27.2.10

HMI : CARIK DAN MUSNAH!

Kepada mereka yang menimbulkan persoalan seperti “eh Jai, ko bukan peminat dangdut ke?” maka anda tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi seperti Encik Amri yang separa bangang kerana tidak sedar bahawa aku boleh mendengar semua jenis muzik, termasuk grindcore jugak walaupun aku belum jatuh cinta dengannya. :P

Apa pun aku memang meminati muzik. Dan aku lebih menjurus kepada bunyi-bunyian instrumen seperti gitar dan dram dan violin dan piano dan… dan semua laa senang cerita. Aku suka orchestra muzik yang memerlukan simfoni penuh harmoni garapan konduktor berpengalaman luas dalam bidangnya. Aku suka kumpulan Muse yang kreatif bermain dengan bunyian sampler walaupun tidak terlalu over seperti Radiohead yang memeningkan kepala itu. Kalau bunyian berasaskan techno, di Malaysia sudah ramai DJ seperti T-Bone dari kumpulan Too Phat dan DJ Cza dari kumpulan Ahli Fiqir. Tak dilupakan juga Cat Farish berbakat besar dalam mengalunkan irama menggunakan keyboard. Alunan muzik klasik – tidak memerlukan satu pancaragam pun – sudah boleh menghasilkan muzik menarik. Ingat lagi pada mainan violin Vanessa Mae yang mengasimilasi irama moden dan klasik? Namun jika mahu meriah pun apa salahnya, menarik juga. Pak Ngah adalah nama besar yang mampu memeriahkan muzik walaupun beliau cuma tertumpu dalam bidang irama melayu.

Eminem, rapper berkulit putih yang memecah dominasi kulit hitam; sekaligus memperlihatkan usaha Vanilla Ice satu ketika dulu tampak seperti budak-budak tak cukup umur sahaja. Apakah rahsia beliau? Beliau tidak memfokuskan pada pemujaan tubuh badan wanita semata-mata. Ataupun mengupas elemen gangsta rap secara menyeluruh. Beliau bercerita kisah hidupnya dan perspektif dalam lagunya, dan paling penting beliau bercerita dari sudut hati, dibantu pula irama menarik kelolaan Dr. Dre. Untuk lebih versatility dalam irama rapping, muncul pula band-band rapcore seperti Linkin Park dan Limp Bizkit. Limp Bizkit agak lebih poyo dan tak serius, tetapi Linkin Park telah meletakkan standard yang cukup tinggi untuk genre ini. Gabungan muzik DJ Hahn dengan gitar dan drum, Mike Shinoda pula kelihatan amat cool dalam rapping-nya. Belum lagi nak sentuh kehebatan vokal Chester Bennington terjerit-jerit seolah-olah anak tekak nak tercabut tapi tetap tak tercabut jugak tu.

Dan jangan dilupa, aku juga penggemar lagu Hindustan dan tamil terutama karya A. R. Rahman. Andrea Bocelli dengan lagu Con Te Partiro-nya juga berjaya membuatkan aku jatuh cinta. Lagu jepun, perancis, sepanyol, Indonesia apatah lagi. Dan baru-baru ini aku diperkenalkan pula dengan Maher Zain.

Jadi, apa ke halnya kalau aku nak katakan yang aku gemarkan lagu Metallica, bukan?

Aku jarang mendengar lagu Metallica. Malahan, aku pertama kali mendengar lagu mereka ketika aku menggilai kumpulan XPDC. Ada yang mengatakan lagu Senapang Patah mereka merupakan plagiat dari lagu Enter Sandman. Itulah lagu pertama Metallica yang aku ikuti.

Baru-baru ini Kak Kema berjaya menggoda aku untuk menghayati gorengan gitar kumpulan Metallica dalam lagu mereka dari tahun 1983 yang lalu. Aku agak skeptikal kalau bercerita pasal gitar karan kerana bagi aku Nirvana sudah menjadi raja bertakhta di hati jika hendak diceritakan alunan gitar karan paling power dalam dunia. Namun lagu Seek And Destroy dendangan Metallica ini berjaya membuatkan aku terfikir semula kedudukan Nirvana dalam hati aku. Cewah! Haha!

Layankan. Sila hangguk kepala ramai-ramai okeh. “Let loose, man!”


26.2.10

SALAM MAULUD NABI




*Kredit pada pemilik gambar (rujuk watermark)



Selain dari terpesona dengan entri cik wawa ini, (Sila klik sini. Klik! Klik laa! Aku tak kira! Klik cepat. Lepas baca jangan lupa return balik ke page aku) aku juga pernah menjadi kagum dengan sebuah lagi petikan cerita kisah Rasulullah yang sekali sekala pandai jugak bergurau.

Berikut petikan yang aku curik dari sini.



*Nabi Muhammad sendiri bergurau.

Contoh 1: Seorang wanita beritahu Nabi tentang hal suaminya begini dan begini. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar orang Melayu): “Ooo… suami kamu yang mata dia ada putih-putih tu kan?” Wanita itu terkejut lalu berkata: “Eh, mana ada. Mata suami saya biasa je macam mata orang lain.” Jawab Nabi: “Betul le tu. Kan ke mata setiap manusia mesti ada bahagian yang putih.” Mereka pun tersenyum.

Contoh 2: Nabi Muhammad dan Saidina Ali makan beberapa biji buah kurma. Apabila habis, Nabi Muhammad meletakkan biji-biji bahagiannya di tempat biji-biji yang dimakan oleh Saidina Ali. Kemudian kata Nabi (* dalam bahasa pasar kita): “Ish ish ish Ali! Engkau makan sebegitu punya banyak kurma. Tengok, berapa banyak biji yang ada kat depan engkau.” Saidina Ali yang bijak membalas gurauan Rasulullah dengan berkata: “Tapi, engkau lagi dahsyat ya Rasulullah. Tengok, dengan biji-biji sekali engkau makan (kerana di depan Rasulullah dah tak ada biji kurma lagi).”

Contoh 3: Rasulullah hendak menaikkan seorang wanita ke atas unta sebagai kenderaan (*kalau tak silap Saidatina Aisyah). Kata Nabi (dalam bahasa pasar kita): “Aku nak naikkan engkau ke atas anak unta.” Jawab wanita itu: “Mana boleh naik anak unta. Tentulah saya kena naik unta dewasa.” Balas Nabi: “Betul le tu. Kan ke unta dewasa tu pun anak kepada seekor unta jugak dulu.”



Tergelak jugak membacanya. Ia menunjukkan di sebalik kemaksuman Rasulullah S.A.W, baginda sebenarnya masih hidup dalam norma manusia biasa. Ini satu teladan yang baik kerana ia mengajar kita bahawa adalah tidak mustahil untuk kita dapat mencontohi dan meniru keperibadian mulia baginda tanpa perlu ‘diangkat’ menjadi nabi. Selalu kedengaran suara-suara skeptikal mengatakan “Aku neh lain laa. Dari kecik lagi dah jahat, kotor, banyak dosa. Kalau aku berubah sekarang pun belum tentu dapat cium bau syurga.”


Sebenarnya jika kita terasa jauh dengan standard Rasulullah pun, penghayatan akan kisah hidupnya sudah cukup untuk kita memahami apakah nilai moral yang cuba dipaparkan junjungan besar kita ini. Dapat ikut sebahagian sunnah pun sudah cukup membanggakan, apatah lagi jika kita mengadaptasi keseluruhan prinsip dan pegangan baginda dalam hidup kita.

Tahun lepas, aku sempat membaca sebuah artikel di Berita Harian mengenai perjanjian pertama (Hudaibiah) antara kaum muslimin dan musyrikin dari Madinah dan Mekah. Ia merupakan satu catatan penting dalam mengkaji hala tuju Negara Islam yang sedang dibentuk Nabi dan para sahabat; mengenai pengorbanan, toleransi, kebijaksanaan - dan yang paling penting - dakwah untuk menunjukkan kepada golongan kafir bahawa agama Islam ini tidaklah seteruk yang mereka sangka.

Dengan selambanya aku berani mengaku aku menangis menghayati sejarah perjuangan Rasulullah itu (kalau bab lain tu susah pulak nak ngaku ko ye Jai?). Sememangnya kalau kita tekun membaca dari awal hingga akhir, kita akan dapati bahawa setiap langkah dan tindakan berasaskan suruhan Allah itu semata-mata hanya untuk membawa kebaikan di pengakhirannya.

Untuk entri edisi Maulud Nabi kali ini, aku terasa seperti nak menaip semula artikel tersebut yang mana petikannya ada aku simpan sekadar mahu dijadikan naskhah pembacaan untuk aku di kemudian hari dan mungkin juga untuk dikongsikan dengan yang lain.

Tapi zaman kan dah canggih. Umat Nabi Muhammad maju-maju belaka serta bijaksana pula hasil ajaran Nabi yang menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri China. Jadi apa kes aku nak buat kerja susah kalau ada kerja yang mudah?

Haha, dengan hanya menggunakan bantuan pakcik Google, aku berjaya mengorek arkib dari website lain dan menemui artikel tersebut dalam blog ini. Luangkan kelapangan masa anda barang 10-20 minit untuk benar-benar membaca dan sematkan ilmu sejarah ini dalam minda. Moga ia melekat dan boleh dijadikan salah satu cerita untuk kita sampaikan pada anak cucu kita nanti.




Kaum musyirikin ingkari perjanjian damai Hudaibiah
oleh Hashim Ahmad



Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai antara Nabi Muhammad SAW dan orang Quraisy Makkah pada Zulkaedah tahun keenam Hijrah adalah perjanjian damai pertama dalam sejarah perkembangan Islam.

Perjanjian itu mengambil sempena tempat bernama Hudaibiah di mana rombongan Muslimin yang dipimpin Nabi Muhammad SAW berhenti, sementara menunggu izin daripada penduduk Makkah untuk melakukan haji dan umrah.

Kaum Muslimin tidak jadi menunaikan umrah pada tahun itu tetapi dibenarkan membuat haji pada tahun depan. Sesungguhnya Perjanjian Hudaibiah itu pada lahirnya dianggap merugikan kaum Muslimin dan banyak menguntungkan orang Quraisy.

Bagaimanapun, bagi Nabi Muhammad SAW, perjanjian ini penting untuk faedah jangka panjang kepada kaum Muslimin dan perkembangan Islam. Lima perkara yang dipersetujui dalam perjanjian itu:

1. Tidak ada lagi serang menyerang antara kaum Muslimin di Madinah dan kaum Quraisy di Makkah selama 10 tahun.

2. Setiap orang yang lari dari Makkah ke Madinah wajib di kembalikan kepada kaum Quraisy di Makkah.

3. Setiap orang yang lari dari Madinah ke Makkah tidak boleh dikembalikan ke Madinah.

4. Kaum Muslimin pada tahun itu harus pulang ke Madinah dan tidak boleh meneruskan hajat untuk menunaikan haji di Makkah.

5. Kaum Muslimin boleh datang ke Makkah untuk mengerjakan haji pada tahun depan, tetapi tidak boleh tinggal di Makkah lebih daripada tempoh menunaikan haji iaitu selama tiga hari. Mereka tidak boleh membawa senjata perang kecuali membawa pedang di dalam sarungnya saja.

Kesan segera daripada perjanjian itu amat menyayat hati kaum Muslimin kerana pada hari itu juga muncul seorang pelarian dari Makkah bernama Abu Jandal bin Suhail yang sudah masuk Islam di Makkah tetapi ditahan oleh orang Quraisy Makkah dan diseksa dalam penjara.

Dia meminta diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW sedangkan tangannya masih terikat dan badannya penuh dengan luka serta calar akibat diseksa orang Quraisy. Dengan serta-merta wakil orang Quraisy menuntut Abu Jandal diserahkan kembali kepada mereka berdasarkan perjanjian Hudaibiah yang baru dimeterai antara mereka.

Walaupun Nabi Muhammad SAW menawarkan wang untuk membeli Abu Jandal dengan tujuan membebaskannya, kaum Musyrikin menolak tawaran itu. Dengan air mata berlinang, Nabi Muhammad SAW serta sahabat terpaksa melepaskan Abu Jandal untuk menunjukkan tanda ikhlas dan jujur kaum Muslimin pada perjanjian yang sudah dipersetujui.

Beberapa hari kemudian, datang pula seorang lelaki yang baru masuk Islam iaitu Abu Basir bersama dua orang lain tetapi Nabi Muhammad SAW juga terpaksa menolak mereka.

Dalam perjalanan ke Makkah, seorang daripada mereka dibunuh oleh orang Quraisy. Lalu Abu Basir dan temannya yang tinggal, dibenar Nabi Muhammad SAW pergi ke satu tempat di pinggir Laut Merah untuk tinggal di sana kerana daerah itu tidak terbabit dengan Perjanjian Hudaibiah.

Tidak lama berselang, muncul kembali Abu Jandal yang dapat meloloskan diri dari tahanan orang Quraisy dan beliau membawa 70 orang Islam bersamanya.

Oleh sebab mereka tidak dibenar tinggal di Madinah, mereka pun bersatu dengan Abu Basir dan berazam menentang orang Quraisy dengan melakukan perang gerila terhadap rombongan dagang mereka yang sering melalui daerah pinggir Laut Merah itu dalam perjalanan ke Syria.

Akhirnya gerombolan mereka bertambah kuat dengan lebih 300 pejuang setiap masa menyerang dan mengganggu perjalanan kafilah dagang kaum Quraisy sehingga akhirnya kemakmuran kota Makkah terhenti dan beransur-ansur menjadi kota mati.

Penduduk Quraisy menjadi gelisah dan hidup mereka tambah terhimpit. Mereka tidak boleh berdagang keluar negeri kerana tidak lagi merasa selamat daripada serangan gerombolan Abu Jandal dan Abu Basir.

Kini mereka sedar bahawa Perjanjian Hudaibiah itu merugikan mereka. Orang yang menyerang mereka bukan dari Madinah dan Nabi SAW tidak boleh dibabitkan dalam perbuatan itu. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW tidak berkuasa menghentikan serangan ke atas kafilah perdagangan Makkah.

Akhirnya, datanglah utusan bangsa Quraisy kepada Nabi SAW meminta supaya fasal dua dan tiga daripada Perjanjian Hudaibiah itu dihapuskan. Mereka juga meminta gerombolan Abu Jandal dan Abu Basir itu dipanggil balik ke Madinah.

Rasulullah SAW menerima baik cadangan itu dan pasukan pejuang pimpinan Abu Jandal dan Abu Basir disatukan dengan kekuatan tentera Muslimin di Madinah sehingga kaum Muslimin merasa lebih kuat dan selamat.

Walaupun fasal dua dan tiga dari perjanjian itu terbatal, kaum Muslimin masih boleh pergi menunaikan haji mulai tahun depan kerana keamanan masih berterusan selama 10 tahun.

Bagaimanapun, pembatalan dua fasal dalam perjanjian itu ditafsirkan kaum Quraisy sebagai kelemahan di pihak Muslimin. Mereka menyangka kaum Muslimin kini takut berperang kerana mungkin mereka merasa lemah dan kecewa oleh perjanjian itu.

Anggapan itu menimbulkan rasa berat di hati mereka sehingga sanggup merancang untuk melanggar perjanjian damai 10 tahun itu. Mereka menyiapkan diri untuk menyerang kaum Muslimin yang dijangka datang menunaikan haji ke Makkah tidak lama lagi.

Pengkhianatan mereka itu dilaporkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kesan balasan tentulah dapat diduga. Ketika Baginda SAW menyiapkan kumpulan kaum Muslimin yang akan berangkat ke Makkah pada musim haji tahun berikutnya, Baginda memperlengkapkan mereka dengan senjata, bukan sekadar untuk perlindungan diri tetapi untuk peperangan yang dijangka berlaku.

Azam Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin kali ini ialah sama ada mereka dibenar menunaikan haji atau akan ditentang oleh kaum Quraisy. Namun mereka akan pergi juga pada tahun itu. Secara kebetulan, kekuatan kaum Muslimin ketika itu sudah besar kerana ramai yang memeluk Islam.

Ini termasuk beberapa pembesar Quraisy seperti Abbas, bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang selama ini memimpin pasukan Quraisy melawan Baginda dan Abu Sufian yang dianggap sebagai ketua besar kaum Quraisy Makkah sesudah kematian Abu Jahal.

Ketika rombongan besar kaum Muslimin hampir sampai ke Makkah, Nabi Muhammad SAW mengirim perutusan yang dituju kepada penduduk kota itu. Pengumuman itu dibuat berdasarkan keyakinan bahawa peperangan akan meletus dan dalam peperangan itu tentu ada jiwa yang terkorban.

Perutusan Nabi SAW itu adalah satu jaminan keselamatan bagi penduduk Makkah dalam pertempuran nanti. Pengumuman itu berbunyi: "Siapa saja yang masuk atau berlindung di rumah Abu Sufian di Makkah akan terlindung daripada serangan kaum Muslimin. Dan siapa yang tinggal di dalam rumah sendiri akan aman. Akan aman juga daripada sebarang bencana siapa yang berlindung dalam Masjidil Haram di sekitar Kaabah."

Nabi Muhammad SAW mempersilakan Abu Sufian sendiri menyampaikan pengumuman itu kepada penduduk Kota Makkah sebelum pasukan besar kaum Muslimin sampai ke sana. Lalu pergilah Abu Sufian bersama beberapa orang pilihannya ke Makkah.

Beliau menyampaikan pengumuman penting itu yang berbunyi: "Wahai penduduk Makkah! Seperti yang kamu tahu, aku sudah memeluk agama Islam. Muhammad akan tiba ke sini sebentar lagi dengan angkatan perang yang besar. Jika kamu masih berazam untuk mempertahankan bumi Makkah daripada kemasukan kaum Muslimin, tiada guna kamu menentang mereka sebab kamu tidak akan berupaya.

"Oleh itu, Muhammad memberi jaminan kepada kamu supaya aku sampaikan. Siapa yang masuk berlindung ke dalam rumahku akan terselamat daripada bencana; siapa yang tinggal dalam rumah sendiri atau berlindung di pekarangan Kaabah (dalam Masjidil Haram juga akan terselamat daripada serangan kaum Muslimin."

Penduduk Makkah yang merasa ketakutan menanti kedatangan tentera Muslimin itu terus merasa lega. Mereka berkumpul dalam Masjidil Haram atau di rumah Abu Sufian. Ramai enggan tinggal di rumah sendiri. Mereka yang enggan tunduk mengambil keputusan melarikan diri keluar Makkah.

Tidak lama kemudian, sampailah kumpulan besar kaum Muslimin yang bersenjata lengkap itu ke kota Makkah. Penentangan hebat yang dibincangkan Nabi Muhammad SAW tidak berlaku. Nabi memasuki Makkah dengan aman.

Seluruh Kota Makkah sunyi sepi dan orang yang kelihatan hanya berpusu-pusu di sekitar Masjidil Haram. Tidak ada seorang pun kelihatan di jalan-jalan kota itu yang mahu menentang kaum Muslimin walaupun pada mulanya mereka berazam untuk menentang habis-habisan.

Selepas Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin tawaf serta masuk ke dalam Kaabah sambil membersihkan Kaabah daripada segala macam patung berhala yang mengotori kesuciannya selama ini, Baginda pun berdiri pada sebuah tiang masjid dan berkhutbah kepada orang ramai.

Antara isi kandungan khutbah Baginda SAW ialah: "Hai penduduk Kota Makkah. Tindakan apakah yang akan saya lakukan sekarang sesudah mencapai kemenangan atas nama Allah ini. Demikian pertanyaan yang tentu kamu tanyakan dalam hati kamu masing-masing. Tindakan saya sebenarnya lain tidak, hanya supaya kamu pulang ke rumah masing-masing, bebas daripada segala tuntutan dan pembalasan."

Dengan hati yang lega dan puas, penduduk Makkah bersorak menyatakan rasa gembira dan memuji sikap nabi yang tidak diduga mereka sebelum ini. Sejak saat itu berduyun-duyun orang Quraisy memeluk Islam, dari rakyat pada peringkat paling rendah hingga ke peringkat paling tinggi.

Ramailah panglima perang Quraisy yang dahulunya memusuhi Nabi SAW dan kaum Muslimin dengan tulus ikhlas menyerahkan jiwa raga mereka bagi mempertahankan Islam sebagai pahlawan Allah yang riwayat hidup mereka terukir dengan tinta emas dalam sejarah perkembangan Islam dari dulu hingga kini.

[Berita Harian Online, 27 Jun 2009]



Salam untuk semua.

25.2.10

KEPALA HOTAK SAYA

Dah lama tak menulis entri baru yang panjang berjela. Meh aku balas dendam untuk hari ini meh. Moga-moga aku akan dapat kembali mood dan sentuhan membebel aku yang kian pudar semenjak dua minggu lalu. Mudah-mudahan.

Ehem, untuk entri ke-200 ini (sepanjang 3 tahun aku ber-blog, huhu) aku akan mulakan penceritaan bermula pagi tadi, lebih tepat lagi jam 3.35 pagi. Dalam pada takde mood mulanya, tetiba datang pulak kegatalan aku untuk menonton siaran bola di kedai mamak berhampiran. Saingan Champion’s League sedang berlangsung menampilkan kelab Inter Milan menentang Chelsea. Agak ironi kerana pengurus Inter, Jose Mourinho dahulunya mencipta nama yang gah di Chelsea manakala pengurus Chelsea pula, Carlo Ancelotti merupakan bekas pengurus AC Milan – seteru utama Inter dalam Serie A. Dan perlawanan malam tadi berlangsung di San Siro, stadium yang tidak asing bagi Ancelotti kerana ia menjadi tuan rumah bagi Inter dan AC Milan juga.

Sebelum menghidupkan enjin kereta, aku sempat menjengah website Champion’s League untuk melihat apa yang patut. Mana laa tau San Siro dilanda banjir ke atau dibom pengganas ke – maka perlawanan ditundakan; sesia je laa aku pergi kedai mamak kalau macam tuh. Apa yang membuatkan aku terkejut kemudiannya adalah apabila melihat update jaringan menyaksikan Inter mendahului dengan jaringan Diego Milito seawal minit ke-3 permainan. Apakah Terry sakit pinggang? Apakah Peter Cech patah kaki? (hehe, part neh agak cabul sikit)

Sambil berfikir, aku meneruskan perjalanan. Sejurus tiba di kedai mamak berhampiran, seperti diduga keadaan agak sesak. Tapi aku memang pakar menyelit sementelah badanku ini amat kecil sifatnya maka tidak mustahil orang boleh mengaitkan aku untuk mengatakan aku neh comel. Sekian, terima kasih.

Di sebalik kecomelanku itu (tak relevan), aku melihat Chelsea lebih banyak memegang possession tetapi Inter bermain lebih kemas. Ini membuktikan teori aku bahawa Mourinho sememangnya pakar taktikal yang tiada tolok bandingnya di dunia. Biar apa pun pasukan yang dibimbingnya, beliau dilihat dapat melihat ruang-ruang yang ada untuk dieksploitasi dengan formasi pasukannya. Kerana itu beliau tidak mengambil masa yang lama untuk popular dan mencipta nama. Membawa kelab Porto secara tiba-tiba menjulang piala Champion’s League 6 tahun lepas, beliau menyambung pula persembahan hebat mengubah nasib Chelsea untuk kembali menjadi pesaing utama dalam Premier League. Aku teringat aku pernah menonton satu snapshot dari cameraman sedang menunjukkkan Mourinho membuat catatan taktikal defense bagi Chelsea dan sungguh-sungguh aku teruja melihat gambar itu. Terasa seperti sedang melihat Leonardo Da Vinci sedang cuba mereka bentuk helikopter pertama dunia. Ngeh ngeh!

Pada ketika Inter mendahului itu, kedengaran suara mamat di belakang aku yang berbunyi cukup lantang: “Chelsea memang tak boleh blah! Player asyik ingat nak main pompuan je. Mana reti dah nak main bola.”

Eh, bukan main pompuan ngan bola sama je ke? Kena ada foreplay gak – sesi memanaskan badan. Kena pandai gentel bola, kena masukkan bola dalam gol. Err, aku neh macam nak mencarik pasal je dengan ayat neh. Haha, padahal memang aku sokong Inter malam tadi. Tapi aku tetap tak suka berhadapan dengan orang-orang yang berhujah laksana mereka yang tak bersekolah. Nak sinis pun biarlah kreatif sikit beb!

Kemudian aku terlihat kelibat pasangan hot yang baru tiba di kedai itu. Sepanjang berjalan mencari tempat duduk, kiri kanan orang dok memalingkan kepala melihat keindahan ciptaan tuhan (walaupun telah di-modified sedikit tang rambut dan mekap yang serba ringkas). Di mana si lelakinya begitu macho dengan baju fit menampakkan body konon sasa (esok dah kawen boyot gak ko nanti). Rambut pacak-pacak berserta dye perang dihujungnya. Si gadisnya pula, mak aih, pipi mancung, hidung tersorong-sorong. Eh melawak beb. Cun gila okeh! Putih, gebu, kulit licin. Ala-ala kacukan Bunga Citra dengan Nia Ramadhani gitu. Dan… 36C kot. Percayalah!

Sejurus memberikan aku ilham untuk idea cerita baru. Kepala otak aku neh memang penuh dengan idea-idea skrip cerita. Buat masa ini aku dah ada 6 jalan cerita berasingan. Di antaranya aku dah bagi tajuk pun; 6 Darjah, Hikayat Bujang Senang, Hang Lagenda, Samar, yang dua lagi masih dalam proses working title.

Nak aku cerita ke storyline dia satu-satu? Haa, toksah. Penat je aku nak tulis draft kat sini nanti. Cukup laa aku simpan je dalam kepala otak. Besok kalau aku dah berjaya menuntut ilmu nak buat novel, akan aku ikut jejak langkah Ahadiat Akashah dan Ramlee Awang Murshid. Heheh! Berwak-wak-san sungguh aku neh rupanya.

Berbalik pada pasangan tadi, idea yang aku dapat adalah agak simple. Di mana lelaki hensem versus lelaki yang memang tak hensem langsung. Persekitarannya pula adalah di kampus atau mungkin aku akan lebih suka explore lanskap penceritaan yang lain. Mungkin dalam sebuah pejabat kecil-kecilan macam dalam cerita Office Space ataupun Wanted. Heroinnya adalah seorang gadis hot yang single dan mengaku tak memilih paras rupa. Si lelaki hensem tadi yang baru diterima bekerja sudah mula menyasarkan untuk mengorat heroin tadi sementara lelaki tak hensem (kedua-dua lelaki ini adalah protagonist) itu pula yang selama ini asyik bersabar dalam usaha mengoratnya merasakan kian tercabar dan tersepit. Maka bermulalah drama politik pejabat yang agresif berunsurkan romantik komedi sikit-sikit. Sehingga di akhirnya lelaki hensem tadi jugak yang berjaya mendapat heroin tersebut kerana aku percaya tak kira hensem atau tidak; setiap lelaki ada kualiti tersendiri dalam usaha mengoratnya itu. Ia seumpama mengatakan “ada pasangan yang telah dicipta dan ditakdirkan untuk setiap orang” tapi pada masa yang sama tidak menafikan bahawa “yang cantik itu pasangannya adalah cantik jugak”. Kerana kalau kita cuba menafikan salah satu dari petikan ayat itu, maka akan terdapat kelompongan dalam kita menjustifikasi kehidupan yang penuh keindahan, kemanisan ini namun tetap terdapat kepura-puraan dan kehanyutan emosi terselit di sepanjang itu. That’s life, man! Get use to it.

Tengah syok-syok berkesusah-sasteraan dalam minda, tetiba aku diganggu bunyi bising dam dam dum dari sebuah kereta Viva yang baru tiba di parking kedai mamak itu. Entah lagu tekno apa yang dimainkan, aku seperti biasa cuba menahan sabar dan berusaha untuk berfikiran positif. Tapi mungkin kerana fikiran aku yang agak serabut ketika itu kerana sedang membayangkan plot cerita serta menonton bola pada masa yang sama; aku tidak dapat lari dari mencarut dalam hati sekali sekala.

Satu – “Engko neh terlalu pekak sangat ke sampaikan nak pasang audio yang boleh didengari sejauh 5 kilometer neh? Orang pekak pun tahu tak pasang radio. Apa ke mangkuk gila mamat neh?!”

Dua – “Kekurangan kasih sayang dan perhatian ke? Seronok dan teruja gila bila dia tengok satu kedai usyar dia dengan kereta ‘jambu’ dia tuh. Huh!”

Tiga – “Kenapa ko boleh bajet yang lagu ko pasang tu, semua orang nak dengar? Woi, aku pun ada tracklist lagu aku sendiri laa. Tak payah ko nak pasang kat speaker konon macam laa ko tu DJ popular. Lagu stok ayam berkokok ada hati nak promote kat orang konon. Shit betul taste engko neh.”

Tengah-tengah mencarut, baru aku perasan pasangan hot dan mendapat perhatian ramai tadi tidak banyak berbual sebaliknya mata hanya melekap di skrin TV. Mungkinkah kedua-duanya adalah peminat fanatik bolasepak? Wahh, heaven. Idaman aku tuh!

Aku meneruskan pemerhatian terhadap sukan nombor satu dunia tadi. Salomon Kalou berjaya menyepak masuk bola dari luar kotak penalti setelah terdapat kekeliruan dalam sudut pertahanan Inter yang menyaksikan Julio Cesar gagal melihat bola menuju ke arahnya. Beliau sempat menampan tetapi agak terlewat dan tampanannya itu tidak berjaya mengekang bola dari menerjah gawang gol. Agak ajaib kerana Kalou pada malam tadi dilihat agresif di hadapan pintu gol namun seringkali hilang punca dalam penyudahnya. Aksi yang ditampilkan kali ini bolehlah dikatakan agak bernasib baik.

Tiba-tiba Esteban Cambiasso menjaringkan gol cantik buat Inter. Rata-rata penonton kedai mamak yang aku percaya 70% adalah penyokong Chelsea terdiam sahaja. Ternyata Inter cukup gah bermain di tempat sendiri. Cuma beberapa minit saja dapat mendiamkan keghairahan Chelsea cuba mencipta kemenangan di stadium Itali.

Sejurus hanya 4 minit kemudian, Peter Cech pula tiba-tiba menjadi tempang – dan baru aku terperasan akan sesuatu. Pasangan hot tadi ligat berborak, mungkin membincangkan insiden yang berlaku ke atas penjaga gol terkemuka Chelsea itu. Namun apa yang menarik perhatian aku adalah mereka berbahasa menggunakan isyarat tangan. Maka bermaksud mereka bisu atau pekak (bapak aku kata orang bisu tak semestinya pekak tapi orang pekak kebiasaannya bisu). Membuatkan aku terkesima seketika. Pasangan yang begitu cantik setiap seorangnya pada paras rupa, rupa-rupanya ada masalah kekurangan upaya.

Untuk situasi seperti ini, pemikiran aku menjadi lebih tajam dalam memerhati dan mengolah senario yang ada. Aku lihat si lelaki meletakkan henfon dan wallet di atas meja. Maka memungkinkan telahan bahawa yang mengalami kecacatan ini adalah si gadis. Aku tertanya pada diri sendiri – untuk orang yang tidak tahu bahasa isyarat tangan seperti aku, sejauh manakah aku sanggup mempelajarinya andaikata ia membuka peluang untuk aku merapati gadis se’hot’ ini? Sekali lagi, aku tersenyum sendirian, “weh, aku tak hensem laa, tak relevan okeh soalan tu!” :P

Lantas aku mendefinisikan semula cerita rekaan aku tadi. Ia memberi impak besar seandainya si protagonist yang hensem tadi mahu mengorat heroin tetapi terpaksa menempuh kesusahan yang tak terjangka. Apakah beliau sanggup lakukan? Apakah protagonist yang tidak hensem itu pula sanggup bersusah payah demi memuaskan nafsu mahu berpacaran dengan gadis semata-mata cantik di padangan mata, sedangkan hati budi belum kenal pun lagi itu?

Ini mungkin menjadi katalis atau keypoint dalam klimaks cerita aku. Sekaligus kembali memadamkan ending yang aku concludekan dalam kesinisan sebentar tadi. Mungkin aku boleh membuat cerita yang memiliki mesej lebih besar dari sekadar peristiwa cinta pandang pertama (yang mana bagi aku memang tak masuk akal langsung, tak kira bagaimana pun kita cuba twist-kan ia).

Oh ye, maggi goreng ayam, nasi goreng mamak, satu set fries, serta masing-masing 2 gelas Nescafe tarik dan teh tarik, kesemuanya berharga RM18.80 ye. Mahal ke? Aku rasa mahal. Lalu, dengan muka kelat, aku mengadap tokey di kaunter.

Tak, aku tak makan sorang. Aku makan dengan bos aku laa…

Habis cerita. Tahniah kerana anda berjaya membuang masa lagi di blog ku ini. Kah Kah!

22.2.10

BILA RASAMU ITU RASAKU

Ops, berbunyi seperti entri jiwang kali ini. Mari kita berkaraoke meh.



Dikau memang terlanjur mencintaiku
Dan tak pernah kau sesali itu
Seluruh jiwa telah kau serahkan
Menggenggam janji setiamu


Kau mohon jangan jadikan semua ini
Alasan aku sakitimu
Meskipun cintaku tak hanya untukmu
Tapi cobalah sejenak mengerti


Bila rasamu itu rasaku
Sanggupkah daku
Menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang ku jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi


(Gitar solo dan melodi, ikut tempo kalau menari)


Wooo…
Bila rasamu itu rasaku
Sanggupkah daku
Menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang ku jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi


Dikau memang terlanjur mencintaiku


*Tidak ada masalah typo dalam lirik ini. Sengaja diubahsuai atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Hehehe. Pandai-pandai laa korang nyanyi samada nak dalam versi asal atau versi aku neh.



~Maaf, ini bukan HMI~

20.2.10

HMI : HONEY & CLOVER

Dulu masa aku tengah tengok AJL, persembahan Aizat – Kau Aku, aku mengatakan pada member aku “arrangement orchestra violin dia mengingatkan aku pada satu anime jepun.”

Kemudian dia pun buat muka toya sebab tak paham. Ye laa sebab aku je yang tengok anime tu di kalangan member-member aku kot. Bila aku petik cerita Ranma ½, Honey & Clover, Azumanga Daioh kat dorang, sekor-sekor buat muka tak mengerti. Tapi kalau cerita pasal Naruto atau Bleach, semua ngaku dah tengok.

Aku pantang sikit laa nak tengok anime yang lebih banyak serius dari lawak. Honey & Clover misalnya, walaupun penuh cerita tentang romantika dan pengertian hidup, tapi lawak-lawak yang diselitkan memang konsisten dan tak boleh blah membuatkan aku gelak berguling setiap masa.

Aku bagi korang tengok dan dengar lagu openingnya, pastu korang pandai-pandai laa compare samada betul atau tak ada persamaan dengan arrangement muzik persembahan terbaik malam AJL yang lalu tu (pada yang dah tengok le). Aku tak kata sama note. Aku cuma kata sama sedap. Wakakaka. Sungguh subjektif sekali soalanku kali ini.



Terkejut tak korang tengok ketam tu?

“Ketam ke udang Jai?”

Entah. Tapi ini aku sertakan sekali lagu ending dia dari season yang keberapa entah. Best laa jugak. Rock blues gitu. Ye ke blues? Memandai je aku.



Haha. Yang aku tau kebiasaannya soundtrack dari filem/drama/anime neh selalunya tak beri sebarang kesan pada pendengar melainkan mereka sudah jatuh cinta dengan jalan ceritanya terlebih dahulu. Setahu aku laa.



~Pernah download lagu rap/hip hop soundtrack dari filem Sin Chan. Tak paham makna tapi selamba je boleh ikut rapping sama. Huhu~

19.2.10

HAMBA ALLAH

Ahad yang lepas, aku meluangkan masa berlepak-lepakan bersama seorang sahabat aku. Tak perlulah aku sebutkan namanya di sini. Cukuplah kita merujuk beliau sebagai hamba Allah sahaja.Takut ada implikasi tak terjangka pulak nanti berkaitan dengan cerita yang aku cuba paparkan kali ini.

Menemani beliau mengisikan minyak kereta; seperti biasa aku yang suka mengambil kesempatan dan mencabul kehormatan ini tidak akan melepaskan peluang untuk memijak kepala member sendiri. Maka tanpa segan silu aku paksa beliau belanja air Nescafe setin. Walaupun aku dah agak fakap dengan barangan nestle sekarang, tapi tak sampai hati pulak nak suruh dia belanja tongkat ali. Ohh, mulia juga aku neh rupanya.

Sejurus beliau selesai membayar – aku keluar – dan mendapati beliau masih ada di dalam untuk beberapa minit. Aku yang kehairanan kemudiannya bertanyakan kepada beliau “ko mengorat gadis Shell itukah?”

“Tidak,” jawab beliau pendek. Setelah mengisi minyak dan menghidupkan enjin kereta, beliau membuka bicara, “awek tu tadi pulangkan duit RM40.40 sen padahal baki aku sepatutnya RM4.40.”

Aku teruja mendengarnya. “Cayalah beb. Boleh makan besar kita di malam Gong Xi Fa Cai neh.” Mula aku terbayangkan Domino Pizza – Chicken Pepperoni, Kepsi, Berger Khing, Ayam Penyet Ria dan sebagainya. Eh, aku memang obses ayam ye?

“Tak lah, aku tak ambik. Aku pulangkan balik.” Terkedu seketika lidahku. Wang sejumlah RM36 ringgit yang hadir secara tiba-tiba turun dari langit itu, mungkin kedengaran berjumlah kecil bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku dan dia yang cuma makan kais pagi dan kais petang ini, jumlah itu sudah cukup untuk menceriakan suasana. Maklumlah, golongan kami ni bukan boleh makan junk food setiap hari. Junk food itu walaupun namanya 'junk', tapi di Malaysia ia dianggap makanan yang berkos tinggi. Tak sesuai langsung dengan nilai zatnya jika dibandingkan dengan harga melampau-lampau mereka.

Aku juga memahami bahawa bulan ini beliau short sikit bajet atas sebab-sebab yang mahu dirahsiakan. Maka sekali lagi kedua-dua keningku berkerut ligat memikirkan kenapa beliau sanggup menolak wang tersebut.

“Ko neh suka hati je tolak rezeki. Esok bila-bila rezeki ko kena tarik betul-betul, tau laa merasa azabnya,” tegurku sinis. Saja mahu melihat hujahan balasnya nanti.

Tapi beliau cuma melemparkan senyuman. Jauh di sudut hati aku, aku sendiri pun terkekek kecil ketawa mengenangkan kisah itu. Kerana satu ketika dulu aku pernah terserempak wang not RM100 di stesyen Projet (kini sudah menjadi Shell) ketika sedang berjalan ke kaunter pembayaran. Sepantas kilat aku mengutip wang tersebut dan menyelukkannya ke poket seluar jeans lusuhku. Hanya beberapa saat selepas itu, seorang pemuda yang sedang dalam proses membayar barangan yang hendak dibeli, kelihatan cuak kerana tidak ada wang dalam poketnya. Beliau memandang ke belakang (ke arah aku laa tu) dan aku pula yang menjadi cuak. Sempat ke beliau lihat apa yang aku sorokkan dalam poket tadi? Adakah beliau akan menuduh aku macam-macam? Apakah duit seratus ini sebenarnya milik beliau? Mungkinkah beliau akan berdendam dengan aku lantas memerhatikan aku menaiki motor apa, plet bernombor apa dan sebagainya? Adakah aku akan ditimpa musibah semata-mata kerana tamakkan harta yang tak seberapa ini? Ececeh, ‘tak seberapa’ konon.

Tak perlu bersoal panjang, tak perlu hidup dalam keadaan tak tenteram – dengan penuh rasa waspada setiap masa serta menyesal pula di kemudian hari; lantas aku menghulurkan not seratus itu kepada pemuda tadi sambil berkata dalam nada perlahan “duit abang jatuh ye tadi?”.

Beliau mengambilnya dalam keadaan tersenyum dan cuba berbicara; mungkin mahu mengucapkan terima kasih (ceh, perasan tul aku neh). Tetapi tidak sempat berkata apa-apa, aku sudah memusingkan badan aku keluar menuju kea rah motorsikal yang parking di luar. Padahal aku masuk ke dalam dengan niat mahu membeli topup. Penuh dengan perasaan malu kerana terdetik mahu ‘mencuri’ wang pemuda tersebut, aku tak sanggup membiarkan pemuda itu menganggap aku sebagai seorang yang mulia kerana memulangkan semula duit tersebut; padahal hanya baru seketika tadi aku sudah memasang niat untuk menyimpannya sahaja. Huhu.

Jadi, mungkin aku faham dengan sifat hamba Allah – rakanku ini tadi. Beliau juga bukanlah baik sangat. Selalu je kami berkongsi aktiviti menambahkan dosa. Tapi kadang-kadang perasaan malu itu lebih menebal dalam diri sekaligus membuatkan kami gentar untuk membuat dosa apatah lagi jika ia menganiayai insan yang lain. Satu kerja yang berat pula nanti sekiranya kami ingin berrtaubat satu hari nanti dan terpaksa mencari mereka-mereka yang pernah dianiaya untuk diminta kemaafan. Tak tersanggup aku.

Singgah di tol SILK, hamba Allah ini tadi seperti biasa membayar satu ringgit. Baru menekan pedal minyak, aku menegur beliau, “weh, apasal signboard tu tulis 95 sen?”.

Tidak semena-mena, beliau menekan brek. Masuk gear reverse, dan berundur beberapa sentimeter ke belakang. Mujur kami belum melepasi palang gate.

“Cik adik manis (Okeh aku tipu. Beliau tidak segedik ini bila berhadapan dengan toll gate girl.), kenapa malam neh tetiba 95 sen pulak?” tanya beliau pada awek yang sebenarnya tak laa berapa manis sangat tu.

“Malam ni kan Tahun Baru Cina. Ada diskaun. Saya tak sempat nak hulur duit baki tadi abang dah ke depan,” jawab awek tersebut sambil mengontrol ayu.

Beliau ambil baki syiling 5 sen tersebut, dan meneruskan perjalanan.

“Haa, ini baru laa rezeki turun dari langit namanya,” sambung beliau lagi sambil menjeling sinis pada aku. Cilakak hang!

Cuma seminggu sebelum itu, aku teringat bahawa sahabatku, Encik Ijal a.k.a tunangan orang, pernah membayar harga makanan di kedai mamak di mana sebenarnya beliau terlupa nak bayar sehari sebelum itu. Seperti biasa, kami cuba membela hak sahabat kami itu dengan kata-kata seperti “Kalau kau terlupa nak bayar pun, tapi bukan salah kau kalau mamak tu salah kira. Mungkin tu dah rezeki ko laa kot.” Tapi beliau tetap mambayarnya juga.

Sungguh mudah sekali untuk kita mendefinisikan erti rezeki yang Allah turunkan pada kita, bukan?



~Disclaimer – hamba Allah itu bukan Encik Ijal. :P~

18.2.10

JIKALAU AKU…

Mesti ada yang tak tahu lagi yang aku pernah konon-konon bercita-cita nak jadi pengarah. Tak kisah laa drama ke filem ke. Aku memang kuat mengarah je kerjanya. Haha.

Sebenarnya memula dulu aku nak jadi pelakon. Lepas tu pengarah. Lepas tu penulis skrip dan sekarang kalau aku ada duit, aku nak jadi penerbit je. Pehh, tinggi betul level insecurity aku terhadap kemampuan diri sendiri.

Ahh, aku mengerti result SPM aku yang tak boleh blah serta ketidak-mampuan kewangan makbapak aku telah menghalang aku dari mengejar pencapaian ilmu dalam bidang yang aku inginkan. Teringat kata-kata Aiman :

“Mak bapak sekarang neh kalau dengar anak dia nak main bola, dorang akan kata : main bola kau dapat apa? Baik kau belajar jadi doktor!”

Institusi pengajian awam juga pandai mengagihkan kuota kursus supaya tidak akan ada lambakan graduan yang memiliki sijil yang sama di pasaran. Tapi apa hasilnya? Heheh, neh dah bukak cerita pasal dasar pendidikan negara lak neh.

Senang cerita aku follow je laa prinsip hidup ini : “Kalau kamu dah takde duit, buatlah cara macam orang takde duit.” Lagipun memang itulah saranan kerajaan pun kan? :P

Tetapi jikalau aku diberikan peluang untuk mempelajari bidang yang aku suka, pasti aku memilih bidang perfileman. Kerana aku suka bercerita walaupun kebanyakannya tak ada isi dan cuma di tahap membebel menyakitkan telinga sahaja.

Cuma, kalau aku menjadi pengarah, signature aku akan lebih tertumpu pada montaj intro filem tersebut. Aku lebih suka memulakan cerita dengan adegan bangun pagi atau morning routine. Tanpa memfokuskan pada wajah watak, aku akan pan camera ke arah prop yang digunakan seperti sikat, minyak rambut, tangan yang sedang memacakkan rambut, mengikat butang baju kemeja dan sebagainya. Aku tatau laa kenapa tapi aku suka memulakan sebuah cerita dengan intro di pagi hari yang baru bermula penuh segar.

Aku bukan kaki photographer atau peminat lensa, maka sukar aku nak bayangkan untuk meniru gaya Michael Bay yang gemar meletak kamera di pintu kereta atau pedal basikal seperti dalam filem Transformer. Aku tak mementingkan seni visual, aku lebih suka jika gambar-gambar aku dapat memfokuskan pada penceritaan yang aku nak sampaikan. A picture could say a thousand words. Bayangkan bagaimana sebuah novel yang boleh mencecah seribu muka surat dapat dipadatkan dalam filem yang mempunyai masa tayangan beberapa jam sahaja.

Idea aku tidaklah kreatif, lantaran visi aku tadi sebenarnya sudah banyak dipraktikkan oleh pembikin filem lain. Tapi yang kena difahamkan di sini adalah; aku lebih suka penceritaan yang detail berbanding perkara-perkara lain seperti pelakon kacak/seksi, prop, wardrobe dan sebagainya. Bagi aku itu sekadar bonus sahaja dalam usaha menampakkan hasil filem anda tidak dibuat secara main-main.

Berikut aku sertakan contoh montaj dari drama bersiri Dexter yang bagi aku sangat kreatif dan mendefinisikan konsep cerita ini secara keseluruhannya.



Sah, aku memang kuat berangan je lebih nampaknya.

17.2.10

NAIK COURT

Dah tengok promo Courts Mammoth baru-baru neh?

Ia dipaparkan dalam sebuah rancangan gimik bertajuk Price Point (tak pasti laa rancangan ni betul wujud ke tak) sambil pengacara Naz menemubual Pengarah Negara Courts, Chris Yong untuk mengetahui apa yang ditawarkan Courts bagi tahun 2010 ini.

Now, usually aku akan berfikiran sinis terhadap apa-apa promo marketing yang ada kaitan dengan kapitalisma. Masing-masing TM, Maxis, Apple pernah dibincangkan di blog ini. Astro juga tidak aku gemari dengan polisi perniagaan mereka. Tetapi untuk kes Courts ini, aku terpaksa cakap yang aku agak kagum sedikit.

Pertama, mereka mengkaji harga pasaran demi memastikan harga mereka terendah. Itu tiada apa yang pelik. Peperangan harga antara Tesco, Carrefour dan Giant pun sudah lama berlangsung.

Kedua, mereka cuba memastikan hadiah percuma yang diberi atas pembelian adalah relevan dan praktikal. Sebagai contoh, jika membeli TV, percuma DVD player dan bukannya tuala tangan atau pembakar roti. Maka pembeli akan merasa pembelian mereka lebih berbaloi dan memiliki money value.

Ketiga, mereka menerangkan kaedah pembelian pukal yang mereka lakukan menjurus kepada diskaun besar-besaran yang mereka nikmati dalam memenuhkan stok-stok di kedai. Pemilihan lokasi kedai juga amat penting demi memastikan harga sewaan adalah antara yang termurah supaya mereka dapat menyalurkan penjimatan ini untuk pelanggan nikmati harga yang paling rendah di pasaran.

Kebiasaannya sukar bagi mana-mana pemasar besar mahu berkongsi cerita strategi perniagaan mereka.

Okeh, anda mungkin pernah ada sejarah hitam dengan Courts. Aku sendiri pernah melihat kakak aku membeli peti sejuk comel yang sepatutnya berharga RM600 tetapi menjadi RM1500 apabila dicampur faedah membuat hutang bulanan. Aku juga tahu mereka sangat hostile dalam usaha memungut hutang. Lambat bayar 1 bulan, bersiap sedia laa anda untuk dapat panggilan hangit setiap hari.

Tapi itu adalah principle of business. Bukan polisi.

Aku tahu bahawa setiap soalan yang ditanyakan Naz itu telah di-choreograph-kan untuk pihak Courts menekankan point-point positif dalam pemasaran mereka.

Tapi aku, selaku insan yang banyak-bunyik serta kuat komplen, mengakui bahawa aku perlu judge mereka dengan adil, maka aku memberikan ‘thumbs-up’ kepada Courts Mammoth Sdn. Bhd.

Dan sekiranya mereka juga sanggup nak bayar royalti pada aku, aku dengan hati terbuka sanggup menadah tangan menerima.



~P1 neh bila nak bayar royalti aku neh?!~

16.2.10

KETERDESAKAN

Terdengar sari berita utama Buletin Utama malam tadi. Sebenarnya aku memang dah malas nak mendengar siaran berita perdana melainkan berita-berita sukan sahaja. Tapi adat laa selaku seorang yang keboringan melayan malam sunyi serta tiada akses Astro ataupun ketika mengalami sindrom line internet yang sangkut-sangkut, maka aku tetap pasang jugak laa TV tu sambil sedang membuat kerja lain seperti makan malam atau menyiapkan kertas kerja. (Eleh, kertas kerja konon. Ngengada sungguh ayat aku ni.)

Isu semalam adalah isu Pulau Pinang. Di mana mereka membincangkan tentang apakah Lim Guan Eng cuba menipu rakyat ketika soal pembatalan perarakan Maulidur Rasul dilakukan? Isu ini ditimbulkan oleh bekas ahli PKR iaitu ahli parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim setelah beliau dikatakan keluar PKR kerana gagal mendapatkan tender kontrak bernilai RM40 juta. Bagaimanapun Lim Guan Eng menafikan tuduhan ini sewaktu menjawab soalan wartawan di rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina yang lalu.

Pada hari yang sama, TV3 menimbulkan persoalan yang akhirnya memakan diri sendiri; siapakah yang berbohong, samada kerajaan negeri atau media itu sendiri?

Di dalam hujahan ini, TV3 memetik beberapa maklumat dan petikan akhbar yang jelas-jelas memihak kepada mereka. Apakah ini satu kejanggalan? Tidak. Kita sudah sedia maklum media perdana sentiasa membantu kempen Barisan Nasional setiapkali berlaku pilihanraya sama ada umum atau kecil. Jadi, mungkinkah timbul motif politik di sini?

Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh; kelihatan Barisan Nasional sememangnya sedang merancang serangan untuk menumbangkan atau merampas kembali negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat dua tahun lepas. Perak sebagai contohnya, dirampas tanpa perlu mengadakan cabutan undi – padahal mereka mengatakan mereka mendokong konsep demokrasi. Perak adalah tugas yang agak mudah dan cuma mengambil masa setahun untuk mereka menidakkan hak pengundi Perak, manakala tambah lagi setahun untuk memberi ruang masa bagi mereka berkempen kepada rakyat Perak bahawa mereka lebih hebat memerintah dari kerajaan pilihan rakyat itu. Sejurus apabila keputusan mahkamah diumumkan, mereka begitu yakin tidak akan ada lagi suara-suara akar umbi yang membantah gerakan penjajahan ala zionis ini.

Kalau boleh aku pun malas nak berbicara soal Perak. Sehingga ke saat akhir penghakiman, aku masih menaruh harapan agar hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan dapat berfikir dengan rasional untuk mengembalikan pemerintahan Perak kepada kerajaan yang sah pilihan rakyat. Dengan itu, sekiranya Nizar menang, beliau perlu mengotakan janji untuk membubarkan DUN dan aku boleh mengulas soal Perak dari sudut yang lebih relevan untuk membantu kempen apa yang patut supaya rakyat Perak mampu memilih kerajaan yang menegakkan hak dan bukan semata-mata mahu mengejar duniawi. Seandainya selepas itu Barisan Nasional berjaya menang semula di Perak, maka tiada siapa akan sakit hati. Yang kalah haruslah menyalahkan diri sendiri sahaja.

Tapi itu tidak berlaku. Maka aku terpanggil untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang mahu menghalalkan segalanya asalkan mereka dapat terus berkuasa di sana.

Tidak cukup soal Perak, perbicaan Liwat versi 2.0 juga mengundang perdebatan banyak pihak terutamanya suara rakyat yang tiada kena mengena dengan kes ini secara langsung. Sebagai contoh, petikan perbicaraan yang aku tampilkan di sini minggu lepas, di mana telah mempopularkan istilah “Can I fire you today?” menjadi bualan segenap lapisan masyarakat sebagai satu berita yang kurang enak dibual bicarakan di muka hadapan sisipan akhbar media perdana negara. Sekali lagi kredibiliti media dipertikaikan. Walhal menurut seorang sumber yang dekat dengan bidang kehakiman ini, aku diberitahu bahawa prosedur ini adalah normal. Yakni mangsa rogol, liwat atau cabul dibolehkan untuk membuat prosiding terbuka kes mereka sehinggalah tiba ke bahagian yang akan memalukan mangsa atau orang kena tuduh maka peguam akan diberi ruang untuk memohon prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. Kebiasaannya proses ini dilakukan kerana pihak kehakiman ada alasan kukuh yang menjustifikasi tindakan mereka itu sebagai perlu. Di sini, apakah dia keperluannya? Dipercayai ia semata-mata untuk memberi ruang bagi pihak media menyampaikan fakta kes kepada pemerhati pemerhati yakni rakyat itu sendiri – kerana kes ini berprofil tinggi dan melibatkan niat politik. Jadi, adakah anda masih mahu mengatakan bahawa media itu bebas dari pengaruh politik terutama kerajaan Barisan Nasional sendiri?

Timbul pula polemik seterusnya setelah melihat ada percubaan campurtangan dari entiti tertentu yang berpengkalan di Australia meminta kes ini digugurkan. Australia sekali lagi dilihat terhegeh-hegeh mahu menjadi hero seperti mana mereka begitu agresif menyokong polisi Amarika dan Britain dalam kempen kononnya mahu memerangi keganasan yang dilancarkan beberapa tahun dahulu. Persoalannya, walaupun kerajaan Malaysia cuba menunjukkan mereka boleh berdikari dalam mengurus tadbir urusan kehakiman negara sendiri; tetapi dari sudut ketenteraan mereka masih terlalu bergantung harap pada kuasa barat. Baru-baru ini ada sebuah armada tentera Amarika berlabuh di Pelabuhan Klang. Mengapa tidak di-highlight secara meluas dalam berita perdana? Di mana suara-suara yang lantang mengutuk kehadiran tentera penceroboh (istilah yang sering digunakan mereka) ketika kehadiran mereka di negara kita? Malah hanya tidak beberapa lama dahulu terdapat sebuah telah melanggar bumbung sebuah rumah (tak ingat lokasinya, Pulau Pinang kot?). Baru hanya ketika itu aku mendapat tahu bahawa ia berlaku sewaktu sesi latihan bersama Amarika dan tentera udara Malaysia. Tak pernah dengar cerita pun kat media perdana sebelum itu. Delegasi Iran pula pernah dihalau dari pertunjukan LIMA di Langkawi. Mengapa? Apakah terdapat tekanan dari kedutaan Amarika atau PBB? Tidak pun diceritakan di muka hadapan akhbar dengan font tebal dan besar. Masihkah anda tertanya-tanya mengapa wakil tetap Malaysia ke PBB dipanggil pulang apabila beliau mengundi tidak menyokong resolusi berkaitan isu nuklear Iran? Adakah ulasan lanjut dibincangkan mengenai dasar polisi antarabangsa Malaysia ini sehingga ke hari ini – atau sekurang-kurangnya untuk isu yang spesifik ini? Tidak ada bukan?

Jadi apakah peranan media yang sebenar sekiranya tidak semata-mata berunsurkan politik? Sekali lagi aku ingin membangkitkan, apakah sebenarnya yang memacu mereka untuk bersifat begitu agresif dalam politicking di media perdana ini? Jawapannya mudah, mereka sudah TERDESAK!

Najib mengambil masa 2 tahun untuk menjernihkan keadaan yang keruh di Perak. Ia melibatkan banyak belanja dan usaha. Kini mereka sedang menyasarkan untuk menumbangkan kerajaan Pulau Pinang pula atas nama ketuanan melayu walaupun jawatan ketua menteri secara logiknya tetap akan diberi pada orang cina sekiranya mereka memerintah nanti. Ini dua tugas yang mereka analisis sebagai paling mudah berbanding ikrar mereka yang mahu merampas kembali Selangor satu ketika nanti. Kedah dan Kelantan dipercayai paling sukar kerana parti mendominasi adalah PAS yang merupakan Otai besar dalam pentas politik negara. Apatah lagi mereka sedang berura-ura mengintai setiap peluang yang ada untuk berpadu dengan PAS kerana PAS memegang 23 orang ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat. Ia penting sekiranya Barisan Nasional mahu kembali mendapatkan 2/3 majoriti parlimen supaya mereka boleh mencontohi kerajaan BN Perak yang pernah meluluskan belanjawan negara dalam masa 20 minit. Jimat tenaga, jimat masa, bolehlah mereka bersukaria dengan urusan-urusan lain yang boleh membawa lebih keuntungan kepada mereka.

Dan lagi, mereka juga perlu melakukan perkara ini sebelum PRU-13. Mereka harus menutup segenap peluang bagi Pakatan Rakyat menunjukkan hasil kerja mereka yang baik itu. Ini adalah resepi mereka selama ini. 50 tahun memerintah negara, mereka ada senarai penuh jasa dan bakti yang telah mereka taburkan pada rakyat yang boleh dijadikan modal berkempen pada pusingan pilihanraya yang seterusnya nanti. Sementara senarai yang ada pada Pakatan Rakyat hanyalah sekelumit cuma. Mereka perlu memastikan kelebihan ini terus memihak pada mereka.

Sekarang aku nak tanya, siapakah yang berbohong ketika ini. Kerajaan Pakatan Rakyat atau media?

Sekian. :P

15.2.10

ASIAN FOOD CHANNEL

Dulu aku pernah ada Astro. Kemudian tidak ada. Sekarang ada balik.

Ehh apa aku merepek neh.

Cenggini. Kalau aku dok menghadap Astro, pastu tatau nak browse channel apa, kebiasaannya aku akan bukak Asian Food Channel. Pertama kali aku terserempak ketika channel ini mula-mula diserapkan dalam pakej Astro, sewaktu tu menayangkan siaran ulangan Kuali yang pernah feymes masa zaman aku sekolah dulu. Time tu zaman kegemilangan Dato’ Chef Wan (sekarang pun gemilang lagi apa).

Melayari program-program yang disiarkan, aku tertarik dengan Hell’s Kitchen. Mengenai seorang chef garang dan suka mencarut serta unorthodox pula tu. Ada satu episod neh beliau menternak seekor babi di belakang rumah, sempat bermesra-mesraan pula sambil diperkenalkan dengan anak-anak beliau sebagai binatang peliharaan. Lalu sampai satu tempoh masa babi tersebut akan disembelih nanti untuk dibuat masakan bagi satu event yang akan datang. Matlamatnya hanya satu. Mahu mengkaji eksperimen bagaimanakah mahu mendapatkan babi yang paling gemuk. Ada yang kata bagi minum beer; maka selambalah dia menegukkan beer kepada babi tersebut. Mak aih gila dia neh.

Tapi yang membuatkan aku terkejut banget apabila terdapat satu segmen di mana dia mau menggalakkan orang bujang supaya belajar memasak di rumah sendiri berbanding sekadar makan kedai atau order pizza. Rumah yang akan dia kunjungi, akan dia periksa segala macam; dari kelengkapan dapur yang sempurna sehinggalah bekalan stok makanan di dalam peti sejuk. Ada sekumpulan orang bujang neh, memang teruk gila dapurnya siap bersawang lagi. Habis dia mencarut maki hamun sesuka hati seolah-olah mahu mengatakan mamat-mamat tadi pergi mati lagi baik.

Untuk melengkapkan segmen (atau cerita) maka beliau berjanji akan cuba mengajar resepi yang mudah, ringkas, sedap dan kaya dengan flavor (rasa). Nak tau apa resepi tu? Ayam masak gulai lemak cili api! Hambik ko. Tak tau laa aku kat mana dia belajar atau samada dia pernah datang Malaysia tapi dia memang ada mention nama negara neh laa sebagai tempat asal resepi terbabit.

Cara penyediaannya hampir serupa. Cili tetap ditumbuk dalam batu lesung. Cuma dia menggunakan santan kotak dan dia juga mencadangkan boleh diganti dengan susu cair di masa akan datang. Daging ayam yang digunakan adalah bahagian dada tanpa tulang, so agak besar jugak laa. Dan dia jugak memasak nasik (tapi kat sana standard basmathi je, tak jumpa beras 5% kandungan hancur neh).

Tapi standard omputeh laa, bila makan masakan melayu, nasi dibuat ulam dan ayam dibuat ruji. Haha macam kelakar pulak aku tengok dorang senduk nasik cenonet je tak sampai satu senduk padahal ayam penuh satu pinggan.

Tapi rancangan tu dah takde. Aku pun tatau nama chef dia. Dan malas pula nak menggugel.

Sekarang aku tengah layan beberapa program yang agak menarik di sana. Di antaranya:



1) Fresh with Anna Olson – hot MILF from Canada yang specialty-nya membuat desert. Beliau juga suka bereksperimen dengan sayur-sayuran hijau segar dari kebun.



2) Nigella Bites – Minah British yang sukakan persembahan resepi exotic. Nampak macam obsess dengan coklat tapi aku tak berapa pasti sangat tang tu.



3) Coco Cooks – dihoskan selebriti Hong Kong Coco Chiang. Sebenarnya aku tak paham apa yang dia masak sebab dia lebih menumpukan pada temuramah dengan artis jemputan yang kebiasaannya pelakon dan penyanyi Hong Kong. Tapi cara perbualannya menarik dan sassy seumpama sedang berborak dengan sahabat lama di kedai kopi.



4) French Food at Home – Dihoskan pula Laura Calder. Sebenarnya aku tak sempat lagi tengok, cuma sekadar dapat tengok promo je sebab ini siri baru dan belum ada ulangan di hari minggu. Ye, aku cuma menonton Astro di hari minggu sahaja. Adat laa orang yang rajin membanting tulang laa katakan.



“Jai, aku kompius laa. Ko tengok Asian Food Channel neh sebab apa?”
“Sebab nak tengok resepi laa. Aku suka tengok dorang mix-mix kan ingredients pastu aku suka tengok chef memotong dengan pisau Kai mereka. Nampak professional, terlatih dan bersahaja. Makanan juga nampak menyelerakan (walaupun haram, huhu)”
Betul ke Jai? Ko cakap dengan aku betul-betul.”
“Betul laa. Kenapa?”
“Hmm… Takde apa.”


Kadang-kadang tak paham laa aku dengan sesetengah orang neh. Apahal ekk?




~”Mangkuk ko Jai!”~

14.2.10

VALENTINO ROSSI PUN RETI PAKAI SPENDER

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.


The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.


Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”


“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.


“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”


Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.


“We will know how many by Valentine’s evening.”



Dengar cerita… Tatau laa betul ke tak.

Kalaulah aku ada awek.

Kalaulah awek aku tu menggatal nak ajak aku sambut Valentine’s.

Kalaulah dia sanggup nak tolong cuci mata aku.

Nah, aku akan bagi hadiah neh pulak kat dia.



*Sumber gambar – cursingmalay

Tak payah nak panjang cerita, meh aku postkan je info wiki pasal Valentine’s Day neh.

Saint Valentine's Day (commonly simply Valentine's Day) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.

So I guess if you are stupid enough, well, then, YOU ARE stupid enough. No matter which kind of ‘higher-learning institutes’ you came from.

13.2.10

HMI : MIASARA

Haha, soundtrack Papadom. Dinyanyikan oleh Afdlin Shauki. Aku sebenarnya dah lama ada lagu neh semenjak pertama kali terdengar dekat Selangor fm lagi dah.

Tapi saja malas nak kongsi.

Niat aku dapatkan lagu neh pun konon-konon nak hapal nak kasik nyanyi kat anak buah aku yang bernama Teja Myasara tu.

Tapi tak jadilah. Hehe.

Apa pun, lagu ini naisss.



Baik, aku sertakan sekali liriknya.

Sebenarnya aku cuba gak carik video yang dah siap ada lirik. Tapi yang aku jumpa satu je. Siap tayang gambar Liyana Jasmay sampai habis. Yek, aku lagi rela tengok gambo anak buah aku. Lagi comel.


Liriknya pun banyak yang salah. “Kau sebut di telinga kami” jadi “Kau sebutir di telinga kami”. Sebutir apa? Haa, terus aku teringat cerita boboi dan neneknya. Eh, korang lom tahu? Nanti laa aku post.

Jadi aku akhirnya pilih video yang ini. 





Afdlin Shauki – Miasara

Miasara
Waktu pagi kau sinari hidup ini
Bangun papa bangun mami
Kau sebut di telinga kami
Satu hari kau kan pergi
Tinggal kami bersendiri
Walau apa kan terjadi
Kau tetap akan kami cintai


Ohh.. miasara tidurlah
Kamikan bersama mu
Dibuai mimpi nan indah
Dan doa papa mama mu
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah


Miasara
Yang pertama anugerah terutama
Senyumanmu belai jiwa
Pengubat hati yang lara
Tuhan lindungi permata
Selamatkan sentiasa
Dari duka di dunia
Akan kita hadapi bersama
Rambutmu, matamu, bibirmu, hatimu
Senyummu, tawamu, di hatiku selalu


Ohh.. miasara tidur lah
Kasihani mama mu
Kerana dia menunggu
Untuk bersama papa mu
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah


Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Tidurlah miasara
Hooo.. tidurlah



Wakakakakak. Afdlin neh, sempat lagi tuh…

12.2.10

BARANG KAWALAN DAN TAHUN BARU CINA

BERA, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan penetapan harga bagi 11 barang kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada 3 Feb ini.


Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai kali ini juga merangkumi daging babi selain barangan lain yang popular semasa perayaan itu seperti telur, ayam dan ikan bawal putih.


"Tempoh kawalan harga juga akan dilanjutkan daripada kelaziman 10 hari kepada 12 hari kali ini, kerana pada hari kesembilan selepas Tahun Baru Cina adalah perayaan Thni Koh Seng yang lagi besar sambutannya," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.


Beliau turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk kedua-dua perayaan itu mencukupi.


-- BERNAMA



Dulu aku pernah bertaki (read : berdebat) dengan kakak aku sebab dia kata, “Pelik tak, time raya puasa je barang naik harga. Tahun baru cina takde pulak.”

Sape kata? Haha. Kalau dulu kepala babi cuma boleh jual 2 ketul je sehari, tahun baru neh tatau laa camne permintaan pasaran.

Lagipun kita kat Malaysia neh majoriti sambut Aidilfitri (walaupun ramai yang tak cukup poser – termasuk aku). Raya haji tak popular sangat sebab bukan semua orang dapat pegi haji. :P

Maka sudah tentu laa kita yang melayu Islam neh tak merasa sangat kenaikan harga barang Tahun Baru Cina.

Ahh, tak kesah. Yang penting orang nak bagi cuti kita rembat. Aku contohnya; rembat gaji double. Haha.

Bertemu lagi di next entri.

11.2.10

MENANGIS BERSAMAMU

Wakakaka, tajuk entri memang gila tak boleh blah.

Dalam blog budak Ladyana neh, ada menceritakan mengenai stigma lelaki yang menangis. Well, isu ini muncul hangat ketika ada di antara mereka menyaksikan jejaka macho si Fahrin Ahmad menangis di kaca TV. Padahal aku dah sentuh perkara neh dalam blog satu ketika dulu tapi takde efek ape pun. Double standard laa tuh. Ahhahahahaha.

“Ko bukan sahaja tak macho, ko juga tak glemer Jai!”

Okeh.

Menangis seringkali dikaitkan dengan perempuan kerana jiwa mereka yang sensitif. Lelaki pula kebanyakan memilih untuk tidak menangis agar kelihatan macho.

Ada yang menyarankan agar para jantan-jantan ini tidak dihakimi sebegitu rupa. Ia dianggap sebagai sesuatu yang seksis dan chauvinist.

Tapi nak ke kita melihat mana-mana lelaki menangis atas sebab yang kurang relevan? Putus cinta? Pi laa carik lain. Sepi? Join laa kelab KBSM aku. Kena gigit kerengga? Pijak laa kerengga itu. Motor kena curik? Claim laa insuran. Choki-choki kena pau? Pau laa balik budak lain.

Kalau nak bercerita mengenai sensitif, setiap manusia tidak kira jantina ada nilai sensitiviti mereka yang tersendiri. Kerana itu wujudnya golongan manusia baik dan mulia serta ada pula zionis nak mampus yang merelakan kehilangan nyawa orang lain asalkan dirinya survive dalam dunia ini. Dan ia tidak tertakluk pada jantina semata-mata.

Tapi aku bersetuju dengan Ladyana yang mengatakan lelaki kebiasaannya menangis pada perkara besar-besar sebagai contohnya kematian ibubapa mereka.

Yang aku nak ceritakan di sini, ialah sebesar-besar masalah untuk kita tangiskan pun, biarlah ia berbaloi-baloi. Pesanan untuk semua orang tak kira jantina.

Oh ye, dulu aku tak suka tengok rancangan Bersamamu. Ia memiliki mesej untuk menunjukkan golongan miskin ini sebagai pemalas. Ada orang miskin yang diperlihatkan makan siput babi kutip dari longkang. Agak-agak laa weih. Rezeki itu datang dari Allah tapi tak bererti kita disuruh duduk melangut tidak berusaha. Belajarlah menanam apa-apa yang patut. Mak aku walaupun mendiami rumah pangsa pun sempat tanam ubi (haha, itulah ke-best-an duduk rumah tingkat bawah). Cukup masa boleh laa aku merasa ubi kayu rebus cicah gula.

Kemudian diberi pula wang sumbangan seribu dua dan bekalan makanan yang cuma boleh bertahan beberapa bulan. Aku teringat pepatah omputeh mengatakan “Catch a fish for a man and he is fed for a day. Teach a man to fish and he is fed for life.” Ataupun ia mungkin sebenarnya pepatah cina yang ditranslatekan ke english? Ohh, malas laa aku nak mengkaji sejarahnya.

Kena faham bahawa orang miskin boleh menjadi kaya jika diberikan kerja dan kemahiran ditambah pula dengan dedikasi mereka atas inisiatif sendiri. Yang penting berikan mereka kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka boleh kuasai. Ia juga perlu berdaya saing. Setakat semata-mata nak bukak kelas kraftangan untuk membantu mereka menjana ekonomi sendiri, aku rasa itu masih tidak cukup. Ada banyak lagi ruang yang boleh dibuka untuk membantu mereka. Diversify adalah cabang utama dalam survival ekonomi.

Bagaimanapun rancangan Bersamamu musim baru ini ada perubahan sedikit. Mereka memfokuskan pada golongan yang ditimpa penyakit. Bayangkan sekiranya anda sihat, berkemahiran tinggi, berkudrat, punyai visi untuk maju ke hadapan; secara tiba-tiba semua itu ditarik apabila anda didiagnosis dengan penyakit kritikal atau penyakit aneh. Anda tidak mampu bekerja tetapi terpaksa pula menanggung sejumlah kos yang tinggi demi membeli peralatan dan ubat khas untuk anda meneruskan kehidupan. Apa perasaan anda ketika itu agaknya?

Dalam rancangan tersebut baru-baru ini, kalau tak silap aku episod dua tiga minggu lepas kot, ada diceritakan nasib seorang pemuda yang mengalami kemalangan motor. Beliau kini lumpuh dan mengalami kecederaan di bahagian otak. Setelah dirungkai, baru diketahui bahawa pemuda ini cukup ramai kenalannya. Disukai kerana selalu membantu apa-apa yang perlu. Ibunya merupakan seorang yang aktif dalam berpersatuan (wanita UMNO kot, haha) dan pemuda ini sering menolong dalam aktiviti ibunya. Dia juga rajin menyertai pasukan kompang di kampungnya yang aktif bermain ketika majlis perkahwinan jiran-jiran. Beliau juga mencari rezeki sebagai seorang jaga. Bermaknanya di sini, hidupnya sebelum kemalangan ditempuhi dengan seribu makna.

Selepas kemalangan, beliau telah membebankan keluarganya untuk menjaga kebajikan dirinya sendiri. Makan perlu bersuap, lampin perlu ditukar, lendir dari dalam kepala perlu dipam keluar menggunakan sebuah mesin berharga RM600 yang kita orang kebanyakan takkan terfikir nak beli tanpa sebab yang munasabah.

Apa agaknya yang bermain dalam minda pemuda ini?

Kalau aku, aku pasti mengharapkan agar nyawaku ditarik secepat mungkin supaya tak perlu menyusahkan orang-orang yang aku sayang. Tapi itu aku laa – orang yang lemah iman, suka mengalah serta menjalani hidup dengan sia-sia pula.

Tapi aku suka dengan pendirian ibu dia. Aku memetik dua pesanan ibunya yang berjaya membuatkan aku kagum.

“Dulu makcik selalu bagi nasihat kat orang-orang yang datang kat rumah neh mengadu masalah. Kali ni makcik pula diuji. Itu tandanya Allah nak tengok adakah kita adakah benar-benar yakin dan beriman dengan-Nya maka makcik perlu terima semua ini. Dulu kita asyik tengok orang, sekarang kita sendiri merasa. Agaknya cukup kuat ke tidak kita ni?”

Dan lagi satu,

“Bagi makcik tak kira apa pun musibah, hidup perlu diteruskan selagi terdaya. Allah dah menentukan ajal maut kita. Selagi kita tak dipanggil Illahi, maka sudah pasti Allah meletakkan kita di sini dengan ada sebab. Yang penting kita kena teruskan kehidupan yang ada, selagi diizinkan-Nya.”

Alhamdulillah di akhir rancangan, pemuda tersebut dilihat sudah mampu berkomunikasi dengan ibunya. Boleh memanggil nama ‘Mak’. Boleh kelip mata untuk memberi isyarat sekiranya lapar atau dahaga. Walaupun aku pasti beliau bersetuju dengan aku bahawa beliau sebenarnya seperti pemuda-pemuda lain juga yang teringin nak bekerja mencari rezeki menjaga makan minum orangtuanya; kini sebaliknya pula yang berlaku.

Malam tadi pula, penonton diperkenalkan dengan kisah seorang pemuda bernama Norhisham yang tidak keterlaluan untuk aku katakan salah seorang ahli syurga. Sudah pasti sejuk je mata memandang dan telinga mendengar kisah kehidupan serta pengorbanan ibubapa yang tidak jemu menjaga kebajikannya sampai ke tua, selagi terdaya.

Untuk situasi ini, aku rela mengatakan, yang aku turut merasa sebaknya.

Eh aku tak menangislah. Aku sebak je. Lalalalala...

10.2.10

AVATAR – THE MOVIE

*Perhatian : hanya untuk dibaca oleh mereka yang belum menonton filem Avatar sahaja.

Sejurus tamat menonton filem ini, aku berkata dalam hati. “Wow. Now that’s what I called thinking outside the box.”

Untuk memulakan entri ini, beserta review-nya sekali, sukalah aku ingin memetik kata-kata seorang sahabat yang aku kasihi.

“Sebesar mana pun konflik yang timbul, akhirnya matsalleh juga la heronya.” Kredit to Norul ZafiInas.

Baiklah. Pertama kali aku dipertontonkan dengan trailer dan sipnosisnya, aku sudah boleh membayangkan bagaimana jalan cerita sebenar filem ini. Sejurus filem-filem seperti Lord Of The Ring, Pan’s Labyrinth dan lain-lain menerjah ke pemikiranku.

Cuma, plot yang agak menarik tentang kisah perjuangan makhluk asing di sebuah planet lain menentang penjajah yang gilakan harta berjaya mengangkat keningku. Tambahan lagi penjajah yang dimaksudkan adalah golongan manusia.

Kemudian kepala hotak aku merujuk pula pada filem Windtalkers dan Hidalgo; filem-filem yang memperjelaskan mengenai prejudis sesebuah bangsa berdarjat dan bertamadun terhadap golongan-golongan mundur. Jika Windtalkers mengajak minda penonton untuk menyelami keistimewaan bangsa Red Indian, Hidalgo pula pergi lebih jauh merungkai mengenai stigma bangsa Arab yang kaya dan berbangga dengan baka kuda mereka yang dikatakan begitu hebat, tetapi akhirnya tewas dalam perlumbaan menentang kuda berbaka Mustang yang satu ketikanya dulu cuma hidup meliar di bumi Amarika.

Eh, neh dah kira review filem lain lak neh.

Okeh, kembali pada topik asal. Jake Sully, watak hero dalam filem ini dipanggil untuk bekerja sebagai saintis dalam misi menawan planet Pandora bagi menuai hasil buminya. Kehadiran beliau sebenarnya agak janggal kerana beliau cuma mengganti posisi kerja pasangan kembarnya yang telah mati ditembak dalam satu kemalangan. Atas sebab tertentu, pasukan penjajah ini memerlukan beliau kerana beliau berkongsi DNA dengan si mati. Apakah pentingnya DNA ini? Ahh, malas nak bagitau. Bikin spoil je nanti.

Secara sinikalnya - dalam video log beliau yang dirakamkan untuk tujuan penyelidikan; beliau menggambarkan peluang kerja ini sebagai permulaan yang baru dalam hidup beliau. “One life ends, another begins,” kata beliau.

Di Pandora, penjajah memilih untuk menggunakan ‘cara lembut’ dalam usaha mereka meraih keuntungan besar-besaran. Bagi mereka, diplomasi lebih memudahkan lagi kerja terkutuk mereka sekiranya ia tidak melibatkan pertumpahan darah. Seorang saintis tersohor bernama Dr. Augustine dilantik untuk mengetuai sebuah program dinamakan Avatar. Dalam program ini, para saintis cuba mendekati makhluk asing yang mendiami planet itu untuk memahami sifat biologi mereka dengan lebih mendalam supaya golongan penjajah ini boleh memberi tawaran pampasan yang bersesuaian kepada mereka dalam misi mereka mahu merampas tanah di sana.

Namun proses ini memakan jangkamasa yang panjang, dan sudah menjadi lumrah bahawa orang yang gilakan harta seperti tidak tahu erti bersabar. Maka mereka meminta watak Jake Sully ini untuk menjadi pengintip mereka supaya mereka dapat bersedia dari sudut hostile atau ketenteraan sekiranya percubaan diplomasi tadi gagal. Mereka cuma memiliki maklumat dari kacamata luaran seperti kordinat perkampungan, gambarajah lokasi dan sebagainya. Tetapi mereka memerlukan seseorang yang ada pengalaman memasuki kawasan kediaman makhluk itu secara fizikal supaya dapat mengenali ancaman-ancaman luar jangka yang terselindung. Dan setakat ini, hanya saintis sahaja yang dibenarkan masuk ke kampung itu kerana para saintis ini datang dengan niat murni. Makhluk asing atau penduduk asal ini langsung tidak mengetahui niat sebenar kehadiran manusia-manusia ini.

Ironinya, kehadiran Jake Sully ke kampung itu diterima secara istimewa oleh golongan ini kerana mereka mendapati semangat yang mereka puja seolah-olah merestui hubungan tersebut. Maka mereka mengambil keputusan untuk mengajar saintis tersebut mengenai cara hidup mereka supaya dengan harapan mereka boleh saling bertukar-tukar ilmu. Ini menjadikan tugas pengintipan Sully semakin mudah.

Selepas seketika waktu dan beberapa sesi latihan cara hidup dan penguasaan bahasa, akhirnya Sully diterima secara rasmi sebagai salah seorang saudara mereka. Di ketika inilah, pihak penjajah menyedari bahawa pengintip mereka itu sudah tidak berminat mahu membantu mereka mencapai hajat di hati. Memikirkan masa sudah semakin suntuk, maka golongan penjajah ini mula mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang keras.

Kini, makhluk-makhluk asing itu terpaksa berhadapan dengan serangan ribuan tentera yang memiliki kelengkapan canggih dan dahsyat. Sully terperangkap di antara dua dunia. Di hatinya, beliau mahu membantu golongan makhluk asing tadi tetapi secara realitinya, beliau masih makan gaji dengan golongan penjajah.

Apakah kesudahannya? Apakah rahsia yang dimiliki makhluk asing tadi dalam menangkis serangan penjajah? (Semua orang dah boleh agak bahawa filem ini happy ending). Di manakah pendirian Jake Sully yang sebenar; mahu bersama puak barunya atau kembali pada golongan bangsanya sendiri? Semua itu akan terungkai jika anda menonton sendiri filem ini. Hahahaha.

Aku suka dengan euphemism yang terdapat dalam cerita ini. Di mana makhluk asing ini tidaklah begitu asing jika nak dibandingkan dengan sifat manusia. Konsep binatang-binatang dan tumbuhan yang terdapat di planet mereka juga dicedok dari apa yang ada bumi hari ini. Walaupun pembikin filem cuba menyampaikan mesej untuk tidak memandang rendah pada golongan primitif bumi, tapi aku lebih suka melihat mereka dalam konteks peperangan Israel-Palestin.

Sudah tersemat dalam sejarah bagaimana pihak yahudi cuba berdiplomasi untuk mendapatkan tanah Palestin dengan cara menumbangkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dari dalam. Lalu, di sebalik kerakusan mereka, mereka lancarkan pula perang yang dijana kecanggihan kelengkapan tentera Amarika yang dibeli dengan harga cukup mahal.

Mengakibatkan kesengsaraan buat rakyat Palestin yang cuma menyerang-balas dengan melemparkan batu ke arah platun kereta kebal milik tentera Israel.

Begitu juga perihalnya di Iraq. Berselindung di sebalik nama mahu memerangi pengganas dan memberikan kebebasan demokrasi di wilayah itu; walhal hakikatnya mereka cuma mahukan telaga minyak. Kerajaan Amarika sendiri dalam mempertahankan belanjawan besar-besaran untuk perang itu menyatakan bahawa mereka akan mengganti semula wang tersebut melalui hasil minyak bumi Iraq.

Ada point menarik dalam filem ini, di mana ketika makhluk planet ini menyedari niat buruk sebenar manusia, mereka mengumpulkan seberapa ramai puak mereka yang berpeleseran serata pelusuk planet dalam mengkoordinasi serangan balas. Walaupun berbunyi mustahil dan kelihatan seperti tiada harapan, tetapi kerana memiliki kuasa majoriti dan kelebihan berperang di tempat sendiri, mereka akhirnya berjaya menewaskan dan mengusir keluar tentera penceroboh.

Akhirnya, kehidupan Jake Sully benar-benar bermula kembali dalam dunia serba baru buat beliau.

Ahhahahaha, Ter-spoil pulak. :P

9.2.10

PAPADOM

Sebuah cerita yang berjaya membuatkan aku menelan air liur melihat ayam goreng perang keemasan beserta papadom yang saiz gedabak itu. Haha.

Aku melanggar pantang kerana satu ketika dulu aku kata aku taknak tengok Papadom sebab ada Liyana Jasmay. Tapi bila anda keboringan seperti aku, anda akan terkejut dengan apa yang anda sanggup lakukan untuk menghilangkan boring itu.

Namun malangnya aktiviti online streamingku itu terbantut dek kerana Megavideo yang lahanat hanya membenarkan aku streaming 72 minit (continuous) sahaja sehari.

Cis, buat rugi aku punya fair usage je.

Karya Afdlin Shauki seringkali mengagumkan aku walaupun tetap tak dapat lari dari dikutuk, dicela, dikritik seadanya apa-apa yang aku nampak slack atau tak puashati. Ye, aku memang banyak bunyik.

Sepatutnya aku review cerita Setem terlebih dahulu walaupun ia bukan karya Afdlin pun. Tapi takpe laa. Next time aku buat.

Mari dengar celotehan aku mengenai watak-watak yang dipaparkan dalam filem Papadom (tak dapat nak review penuh, teehehehe) yang telah berjaya menggondol anugerah di Festival Filem Malaysia ini.


Afdlin – Saadom : Afdlin telah mendukung watak yang antara paling sesuai untuknya, menguatkan teori aku mengatakan memang patut Afdlin menjadi pelakon pembantu dalam filem Setem. Beliau memiliki karisma unik dan tersendiri tetapi tidak semua watak sesuai untuknya. Ini antara persembahan beliau paling baik dan berkesan sementelah aku percaya pembangunan watak Saadom ini memang 100% dilakukan olehnya sendiri. Markah A untuk beliau.

Norkhiriah – Moon/Munira : Beliau memang pelakon yang baik yang boleh membawa banyak genre watak. Tetapi sense of humour yang beliau miliki membolehkan beliau kelihatan serasi dengan Afdlin dalam filem ini walaupun watak beliau sebenarnya adalah seorang isteri dan ibu yang serius.

Liyana Jasmay – Miasara : Sifat gedik dan sassy yang sangat dibuat-buat (atau memang semulajadi? :P) menjengkelkan dan terasa seperti nak pijak-pijak sahaja kepala beliau itu. Kelihatan seperti gadis cool tetapi tetap hot padahal buat aku rasa nak muntah je sepanjang masa. Haha, melampau betul berat sebelahnya aku neh. Okeh, secara adilnya aku terpaksa mengatakan watak ini memang dicipta untuk pelakon-pelakon seperti beliau. Hanya Ummi Nazeera sahaja yang mampu menggantikan beliau sekiranya beliau tidak dapat menyertai produksi ini at the first place. Tetapi itupun cuma akan memperlihatkan sedikit kematangan (berdasarkan pengamatan aku terhadap lakonan Ummi Nazeera setakat ini) maka ia akan mencacatkan sikit plot watak ini. Secara dasarnya apa-apa percubaan untuk si pengarah Afdlin Shauki mahu memperlihatkan watak ini sebagai straight A student atau ‘geek’ juga ternyata tidak menjadi sama sekali.


Scha Al Yahya – Shasha : Gadis yang memiliki pesonaliti tomboy tiba-tiba nak berlakon tunjuk beyotch sememangnya satu eksperimen yang kelakar. Apatah lagi bila aku mengetahui uniform cheerleader UiTM Shah Alam yang dipakainya sungguh laa tak boleh blah seumpama kain perca langsir dijahit oleh orang buta. Tidak cukup pula, Scha disuruh perform sebuah cheer routine yang berjaya membuatkan aku tegak bulu roma. Tapi yang lain-lain ok laa. Nampak ada usaha untuk bersungguh-sungguh juga laa dalam minah neh cuba untuk berlakon.


Farid Kamil – Hisham Hashim : Watak ini seumpama parody untuk dirinya sendiri dalam real life. Cuma secara sinisnya dalam beliau menjadi glemer di kampus, beliau diperlihatkan sebagai pembikin filem yang sengal melalui hasil karya Puaka Padang Ragbi itu. Ironinya adalah aku percaya beliau 10 kali ganda adalah lebih hebat dan berwawasan jika nak dibandingkan predecessor beliau yakni Prof. Razak Mohaideen atau Ahmad Idham. Jadi mungkin ini satu cynical satire memandangkan beliau sering diperlekehkan sebagai pengarah yang terlalu muda, hingusan dan tak tahu apa-apa mengenai bidang pengarahan seperti yang pernah dilemparkan sebelum ini.

Vanidah Imran – Profesor Balkish : Vanidah tetap maintain hot. Tetapi seringkali berlaku dalam filem Malaysia apabila seseorang pelakon memainkan watak yang berilmu, mereka tampak ralat dan cacat dan seumpama kredibiliti mereka tak mencapai standard watak yang didukungi. Tetapi sudut romantis yang cuba diperkenalkan melalui watak ini berjaya membangkitkan emosi penonton atau dalam erti kata lain emosi aku laa tu. Seriously telah berjaya membuat aku jeles dengan Afdlin Shauki sebab asyik dapat berlakon romantik je dengan beliau. Mentang-mentang laa dia member dengan Rashidi Ishak.


Que Haidar – Rahmat a.k.a WajibTayang : Que adalah pelakon pelapis yang paling bersinar buat masa ini. Walaupun aku agak menyampah dengan beliau sebab ada sifat self-confidence yang terlalu tinggi dalam lakonan beliau (kadang-kadang ego juga), tapi aku tak nafikan beliau ada bakat untuk menjayakan setiap watak yang diberi dengan agak baik.


Harun Salim Bachik – Penyelia Tukang Kebun/Encik Husin : Kehadiran beliau cumalah sekadar jemputan seperti mana Din Beramboi dijemput untuk menjadi cikgu sekolah memandu Miasara. Tetapi wataknya agak signifikan dalam filem ini untuk menampilkan seorang staff UiTM yang sangat sengal. Kadang-kadang macam over jugak sengal beliau itu, tetapi secara keseluruhan berjaya menambah rencah komedi untuk membuatkan aku tergelak sorang-sorang.


Rasanya setakat ini itu sajalah watak-watak yang aku dapat capture. Aku pun tak pasti samada ada watak yang aku terlepas pandang atau mungkin juga muncul selepas 72 minit tayangan filem tersebut. Apa pun cukup laa setakat ini. Kalau ada rezeki akan aku tontoni semula setelah berjaya mendapatkan copynya dari sahabat handai terdekat.


“Seboleh-boleh kau taknak beli ori ye Jai?”

Hepp, Baik Punya Cilok aku beli ori tau. Ingat aku taknak sokong industri filem tempatan ke? Tapi biasa laa, orang banyak bunyik macam aku memang stended tinggi sikit. Ngeh ngeh ngeh.

8.2.10

CHENTA

Ada beberapa perkara taboo yang aku susah sikit nak bercerita kat blog aku. Misalnya pasal politik, pasal romantik. Ahhahaha tak boleh blah.

Ada juga perihal rahsia peribadi kekeluargaan, latarbelakang pekerjaan dan sebagainya yang seboleh-boleh aku tak mau kongsi.

Tapi, aku bukan hidup berpandukan pantang larang. Maka ada juga antara pantang-pantang ini yang aku rela langgar (dan telah langgar) mengikut kesesuaian masa dan situasi yang di kala aku tiba-tiba teringin nak bebelkan di sini.

Baru-baru ini aku ada meluangkan masa berchatting dengan seorang skandal lama. Secara tiba-tiba membangkitkan semula aura atau mood romantika yang dah lama aku tak merasa sebab sekarang aku tengah cuba maintain sepi. Kikikiki…

~Iklan~
“Ramainya bekas skandal ko Jai?”
“Tu laa dulu aku dah kata, ko tanak percaya…”


Gadis85 : jai...ko x terase kite ni dh tua ke jai
Gadis85 : dh la tua
Gadis85 : xlaku2 lg lak tu


Haha. Beliau bergurau oke! Beliau sebenarnya sangat-sangat laa hot dan laku. Ayat tu sebenarnya macam nak dituju kat aku. Tapi aku tak terasa pon. :P

Dah dah. Boleh bikin gaduh je neh kang. Padahal sebenarnya perbualan kitorang tu panjang lagi dan kebanyakannya dok saling mengutuk balas diri masing-masing. Saja laa malas aku nak tempek pepanjang kat sini. Ya, aku memang suka buat statement macam mahu mencari pasal dengan member sendiri. Sebab tu sesiapa yang tak sanggup dihentam oleh perilaku buas aku dalam berbicara mesti taknak kawan dah dengan aku punya. Haha. Setakat sexual harassment tu dah memang hobi aku di hujung minggu pun.

Jikalau nampak macam aku tengah bergaduh kat kedai mamak sambil hempas-hempas kerusi; sila laa jangan pelik. Itu sebenarnya bergurau bagi aku. Kalau aku bergaduh dah lama kepala orang tu pecah berdarah dihempuk oleh aku dengan helmet ARC yang agak mahal itu. Eh eh, ter-riyak pulak.

Apa pun menerusi petikan yang aku petik di atas, aku cuma nak membangkitkan persoalan samada aku sekarang sedang bahagia atau tak hidup secara sepi begini.

Okeh, secara jujurnya, aku memang gembira kerana solo. Apabila kita berkomited dengan orang lain, kadangkala ia suatu yang merimaskan.

Memang ada nikmatnya berkasih-kasihan dan berpasang-pasangan neh. Tapi setiap benda yang pro, ada kontranya jugak.


“Awak chat ngan sapa kat fb/ym tadi?”
“Awak ni bila nak tukar kerja? Rimas laa saya tengok jadual kerja awak.”
“ASB awak belum cecah 5 angka neh. Cam mana saya nak cakap kat mak saya kalau dia tanya bila awak nak masuk meminang?”
“Eh, apa ke selekeh benar fesyen awak neh. Pakai laa baju kemas-kemas sikit. Malu laa orang tengok.”
“Awak jangan nak main-main dengan saya,” ataupun “Awak neh serius sangat laa dengan saya. Jangan gelojoh boleh tak?”


Ada satu dua perkara yang aku boleh berkompromi kalau sedang berchenta. Apatah lagi jika ia membawa kebaikan bersama. Tapi kalau sampai tahap suruh aku off dari dunia internet atau pandai-pandai applykan aku untuk kerja gomen, memang akan aku sekeh je awekku yang tersayang itu. Ada rasionalitinya, maka akan ada laa konsep mutual respect di situ. Kalau melebih-lebih pada part especially yang aku tak berapa paham natijahnya, memang sesia laa akan aku bantah habis-habisan.

Haha, adakah aku pengamal keganasan terhadap wanita? Soalan itu tak berani aku nak jawab; tapi aku rasa itu menjelaskan kenapa aku lebih suka mendampingi gadis-gadis brutal yang boleh aku maki sesuka hati dengan harapan aku tahu yang mereka tidak akan berkecil hati denganku. Tinggi sungguh permintaan!

Seperti yang pernah dibincangkan dalam entri ini, sememangnya selaku lelaki solo (walaupun tak laku), aku tetap ada ‘power of choice’. Namun entah kenapa aku menjadi optimistik untuk mencintai semua yang ada.

Maksud aku di sini; ya, aku chenta kamu, kamu dan kamu. Haha. Aku laa raja poligami; dalam kategori belum berbini. Kesimpulannya, sape-sape nak masuk meminang aku, meh laa kita kawen. Kerana bagi aku kawen itu adalah ibadah. Aku tanak membezakan perkahwinan mengikut nafsu dan tanggungjawab. Aku berfikir; kalau aku dapat bini se-hot Juliana Evans pun, kelak nanti bila dia dah tua aku akan carik yang lain. Maka dengan itu afdallah untuk aku tidak memfokuskan pada potongan badan minimum 34-24-36 atau wajah mix pan asia semata-mata. Apatah lagi diriku ini pun cuma sekadar sehensem Awie sahaja. Haruslah aku tidak memandang paras rupa.

Mungkin ada diantara kamu yang sedang muntah darah atau sumpah seranah dengan prinsip hidupku yang ala-ala tak sedar diri serta tamak pula tu lagi. Haha. Apa yang aku boleh cakapkan cuma satu. Chentaku ini melimpah ruah sifatnya, banyak tak terkira. Maka jangan risau, semua orang akan dapat merasa. Keh keh.

Sudahlah. Penat aku mahu menjelaskan situasi sebenar kepada kamu. Kang bila aku berkata yang aku mahukan gadis berspek mata, mempunyai potongan rambut ala-ala Xian Mikol, bukan student dan sebagainya; kamu kata aku memilih pula.

Padahal aku sikit punya bahagia sekarang neh tanpa perlu memikirkan “Ehh, dia dah makan ke belum? Dia ingat tak kat aku yang tak pernah-pernah lupakan dia neh? Meh laa aku nak kontek dia sat nak dengar suara dia buat melepas rindu di dada.” Ekekekekeke.

Jiwang, jiwang gak. Orang yang tak jiwang hanyalah orang yang semata-mata mahu mencari teman dibuat kendong ke kelabing sahaja. Wargh kah kah kah…



~“Sudah lah Jai… Denial sungguh kamu neh.”~

6.2.10

HMI : TRAVIS

Seperti yang dijanjikan minggu lepas, haa hambek ko lagu Travis – Flower In The Window neh.







Tapi sila laa jangan tiru aksi-aksi perempuan mengandung dalam klip video ini. Dengan breakdancing-nya, dengan tayang belly-button-nya; huh macam dah takde kerja lain nak dibuat.


Err, takut pulak kalau-kalau mereka ada yang memiliki pregnancy-fetish masuk blog aku neh. Ahhahahahahah!

5.2.10

RIBUT-RIBUT YA PAK?

Sukacita dimaklumkan peraduan telahpun ditutup. Eh bila masa pulak aku buat contest neh? Ahhahahaha tak perlu korang gundah sebab aku pun memang tak war-warkan pun contest ini kat siapa-siapa.

Contest ini pun tiada bertajuk atau perincian rapi memandangkan ia adalah contest peribadi yang aku jalankan sendiri tanpa sebarang bentuk promosi mahupun ganjaran untuk diberi.

Sebelum bercerita lanjut mengenai contest ini, aku nak lari topik kejap menceritakan apa yang telah berlaku petang tadi.


*Gambar hiasan ikhlas dari pakcik gugel.

Kelihatan awan gemawan mendung mega kelabu (cewah) berarak secara agresif dari arah timur beserta dentuman guruh sekali sekala. Jam menunjukkan sudah menjengah pukul 4 petang dan baru tadi aku dimaklumkan oleh seorang bekas skandalku bahawa Bandar Baru Bangi sudahpun dilimpahi air hujan yang lebat. Menyedari kewujudan pepatah mengatakan langit itu tidak selalunya cerah, maka aku sediakan laa payung sebelum hujan; secara metafora laa. Aku angkut apa-apa yang patut masuk ke dalam kereta.

Sejurus, angin mula bertiup kencang sehingga berjaya menerbangkan botol mineral besar yang mengandungi sukatan 3 suku air masak di dalamnya. Bagi mereka yang sudah mengetahui, mereka faham bahawa tempat kerjaku ini tidak berbumbung. Kalau setakat hujan mungkin aku boleh mengelak tempiasnya tapi andai badai gelora datang melanda, haruslah aku mencari tempat perlindungan secepat mungkin.

Tidak hanya beberapa minit selepas itu, hujan mulai turun mencurah-curah ke ladang gandum. Aku berselindung di sebalik kubu rapuh bernama Proton Iswara yang dah nak roboh itu. Mujur juga tidak benar-benar roboh walaupun ia bergoncang dalam nada yang membimbangkan.

Mendiami sebuah kenderaan dengan bercermin bertutup sudah pasti menghasilkan pemeluwapan yang mengakibatkan skrin tingkap menjadi kelabu. Mereka yang pernah berpengalaman projek dalam kereta pasti familiar dengan situasi ini (err…). Maka aku hidupkan enjin kereta. Sesudah aku hidupkan enjin kereta, aku hidupkan pula air-conditioner. Sesudah menghidupkan air-conditioner, aku memasang pula wiper.

Adat orang mengantuk lagi disorongkan bantal, cuaca sejuk dalam ribut itu membuai mataku untuk lena. Aku cuba berjaga memandangkan aku cuma perlu merempuhi badai ribut ini selama beberapa ketika dan seterusnya aku boleh kembali berkerja (lihat : layan facebook) seperti biasa. Tetapi mainan wiper di hadapan mataku ternyata berjaya menggoda aku untuk menguap beberapa ketika.

Kanan, kiri, kanan, kiri, wiper itu bergerak. Seperti sedang mengira biri-biri yang melompat pula rasanya, akhirnya aku dikejut satu suara.

“Bangun, dah dekat pukul 9 neh,” suara garau itu memecahkan lenaku. Eh, pukul 9? Sepatutnya aku bertukar syif pukul 7. Haha, haramjadah sungguh.

Dan tambah mengterkejutkan kerana aku baru sedari enjin keretaku tidak dimatikan sejak petang tadi. Sudah menjadi kebiasaan aku hidup berlandaskan kuota minyak secara mingguan yakni aku mengisi minyak hanya cukup-cukup untuk aku pergi dan balik kerja dalam seminggu itu. Dan aku sedari minyakku sudah di paras E.

Temperature juga agak boleh tahan tinggi walaupun bukan di tahap membimbangkan. Bayangkanlah anda memasang air-cond selama lebih 3 jam tetapi kereta tidak bergerak (tiada flow udara ke dalam compressor).

Mujurlah minyakku masih cukup untuk ke stesen minyak berdekatan walaupun kat Cyberjaya neh semua orang tahu ada sebiji je pump station.

Oleh itu, sukalah untuk aku mengumumkan di sini kepada rakan-rakan seperjuanganku bahawa andaikata aku tidak melepak di kedai mamak biasa esok hari, ia adalah kerana aku takde duit. Bukan sebab aku takut dilanda ribut telur dan kari, oke? Keh keh keh…

Berikut di bawah aku senaraikan nama pemenang untuk contest misteri yang aku nyatakan di atas tadi.


1. Mak – Hah, beliau memang pantas. Mujur Maxis sudah tidak menjalankan peraduan penghantar sms paling cepat jika tidak konpem-konpem mak kesayangan aku neh menang top prize.

2. Alya Mohd. Jamil – persona yang mengundang kontroversi ini menjadi yang terawal di jam 12 malam tetapi aku tahu yang trick menyimpan setting dalam kalendar henset dipercayai digunapakai di sini. It doesn’t matter. Yang penting dia tak lokek untuk menyertai. Encik Amri (abang Alya yang berperwatakan lebih kurang macam abang Wati dalam filem Sembilu) kalau tak berpuashati dengan aku, silalah lupakan dendammu itu sebab kau tidak akan menemuiku dalam jangkawaktu yang terdekat. Aku akan bersembunyi seadanya. Haha, keji sungguh aku.

3. Kak Wati – nama je ada 4 orang kakak, tapi kakak aku yang sorang neh jugak laa yang ingat kat aku. Heheh. Padahal sebenarnya aku seringkali buat-buat lupa pada kakak-kakak aku yang lain. Maklumlah, agak egois juga aku neh kadangkala.

4. Arm/Pish – beliau cuba memotong stim dengan mengiklankan peraduan misteri ini di group facebook Geng Lanun. Haha. Pish, mungkin jugak laa aku ada penyakit ADD bila baca balik entri aku pagi tadi. Ko ada simpan pil anti-depressant untuk aku tak? ? :P

5. Wana Wan Neskape“Hui... NaPe aKu BaRu TaU aKu NiH BeKaS SKaNDaL Ko eK ??? aDeKaH aKu BeRaDe DaLaM KeaDaaN Di LuaR SeDaR SMaSe aKu BeRSKaNDaL DgN Ko?!” Haha, minah kiut yang semakin menampakkan kesengalan beliau mungkin terjangkit dari si Apeng. Tapi takpe, yang penting kamu tetap kiut. Dalam kamus hidup aku, mana-mana perempuan yang kiut walaupun mereng tetap mendapat tempat di hati. Sungguhlah seksis dan double-standard aku ini, bukan? Weehehehe...

6. Korak/Levande Skelett – ahhahahaha, bajet ‘yang terawal’ ye? Takpe, yang penting top 10. :D Aku nak makan papadom saiz gedabak. Mau ke engko belanja aku sepinggan?

7. *UPDATED* Azza Azmi the loyar“Always remember that we're here for a reason - and in our special way; we complete the universe.” Ohh, aku tergoda untuk kesekian kali.

8. Apek – ko kat bengkel ke?

9. Acab – eh, korang ngah lepak sekali ke?

10. Aiman – ko pon merayap jugak? Kredit aku habis malam tadi. Pandangan apa yang ko nak mintak tu? Pandanganku ceritaku kah?

11. Piza Hud“xfhm la aku ngan ko ni ajai..ni ape bnd?” Haha, kalo faham tak misteri laa namanya.

12. Abah – beliau memang dah lama tahu pasal contest neh. Patut beliau boleh celen dengan mak aku. Tapi saja laa tu ego taknak join awal-awal. Huh, like son like father!

13. Murni anak dua – err, laki ko tau ke ko main facebook neh?

14. Pak Tam“sudah r... xnk r kwn ngan ko... uweeekkk!!!!” Ko tanak tegur aku sebulan pun, ada aku kesah? Muahahaha mangkuk jamban sungguh.


Berjaya mengumpulkan 14 pemenang. Tiada hadiah disediakan sebab contest neh pelik sikit. Pemenang kena bagi hadiah kat penganjur. Tak perlu laa aku detailkan atau listkan ganjarannya tapi yang aku tau salah satu haruslah Nokia N97. Amacam? Sahutlah cabaranku ini. Wakakakaka.

Oh ye, ribut petang tadi juga telah mengorbankan kipas meja dan tibi kecil yang setia menemani malam-malamku yang sepi. Haiyaa ayat tak boleh blah. Sekarang sedang berperang dengan nyamuk dan menyanyi seorang diri memecah sunyi.

"Selamatttt malammmmmmmmmmmmm...."




~Brppp… sendawa ayam percik nampaknya di situ. Time kasih mak. Apsal laa tak sendawa ayam penyet ke, ayam kepsi ke. Heheh!~