29.12.08

Filem @ Ascorp

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Sebagai penutup tahun 1429 Hijrah dan 2008 Masihi, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru dan semoga berhijrahlah kita ke arah yang lebih baik; dipacu azam-azam yang tidak bersifat hangit, sehangit taik ayam.


Aku ada beberapa azam utama untuk musim baru/tahun baru ini. Takyah laa nak di-reveal sangat akan perinciannya sebab takut tak tercapai pulak nanti, malu je yang tinggal pada diri.


Untuk edisi entri kali neh, aku nak menyantaikan (kata dasar : santai) pale hotak korang dengan me-review filem-filem terhebat dalam sejarah yang pernah aku tontoni setakat ini. Tema aku dalam segmen ini adalah filem yang membuat kita banyak berfikir – mempunyai kesan yang paling mendalam kepada penonton hingga terbawa-bawa ke luar panggung wayang atau ke alam mimpi andai hobi anda suka menonton DVD murah (ayat kaber) sebelum tidur seperti aku.

Tapi apa-apa hal, filem terbaik di dunia setakat ini bagi aku tak tergolong pun dalam senarai ini. Filem yang aku maksudkan adalah Transformer yang menjengah pawagam kita pada awal tahun ini. Filem ini mempunyai garapan yang baik dari segi adaptasi siri animasi (walaupun saya bukan peminat setia kartun Transformer), CGI terbaik mengalahkan Trilogi Lord Of The Ring, paparan aksi yang dinamik dan sukar membosankan, sinematografi unik dan terkenal seperti yang dijangkakan oleh penggemar-penggemar filem Michael Bay, pemilihan ‘casting’ tepat membuatkan penonton tak kering gusi, dan sudah tentunya ‘soundtrack’ yang terbaik (kalau dah pilih lagu Linkin Park tu memang laa dapat bonus extra point dari aku).


Untuk segmen yang ingin aku ketengahkan ini, aku memilih 4 buah tajuk yang aku rasa perlu untuk korang dapatkan/tonton sekiranya anda mahu cerita yang agak fokus dan bijak untuk tontonan seorang diri bila boring.


Kalau nak tengok ramai-ramai pun, aku sarankan agar jangan sediakan makanan ringan untuk dikunyah seperti bertih jagung atau potato chips. Cukuplah sekadar ada air penghilang dahaga untuk dihirup dan pastikan supaya rakan/ahli keluarga anda yang menonton untuk tidak membuat bising supaya pemerhatian anda terhadap plot jalan cerita filem-filem ini boleh dimaksimumkan semaksimum yang anda mampu.


Aku mulakan dengan filem yang berada di tangga teratas sehinggalah keempat dalam carta yang aku reka sendiri. Penilaian anda adalah tertakluk kepada hasil tontonan anda sendiri dan tak perlu nak bertelagah dengan aku filem mana yang terbaik sebab aku takkan bagi can kat korang untuk menang pun.




  1. The Butterfly Effect

Teraju : Ashton Kutcher, Amy Smart

Genre : Thriller/Psycho/Science-Fiction


Sipnosis : Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda menyedari anda mempunyai kuasa untuk merubah sejarah masa lalu dan sekaligus memperbaiki kehidupan anda pada masa sekarang? Ramai yang mengaku telah banyak melakukan kesilapan dalam masa lampau kehidupan mereka yang ingin mereka ubah agar ia menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Bagi Evan, kehidupannya ketika zaman kecil agak ‘gelap’ dek beberapa insiden buruk dan yang lebih memburukkan keadaan, beliau menghidap sejenis penyakit mental di mana ketika insiden-insiden buruk ini berlaku, beliau hilang ingatan seketika. Perkara ini mungkin berlaku kerana mindanya cuba untuk lari dari kenyataan; tidak mahu mengaku terlibat dalam keputusan-keputusan buruk yang pernah diambilnya ketika kecil. Atas nasihat doktor psikitari, beliau mula menulis jurnal harian berupa diari agar beliau tidak boleh melupakan apa yang berlaku setiap hari. Malangnya ia tidak memberi apa-apa pulangan yang diinginkan sehinggalah ibunya mengambil keputusan untuk berpindah dari situ supaya Evan boleh menjalani hidup baru. 7 tahun selepas bebas dari penyakit hilang ingatan sementara itu, pada satu hari Evan mengimbas kembali kenangan lama dengan membaca semula jurnal yang pernah ditulisnya. Tanpa disangka ketika beliau membaca isi kandungan pada hari insiden-insiden tersebut berlaku, mindanya melompat kembali kepada waktu beliau hilang ingatan; dan mampu mengawal segala perlakuannya untuk mengubah fakta sejarah hidupnya sesuka hati! Adakah hajat beliau untuk memperbaiki kehidupan berjaya dicapai? Satu perkara yang anda perlu tahu, sehebat mana pun kuasa anda, anda takkan dapat mengubah sesuatu yang telahpun tersurat.


Review : Cerita yang berputar belit, mengelirukan dan memeningkan kepala ini menghasilkan satu perdebatan antara aku dengan bekas abang ipar aku. “Dia takkan blackout (hilang ingatan) sekiranya dia tak blackout at the first place,” bilangku yang mana membuatkan bekas abang ipar aku menggaru kepala dan surrender. Apa yang aku cuba maksudkan di sini adalah hukum ‘cause & effect’. Apa yang aku perhatikan sebab musabab dia hilang ingatan adalah kerana tindakannya di masa depan yang kembali ke dalam mindanya ketika zaman kanak-kanak yang sekaligus mengakibatkan beliau mengalami hilang ingatan tersebut. Pening bukan? Filem ini ada dua alternate ending di mana satu daripadanya happy ending dan satu lagi lebih berat untuk dinilai atau dijangka oleh para penonton. Kalau tak silap aku ending kedua ni ada dalam koleksi DVD Director’s Cut untuk filem ini. Pilihan di tangan anda, dapatkannya atau buat tatau je kalau anda takut nak me-jem-kan kepala otak diri sendiri.




  1. Thank You For Smoking

Teraju : Aaron Eckhart, Katie Holmes

Genre : Dark Comedy


Sipnosis : Sekiranya Michael Jordan berbakat untuk bermain bola keranjang, Charlie Manson berbakat dalam bidang pembunuhan bersiri; bagi Nick Naylor, bakat beliau adalah bercakap. Anda kenal sesiapa yang pandai bermulut manis sehingga mampu mencairkan hati mana-mana gadis dalam dunia? Itulah Nick Naylor. Bertugas sebagai pelobi kumpulan syarikat-syarikat tembakau di Amerika Syarikat, tugas berat beliau adalah untuk cuba meyakinkan orangramai bahawa rokok sebenarnya tidaklah sebahaya yang anda sangka dan syarikat pengeluar rokok tidak harus dianggap sebagai menzalimi kesihatan masyarakat Amerika. Sebagai contoh, sekiranya kereta yang anda pandu mengalami kemalangan, sepatutnya andalah yang wajar menerima hukuman, bukan syarikat pengeluar kereta tersebut. Ini kerana pilihan utama iaitu keputusan untuk membeli sesuatu produk itu, terletak di tangan anda dan tiada siapa yang mengacukan senapang ke kepala anda untuk memaksa anda membelinya. Jadi, anda mempunyai tanggungan liabiliti penuh ke atas setiap risikonya. Kata-kata dan prinsipnya kedengaran manis dan masuk akal, dan selalu kelihatan seolah-olah tidak mahu menyalahkan sesiapa, asalkan pengguna masih diberi kebebasan untuk membeli rokok dan menikmati setiap hembusan asapnya. Sehinggalah satu hari beliau sendiri disahkan akan mati sekiranya menghisap walaupun sebatang rokok saja lagi, membuatkan beliau dalam dilema samada untuk terus kekal dengan prinsip tak berperikemanusiaannya atau berubah menjadi suara yang menyeru orangramai supaya berhenti merokok. Ditambah dengan insiden-insiden tidak enak seperti skandal beliau dengan seorang wartawan muda yang menggiurkan, apakah agaknya langkah paling bijak mampu diambil oleh Nick Naylor seterusnya?


Review : Ehem… Selaku perokok tegar, sudah tentu aku amat teruja untuk mengetahui kisah hidup Nick Naylor dengan prinsip beliau yang sangat ekstrim itu. Tapi seronok melihat permainan kata-kata yang diguna beliau, membuatkan kita terfikir bahawa kita sebenarnya mampu ditipu sesiapa sahaja tanpa kita sedari sekiranya sang penipu itu tahu seni untuk memperdayakan orang. Dalam filem ini, ada satu watak penting iaitu anak lelaki beliau yang sangat menyanjung bakat beliau serta prinsip yang cuba dibawa beliau itu. Bagaimana kenaifan seorang budak berumur lebih kurang 10 tahun berjaya dipengaruhi oleh si Nick Naylor supaya berfikiran lebih kritis dan bebas? Inilah kehebatan beliau. Sebagai contoh beliau pernah bertanya pada anaknya “Sekiranya kamu menjadi peguam, dan kamu diarahkan untuk membela seorang pembunuh kanak-kanak, apa yang akan kamu lakukan?” Dengan bijaksana budak ini menjawab “Saya percaya setiap manusia berhak untuk mendapat pembelaan seperti yang termaktub dalam undang-undang negara kita.” Huh… Like father like son! Dan ada banyak lagi perdebatan yang memerlukan keanjalan moral seseorang individu yang tinggi untuk berhujah menegakkan prinsip diri.




  1. Man Of The Year

Teraju: Robin Williams, Laura Linney

Genre : Political Comedy


Sipnosis : Kemunculan satu demi satu nama besar dalam rancangan talk-show yang bertemakan senario politik semasa seperti David Letterman, Jay Leno, Bill Mehr dan sebagainya disusuli dengan satu persona popular bernama Tom Dobbs. Komedi yang dibawa beliau (kebanyakannya dalam bentuk yang anda kenali sekiranya anda pernah menonton filem Robin Williams sebelum ini) diterima peminatnya di serata Amerika. Kelantangan beliau mempersendakan dasar-dasar kerajaan seterusnya memberi idea kepada peminatnya untuk melobi beliau agar bertanding dalam pemilihan Presiden ketika itu. Menerima pencalonan berjuta-juta hanya menerusi e-mel di laman web beliau, akhirnya beliau tersenarai sebagai calon akhir yang akan berentap dengan calon Demokrat dan Republikan atas tiket bebas. Kaedah beliau yang mengurangkan sentimen politik bermuka-muka dan lebih memfokuskan untuk mencorakkan dasar-dasar menguntungkan rakyat, ternyata satu pendekatan yang tak pernah dilihat kerana selama ini calon-calon Presiden banyak menghabiskan jutaan dolar untuk berkempen hasil sumbangan penaja-penaja. Beliau tidak meminta sesen pun derma kempen maka beliau tidak dipengaruhi kepentingan penaja-penaja kempen Presiden tersebut. Sehingga ke hari pengundian, tanpa dijangka sesiapa, beliau berjaya mendahului saingan di kedua-dua wilayah kubu kuat parti Demokrat dan Republikan sehinggalah akhirnya beliau disahkan selaku Presiden Amerika Syarikat bagi penggal baru. Agak janggal dengan perisitiwa itu, beliau sendiri masih belum yakin untuk mengisi kerusi eksekutif tersebut. Di sebalik drama yang mengejutkan banyak pihak ini, ada satu konspirasi di balik tabir sedang dirancang dan sedang berjalan pada masa yang sama. Apakah misteri konspirasi ini dan adakah masa depan negara Polis Dunia ini akan lebih cerah apabila diketuai seorang pak lawak kelak?


Review : Sesuatu yang menarik, lebih menarik dari konsep konspirasi seperti yang cuba dipaparkan dalam filem The Manchurian Candidate. Plot-plot yang disusun tampak lebih kemas seolah-olah cuba memberikan bayangan kepada penonton bahawa everything is possible. Tetapi apabila berganjak ke perkembangan dasar cerita, penonton diajak untuk berfikir lebih mendalam akan proses justifikasi atau lebih mudahnya konsep ‘matlamat menghalalkan cara’. Di sini persoalan moral akan bergelojak dengan pandangan penonton yang mahukan kesudahan terbaik untuk semua watak dalam filem ini. Pada masa yang sama, unsur kisah percintaan cuba diselitkan untuk membuatkan penonton lebih sukar membuat keputusan tersebut. Bagi aku sendiri di akhir cerita, aku masih terkesima dengan persoalan “Wajarkan Tom Dobbs terus kekal berkuasa andaikata dia percaya dia mampu melakukan perubahan atau adakah beliau patut mengundur diri setelah menyedari beliau kurang keyakinan untuk memimpin negara tersebut?” sedangkan filem tersebut sudah tamat dan cuma kredit yang sedang menghiasi skrin komputer aku. Itulah antara sebab mengapa aku memilih filem ini sebagai antara yang terbaik untuk anda tontoni dan renungi.




  1. Lucky Number Slevin

Teraju : Josh Hartnett, Bruce Willis, Morgan Freeman, Ben Kingsley

Genre : Dark Comedy


Sipnosis : Kansas City Shuffle, ia adalah sebuah kisah menakutkan dan menyayat hati yang menimpa sebuah keluarga terdiri daripada orang-orang biasa seperti kita semua. Ia bukan sekadar satu cerita. Charlie Chaplin pernah memasuki pertandingan ‘Charlie Chaplin Look-Alike’ di Monte Carlo dan mendapat nombor tiga; itu adalah satu cerita. Kisah Kansas City Shuffle ini, adalah sesuatu yang sangat berlainan dari itu. Misteri kemunculan seorang lelaki di pangsapuri Nick Fisher, mengundang padah apabila lelaki ini dipertanggungjawabkan untuk menanggung segala beban hutang judi yang ditinggalkan Nick yang dipercayai telah melarikan diri ke tempat lain. Jejaka bernama Slevin ini dipaksa untuk melakukan satu pembunuhan sekiranya tidak mahu mengorbankan nyawa akibat tak mampu melangsaikan jumlah hutang yang besar itu. Selaku orang biasa yang mengaku kawan rapat kepada Nick Fisher, beliau dengan berat hati terpaksa menerima tawaran tersebut. Sasarannya adalah anak musuh seteru utama tauke judi tersebut, yang mana merupakan seorang lagi tauke judi bernama The Rabbi (Rabai – paderi orang Yahudi) yang banyak memberi hutang kepada kaki judi, termasuk Nick Fisher sendiri. Masih lagi dalam keadaan tak mampu menerima kenyataan, Slevin dipanggil pula menghadap The Rabbi untuk melangsaikan hutang tertunggak beliau pula. Tersepit di antara perang dua tauke judi, Slevin sebenarnya diperalat sepenuhnya oleh seorang pembunuh upahan bernama Mr. Goodkat. Tanpa disedari, kedua-dua pihak bertelagah ini telah mengupah pembunuh upahan yang sama bagi menamatkan konfrontasi berdarah yang telah berlanjutan selama berbelas tahun lamanya. Apakah misi Goodkat sebenar? Mengapa nama Nick Fisher/Slevin yang dijadikan mangsa? Seperti yang diberitahu awal tadi, ini bukanlah sekadar satu cerita.


Review : Filem ini dimulakan dengan babak flashback berkenaan dengan apa yang pernah berlaku satu ketika dulu di pekan Kansas. Tanpa menghuraikan persoalan sebenar, penonton dibawa pula pada perkembangan plot dimana lelaki malang bernama Slevin ini dipaksa menanggung beban hutang Nick Fisher. Persoalan utama penonton mungkin adalah, “mengapa Slevin?” Adakah ini cuma kes kesilapan identiti sedangkan perancangan yang dibuat Mr. Goodkat ini bersifat professional? Mustahil seorang pembunuh upahan professional melakukan ralat, walhal kredibiliti beliau sangat tinggi dan sering disebut-sebut sebagai yang terbaik dalam bidangnya. Aku confident takde sorang pun dari penonton yang mampu menjawab soalan ini selagi tidak menontonnya sampai habis. Cabaran yang diberi pada penonton adalah untuk memerhati setiap perkembangan cerita dan memahami apa yang cuba diterangkan setiap watak kerana setiap satu daripadanya adalah AMAT PENTING DAN SALING BERKAIT RAPAT. Di akhir cerita nanti anda akan dihadiahkan dengan jawapan demi jawapan yang sekaligus akan membuatkan anda ternganga serta kagum dengan kelicikan penceritaannya. Ha ha ha!




Ada orang suka menambah ilmu melalui pembacaan buku. Ada pula yang suka menjelajah dan merantau ke sana sini. Aku pulak? Layan DVD pun kira okey what!




~Bersiap sedialah! Ascorp 2009 akan menjelma tak lama lagi!~



20.12.08

SUATU HARI DI DORM ASRAMA

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Mengimbas kembali kenanganku bersama "Kartini" di entri yang lepas membuka semula lembaran lama ketika aku menginap di asrama Sekolah Menengah Clifford, Pahang kira-kira 10 tahun yang lepas.

Hari yang paling sempurna buat aku; dan sekumpulan penghuni dorm yang lain adalah pada hujung minggu - lebih tepat lagi hari Ahad. Hari Sabtu tak berapa boleh diambil kira sangat sebab kadangkala kami sibuk dengan aktiviti berpersatuan serta tak lupa menjelajah Pasar Pagi Sabtu di tapak perhentian bas pekan Kuala Lipis. Hari Ahad pula? Yeah, that's a winner.

Bermula jam 9 hingga ke 11 pagi, bunyi menguap dan aksi menggeliat silih berganti disusuli setiap ahli dorm kami menandakan betapa nikmatnya tidur hingga ke tengahhari. Sehingga seorang dari kami yang bernama Fifi pernah membuat dakwaan berikut "Menggeliat ni lagi sedap dari kawen!". Di potong pula suara sumbang Azwan yang sengal ubi, "Tak la, kalo bangun menggeliat lepas 'kawen; lagi sedap!"

Di hujung tingkap dorm, sayup-sayup kedengaran siaran stesen Radio Malaysia Saluran Muzik yang juga lebih popular sebagai Radio Muzik ketika itu (kini dikenali dengan nama Muzik FM) mendendangkan lagu-lagu solo Rahmat Ekamatra, Siti Nordiana (sebelum beliau di'gula-gula'kan Achik Spin), Anis Suraya (akak Akasha), dan ramai lagi artis yang lain. Ada di antara kami yang turut bersiul mengikut irama lagu dan tak kurang juga yang menyumbangkan suara sumbang mereka tanpa segan silu. Tak lupa juga bagi sesetengah yang nak tunjuk terer mempamerkan bakat menggoreng 'gitar kapok seludup' tetapi memandangkan ia adalah bahan terlarang dalam asrama, maka kami cuma mengeluarkannya dari tempat persembunyian andaikata kereta warden tiada di parking (keluar jenjalan bersama keluarga laa tu). Mujur Exco-Exco asrama zaman kami memang sporting nak mampos dan tak suka kacau orang lain (Terima kasih abag Fauzi!).

Sementara aku dan beberapa ahli group 'ribena' kami akan terus memulakan upacara bermain daun terup yang diberi nama 'Presiden & Khadam'. Toksahlah korang bertanyakan peraturan permainannya sebab jenuh aku nak menerangkan satu-satu. Permainan ini selalunya dimulakan terlebih dahulu sebelum aku bangkit dari tidur; maka sekelumit sahaja cahaya mentari masuk ke kelopak mataku, aku sudah akan melakukan aksi akrobatik melompat dari katil tingkat atas untuk menyertainya tanpa kompromi. Memangpun di tengahhari kitorang tak banyak aktiviti nak dibuat memandangkan kain baju telah siap dibasuh dan dijemur petang atau malam Sabtu semalam.

Kadangkala kami berkesempatan bermain Saidina. Malangnya kerana kenakalan dan kehampehan perangai sesetengah budak dorm kami, set Saidina yang lengkap biasanya cuma mampu bertahan untuk 2 minggu. Lepas 2 minggu mesti ada je piece yang hilang sehinggakan di tahap kami terpaksa menggunakan cebisan pemadam getah untuk dijadikan penanda pemain mahupun dadu.

Dengan majoriti ahli asrama berpenyakit malas nak berjalan kaki ke dewan makan, rata-rata kami cuma mengirimkan 'tapau' nasi kawah kepada handai taulan yang rajin menapak untuk kami makan bersama maggi yang dimasak sendiri dalam bilik atau makan sahaja bersama-sama perencah nasi goreng Adabi yang dianggap tak ubah rasanya seperti sambal nasi lemak itu. Itu sahajalah menu makan tengahhari kami.

Sudah tentu ada yang bertuah apabila menerima kunjungan dari family menghantar bekal lauk-pauk, yang mana di pengakhirannya akan di'kekah' oleh kami semua. Tidak kira sehebat mana pun trick anda cuba untuk bersembunyi, hatta tin biskut dalam lokar berkunci pun pasti dapat dihidu oleh kami. Seringkali mereka menangis seorang diri di tepi katil setelah menyedari kami telah mengosongkan tin biskut mereka tanpa mereka sedari. Haa, tu laa. Padan muka! Nak main kedekut sangat.

Bagi aku, aku lebih suka membawa tin milo dari rumah untuk diratah; kerana pada pengamatan aku, meratah milo ini adalah aktiviti yang memuakkan, maka lambat sikit nak habis. Jimat. Nak bawak tin biskut? Sori!

Selepas perut kenyang (atau sekadar cukup makan), kami akan mula menyedari bunyi riuh rendah yang datangnya dari padang sebelah sana. Untuk pengetahuan anda, asrama Putera Sekolah Menengah Clifford pada tahun 1998 adalah merupakan sebuah blok setinggi 5 tingkat yang besar dan menghadap padang utama sekolah. Manakala asrama Puteri pula adalah 2 deret blok 2 tingkat. Asrama dua tingkat ini dikelililingi pagar tinggi berhadapan sebuah padang mini yang selalunya dibuat acara bolasepak (padang utama kami hanya khas untuk ragbi okeh! Sekolah neh wakil negeri tau!) dan pagar ini seringkali menjadi mangsa untuk dibuat ampaian gantung baju yang telah dibasuh. Maka blok asrama Puteri ini agak terlindung sifatnya.

Tahun berikutnya, 1999 (ketika cerita ini sedang dirujuk) pertambahan pelajar puteri yang mendadak memaksa pihak pengurusan asrama untuk menukar lokasi kami di mana akhirnya koridor terbuka tempat kami 'bersidai' satu masa dahulu kini menjadi laluan para pelajar perempuan untuk ke bilik air yang terletak di tengah-tengah blok setiap tingkat. Maka ramailah yang menayangkan fesyen berkemban berulang alik dari bilik dorm ke bilik air entah buat urusan apa entah. Saja nak 'pancing' kami kot?

Kami pun tak berapa faham kenapa mereka memilih petang Ahad untuk menjalankan aktiviti membasuh dan berkemban itu. Sempat kering ke baju, bra, spender mereka semua tu nanti? Tidak seperti kami yang awal-awal dah setel kerja dobi mendobi. Mungkinkah sifat mereka memang semulajadi pemalas? Entahlah. Tapi yang pastinya ada di antara kami berkelakuan penyumbaleweng meniarap atas katil di tepi tingkap sambil meneropong setiap yang berlaku di sebelah sana dengan khusyuk.

Aku tak terlibat dalam perkara ini kecuali bersubahat meminjam teropong yang dibawa oleh saudara Wan Mohd Hafiz Wan Daud itu (Haha, padan muka! Aku letak nama penuh lagi tu).

"Woi woi, tengok tu! Nor Baizura dengan Balkis tengah 'bersidai' depan bilik air. Eh eh, main pukul-pukul tuala pulak diorang..." Fendi Sofian yang memang gilakan Baizura semenjak form 1 bersuara. Aku pula masih menumpukan untuk mencarik kelibat Wan Farah Ayuni. Wan Farah Ayuni ni adalah antara watak yang paling popular dalam batch kami. Hubungan aku dengan dia ni bolehlah diibaratkan umpama langit dengan bumi. Kiranya, kalau dalam drama Hindustan tu, aku cuma pengutip daun kering yang bersepahan di taman bunga tatkala beliau dan Ade Izzuan sedang berguling-guling bermain kata-kata cinta. Ye, sungguh laa hinanya diriku ini.

Lupakan soal itu. Petang kami biasanya diisi aktiviti bermain bola atau berdating di pavillion sekolah sambil mengepit erat buku rujukan untuk dijadikan alasan study group andai warden memerhati. Dan malamnya, seperti biasa, prep kami akan dicemari aktiviti 'huha-huha' kami serta lawatan rasmi ke kedai aci depan pagar sekolah untuk membeli kek Apollo barang sepeket kecik.

Cuma 2 tahun itu sahajalah kenangan yang aku ada di asrama SM Clifford itu. Oh ye, sekiranya ada di antara korang tertanya-tanya; ye, ia adalah sekolah Siti.

Aku hairan, apa salahnya jika aku ditukarkan ke kelas 2 Khas 3. Walaupun 2 Khas 1 adalah kelas khas, tapi apa kurangnya dengan 2 khas 3? Khas jugak apa. Bukannya aku mintak tukar aliran kelas Agama pun. Cikgu Din ni memang sengaja nak menyakitkan hati aku. Tidakkah dia tahu tekanan yang aku alami bila berkawan dengan rakan sekelas yang kerjanya siang malam nak study. Dok sibuk-sibuk berlumba markah siapa yang paling tinggi. Boleh gila dibikinnya aku nanti. Teringat kenangan kelas di Tingkatan 1 bersama Cikgu Masmawati. Sporting, selalu berlawak ringan dengan kami. Mungkin juga tambah ceria dengan kehadiran adiknya, Sheridawati selaku pelajar kelas kami. Sama-sama kiut dan sama-sama baik hati. Hehe...

Berpindah ke SMK Sungai Koyan cuma menambahkan keruan dalam hati. Dengan Cikgu Rozita yang memanjang nak pakai kebaya je kejenya dalam kelas. Tau laa awak tu 34-28-32, tapi kesian la kat kami yang baru akil baligh ni. Takkan dia tak pasan kami budak-budak lelaki dok tahan bucu meja je setiap hari? Tak reti-reri nak pakai baju kurung dah lagi? Pernah gak dia datang umah aku sekali nak jumpa mak bapak aku membincangkan perangai aku yang suka buat hal di sekolah. Ada ke selamba pakai tudung tiga segi, baju T dengan track suit lagak anak dara sunti pergi berjalan di pasar tani mencari jodoh di pagi hari? Sampaikan bapak aku dok tanya kat aku lagi, "Cikgu Rozita tu dah berlaki?" Huh, like father like son sungguh laa bapak ku ini!

Membuatkan aku mula menghargai apa yang pernah Cikgu Rizman, Cikgu Nazri, Sir Ahmad dan Ustaz Wahab buat untuk aku dan batch darjah Enam aku dulu ketika di Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan. Bagi aku inilah senarai guru terbaik yang mencurahkan ilmu dan strategi untuk berjaya tanpa rasa jemu mahupun pilih kasih; walaupun aku cuma anak seorang buruh estet dengan perangai geli pulak tu lagi. Hanya mereka yang nampak permata di dalam sekam padi yang mereka tak putus asa untuk tuai dan nasihati. Pendekatan yang digunapakai mereka adalah yang terbaik dan paling memberi pulangan memuaskan hati. Sehingga aku tersenarai antara top ten anak emas guru besar walaupun perangai aku tak kurang keji. Manakan tidak, sempat lagi aku mengutuskan surat mintak kapel dengan anak guru besar, yang bernama Julia Haryati! Ceh!

Aku banyak berhutang dengan mereka, dengan segala janji-janji. Maafkan aku kerana tak dapat memenuhi dan menjadi apa yang cikgu dambakan. Tapi ketahuilah, aku masih bernafas dan hidup dengan bahagianya di sini.



~Kenangan itu pahit. Kenangan itu manis. Tapi janganlah barang satu pun dipadami~



12.12.08

MISI MUSTAHAK : Mencarik Kartini

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



"Walaupun kau rentas seribu padang... walaupun kau tempuh seribu rimba... walaupun kau harung seribu paya... jika niat kau untuk lari dari aku... kau akan tetap berjumpa aku, Yon..."
- Kartini



Meluangkan masa menonton filem Korea bertajuk 'Once Upon A Time In High School' menggamitku kembali kenangan cinta monyet di sekolah. Tidak, aku tidak bersekolah di Zoo Negara. Tetapi seperti yang hampir kesemua orang pernah alami, aku juga pernah menyimpan hati terhadap gadis' di sekolah aku dahulu.

Dan seperti mana kisah-kisah cinta monyet (ehee, teringat pulak kat beruk bernama Mawi dan Ekin), kisah-kisah aku juga diwarnai seribu pahit dan manis. Saat-saat kene rijek tanpa kompromi, first time dapat balasan surat cinta, dating bawah tangga bilik guru (hati kering neh), awek kantoi dating ngan orang lain kat pekan, cinta dihalang orangtua (sape soh gi mengorat anak guru besar?!), dapat hadiah cenderamata, kongsi makan mekdi sesama dan pelbagai lagi.

Well, kisah cinta monyet aku memang unik sebab sekor pon tak berani nak declare ngan aku (wakakakakaka). But nevertheless, aku still terfana sambil tersenyum kambing mengingat kembali wajah-wajah mangsa... erk, maksud aku, bekas skandalku dulu.

Orait, aku memang jiwang karat (iyo lah Tipah oi). Namun aku tetap tak mahu disamakan dengan mereka-mereka yang bertaraf hamba cinta (e.g meraung ditinggalkan awek dan sebagainya). Bagi aku, hubungan cinta antara lelaki dan wanita itu adalah sihat, asalkan tujuannya suci dan murni. Tapi jangan pula hanya kerana anda berhasrat untuk mendirikan rumahtangga, maka semua hukum Allah boleh dilanggar begitu saja. Ingat, dosa tetap dosa!

Cewah, nak khutbah orang konon. Diri sendiri tak sedar-sedar lagi. Takpe. Kali ni aku terbukak hati nak bercerita satu kisah yang baru aku berjaya gamit kembali setelah kenangan ini hilang 10 tahun lamanya.

Adapun si suatu masa dulu (kira-kira sewaktu aku darjah 4 atau 5) aku memang suka menulis cerita-ceriti dongeng. Pada waktu itu platform yang aku pilih adalah sains fiksyen. Mungkin kerana aku gilakan filem-filem seperti Back To The Future dan sebagainya. Aku mencurik sebuah buku lejar kakak aku untuk aku mencoretkan kisah pertama (tak ada tajuk pun masa tu) menceritakan tentang seorang detektif di zaman akan datang yang terpaksa menyelesaikan sebuah kes pembunuhan di mana nyawa beliau serta keluarganya diancam bahaya.

Antara scene yang aku paling ingat, scene di mana hero sedang bermain kejar-kejar dengan si villain di atas bumbung-bumbung rumah orang dengan menaiki sebuah skuter terbang ala-ala yang korang leh tengok dalam filem Judge Dredd tu. Ye, imaginasi aku memang tinggi.

Dn di waktu itu, aku amat menyampah dengan cerita-cerita jiwang seperti yang sedang bersiaran, contohnya Sembilu dan berbagai lagi. Tangkap leleh sangat laa beb. Perasaan yang tak konsisten dengan tindak-tanduk, konflik kecil yang diperbesarkan, serta klimaks yang tidak memuaskan nafsu (erk!).

Al-kisahnya, selaku pembaca setia majalah Ujang (dan Dragonball) ketika di asrama, aku selalu singgah membeli buku di kedai tatkala menunggu keretapi atau bas untuk perjalanan balik ke rumah seminggu sekali.

*err... gambar hiasan semata-mata.


Sape yang pernah membaca Lawak Antarabangsa yang memaparkan kartunis Tembakau bersama kisah Yon dan Kartini? Ye, saya tau ramai yang masih ingat-ingat lupa. Tanpa pengetahuan aku rerupanya kisah itu telah dibukukan setebal entah berapa puluh mukasurat entah. Dan aku yang pertama terperasan akan kehadirannya di toko buku yang selalu aku lawati itu.



Ceritanya sungguh ringan tetapi padat dengan adegan-adegan klako serta jiwa-jiwa. Kisah cinta monyet yang cukup meruntun hati tetapi membuatkan si pembaca termenung dan berfikir berulang kali. Memang ada banyak mesej dan pengajaran disebaliknya. Tu yang mahal tu.

Dan akhirnya tanpa diduga ia telah memacu satu perasaan dan pendekatan baru dalam arena penulisan dengkal aku. Lalu separa sedar rupanya aku telah jadikan novel kartun ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan siri pertama The Untold Story yang kurang feymes itu.



Well, tak keterlaluan untuk menuduh aku sebagai mudah terpengaruh. Sebab siri ke-2 pulak aku dapat ilham lepas membaca novel Anak Dara Menteri karya Matt Romeo pulak. Huhu... Cian aku. But aku still membangga diri dan takbur dengan kejayaan aku 'membuat kerja'. Bak kata karekter Wesley Gibson dalam filem Wanted: "What you have DONE lately?"

Sambungan kepada al-kisah tadi; ek-cuali, novel kartun ini memang menjadi kegilaan ramai orang-orang di sekelilingku. Ini sudah pasti lah hasil promosi testimonial mulut aku secara habis-habisan. Semua yang aku terserempak, aku rekemenkan buku ini. Menjadikan balasan suara yang kedengaran mempunyai nada yang sama; "Ye ke best? Meh pinjam, aku nak try baca..."

Aku tak pasti kat period mana aku 'ter'hilang buku ini. Mungkin ketika ia dipinjam oleh salah sorang kakak aku or sewaktu aku berpindah randah zaman sekolah menengah dulu. Apa pun, kini aku mendapat tahu siri kedua Novel Kartun Kartini ini telahpun keluar. Dan aku ingin sekali mendapatkan kembali naskhah Siri 1 sebelum memulakan pembacaan Siri 2 ini.



Walaupun aku tau ada telemovie yang telah dikeluarkan atas tajuk yang sama dan mungkin lebih mudah untuk aku mencari VCDnya berbanding Novel Kartun yang pernah sold-out ini, tapi aku tak kira! TAK KIRA!!! Aku nak gak!

So, kepada sesiapa yang ada tu, janganlah diam seribu bahasa. Tengking-tengkinglah saya secepat mungkin sekiranya anda mahu memenuhi keinginan hatiku ini. Huhu.



Favourite scene dalam novel kartun Kartini : Yon (hero) teramat geram dengan Kartini disebabkan satu perkara lalu melepaskan kemarahannya dengan menumbuk cermin bilik air. Tangan beliau terluka dan doktor yang merawati memberitahu, sekiranya kaca tersebut menembus sedalam 5mm lagi, mungkin urat jarinya boleh terputus mengakibatkan tangan beliau lumpuh. Mempamerkan betapa seseorang itu amat tidak sanggup me'luka'kan orang yang disayangi walaupun beliau telah dilukai, dan lebih sanggup melakukan kebodohan yang tak terfikir asalkan kita puas hati. Hmm...

Favourite scene dalam novel Anak Dara Menteri : Bapak hero (tak ingat nama) sedang melobi untuk jawatan ketua kampung lalu melakarkan manifesto politik yang entahapeapentah. Salah satunya yang aku takleh tahan gelak berguling adalah 'Projek Kambing Angkat'. Hoho...



~
Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali, jika kau tahu apa yang dicari... Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. - Azhar Ahmad a.k.a Tembakau~





11.12.08

Title - Not Available

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Hari ini hari Khamis. Ye, semalam hari Rabu. Esok Jumaat dan lusa pula Sabtu. Kejadahnya aku nak mengajar orang tentang hari-hari dalam seminggu lak neh.

Sebenarnya aku nak bagitau. Inilah kali pertama aku posting entri secara live tanpa menggunakan aplikasi auto-post semenjak bulan puasa yang lepas. Fenomena ini terjadi kerana aku mengakses internet dari 'sisi' yang terdekat. Mengambil kira faktor masa yang mencemburui aku (sikit-sikit nak ajak karoke, sikit-sikit nak ajak tengok bola) serta faktor 'pitis' yang terbatas, aku mendapati adalah lebih mudah untuk aku mencoretkan dulu pengisian blog menggunakan 'pisi' di rumah, kendian baru di-transform ke sini.

Dan tanpa disangka-sangka, aku mengalami sindrom 'Writer's Block' juga akhirnya setelah berjaya menge-post tanpa gagal untuk memenuhi kuota 2 entri seminggu aku semenjak beberapa bulan yang lalu. Tahniah aku ucapkan pada diri sendiri atas usaha yang telah aku beri dan takziah pada anda si pembaca kerana dipaksa membaca entri tanpa motif ini.

Haha, padahal aku ada lebih kurang lagi lima tajuk yang patut aku bebelkan, telahpun tersiap kerangkanya dalam 'pisi' aku. Tapi ye laa. Takat tulis tajuk sesapa pun boleh kan? Nak elaborate tu yang memerlukan mood yang jitu serta ke'stim'an maksimum.

Bila tetiba rasa otak berkarat nak buat ayat, aku teringat entri pertama aku kat sini (sila cek laa sendiri kat archives ye). Terkenang kembali saat-saat aku mula nak menjinakkan diri bercerita yang ntahapehape kat blog usang dan hina aku neh. Sudah tentu aku terpaksa berterima kasih kepada Cik Tyrark, Encik Pish'Ark dan Cik Azark, antara bloggers lanun yang terawal sekali, yang telah mempamerkan dan memperkenalkan aku dengan dunia blogging.

Bila muncul di dada-dada akhbar akan fenomena blog (especially after kes Raja Petra) aku tergelak kecil sebab tak sangka efeknya sebegitu kuat sekali.

Apa pun aku tahu penyakitku ini hanya sementara. Mungkin aku terlalu memfokuskan pada dateline 31 Disember kot sehingga membuatkan aku tak keruan nak menghasilkan entri baru. Ekk? Kenapa ada dateline plak? Hehe... tunggu laa... Aku nak berwajah baru sempena tahun baru nanti.

Untuk seketika, aku akan usahakan jugak menilai semula tajuk-tajuk sesuai yang telah sedia ada agar boleh aku ketengahkan sebelum tamat tahun 2008 ini. Kang tak hapdet lak, rasa makin sepi je blog aku neh. Kuang3x...

Papehal, adios amigos!



~Berat mata, berat kepala, berat tangan, berat hati, berat jiwa~

7.12.08

THE WORST EVER YET TO COME

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



You know that kind of guy who’s whining too much in his life? The one yang selalu mencari peluang dan ruang untuk meluahkan segala ke’bengang’an di hati berkenaan setiap satu masalah yang dia hadapi.

Jenis-jenis orang yang tak malu nak mengadu kat kita dengan perihal remeh temeh sebegini:
"Tolong aku! Camne ni? Awek aku dah tau aku kuar ngan minah tu! Please, apa aku nak buat neh?! Aku tak boleh hidup tanpa dia! Punahlah segala kehidupanku kini…” lalu tanpa segan silu beliau menaburkan airmata kelat seumpama lagaknya anak dinasour yang tak mendapat susu ibu. Huduh, sebenar-benar huduh sekali panorama yang disajikan itu.

Well, nasib baik aku bukan orang semacam itu. Nasib baik aku jenis orang yang embrace keceriaan dalam jiwa setiap insan di sekelilingku. Nasib baik aku seorang yang pandai membawa diri dan segala permasalahan hati jauh dari perhatian orang-orang yang dikasihi. Nasib baik aku 'sedar diri’.

Of course, I got some troubles of my own too. Who doesn’t? Mine are mostly emotionally scarring. Bab-bab masalah duniawi neh (harta, pangkat, darjat) biasanya tak mengganggu gugat sangat. Aku bukan peduli sangat pun. Biaq pi laa depa dengan keluarga depa…

Bila berhadapan dengan masalah-masalah jiwa, aku selalu merasakan diri aku sendiri yang perlu menjadi kaunselornya terlebih dahulu before I consult to others. And I don’t care if my otak become sewel or jammed akibat dok berperang dengan suara-suara sendiri dalam jiwa. But unfortunately, the depression is inevitable.

Ya, depression itulah yang seringkali drive oneself to be crazy. A well-known weakness for everyone who doesn’t led a very happy life. Menghamparkan sebaris titian rapuh, lalu memaksa kita melintasinya, whether you like it or not.

At this stage, aku sering memandang enteng akan sebarang masalah yang mendatangi diri. Of course, manusia lemah akal dan cetek ilmu seperti aku sudah pasti gagal untuk memikirkan tentang solutions; tapi sebaliknya lebih gemar untuk sekadar meratapi sesuatu musibah itu. Namun, entah kenapa I always find myself quite optimistic at the end of the day. Maybe perkara ini didorong oleh sifat aku yang selalu berlagak pandai seolah-olah aku memiliki jawapan bagi setiap masalah dalam dunia neh.

Satu frasa yang sering menemaniku tatkala aku sedang melemparkan pandangan kosong ke arah longkang busuk bersebelahan Metro Kajang; sambil termenung seorang diri serta rokok tersemat di jari: “Come on Jai, you’ve been through worse than this…”

Seperti yang aku katakan awal tadi, masalah-masalah aku sering dinilai enteng oleh diriku sendiri lalu membolehkan aku melupakannya dan kembali tegak berdiri, dan langkah digagahi.

Kini, teknik self-defense yang aku develop itu mula menampakkan tanda-tanda bakal memakan diri. Persoalan-persoalan seperti "how much worse could I handle before the worst ever yet to come in my life? What would happen to me then?’’ mula meracuni benak fikiran.

I know I should be strong. Because I’m the one who suppose to be in charge in this weak, filthy body. I need to strengthen my soul in order to stay alive for the upcoming glorious years in my life. I will become somebody, I will get married, I will be put in charge for other people’s life one day; so I have to be prepared, and ready.

But you know, sometimes… that 'one time’, I just wish that I could solve all my problems by hurting others. At least that seems as an easier way for me…



System Of A Down – Roulette

I have a problem but I cannot explain,

I have no reason why it should have been so plain,
Have no questions but I sure have excuse,
I lack the reason why I should be so confused,

I know, how I feel when I'm around you,
I, don't know, how I feel when I'm around you,
Around you,

Left a message but it ain't a bit of use,
I have some pictures, the wild might be the deuce,
Today you saw, you saw me, you explained,
Playing the show and running down the plain,

I know, how I feel when I'm around you,
I, don't know, how I feel when I'm around you,
I, I know, how I feel when I'm around you,
I don't know, how I feel when I'm around you,
Around you

I, I know, how I feel when I'm around you,
I, don't know, how I feel when I'm around you,
I, I know, how I feel when I'm around you,
I, don't know, how I feel when I'm around you,
Around you, around you, around you, around you



p/s : Salam Aidiladha... entri aku sering kedengaran tak selari dengan perkembangan semasa dan terkini disebabkan sistem autopost yang telah aku manipulasi ini. So, maaf zahir dan batin. Korbankanlah sifat ke'menyampah'an kamu kepadaku itu


~Pi Em Es ku kembali!~

4.12.08

JANJI...

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Aku ada seorang kawan neh, dia kata dia tak mahu/tak pernah pakai jam tangan sebab dia tak suka dikongkong oleh waktu. Tapi sekejap-sekejap dok tanya kat aku, “Jai, dah pukul berapa sekarang?” ataupun at least dia akan cek jam kat henset dia. Aku tak paham sungguh laa…

Dan aku pulak, adalah telah menjadi kewajipan untuk mengikat tali jam di tangan setiap kali mahu keluar rumah sebab aku akan rasa tak selesa bila lengan tangan kiri aku menjadi ringan tetiba. Lagi satu pulak, aku akan selalu ‘nak tengok jam’ especially bila waktu aku terlupa nak pakai jam tangan. Entah kenapa, hal yang tu pun aku tak berapa nak faham jugak.

Tetapi, bila datang bab berjanji-janji neh… haa, ni yang berat neh. Secara teorinya, aku bukanlah jenis yang suka memungkiri janji. Secara praktikalnya pulak, kehidupan aku sendiri tak diatur mengikut masa atau 'janji’ yang ditetapkan. Jadi, rumusan awal yang boleh dibuat adalah "bukan aku tanak datang, aku tertido ajer…”

Perihal ini seringkali menghantui aku. Taknak laa aku cerita momentum kesannya ke atas kehidupan aku dari sudut terperinci sebab tak penting pun untuk di-story mory. Tapi memang acapkali laa ia menyusahkan aku serta keluarga dan sahabat handai semua. Yang peliknya zaman aku ‘berulang-alik’ ke asrama jururawat di Nilai dulu tak pernah pulak aku terlajak masa atau memungkiri janji. Hehehe, gatal…

Pernah dibincangkan secara serius akan permasalahan ini dengan seorang individu yang dirahsiakan identitinya; beliau berpendapat mungkin aku ada masalah psikologi – itupun sekiranya lifestyle aku boleh dikategorikan sebagai normal. Perkara ini memang ada berlaku especially pada penghidap insomnia. Hujah ini dikuatkan lagi dengan permerhatian aku yang seringkali tak boleh tidur malam ketika menunggu masa-masa yang excited dalam hidup aku semakin kunjung tiba (e.g malam hari raya, malam aku nak bertemu ‘si dia’, malam sebelum hari gaji tiba dan sebagainya).

Mak aku pernah mengusulkan ubat-ubatan tradisional dan chemical untuk aku cuba, tapi aku takut akan kesan sampingannya. Aku tak takut penyakit, aku tak takut mati. Aku cuma takut 'kesan sampingan yang tak mematikan’ – hoh! Sebab aku sedar aku dah banyak menyusahkan orang, jadi aku khuatir sekiranya aku bertambah menyusahkan lagi kalau-kalau sesuatu seperti ini berlaku kat aku.

Pada masa yang sama, aku juga ada berikhtiar sendiri mengikut logik akal serta batas kemampuan aku. Tapi seperti lazimnya, apa-apa jua perkara yang wujud di atas dunia ini, ia disusuli dengan peribahasa ‘tuah tidak datang bergolek’. Maka, sudah pastinya aku berhadapan dengan sedikit kekangan dan cabaran. Tapi aku percaya, insya-Allah ia tetap mampu diatasi dan aku akan berusaha sebaik-baiknya.

Oleh itu, sekiranya pernah tersampai pada pengetahuan anda bahawa aku pernah memungkiri mana-mana janji yang aku buat, harap maafkanlah dan beri aku peluang sekali lagi. Sekiranya termungkir lagi sekali, harap maafkanlah lagi dan begitulah seterusnya sampai aku mati. Boleh gitu? Hehe…



Pernah dengar Siti nyanyi lagu dangdut?


Siti Nurhaliza – Janji
(sila klik, macam bese)

Mengapa kau lupakan (2x)
Janji yang kau berikan
Janji yang ku harapkan
Siang ku nantikan
Dan malam aku mimpikan

Mengapa kau lupakan

Oh...oh... oh sungguh kau tak pandai menimbang rasa
Kerana janjimu diriku tersiksa (2x)

Sungguh kau tak fikirkan
Betapa ku derita

Mengapa kau lupakan (2x)
Janji yang kau berikan
Janji yang ku harapkan
Siang ku nantikan
Dan malam aku mimpikan

Mengapa kau lupakan



~Tak suka berjanji tapi suka menuntut janji~

2.12.08

ES EM ES

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Bila aku sedang memegang henset, tidaklah bermakna aku sedang main SMS dengan mana-mana awek. Baru-baru ini ramai yang menyangkakan aku orang yang sebegitu, walhal ketika aku sedang sibuk update to-do list atau ketika aku sedang main game solitaire sekalipun. Mungkin kerana mereka mengetahui sifat semulajadi aku yang lebih suka berhubung melalui SMS berbanding bercakap, sehinggakan member aku yang duduk satu meja dengan aku kat kedai mamak pun ada yang dapat SMS dari aku jugak (jangan tanya kenapa, sudah pasti aku ada sebab yang memerlukan).

Apabila menyelak suratkhabar kegemaran aku di pagi hari meneliti isu-isu sensasi; ruangan SMS pembaca merupakan satu segmen yang aku tak pernah miss. Kerana bagi aku suara-suara inilah yang lebih mencerminkan komuniti. Isu yang dibawa mereka kedengaran relevan dan dekat dengan hati kita selaku masyarakat biasa yang berpendapatan sederhana. Walaupun seringkali pendapat kita tak serupa, tetapi pandangan kita selalunya dipacu atas kesedaran yang sama. Dan itu yang membuatkan penerimaan kita tehadap luahan-luahan SMS ini lebih selesa.

Aku selalu jugak hantar SMS kat suratkhabar seperti KOSMO atau SINAR tapi jarang dapat disiarkan. Tatau kenapa dan aku tak kisah sangat pun. Cuma baru-baru ni ketika aku sedang 'membersihkan’ ruangan sent items dalam folder message aku yang sudah mencapai jumlah 999 message serta memberatkan memory card henset, aku berjaya mengorek semula beberapa SMS yang pernah aku hantar kepada mereka. Terasa seperti satu kerugian pula sekiranya ia tak disiarkan dan disampaikan, tapi aku sedar bahawa aku bukanlah editor suratkhabar mereka. Maka aku gunakan ruang blog aku di sini untuk menyampaikan message-message ini agar ia boleh didokumentasi untuk dibuat arkib di masa depan (ceh!).

Aku paparkan 6 message yang aku pilih. Terpulang pada anda untuk memberikan komen balas atau tidak. Manalah tahu jika kita boleh membincangkan isu-isu di bawah dengan lebih membina dan relevan, ye tak?



1) Syabas buat Cik Siti petugas stesen minyak Shell berhampiran Sekolah Teknik Kajang kerana tak pernah lekang memberikan senyuman pada pelanggannya sehinggakan saya teruja untuk singgah ke sana mengisi minyak atau membeli barang. Kualiti sebeginilah yang diperlukan petugas-petugas kerajaan agar orang ramai menjadi selesa berurusan di kaunter-kaunter mereka. -SAYADAHBUJANG-

2) Kerajaan ‘naik minyak’ atas alasan tidak sanggup menanggung subsidi yang besar. Kita terima penetapan subsidi 30 sen ini memandangkan kerajaan mahu bersikap adil dengan menyusun harga minyak mengikut pasaran dunia. Hari ini minyak sudah berlegar sekitar USD50-60 setong, tetapi kerajaan nak tetapkan harga minimum pulak dah? Putar belit sungguh. –ADIL-

3) Seks sebelum kahwin sudah menjadi terlalu lazim di zaman ini. Keraguan tentang status teruna atau dara berada di tahap tertinggi dalam masyarakat melayu. Ramai yang sedar, namun tiada langkah pencegahan yang proaktif diambil. Diharap semua pihak lebih prihatin akan masalah ini. –TERUNA TERLAJAK-

4) Diharap media arus perdana hentikanlah amalan ‘subliminal politicking’ dalam penyampaian berita mereka. Bincangkan isu-isu yang lebih wajar. Takkan isu kerajaan Selangor nak beri air percuma pada rakyat pun nak dipertikai? Perihal kepincangan pemimpin BN tak ada pula masuk berita. Gentleman laa sikit bila membuat kerja. Anda adalah media yang tertakluk pada etikanya. Jangan cemarkan maruah sendiri. –ANTI DITAKTOR-

5) Kita semakin lupa nak buat ibadah untuk menyanjung tuhan, tetapi lebih galak pula menerima konsep menyanjung artis sehingga amalan melalak di bawah pentas Akademi Fantasia atau Anugerah Era dianggap sebagai kebiasaan. Inilah hasil dakwah ‘tepuk dada sendiri, tanya selera masing-masing’. Kembalilah meneliti panduan dan peraturan agama. –OTAK JEM-

6) Ramai yang pertikaikan gadis Malaysia yang memilih jodoh orang luar sehinggakan yang berada di Lombok pun dikejar untuk dibawa pulang. Tapi bila Ashraff Sinclair berkahwin dengan Bunga Citra, semua orang mengucapkan tahniah dan bangga. Kasihan sungguh dengan nasib wanita di Malaysia yang menjadi mangsa ‘double-standard’. –LELAKI PRIHATIN-


Oh ye, aku juga lebih kerap menghantar SMS maklumbalas berbanding cadangan; sebab aku ada sifat suka nak ‘bikin panas’ kot, heheh. Ini adalah contoh SMS aku yang berjaya disiarkan akhbar SINAR bertarikh 1 Disember 2008 (hari ni) bagi tujuan membalas SMS dari seorang pembaca yang berbunyi “Diharap pihak kerajaan tidak masuk campur berkenaan isu yoga kerana ia telah wujud bertahun lamanya dan tiada unsur memaksa sesiapa mengamalkannya. –MAN SABAH-”




Sebagai balasan, SMS aku berbunyi sebegini: “Kepada Man Sabah, tidak wujud soal 'terpulang kepada selera sendiri’ bila berbicara soal agama. Seperti terlewatnya fatwa yoga dikeluarkan sebagaimana yang anda dakwa, begitu jugalah terlewatnya anda menyedari bahawa agama Islam itu sebenarnya berlandaskan syarak dan fatwa. –PEMANTAU KAJANG-

Heheh! Keje nak carik pasal je aku neh…



Segmen ‘Joke Kopi-Pasta pilihan’ minggu ini:


Fill the blanks below with ‘Yes’ or ‘No’.

___, I don’t have a brain.

Who said English were easy?



Bagaimana dengan Bahasa Melayu pula?


Isikan tempat kosong dengan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’

___, saya belum mandi lagi hari ini.



Hah… menjawab laa ngko!



~SMS Kristal atau SMS Dangdut?~

27.11.08

HIKAYAT BUJANG SENANG : Tips Untuk Anda, Wahai Sang Lelaki!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Ketika di bulan puasa yang lepas (ketika syaitan masih terikat kemas), aku mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah buku berjudul HIKAYAT BUJANG SENANG yang akan memaparkan selok belok kelahiran seorang lagenda terkenal bergelar Buaya Sepanjang Zaman.


Sebenarnya idea ini telah timbul lama dengan versi asalnya menampilkan seorang watak utama serta 3 watak pembantu lelaki di samping seorang heroin pujaan hati. Namun atas dasar komplikasi penulisan novel yang dianggarkan melebihi 200 mukasurat, hajat ini terpaksa aku tangguhkan. Apatah lagi research yang perlu dilakukan dalam menjayakan projek kecil ini dilihat impossible sekali memandangkan aku tiada pengalaman dalam arena buaya darat. Aku kan suci; dajal suci yang keji!


Yang mana akhirnya aku berpendapat adalah lebih praktikal untuk aku hasilkan sebuah kitab panduan diri berdasarkan konsep buaya yang aku ingin ketengahkan ini. Bagi mereka yang sedang terangkat keningnya setinggi-tinggi, aku ingin nyatakan; tidak, ini bukan tips untuk merosakkan kaum hawa. Tapi ia lebih bersifat ala-ala buku tips bagaimana untuk menghargai cinta seperti yang sedang berlambak di pasaran; cuma apabila ia dicoretkan oleh insan bergelar Akeji Hiroshi, sudah tentulah tajuknya perlu menepati imej diri.


Namun, sekiranya bukan dalam bentuk novel sekalipun, hakikatnya penghasilan buku ini tetap memakan masa. Idea masih mencurah-curah, cuma masanya sahaja yang tiada. Bagaimanapun, sebagai teaser untuk para pembaca, aku tampilkan sedikit sedutan dari Fasal 8 buku ini yang bertajuk : Peribahasa Sang Buaya.



  1. Kalau ekor panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

  2. Sedikit-sedikit lama-lama boleh sakit

  3. Melentur ekor, biarlah dari hujungnya

  4. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama semakin menjadi

  5. Kalau tak dipecahkan tabung, manakan dapat duit jolinya.

  6. Bersatu kita membazir, bercerai kita ada spare.

  7. Sepandai-pandai buaya membaham, ke jinjang pelamin jua akhirnya

  8. Bagai buaya dengan bayang-bayang.

  9. Kalau takut dilambung ombak, teruslah berenang di sungai sahaja.

  10. Air yang tenang jangan disangka tiada Bujang Senang

  11. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu nak langgar juga.

  12. Buat jahat berpada-pada, buat baik jangan sekali je.

  13. Tuah ayam nampak di kaki, tuah buaya nampak di gigi.

  14. Di mana ada kemahuan, di situ ada umpan.

  15. Ber-scuba diving ke hulu, berenang-renang ke tepian; biar settle pancing dahulu, baru terkam habis-habisan.



Ada banyak lagi Fasal-Fasal dalam buku ini yang kebanyakannya macam nak carik fasal je. Tapi… tak, niat aku murni sebenarnya. Haa, apa? Kenapa ‘murni’? Sebab aku rasa aku ni seorang yang baik hati dan berbudi pekerti tinggi. Tak perlukan penjelasan lanjut lagi.


Bagaimanapun, melihatkan skala kemalasan aku yang semakin menjadi-jadi kian hari, menjadikan buku ini tak mungkin sempat disiapkan menjelang akhir tahun ini. Tapi takpe, aku telah banyak menyediakan wacana untuk anda semua termasuklah perihal tentang nama domain blog aku yang boleh dilihat di atas skrin anda itu.


Cik Rynark pernah bertanya,


“Apa signifikannya nombor ’09?”


Aku menjawab,


“Ia ada kaitan rapat dengan nama Ascorp itu.”


Lalu beliau menyambung,


“Habis tu apa pulak menatang si ‘Ascorp’ tu?”


Aku sambung jawab,


“Maksud dia hanya akan didedahkan setelah tahun ’09 tiba nanti.”


“Ceh!!!”


Hehe, boleh je kalau aku nak bukak cerita sekarang. Tapi memandangkan aku seorang yang agak superstitious dalam beberapa perkara tertentu; aku anggap perkara ni sebagai taboo untuk melanggar janji yang aku buat pada diri sendiri yang telah terpateri sejak 8 tahun yang lepas. Maka tunggu je lah entri di bulan Januari nanti ye…




~Bujang Bin Senang, Eirin Natasya Abdul Rani, Syed Idrus Bin Syed Hilmy, Nasarudin Al-Haqeem, Muzaffar Dato’ Mustapha… Terer sungguh aku reka nama, huhu~

23.11.08

Tipah Tertipu Tertipu Tipu Tertipah

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Arakian hendaklah dihikayatkan akan sebuah cerita rekaan tentang Boboy, Joyah dan Tipah sekalian. Adapun mereka bertiga ini bersahabat baik laksana pasangan trio (Datuk) Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee dan Kajol dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.


Tidak hingin ku meniru skrip karya orang lain, maka aku coretkan sendiri plot-plot dramatik yang aku fikirkan sesuai untuk dijadikan cerita teladan di sini.


Tipah ini, orangnya amat berbeda dengan Tipah The Vogue yang aku kenali (eleh, macam laa aku kenal sangat pun!). Berbeda, cukup berbeda! Bagai langit dengan bumi. Bagai hidung dengan gigi. Bagai plywood dengan besi.


Orangnya simple sahaja. Tiada rupa, tiada budi bahasa (seperti yang selayaknya yang patut ada). Namun tuah tetap menyebelahinya kerana dianugerah harta berganda-ganda serta jejaka idaman yang setia di sisinya.


Boboy pula (si jejaka idaman Malaya), walaupun memiliki nama ala-ala budak belum akil baligh, namun tiada siapa yang mampu menafikan nilai komersialisme beliau sebagai lelaki yang didambakan setiap wanita yang ada perasaan. Dengan keletah manjanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan wanita-wanita di sekeliling jadi meroyan. (Uwekkk!)


Alkisah Joyah (sori wan ~nenek~, pinjam nama wan kejap!) merupakan gadis lincah dan berprofil tinggi dalam bidang pencapaian akademik beliau. Seorang yang berdisplin tinggi dan terkenal dengan karisma serta integriti beliau tersendiri. Cantik rupawan, namun cukup ‘liat untuk dimakan’. Mungkin kerana ego ataupun sekadar kenaifan diri yang belum terbuka hati untuk menerima lamaran dari insan bergelar lelaki.


Diberitakan kisah oleh si Tipah yang mahu memasuk minang Encik Boboy supaya segera dapat dijadikan suami. Seantero dunialah mengetahui jejaka berperangai geli itu kini sudah ditawan Cik Tipah bestari. Ramailah para wanita mahupun gadis bawah umur mengibarkan bendera putih tanda mengundur diri. Al-maklumlah, Boboy punya calon isteri memiliki wang berguni-guni! Siapa je yang boleh celen walaupun ada berani?


Boboy The Geli kini menghitung hari untuk menumpang harta sang bini, namun satu hajat belum tercapai dalam hati. Ingin sekali dia mahu mengajak Cik Joyah keluar makan walaupun hanya sekali.


Diaturkan olehnya satu muslihat, yang penuh dengan perangkap serta jerat. Agar kempunannya setelah menjadi suami orang nanti tidak kan melarat. Diperhalusi seribu janji, disusun seribu ayat, agar Cik Joyah kita nanti, diharapkannya mampu terpikat.


“Seindah bulan purnama terbit di malam hari, hajat saya datang ke mari untuk berbicara dengan Cik Joyah dari hati ke hati,” tergezut benarlah Cik Joyah dengan kehadiran Boboy Geli di hadapan pintu rumahnya satu hari.


“Benarlah rupamu seakan bulan, dipenuhi kawah-kawah di permukaan, tidak ku sangka kamu berani mahu datang bicara di sini tanpa ada sopan,” Cik Joyah mencebik bibirnya yang sexxy. Geli beliau dengan perangai tunangan orang ini.


“Oh, hajatku ini tidak berlapik dengan pelbagai kepalsuan, sebaliknya cuma yang ada hanyalah seribu keikhlasan,” Boboy Geli berhujah lagi.


“Bicaralah, wahai insan yang menjadi pujaan seribu hati,” Cik Joyah mula melembutkan pendekatan.


Ayat demi ayat, surat demi surat, hatta ngorat demi ngorat, akhirnya tersangkutlah Cik Joyah dengan kepakaran Si Boboy memasang pukat. Biarpun Si Tipah dan Si Joyah saling mengenali antara satu samanya, tidak menjadi halangan untuk Si Joyah turut berkongsi bermain cinta. Begitu hebatnya penangan Si Boboy celaka. Berjaya mengaburi hakikat sebenar dari Si Tipah walaupun Tipah sebenarnya tidaklah buta.


Adapun Si Joyah ini sebenarnya tidaklah begitu dengkal orangnya. Beliau sangat mengetahui bahawa Boboy kini tunangan Tipah seadanya. Sekeras-keras hati Si Joyah menolak cinta, akhirnya terperangkap juga dengan dakyah manis seribu bahasa, mainan Si Boboy durjana. Pastinya beliau tak mampu untuk menolak keinginan hatinya untuk menuntun tangan Boboy, jejaka idaman se-Malaya.


Tipah kini berterus-terusan membangga diri, seolah-olah tiada orang yang lebih bertuah daripadanya lagi. Menjadikan dirinya semakin hepi! Tanpa diketahui Si Joyah rupanya telah mencuri kekasih hati.


Di sisi Joyah pula, berita-berita dari Si Tipah yang didengari; semakin membuatkan beliau tidak sedap hati. Lalu beliau memaksa Si Boboy Geli membuat ikrar janji.


“Kiranya aku yang kau dambakan, usah dikau berkahwin dengan Si Tipah meroyan,” ugut Joyah penuh marah.


Boboy di persimpangan. Hendak tinggalkan Si Tipah hartawan, maka nanti apa yang dia nak makan? Lukakan hati Si Joyah rupawan, kelak dia juga yang akan kempunan. Melihatkan Si Boboy termenung tak berkesudahan, Joyah bestari mengusulkan satu cadangan.


“Sekiranya wang ringgit yang menjadi persoalan, kau pastikan Si Tipah serahkan semua harta kekayaan, agar kau dan aku kelak tidak kan selama-lamanya kesusahan,” Joyah tampil dengan idea paling lumayan.


Lalu bertemulah dua pasang mata tunangan ini. Si Boboy memulakan ugutan tanpa berlengah lagi.


“Sekiranya mahukan aku menjadi suamimu, aku mahukan hantaran sejuta ribu,” mendengarkan syarat terbaru, Si Tipah tidak tertunggu-tunggu. Habis digadaikan segala estet, kambing dan lembu. Semata-mata untuk memenuhi permintaan kekasih pujaan kalbu.


Melihatkan wang tunai sebanyak itu, Boboy dan Joyah terus sahaja menyusun plan yang jitu. Tak disangka dengan hanya menggunakan rupa Boboy yang jambu, serta kebijaksanaan Joyah yang perangai macam hantu, akhirnya mereka memiliki harta Si Tipah yang tertipu.


Lantas mereka melarikan diri ke Isketambola, satu-satunya negara yang Si Tipah tak layak memohon visa. Bahagialah mereka berdua pasangan durjana, menetap di sana tanpa sebarang rasa berdosa.


Tipah tertipu. Tipah terkelu. Tipah tak tahu. Apa silap yang telah dilaku? Apakah sifat bangga diri beliau yang akhirnya menjadikan dirinya sebegitu? Mengapakah beliau dilukai oleh orang-orang yang pernah dianggap kawan dahulu?


Apakah kasih sayang Tipah selama ini tiada bererti? Apakah orang cuma berpura menyayangi diri, agar dapat di ambil kesempatan terhadap kekayaan ini? Apakah tiada langsung nilai-nilai dirinya yang boleh orang lain hormati dan pandang tinggi?


Akhirnya Tipah sedar, bahawa kekayaannya selama ini, yang membolehkan dia menjadi ‘somebody’; namun, bila itu telah tiada kini, tinggal apa je lagi?




~Tak kira setebal atau selemak mana pun sang mentimun, bila digilis sang durian, maka hancur berkecailah ia~

19.11.08

BATIQUE’S GULF

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Pada weekends yang lepas, saya bersama-sama dengan beberapa rakan saya telah meluangkan masa berjalan-jalan di Perak Darul Ridzuan.


Ceh, macam karangan laporan budak sekolah pulak dah.


Sebenarnya aku malas nak berjalan jauh-jauh hujung minggu hari tu. Aku dah letih, oke! Baru dua minggu lepas aku melawat kawasan Blue Lagoon di Port Dickson (maaf, tiada gambar ‘blue’ yang boleh dirakam di sana, anda hanya digalakkan mem’bayang’kannya sahaja).


Dan di hujung minggu yang lepas pula, aku ‘diajak-ajak-ayamkan’ untuk menyertai satu ekspedisi ‘Melawat Orang Eksiden Motor’ di Lumut. Of course aku tak tahu-menahu akan hal ini pada awalnya kerana aku menyangkakan orang yang menghantar mesej kat aku mengajak ke Teluk Batik cumalah sekadar kempunan nak merasa mandi air laut.


Berfikir punya berfikir, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak menyertainya dan keputusan itu dibuat pada petang hari Sabtu yang lepas (15 November 2008). Dengan berbekalkan sepersalinan pakaian di tubuh, duit poket sebanyak RM20 cuma, aku terus menghala ke kedai mamak bernama Impian Maju di Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan niat sekadar mahu menonton bola sahaja untuk hari itu.


Tanpa disangka-sangka, gerangan si penghantar mesej tiba di kedai itu dengan membawa seribu harapan agar aku dapat menyertainya juga sambil menggunakan pujukan-pujukan mesra berbunyi seperti “Kalo lu tak ikut, gua shoot muka lu tu karang…”


Setelah diperjelaskan niat sebenar mahu ke Perak; iaitu atas alasan mahu melawat seorang rakan kami, Encik Faiz Pendek yang telah mengalami kemalangan jalanraya seminggu sebelum hari raya, maka aku mengubah keputusan aku untuk melembutkan hati dan meringankan tulang menyertai ekspedisi itu biarpun tanpa persiapan rapi.


Dan sebagai habuan untuk perjalanan jauh dan memenatkan itu, perkara pertama kami lakukan setelah sampai ke negeri Perak adalah mencari pantai Teluk Batik untuk melepaskan lelah.



*Muzium Siput di Teluk Batik



*Ini bukan perkampungan Ayah Pin, oke!



*”Apasal takde gadis pagi-pagi neh? Sesia je laa hajat aku nak ‘memancing di lautan dalam’…”



*Melawat pusara pejuang-pejuang yang telah membunuh J.W.W Birch



*Aksi kelucahan terlampau pasangan bercanda di tepi pantai



*Hubungan ‘rambang’…



*Dah malas nak layan bebudak neh sedang ‘tarik nombor’… “Aku ngantuk ah tak cukup tido! Jangan kaco aku…”


*”Toksahlah dikau meratapi si Ijal yang telah tertanam ini,” kataku pada Encik Nopal.



*”Silau ye bang?”



*Finalis Hero Remaja 2009



*Akhirnya ‘sang penyu’ kembali berenang di lautan…



(16 November 2008 @ Teluk Batik)



Oh ya, pada petangnya pula, kami meneruskan perjalanan kami ke Beruas, Sitiawan untuk melaksanakan hajat asal di hati. Disambut dengan jamuan makan tengahhari (makan free!), dengan tanpa segan silunya aku melantak dua pinggan nasik berlaukkan kari daging dan ikan tenggiri di rumah Encik Faiz.


Diberitakan bahawa kaki beliau yang pernah patah setahun lepas telah kembali cedera lalu memaksa para doktor yang bijaksana meletakkan besi ‘aerial’ di pangkal peha. Ingin sekali ku mengambil gambarnya tapi takut kalian tak boleh tidur malam pula.


Dan oleh itu, saya ingin memberikan nasihat berikut, “KALO KO DAH TAU KO TU NGANTUK, LETIH BARU LEPAS MAIN FUTSAL, TOKSAHLAH NAK GADAI NYAWA NAIK MOTOR DARI BANGI KE BERUAS BIARPON DAN TAK SABAR-SABAR NAK SAMBUT RAYA! LENKALI NAIK BAS!”


~Kat Genting takde air laut… Hehe~