri aku berbunyi lancang kali neh. Entah kenapa aku terasa akan ada komen-komen yang memaki aku kat bawah tu nanti. Patut laa aku asyik berat hati je nak menulis dua tiga menjak neh. Kepala penuh dengan negativiti.
P/S 3 : Esok (insya-Allah) aku nak buat review pasal 2 Lelaki Besi (Iron Man 2). Kemudian pulak review pasal 2 Alam - Poyo-Mena dR Rozmey. Lepas tu aku tatau nak buat apa dah.
P/S/P : Sebenarnya takde apa pun nak cakap. Saja je nak bukak postscript neh. Wakakaka. Aku terjangkit sengal.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, May 02, 2010 2 KoMen
Label: fired-up, Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Makan Bola, Pena Dari Meja Pujangga
26.2.10
SALAM MAULUD NABI
*Kredit pada pemilik gambar (rujuk watermark)
Selain dari terpesona dengan entri cik wawa ini, (Sila klik sini. Klik! Klik laa! Aku tak kira! Klik cepat. Lepas baca jangan lupa return balik ke page aku) aku juga pernah menjadi kagum dengan sebuah lagi petikan cerita kisah Rasulullah yang sekali sekala pandai jugak bergurau.
Berikut petikan yang aku curik dari sini.
*Nabi Muhammad sendiri bergurau.
Contoh 1: Seorang wanita beritahu Nabi tentang hal suaminya begini dan begini. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar orang Melayu): “Ooo… suami kamu yang mata dia ada putih-putih tu kan?” Wanita itu terkejut lalu berkata: “Eh, mana ada. Mata suami saya biasa je macam mata orang lain.” Jawab Nabi: “Betul le tu. Kan ke mata setiap manusia mesti ada bahagian yang putih.” Mereka pun tersenyum.
Contoh 2: Nabi Muhammad dan Saidina Ali makan beberapa biji buah kurma. Apabila habis, Nabi Muhammad meletakkan biji-biji bahagiannya di tempat biji-biji yang dimakan oleh Saidina Ali. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar kita): “Ish ish ish Ali! Engkau makan sebegitu punya banyak kurma. Tengok, berapa banyak biji yang ada kat depan engkau.” Saidina Ali yang bijak membalas gurauan Rasulullah dengan berkata: “Tapi, engkau lagi dahsyat ya Rasulullah. Tengok, dengan biji-biji sekali engkau makan (kerana di depan Rasulullah dah tak ada biji kurma lagi).”
Contoh 3: Rasulullah hendak menaikkan seorang wanita ke atas unta sebagai kenderaan (*kalau tak silap Saidatina Aisyah). Kata Nabi (dalam bahasa pasar kita): “Aku nak naikkan engkau ke atas anak unta.” Jawab wanita itu: “Mana boleh naik anak unta. Tentulah saya kena naik unta dewasa.” Balas Nabi: “Betul le tu. Kan ke unta dewasa tu pun anak kepada seekor unta jugak dulu.”
Tergelak jugak membacanya. Ia menunjukkan di sebalik kemaksuman Rasulullah S.A.W, baginda sebenarnya masih hidup dalam norma manusia biasa. Ini satu teladan yang baik kerana ia mengajar kita bahawa adalah tidak mustahil untuk kita dapat mencontohi dan meniru keperibadian mulia baginda tanpa perlu ‘diangkat’ menjadi nabi. Selalu kedengaran suara-suara skeptikal mengatakan “Aku neh lain laa. Dari kecik lagi dah jahat, kotor, banyak dosa. Kalau aku berubah sekarang pun belum tentu dapat cium bau syurga.”
Sebenarnya jika kita terasa jauh dengan standard Rasulullah pun, penghayatan akan kisah hidupnya sudah cukup untuk kita memahami apakah nilai moral yang cuba dipaparkan junjungan besar kita ini. Dapat ikut sebahagian sunnah pun sudah cukup membanggakan, apatah lagi jika kita mengadaptasi keseluruhan prinsip dan pegangan baginda dalam hidup kita.
Tahun lepas, aku sempat membaca sebuah artikel di Berita Harian mengenai perjanjian pertama (Hudaibiah) antara kaum muslimin dan musyrikin dari Madinah dan Mekah. Ia merupakan satu catatan penting dalam mengkaji hala tuju Negara Islam yang sedang dibentuk Nabi dan para sahabat; mengenai pengorbanan, toleransi, kebijaksanaan - dan yang paling penting - dakwah untuk menunjukkan kepada golongan kafir bahawa agama Islam ini tidaklah seteruk yang mereka sangka.
Dengan selambanya aku berani mengaku aku menangis menghayati sejarah perjuangan Rasulullah itu (kalau bab lain tu susah pulak nak ngaku ko ye Jai?). Sememangnya kalau kita tekun membaca dari awal hingga akhir, kita akan dapati bahawa setiap langkah dan tindakan berasaskan suruhan Allah itu semata-mata hanya untuk membawa kebaikan di pengakhirannya.
Untuk entri edisi Maulud Nabi kali ini, aku terasa seperti nak menaip semula artikel tersebut yang mana petikannya ada aku simpan sekadar mahu dijadikan naskhah pembacaan untuk aku di kemudian hari dan mungkin juga untuk dikongsikan dengan yang lain.
Tapi zaman kan dah canggih. Umat Nabi Muhammad maju-maju belaka serta bijaksana pula hasil ajaran Nabi yang menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri China. Jadi apa kes aku nak buat kerja susah kalau ada kerja yang mudah?
Haha, dengan hanya menggunakan bantuan pakcik Google, aku berjaya mengorek arkib dari website lain dan menemui artikel tersebut dalam blog ini. Luangkan kelapangan masa anda barang 10-20 minit untuk benar-benar membaca dan sematkan ilmu sejarah ini dalam minda. Moga ia melekat dan boleh dijadikan salah satu cerita untuk kita sampaikan pada anak cucu kita nanti.
Kaum musyirikin ingkari perjanjian damai Hudaibiah
oleh Hashim Ahmad
Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai antara Nabi Muhammad SAW dan orang Quraisy Makkah pada Zulkaedah tahun keenam Hijrah adalah perjanjian damai pertama dalam sejarah perkembangan Islam.
Perjanjian itu mengambil sempena tempat bernama Hudaibiah di mana rombongan Muslimin yang dipimpin Nabi Muhammad SAW berhenti, sementara menunggu izin daripada penduduk Makkah untuk melakukan haji dan umrah.
Kaum Muslimin tidak jadi menunaikan umrah pada tahun itu tetapi dibenarkan membuat haji pada tahun depan. Sesungguhnya Perjanjian Hudaibiah itu pada lahirnya dianggap merugikan kaum Muslimin dan banyak menguntungkan orang Quraisy.
Bagaimanapun, bagi Nabi Muhammad SAW, perjanjian ini penting untuk faedah jangka panjang kepada kaum Muslimin dan perkembangan Islam. Lima perkara yang dipersetujui dalam perjanjian itu:
1. Tidak ada lagi serang menyerang antara kaum Muslimin di Madinah dan kaum Quraisy di Makkah selama 10 tahun.
2. Setiap orang yang lari dari Makkah ke Madinah wajib di kembalikan kepada kaum Quraisy di Makkah.
3. Setiap orang yang lari dari Madinah ke Makkah tidak boleh dikembalikan ke Madinah.
4. Kaum Muslimin pada tahun itu harus pulang ke Madinah dan tidak boleh meneruskan hajat untuk menunaikan haji di Makkah.
5. Kaum Muslimin boleh datang ke Makkah untuk mengerjakan haji pada tahun depan, tetapi tidak boleh tinggal di Makkah lebih daripada tempoh menunaikan haji iaitu selama tiga hari. Mereka tidak boleh membawa senjata perang kecuali membawa pedang di dalam sarungnya saja.
Kesan segera daripada perjanjian itu amat menyayat hati kaum Muslimin kerana pada hari itu juga muncul seorang pelarian dari Makkah bernama Abu Jandal bin Suhail yang sudah masuk Islam di Makkah tetapi ditahan oleh orang Quraisy Makkah dan diseksa dalam penjara.
Dia meminta diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW sedangkan tangannya masih terikat dan badannya penuh dengan luka serta calar akibat diseksa orang Quraisy. Dengan serta-merta wakil orang Quraisy menuntut Abu Jandal diserahkan kembali kepada mereka berdasarkan perjanjian Hudaibiah yang baru dimeterai antara mereka.
Walaupun Nabi Muhammad SAW menawarkan wang untuk membeli Abu Jandal dengan tujuan membebaskannya, kaum Musyrikin menolak tawaran itu. Dengan air mata berlinang, Nabi Muhammad SAW serta sahabat terpaksa melepaskan Abu Jandal untuk menunjukkan tanda ikhlas dan jujur kaum Muslimin pada perjanjian yang sudah dipersetujui.
Beberapa hari kemudian, datang pula seorang lelaki yang baru masuk Islam iaitu Abu Basir bersama dua orang lain tetapi Nabi Muhammad SAW juga terpaksa menolak mereka.
Dalam perjalanan ke Makkah, seorang daripada mereka dibunuh oleh orang Quraisy. Lalu Abu Basir dan temannya yang tinggal, dibenar Nabi Muhammad SAW pergi ke satu tempat di pinggir Laut Merah untuk tinggal di sana kerana daerah itu tidak terbabit dengan Perjanjian Hudaibiah.
Tidak lama berselang, muncul kembali Abu Jandal yang dapat meloloskan diri dari tahanan orang Quraisy dan beliau membawa 70 orang Islam bersamanya.
Oleh sebab mereka tidak dibenar tinggal di Madinah, mereka pun bersatu dengan Abu Basir dan berazam menentang orang Quraisy dengan melakukan perang gerila terhadap rombongan dagang mereka yang sering melalui daerah pinggir Laut Merah itu dalam perjalanan ke Syria.
Akhirnya gerombolan mereka bertambah kuat dengan lebih 300 pejuang setiap masa menyerang dan mengganggu perjalanan kafilah dagang kaum Quraisy sehingga akhirnya kemakmuran kota Makkah terhenti dan beransur-ansur menjadi kota mati.
Penduduk Quraisy menjadi gelisah dan hidup mereka tambah terhimpit. Mereka tidak boleh berdagang keluar negeri kerana tidak lagi merasa selamat daripada serangan gerombolan Abu Jandal dan Abu Basir.
Kini mereka sedar bahawa Perjanjian Hudaibiah itu merugikan mereka. Orang yang menyerang mereka bukan dari Madinah dan Nabi SAW tidak boleh dibabitkan dalam perbuatan itu. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW tidak berkuasa menghentikan serangan ke atas kafilah perdagangan Makkah.
Akhirnya, datanglah utusan bangsa Quraisy kepada Nabi SAW meminta supaya fasal dua dan tiga daripada Perjanjian Hudaibiah itu dihapuskan. Mereka juga meminta gerombolan Abu Jandal dan Abu Basir itu dipanggil balik ke Madinah.
Rasulullah SAW menerima baik cadangan itu dan pasukan pejuang pimpinan Abu Jandal dan Abu Basir disatukan dengan kekuatan tentera Muslimin di Madinah sehingga kaum Muslimin merasa lebih kuat dan selamat.
Walaupun fasal dua dan tiga dari perjanjian itu terbatal, kaum Muslimin masih boleh pergi menunaikan haji mulai tahun depan kerana keamanan masih berterusan selama 10 tahun.
Bagaimanapun, pembatalan dua fasal dalam perjanjian itu ditafsirkan kaum Quraisy sebagai kelemahan di pihak Muslimin. Mereka menyangka kaum Muslimin kini takut berperang kerana mungkin mereka merasa lemah dan kecewa oleh perjanjian itu.
Anggapan itu menimbulkan rasa berat di hati mereka sehingga sanggup merancang untuk melanggar perjanjian damai 10 tahun itu. Mereka menyiapkan diri untuk menyerang kaum Muslimin yang dijangka datang menunaikan haji ke Makkah tidak lama lagi.
Pengkhianatan mereka itu dilaporkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kesan balasan tentulah dapat diduga. Ketika Baginda SAW menyiapkan kumpulan kaum Muslimin yang akan berangkat ke Makkah pada musim haji tahun berikutnya, Baginda memperlengkapkan mereka dengan senjata, bukan sekadar untuk perlindungan diri tetapi untuk peperangan yang dijangka berlaku.
Azam Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin kali ini ialah sama ada mereka dibenar menunaikan haji atau akan ditentang oleh kaum Quraisy. Namun mereka akan pergi juga pada tahun itu. Secara kebetulan, kekuatan kaum Muslimin ketika itu sudah besar kerana ramai yang memeluk Islam.
Ini termasuk beberapa pembesar Quraisy seperti Abbas, bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang selama ini memimpin pasukan Quraisy melawan Baginda dan Abu Sufian yang dianggap sebagai ketua besar kaum Quraisy Makkah sesudah kematian Abu Jahal.
Ketika rombongan besar kaum Muslimin hampir sampai ke Makkah, Nabi Muhammad SAW mengirim perutusan yang dituju kepada penduduk kota itu. Pengumuman itu dibuat berdasarkan keyakinan bahawa peperangan akan meletus dan dalam peperangan itu tentu ada jiwa yang terkorban.
Perutusan Nabi SAW itu adalah satu jaminan keselamatan bagi penduduk Makkah dalam pertempuran nanti. Pengumuman itu berbunyi: "Siapa saja yang masuk atau berlindung di rumah Abu Sufian di Makkah akan terlindung daripada serangan kaum Muslimin. Dan siapa yang tinggal di dalam rumah sendiri akan aman. Akan aman juga daripada sebarang bencana siapa yang berlindung dalam Masjidil Haram di sekitar Kaabah."
Nabi Muhammad SAW mempersilakan Abu Sufian sendiri menyampaikan pengumuman itu kepada penduduk Kota Makkah sebelum pasukan besar kaum Muslimin sampai ke sana. Lalu pergilah Abu Sufian bersama beberapa orang pilihannya ke Makkah.
Beliau menyampaikan pengumuman penting itu yang berbunyi: "Wahai penduduk Makkah! Seperti yang kamu tahu, aku sudah memeluk agama Islam. Muhammad akan tiba ke sini sebentar lagi dengan angkatan perang yang besar. Jika kamu masih berazam untuk mempertahankan bumi Makkah daripada kemasukan kaum Muslimin, tiada guna kamu menentang mereka sebab kamu tidak akan berupaya.
"Oleh itu, Muhammad memberi jaminan kepada kamu supaya aku sampaikan. Siapa yang masuk berlindung ke dalam rumahku akan terselamat daripada bencana; siapa yang tinggal dalam rumah sendiri atau berlindung di pekarangan Kaabah (dalam Masjidil Haram juga akan terselamat daripada serangan kaum Muslimin."
Penduduk Makkah yang merasa ketakutan menanti kedatangan tentera Muslimin itu terus merasa lega. Mereka berkumpul dalam Masjidil Haram atau di rumah Abu Sufian. Ramai enggan tinggal di rumah sendiri. Mereka yang enggan tunduk mengambil keputusan melarikan diri keluar Makkah.
Tidak lama kemudian, sampailah kumpulan besar kaum Muslimin yang bersenjata lengkap itu ke kota Makkah. Penentangan hebat yang dibincangkan Nabi Muhammad SAW tidak berlaku. Nabi memasuki Makkah dengan aman.
Seluruh Kota Makkah sunyi sepi dan orang yang kelihatan hanya berpusu-pusu di sekitar Masjidil Haram. Tidak ada seorang pun kelihatan di jalan-jalan kota itu yang mahu menentang kaum Muslimin walaupun pada mulanya mereka berazam untuk menentang habis-habisan.
Selepas Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin tawaf serta masuk ke dalam Kaabah sambil membersihkan Kaabah daripada segala macam patung berhala yang mengotori kesuciannya selama ini, Baginda pun berdiri pada sebuah tiang masjid dan berkhutbah kepada orang ramai.
Antara isi kandungan khutbah Baginda SAW ialah: "Hai penduduk Kota Makkah. Tindakan apakah yang akan saya lakukan sekarang sesudah mencapai kemenangan atas nama Allah ini. Demikian pertanyaan yang tentu kamu tanyakan dalam hati kamu masing-masing. Tindakan saya sebenarnya lain tidak, hanya supaya kamu pulang ke rumah masing-masing, bebas daripada segala tuntutan dan pembalasan."
Dengan hati yang lega dan puas, penduduk Makkah bersorak menyatakan rasa gembira dan memuji sikap nabi yang tidak diduga mereka sebelum ini. Sejak saat itu berduyun-duyun orang Quraisy memeluk Islam, dari rakyat pada peringkat paling rendah hingga ke peringkat paling tinggi.
Ramailah panglima perang Quraisy yang dahulunya memusuhi Nabi SAW dan kaum Muslimin dengan tulus ikhlas menyerahkan jiwa raga mereka bagi mempertahankan Islam sebagai pahlawan Allah yang riwayat hidup mereka terukir dengan tinta emas dalam sejarah perkembangan Islam dari dulu hingga kini.
[Berita Harian Online, 27 Jun 2009]
Salam untuk semua.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, February 26, 2010 2 KoMen
Label: Islam Agamaku Selamanya
19.2.10
HAMBA ALLAH
Ahad yang lepas, aku meluangkan masa berlepak-lepakan bersama seorang sahabat aku. Tak perlulah aku sebutkan namanya di sini. Cukuplah kita merujuk beliau sebagai hamba Allah sahaja.Takut ada implikasi tak terjangka pulak nanti berkaitan dengan cerita yang aku cuba paparkan kali ini.
Menemani beliau mengisikan minyak kereta; seperti biasa aku yang suka mengambil kesempatan dan mencabul kehormatan ini tidak akan melepaskan peluang untuk memijak kepala member sendiri. Maka tanpa segan silu aku paksa beliau belanja air Nescafe setin. Walaupun aku dah agak fakap dengan barangan nestle sekarang, tapi tak sampai hati pulak nak suruh dia belanja tongkat ali. Ohh, mulia juga aku neh rupanya.
Sejurus beliau selesai membayar – aku keluar – dan mendapati beliau masih ada di dalam untuk beberapa minit. Aku yang kehairanan kemudiannya bertanyakan kepada beliau “ko mengorat gadis Shell itukah?”
“Tidak,” jawab beliau pendek. Setelah mengisi minyak dan menghidupkan enjin kereta, beliau membuka bicara, “awek tu tadi pulangkan duit RM40.40 sen padahal baki aku sepatutnya RM4.40.”
Aku teruja mendengarnya. “Cayalah beb. Boleh makan besar kita di malam Gong Xi Fa Cai neh.” Mula aku terbayangkan Domino Pizza – Chicken Pepperoni, Kepsi, Berger Khing, Ayam Penyet Ria dan sebagainya. Eh, aku memang obses ayam ye?
“Tak lah, aku tak ambik. Aku pulangkan balik.” Terkedu seketika lidahku. Wang sejumlah RM36 ringgit yang hadir secara tiba-tiba turun dari langit itu, mungkin kedengaran berjumlah kecil bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku dan dia yang cuma makan kais pagi dan kais petang ini, jumlah itu sudah cukup untuk menceriakan suasana. Maklumlah, golongan kami ni bukan boleh makan junk food setiap hari. Junk food itu walaupun namanya 'junk', tapi di Malaysia ia dianggap makanan yang berkos tinggi. Tak sesuai langsung dengan nilai zatnya jika dibandingkan dengan harga melampau-lampau mereka.
Aku juga memahami bahawa bulan ini beliau short sikit bajet atas sebab-sebab yang mahu dirahsiakan. Maka sekali lagi kedua-dua keningku berkerut ligat memikirkan kenapa beliau sanggup menolak wang tersebut.
“Ko neh suka hati je tolak rezeki. Esok bila-bila rezeki ko kena tarik betul-betul, tau laa merasa azabnya,” tegurku sinis. Saja mahu melihat hujahan balasnya nanti.
Tapi beliau cuma melemparkan senyuman. Jauh di sudut hati aku, aku sendiri pun terkekek kecil ketawa mengenangkan kisah itu. Kerana satu ketika dulu aku pernah terserempak wang not RM100 di stesyen Projet (kini sudah menjadi Shell) ketika sedang berjalan ke kaunter pembayaran. Sepantas kilat aku mengutip wang tersebut dan menyelukkannya ke poket seluar jeans lusuhku. Hanya beberapa saat selepas itu, seorang pemuda yang sedang dalam proses membayar barangan yang hendak dibeli, kelihatan cuak kerana tidak ada wang dalam poketnya. Beliau memandang ke belakang (ke arah aku laa tu) dan aku pula yang menjadi cuak. Sempat ke beliau lihat apa yang aku sorokkan dalam poket tadi? Adakah beliau akan menuduh aku macam-macam? Apakah duit seratus ini sebenarnya milik beliau? Mungkinkah beliau akan berdendam dengan aku lantas memerhatikan aku menaiki motor apa, plet bernombor apa dan sebagainya? Adakah aku akan ditimpa musibah semata-mata kerana tamakkan harta yang tak seberapa ini? Ececeh, ‘tak seberapa’ konon.
Tak perlu bersoal panjang, tak perlu hidup dalam keadaan tak tenteram – dengan penuh rasa waspada setiap masa serta menyesal pula di kemudian hari; lantas aku menghulurkan not seratus itu kepada pemuda tadi sambil berkata dalam nada perlahan “duit abang jatuh ye tadi?”.
Beliau mengambilnya dalam keadaan tersenyum dan cuba berbicara; mungkin mahu mengucapkan terima kasih (ceh, perasan tul aku neh). Tetapi tidak sempat berkata apa-apa, aku sudah memusingkan badan aku keluar menuju kea rah motorsikal yang parking di luar. Padahal aku masuk ke dalam dengan niat mahu membeli topup. Penuh dengan perasaan malu kerana terdetik mahu ‘mencuri’ wang pemuda tersebut, aku tak sanggup membiarkan pemuda itu menganggap aku sebagai seorang yang mulia kerana memulangkan semula duit tersebut; padahal hanya baru seketika tadi aku sudah memasang niat untuk menyimpannya sahaja. Huhu.
Jadi, mungkin aku faham dengan sifat hamba Allah – rakanku ini tadi. Beliau juga bukanlah baik sangat. Selalu je kami berkongsi aktiviti menambahkan dosa. Tapi kadang-kadang perasaan malu itu lebih menebal dalam diri sekaligus membuatkan kami gentar untuk membuat dosa apatah lagi jika ia menganiayai insan yang lain. Satu kerja yang berat pula nanti sekiranya kami ingin berrtaubat satu hari nanti dan terpaksa mencari mereka-mereka yang pernah dianiaya untuk diminta kemaafan. Tak tersanggup aku.
Singgah di tol SILK, hamba Allah ini tadi seperti biasa membayar satu ringgit. Baru menekan pedal minyak, aku menegur beliau, “weh, apasal signboard tu tulis 95 sen?”.
Tidak semena-mena, beliau menekan brek. Masuk gear reverse, dan berundur beberapa sentimeter ke belakang. Mujur kami belum melepasi palang gate.
“Cik adik manis (Okeh aku tipu. Beliau tidak segedik ini bila berhadapan dengan toll gate girl.), kenapa malam neh tetiba 95 sen pulak?” tanya beliau pada awek yang sebenarnya tak laa berapa manis sangat tu.
“Malam ni kan Tahun Baru Cina. Ada diskaun. Saya tak sempat nak hulur duit baki tadi abang dah ke depan,” jawab awek tersebut sambil mengontrol ayu.
Beliau ambil baki syiling 5 sen tersebut, dan meneruskan perjalanan.
“Haa, ini baru laa rezeki turun dari langit namanya,” sambung beliau lagi sambil menjeling sinis pada aku. Cilakak hang!
Cuma seminggu sebelum itu, aku teringat bahawa sahabatku, Encik Ijal a.k.a tunangan orang, pernah membayar harga makanan di kedai mamak di mana sebenarnya beliau terlupa nak bayar sehari sebelum itu. Seperti biasa, kami cuba membela hak sahabat kami itu dengan kata-kata seperti “Kalau kau terlupa nak bayar pun, tapi bukan salah kau kalau mamak tu salah kira. Mungkin tu dah rezeki ko laa kot.” Tapi beliau tetap mambayarnya juga.
Sungguh mudah sekali untuk kita mendefinisikan erti rezeki yang Allah turunkan pada kita, bukan?
~Disclaimer – hamba Allah itu bukan Encik Ijal. :P~
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, February 19, 2010 4 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Pena Dari Meja Pujangga
14.2.10
VALENTINO ROSSI PUN RETI PAKAI SPENDER
SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.
The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.
Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”
“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.
“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”
Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.
“We will know how many by Valentine’s evening.”
Dengar cerita… Tatau laa betul ke tak.
Kalaulah aku ada awek.
Kalaulah awek aku tu menggatal nak ajak aku sambut Valentine’s.
Kalaulah dia sanggup nak tolong cuci mata aku.
Nah, aku akan bagi hadiah neh pulak kat dia.
*Sumber gambar – cursingmalay
Tak payah nak panjang cerita, meh aku postkan je info wiki pasal Valentine’s Day neh.
Saint Valentine's Day (commonly simply Valentine's Day) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.
So I guess if you are stupid enough, well, then, YOU ARE stupid enough. No matter which kind of ‘higher-learning institutes’ you came from.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Sunday, February 14, 2010 3 KoMen
1.2.10
LEE JEE HYEON
Dengan meletakkan tajuk entri seperti ini, pasti aku berjaya mendapat perhatian penggila-penggila drama korea atau peminat muzik k-pop ke dalam blog aku. Wahaha. Padahal aku tak kenal pun siapakah dia orang yang bernama Lee Jee Hyeon ataupun samada beliau sebenarnya wujud atau tak.
Mungkin sekadar mahu menarik perhatian, atau mungkin satu perangkap untuk mereka yang suka membaca tajuk entri tanpa membaca isinya lalu bersemangat untuk drop komen walaupun off-topic; itu aku tak pasti niat sebenar yang tersemat di hati. Tapi sukalah untuk aku mengaku di sini bahawa aku tidaklah obses dengan drama atau lagu korea mahupun actor dan actress mereka juga.
Aku neh jenis kalau nak tengok cerita, semua cerita aku cuba layan. Pastu baru laa aku bagi komen samada ia best atau tak. Tak suka aku nak menyempitkan fokus aku terhadap sesuatu genre cerita yang ada, baik di TV, melalui pembacaan novel ataupun filem di panggung.
Mungkin ada limitation-nya jugak. Mungkin aku seboleh-bolehnya takkan tengok filem arahan Prof. Madya Razak Mohaideen dan sekutu-sekutu mereka seperti Ahmad Idham. Tapi aku menggunakan istilah ‘mungkin’ kerana aku sendiri tidak akan memuktamadkan cara hidup dan prinsip pegangan aku. Adalah sesuatu yang sahih bahawa kita tidak semestinya sentiasa berada di pihak yang benar. Masa telah mengajar bahawa manusia itu boleh melakukan kesilapan dalam hidup mereka tanpa mereka sedari sekalipun.
Okeh, aku dah start membebel panjang. Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal filem Legion atau dalam bahasa koreanya Lee Jee Hyeon (sesuka ati ko je Jai!). Filem ini telahpun disaksikan oleh aku bersama dua orang teman yang lain. Boleh dikatakan kami ber-threesome laa (sila jangan bayangkan yang bukan-bukan).
Hanya sempat menonton trailernya seketika di youtube tanpa sempat membaca sipnosis/review penuh mengenai filem ini, aku membayangkan filem ini ada persamaan dengan filem Darkness Fall. Mungkin juga ada antara kamu di luar sana yang belum menonton menyangkakan filem ini seperti Angles & Demon tetapi aku tidak sempat menonton lagi filem itu. Aku sudah pun menonton Da Vinci Code jadi aku rasa tidak banyak berbeza antara kedua-dua filem tadi lantaran penulisnya adalah orang yang sama. Filem Legion ini juga aku cuba kaitkan dengan The Exorcism of Emily Rose.
Ia dimulakan dengan perihal sekumpulan manusia yang terkandas di sebuah stesen minyak di tengah gurun mana-entah di mana masing-masing di antara mereka sedang cuba mencari makna sebenar kehidupan. Masing-masing dikatakan mempunyai masalah tersendiri dan sedang memikirkan samada mereka telah melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup mereka.
Tidak lama kemudian, mereka mula diserang makhluk-makhluk aneh bertopengkan manusia biasa. Kehadiran seorang lelaki bertatu menaiki kereta peronda polis sambil membawa bekalan senjata api menimbulkan misteri di kalangan mereka. Beliau mengatakan makhluk-makhluk aneh ini akan terus mengganggu mereka dalam jumlah yang banyak dan berterusan dan tugas mereka adalah untuk melindungi nyawa sendiri. Salah seorang watak dalam cerita ini adalah seorang perempuan mengandung dan lelaki misteri itu mengatakan makhluk-makhluk aneh ini mahukan bayi tersebut. Jadi selagi mereka dapat bertahan sehingga bayi itu lahir (yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi) maka mereka akan selamat menempuhi episod aneh ini.
Aku malas nak cerita kesudahannya tapi cukuplah aku membongkar plot cerita filem ini iaitu lelaki misteri tadi sebenarnya adalah malaikat bernama Michael. Beliau mendapat perintah tuhan untuk membunuh bayi tersebut sementara tuhan juga sudahpun mula melancarkan gerakan penghapusan kaum manusia (apocalypse – kiamat). Boleh dikatakan mereka sebenarnya sedang berperang dengan tuhan demi untuk survival bangsa manusia itu sendiri.
Yang menghairankan, kenapa pula Michael datang ke situ untuk membantu mereka? Jawapannya mudah, hanya kerana Michael tidak bersetuju dengan arahan tuhan lalu cuba menjustifikasikan kelahiran bayi tersebut ketika apocalypse sedang melanda sebagai bukti bahawa manusia harus diberi peluang untuk terus hidup. Baginya manusia adalah makhluk istimewa dan setiap generasi memiliki cerita dan harapan mereka tersendiri, berbanding dengan golongan malaikat yang immortal serta hidup hanya untuk menurut perintah.
Pada dasarnya aku berminat untuk menonton filem ini berdasarkan kesan khasnya yang kelihatan berbajet besar dan cukup menarik. Elemen suspen dan thrill beserta psiko juga diterapkan apabila seorang nenek tua (makhluk yang dihantar untuk membunuh bayi) dilihat begitu agresif melompat ke sana sini sambil merangkak di atas siling beserta sempat juga mencarut sekali sekala.
Ada juga babak ketika makhluk-makhluk ini memperdaya mereka dengan berpura-pura menjadi kanak-kanak yang memerlukan pertolongan di mana rupanya mereka hanya mahu menembusi halangan dalam usaha mereka mahu membunuh bayi yang belum lahir itu.
Bagaimanapun aku melihat cerita ini sebagai sangat berbahaya dari segi akidah untuk kedua-dua agama wahyu baik Islam atau Kristian. Pertamanya ia mahu mengajar manusia untuk mengikut kata hati sekiranya anda tidak bersetuju dengan perintah Allah. Dalam erti kata mudah, jika tidak berpuashati, maka lawan sahaja hukum Allah itu. Kedua, bunting sebelum berkahwin adalah okey kerana anda tidak tahu samada takdir bayi itu mungkin akan menentukan nasib survival manusia pada masa depan. Walaupun moralnya mungkin menjurus untuk mengutuk aktiviti pengguguran bayi, tetapi dilihat watak perempuan mengandung tadi cuba disamakan dengan Mariam A.S. Ketiga, ia juga mengatakan akan ada nabi baru selepas Muhammad S.A.W (dalam kitab Bible cerita mengenai kehadiran Muhammad dipadamkan maka orang Kristian mempercayai Isa A.S sebagai nabi terakhir mereka dan juga dikatakan pula sebagai anak tuhan kerana Isa tidak berbapa). Keempat, berkata-kata kesat dan mencarutlah antara sesama kamu dan kepada malaikat juga kerana sekiranya kamu tidak sebulu/sependapat dengan mereka, maka mereka adalah musuh kamu – ada unsur fahaman zionis di situ. Kelima, peperangan antara baik dan jahat (good and evil) cuma berlaku antara manusia dan tuhan sementara setan cuma duduk diam bertepuk tangan sahaja memerhati kemusnahan manusia. Sekaligus memungkinkan sesetengah mereka berkata “baik aku sembah setan je macam neh”.
Haha, aku mungkin sinikal dalam menganalisis filem ini namun bagi aku ada berbelas/berpuluh lagi filem yang bagus untuk korang tontoni selain filem Legion ini. Malah South Park dan Da Vinci Code juga adalah antara cerita bijak yang tidak bersifat absolute dan mengajak kamu mengasah minda untuk berfikir dengan lebih kritis demi faedah kamu sendiri jika nak dibandingkan filem yang sangat mengarut ini.
Jangan tertipu seperti aku,kelak kamu akan kehilangan 10 ringgit yang begitu berharga (habis akidah ko berapa ringgit pulak Jai?)
Lalalalala…
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Monday, February 01, 2010 10 KoMen
Label: Islam Agamaku Selamanya, Rentetan Seni
21.1.10
UNCHARTERED ENTRY
Bila takde idea, maka bermulalah acara mencarik idea. Kalau tak jumpa idea, maka kita petik saja apa-apa idea yang ada. Macam mana nak ‘ada’kan benda yang takde?
Mudah je. Kita bukak tajuk/topik. Dalam entri kali ini, aku akan bukak beberapa topik untuk dijadikan guideline macam mana kita nak kekal membebel dan banyak bunyik walaupun tatkala tiada isu sebenar yang ingin diperbahaskan.
1. Peribadi – Aku neh dah macam takde kerja lain. Dari Isnin sampai Sabtu; kerja, kerja, kerja. Pastu membuta. Pastu pegi kedai mamak tengok bola. Pastu main futsal. Pastu sambung tido di hari Ahadnya. Start hari Isnin semula, sambung kerja. Huh, patutlaa aku takde idea nak tulis apa.
2. Politik – Beras naik? Jangan makan nasik. Makanlah roti canai. Tepung gandum naik? Janganlah makan roti. Makan ubi keledek tanam sendiri. Gula naik? Janganlah minum air manis. Obesiti. Garam naik? Janganlah masin sangat. Darah tinggi. Minyak masak naik? Janganlah makan kolestrol. Makan angin cuti-cuti 1Malaysia sahaja, yang itu takpe. Kamu kena faham, kerajaan laa neh susah. Banyak cabaran. Ekonomi meleset. Bersamalah berganding bahu dengan kerajaan. Berjimat cermatlah. Apa kamu mahu tengok PM kamu travel ke luar negara naik AirAsia? Tentu kamu tidak mahu kan? Jadi, marilah menyahut seruan kerajaan agar kita dalam negara neh berjimat cermat. Kat luar negara takpe. Kalau korang kat luar negara, belanja laa suka hati korang. Tiada siapa nak pandang atau jeles dengan harta-harta kamu itu. Oh ye, musim pilihanraya pun belum tiba. Jadi baiklah simpan sahaja peluru-peluru itu. Sampai masa, kita hamburkan satu-persatu untuk dijadikan penilaian dalam proses pengundian kita di hari besok.
3. Hiburan/Artis – Ohh, janganlah kita mengambil tahu tentang dunia artis. Kalau kita bergosip, itu sudah bermaksud mengumpat. Berdosa. Biarkanlah mereka. Mereka tak ganggu kita pun waima selalu mengeluarkan statement mengelirukan akidah seperti “I bukak tudung neh sebab nak cari rezeki,” ataupun “I cuma sambut Krismas je, bukan buat salah pun,” ataupun “Kami berdua-duaan dalam bilik itu untuk hafal skrip, bukan berzina. Sila jangan tuduh yang bukan-bukan” ataupun “Saya nyanyi lagu DiGi – I Follow neh bukannya saya nyanyi lagu gereja. Saya masih Islam,” ataupun “Saya berkucupan dengannya bukan kerana nafsu, tetapi kerana matahari terbenam ketika itu yang kelihatan sangat romantik,“ ataupun “Bila saya bercakap bahasa melayu, bunyinya bodoh,” ataupun… Hui, letih laa aku nak petik satu-satu.
4. Tutorial – Tahukah anda, antara cara paling mudah untuk kita mengelakkan orang-orang tak berkenaan masuk ke dalam blog kita sambil mengomen yang bukan-bukan; caranya adalah kekalkan eksklusiviti blog kita hanya pada orang yang kita rasa kita kenal hati budi mereka sahaja. Luangkan masa membaca 2 atau 3 entri mereka. Seandainya rasa berkenan, mula ‘follow’ blog tersebut. Setelah membuat pemerhatian beberapa minggu, anda bolehlah membuat link ke dalam bloglist (tak payah mintak izin pun takpe, itu hak anda, suka hati anda laa) serta memberi komen pada entri-entri mereka. Insya-Allah, ada kesempatan mereka akan menjengah pula blog anda. Tapi jangan mengharapkan ada komen dari mereka. Kalau ada entri yang bersesuaian, nescaya mereka tidak akan lokek untuk berkongsi pendapat samada positif atau negatif. Terpulang kepada cara anda untuk membuka topik dalam penulisan blog anda. Dengan cara ini, anda boleh kenal rapat dengan bloggers lain dengan lebih intim sementelah kebanyakan bloggers di Malaysia ini pun lebih suka menulis perihal kehidupan mereka sehari-hari. Walaupun anda mungkin akan menjadi kurang glemer macam aku, tapi hakikatnya bukan kuantiti sahabat bloggers yang menjamin kebahagiaan dan keseronokan berkongsi cerita dalam blog ini. Tapi kualiti pembaca-pembaca yang menghayati mesej atau sekadar bebelan kosong anda yang akan membuatkan anda tak jemu ber-blog.
5. Jiwang – Err, aku tengah hepi dalam sepi neh. Camne aku nak bukak citer jiwang pulak. Ahhahahaha… I’m single but not available. :P
6. Games/Gadget/Technology – Tepuk poket, tanya laa buku akaun. Kalau dah takde duit, buat cara takde duit. Kalau nak beli barang, belilah barang yang paling praktikal. Sebagai contoh, kalau anda seorang yang bergaji mewah, tapi jarang dok umah sebab asyik kena buat overtime atau outstation, toksah laa menggatal nak beli PS3. Membazir duit, tambahan pula kena beli Blu-Ray original pulak tu lagi. Sila lah beli PSP. Kalau nak henset, belilah Nokia N97. Beli iPhone tapi takde video call terasa bagaikan ditipu sahaja duit beribu-ribu itu. Kalau nak laptop, jangan fikir yang slim-slim, rekabentuk aerodinamik atau home-theatre sound bagai-bagai. Fokuskan pada kuasa pemprosesan, daya RAM serta kapasiti harddisk. Sekurang-kurangnya model terbaik di pasaran ketika ini pun cuma boleh kekal untuk 3-4 tahun penggunaan sahaja. Jadi janganlah membazirkan wang anda ke atas satu-satu produk yang tak praktikal dengan gaya hidup anda.
7. Agama – Amboi, bila tang agama ko taruk last-last ye Jai? Okeh laa. Nak dipermudahkan cerita, manusia neh bila akil baligh je, maka dia sudah bertanggungjawab ke atas semua dosa-dosa yang dia lakukan. Kalau kita buat kemungkaran, kita dapat dosa. Kita tak buat, kita tak dapat dosa. Mudah kan? Tetapi jangan dilupa. Kehidupan selaku muslim/muslimah ini ada ibadat-ibadat fardhunya, ibadat wajibnya. Kalau buat dapat pahala, tak buat pulak boleh dapat dosa. Oleh itu, pada mereka yang dah ada anak, terutama anak yang belum akil baligh, dimintalah jangan penaya kat budak tu. Ajarlah mereka perkara-perkara fardhu supaya boleh dibuat rutin harian mereka. Aku sentuh bab solat (ini untuk yang belum akil baligh je tau), paksa mereka untuk tunaikan solat subuh dan maghrib sahaja dulu. Kecualikan mereka dari menunaikan tiga solat yang lain. Hikmahnya? Solat subuh dan maghrib ini adalah solat yang rakaatnya paling sedikit. Tak susah nak buat tapi susah nak diamalkan sebab solat subuh kena bangun pagi dan solat maghrib pula kena kejar waktu sebelum isyak. Andai dua solat ini sudah dapat dikuasai, 3 solat lain yang walaupun 4 rakaat itu, nescaya akan dianggap kacang sahaja untuk ditunaikan bagi anak-anak anda. Secara tidak langsung apabila sudah akil baligh, ini akan menjadi rutin harian kehidupan mereka sama seperti gosok gigi, mandi dan makan setiap hari. Janganlah jadi seperti aku yang masih merangkak-rangkak nak melatih diri menunaikan yang fardhu tatkala sudah bertaraf boleh jadi bapak orang ini. Huhu.
Hah! Dalam takde idea pun dah tujuh tajuk yang aku berjaya ulas kali neh. Ahahahahahahaha! Shabbas bhetti!
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, January 21, 2010 7 KoMen
Label: Interpretasi Umum, Islam Agamaku Selamanya, Pena Dari Meja Pujangga, Poli - Tikus, Rentetan Seni
7.1.10
ALIF LAM LAM HAA…
Satu ketika, kesultanan melayu telah dirahmati dengan kedatangan agama Islam di bumi Melaka. Secara menyeluruh, segala aset dan pembawakan Islam digunapakai ketika itu. Baik dari kalendar Hijrahnya, sehinggalah kepada senibina pun turut mencerminkan keislaman.
Datang pula penjajah, yang mahu mengaut segala hasil bumi di tanah kita. Kita masih diberi ruang untuk bernafas, mencari rezeki, mengamalkan budaya dan sebagainya. Yang lain-lain, mereka kuasai.
Kawasan Asia Tenggara pada dasarnya mengamalkan penggunaan bahasa Sanskrit. Setelah ketibaan Islam dan para pendakwah dari arab, kita menyerapkan banyak istilah arab dalam bahasa kita.
Salah satunya adalah Allah, yang membawa maksud ‘tuhan yang khusus’. Bagaimanapun penggunaan istilah ini memiliki zat tersendiri kerana bagi orang Islam, Allah (tuhan) itu Esa, yakni satu dan tiada duanya. Hatta kita nak sebut “Tuhan diorang lain daripada tuhan kita” pun tak boleh sebab itu akan melanggar prinsip keesaan-Nya.
Bila kita sebut Allah atau tuhan, kita kena sematkan kalimat tiada tuhan melainkan Allah. Simple saja ajarannya kan?
Simple, simple jugak. Tapi kalau bab keagamaan neh yang orang kita payah sikit nak ikut. Baru-baru ini timbul polemik penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Orang-orang arab di luar negara yang bukan Islam memang dah menggunakan istilah ini dah lama dah. Tapi disebabkan masyarakat melayu dalam Malaysia telah dibesarkan untuk membeza-bezakan kalimat Allah dan tuhan ketika zaman imperialis berkuasa di bumi kita (ramai yang ingat maksud Allah adalah tuhan bagi orang Islam) maka berlaku kekeliruan. Pertama sebelum isu Herald di Sarawak timbul, radio kita telah pun menyiarkan lagu Agnes Monica bertajuk ‘Allah Peduli’. Dalam lagu ini, liriknya memberitahu ‘Allah itu Yesusku’.
Aku tak sempat nak mendengar lagu ni sebab dia berkumandang pun tak lama. Tapi ketika mula-mula aku terserempak dengan tajuk lagu ini sewaktu melewati carta-carta top banget di Indon aku sudah mula sangsi. “Eh, Agnes tu Kristian kan?” bisik hati kecilku.
Namanya saja sudah melambangkan kristianitinya. Padahal ketika beliau mula ngetop dulu pun aku sudah berjaya meng-google gambarnya yang dikatakan bertindik pusat nak tiru Britney Spears. Dari artikel yang aku baca aku sudah sedia maklum akan agama beliau.
Pelik kenapa DJ radio tak terfikir akan perihal ini sebelum bertindak menyiarkan lagu ‘Allah Peduli’ itu. Takkan mereka tak tahu sedangkan mereka sepatutnya lebih dekat dengan artis (sepatutnya laa… dah title pun selebriti), kan?
Jadi di mana silapnya? Silapnya adalah apabila perihal nama itu sendiri sudah tidak diambil berat masyarakat melayu zaman sekarang apabila mereka telah didedahkan dengan dunia moden dan berpaksikan konsep “sekarang dah 2010 laa, dunia dah maju kita pun kena maju ikut diorang”.
Berapa ramai orang melayu (yang selalunya mengaku Islam) meluangkan masa untuk mengkaji nama-nama dan maksudnya untuk diberi pada anak-anak mereka? Bagaimana boleh muncul nama-nama pelik lagi ajaib yang tidak ada maksud dalam bahasa arab?
Perihal pakaian, aurat dan tingkahlaku; berapa ramai pula orang kita yang bila duduk sebelah Agnes Monica, nampak seperti adik beradik atau sedara mara?
Tak mustahil kenapa kita boleh leka dalam penggunaan bahasa dan istilah berkaitan nama Allah ini.
Kan? Kan?
P/S : Aku bukan penceramah, aku takde tauliah. Entri ini bukan entri keagamaan, entri ini entri kupasan umum yang tak berkepentingan. Sila rujuk pada yang pakar berkenaan isu ‘Penggunaan istilah Allah oleh orang bukan Islam’. Sila jangan memandai nak buat telahan sendiri. Aku sendiri pun tak berani.
*UPDATE : Selepas menonton video penjelasan Harun Din di Youtube, aku percaya isu yang dibimbangi sebenarnya adalah agak mudah. Iaitu sekiranya istilah Allah dibenarkan digunakan oleh orang Kristian untuk berdakwah, maka timbul konflik pertembungan antara Allah bagi orang Islam dan Allah bagi orang Kristian. Ketika itu kita sudah akan mempersekutukan Allah yakni merelakan kewujudan dua jenis Allah. Jadi nasihat aku adalah sematkan betul-betul kalimah Tiada tuhan melainkan Allah dalam sanubari masing-masing sekerap mungkin buat masa ini. Itu yang paling penting. Na'uzubillah.
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Thursday, January 07, 2010 5 KoMen
Label: Islam Agamaku Selamanya
1.1.10
CERITA 1970
Terasa seperti mahu mencilok idea orang lain di tahun baru ini. Keji kan? Aku curik dari blog ini.
PERKARA : Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
1. TUJUAN
1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.
2. PENDAHULUAN
2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.
2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.
2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;
“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”
2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;
i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).
2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;
i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)
ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)
2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.
3. TAKRIF
3.1 Simbul
Maksud simbul dalam garis panduan ini adalah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda (Kamus Dewan).
3.2 Ciri
Maksud ciri dalam garis panduan ini adalah sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya dengan yang lain) (Kamus Dewan).
3.3 Tunduk
Maksud tunduk dalam garis panduan ini adalah kepala atau muka condong ke hadapan (Kamus Dewan).
3.4 Upacara
Maksud upacara dalam garis panduan ini adalah majlis menurut adat (kebiasaan, agama), kermaian atau peralatan (menurut adat) (Kamus Dewan).
3.5 Budaya
Maksud budaya dalam garis panduan ini adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemajuan (akal budi), kebudayaan (Kamus Dewan).
3.6 Dakyah
Maksud dakyah dalam garis panduan ini adalah penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat dsb) untuk mendapat sokongan, propaganda (Kamus Dewan).
3.7 Mempersenda
Maksud mempersenda dalam garis panduan ini adalah mempermainkan (dengan gurau senda), memperolok-olokkan, mengejekkan(Kamus Dewan).
3.8 Sensitiviti
Maksud sensitiviti dalam garis panduan ini adalah perihal perihal sifat mudah merasai sesuatu (mudah tersinggung, bergerak balas dsb (Kamus Dewan).
3.9 Kriteria
Maksud kriteria dalam garis panduan ini adalah beberapa ukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (Kamus Dewan).
4. KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM
4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menyolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
5. PENUTUP
Sekiranya terdapat keraguan atau ketidakjelasan dalam mentafsir dan melaksanakan Garis Panduan ini hendaklah merujuk kepada;
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Blok D7, Parcel D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 4253
P/S : Entri ini bukan sahaja dibuat sempena Krismas yang dah lepas, tapi juga untuk 1 haribulan 2010 ini dan kesemua hari-hari kelepasan am yang berkaitan di Malaysia. Sekian, harap maklum.
Lalalalala...
di-Post-kan oleh Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) pada Friday, January 01, 2010 3 KoMen






