29.12.11

NEPSU

Nepsu itu perlu.

Jangan kamu kata tak perlu.

Jangan kamu kata “Kenapa tuhan bagi aku nepsu tapi banyak pulak pantang larang dosanya? Huh!” Na’uzubillah.

Tanpa nepsu, kamu tidak akan ada kemahuan untuk buat perkara asas even seperti makan sekalipun.

Tanpa nepsu, kamu tidak akan ada kemahuan untuk berkahwin dan menambahkan zuriat a.k.a penghuni syurga.

Tanpa nepsu, kamu tidak akan ada keinginan untuk berjaya dalam hidup dan di atas dunia.

Walaupun perkara-perkara berkaitan nepsu ini ada keburukan tersendiri sehinggakan ramai yang menyebut “Usah menurut nepsu,” namun, ia tetap ada keperluan tertentu.

Dalam Islam, perkara utama yang paling aku paham adalah konsep bersederhana. Bersederhana di sini bukan bermaksud mediocre yang lebih bersifat ordinary tetapi lebih kepada maksud prinsip balance atau keseimbangan.

Di negara omputeh contohnya, ada golongan vegetarian dan ada golongan meat-eaters. Golongan vegetarian langsung tak makan daging manakala golongan meat-eaters main belasah semuanya termasuk babi dan haiwan yang tidak disembelih (bangkai) dan pemakan daging.

Dalam Islam, semua dibenarkan malah digalakkan memakan daging tetapi ada syarat-syarat tertentu. Kerana daging membekalkan diet yang seimbang asalkan kita tidak melebih-lebih dalam volume pemakanan kita serta mementingkan kualiti zat yang dibekalkan itu.

Begitu juga halnya dengan perkahwinan. Juga perlukan keseimbangan. Dengan keseimbangan inilah dapat mengukuhkan alam perkahwinan.

Apatah lagi cinta kita sesama manusia agak kabur pada garisan nafsu.

Contohnya, kita cintakan Allah kerana keagungan-Nya. Kita bernafsu untuk merebut segala pahala yang boleh kita kecap supaya mendapat jaminan masuk syurga.

Seorang lelaki (kebiasaannya) mencintai perempuan kerana kelembutan (peribadi)nya. Seorang lelaki bernafsu kepada perempuan juga kerana kelembutan (kulit)nya. Itu contoh. Ada banyak lagi contoh yang lain tapi takut lari topik lak sat lagi.

Tanpa adanya keseimbangan ini dalam institusi perkahwinan, maka mulalah kita terlalu mengagung-agungkan cinta sesama manusia sehingga mengharamkan poligami tetapi menghalalkan pula same-sex marriage. Kerana mereka berkahwin atas tujuan cinta dan bukannya atas dasar cinta serta mahukan anak.

Dalam soal harta pula, kita disuruh mencari rezeki yang melimpah ruah di bumi ini. Tiada limit harta yang boleh kita kumpul asalkan melalui cara yang halal dan tidak abaikan zakat.

Namun dalam dunia kapitalisma, segala-galanya boleh. Melanggar undang-undang ciptaan manusia juga boleh asalkan keuntungan yang bakal diperolehi nanti cukup untuk membayar upah peguam handalan dunia.

Ramai yang cakap Islam as the way of life. Tapi ramai juga yang menganggap ini sebagai cliché kerana hanya memandang dari sudut ibadah rutin semata-mata. Jangan pandang ibadah sebagai satu aktiviti sampingan. Anggaplah hidup itu sendiri sebagai satu ibadah.

Aku nampaknya memang memandai-mandai dalam berkhutbah. Tetapi aku berkhutbah sebenarnya untuk diri aku. Kamu yang terbaca ini, aku anggap sebagai tidak sengaja sahaja. Heh. :P

Ye, nepsu itu sememangnya perlu. Tambah-tambah lagi malam neh pulak malam Jumaat.

28.12.11

“DIAM LAA JAI!”

Masih ada lagi kenalan-kenalan aku di internet yang bertanya “Eh Jai, ko kalo kat luar mesti kuat membebel kan? Asyik nak bercerita je manjang. Haha.”

Sebenarnya, ya dan tidak. Ya, aku suka membebel biarpun tanpa isi. Tidak, aku tak banyak bunyik kalo kat luar sebab tade sape yang nak dengar.

Kalo nampak aku macam tengah banyak bunyik pun, itu disebabkan ada insan-insan malang yang terpengaruh nak dengar bebelan dari aku. Biasanya ia berlaku sekali seumur hidup bagi setiap orang. Sebab setelah mereka bagi can kat aku untuk membebel for the first time, dorang akan berkata “ish, nyesal lak aku ajak mamat neh borak.” Kah kah. Okeh, agak terlalu extreme statement itu mungkin.

Biasanya aku akan cuba juga untuk bercerita, tapi bila masing-masing dah buat hal memasing, aku akan berkata sendirian “Ehh? Ohh, okay…” lalu sambung bermain henset.

Dalam internet, yes, aku memang tiada batasan untuk menaip apa-apa yang aku suka. Dan mereka-mereka boleh pilih untuk tidak membaca. Dan aku tidak akan tahu. Dan aku berasa gembira kerana menganggap apa saja yang aku fikirkan, sudah aku luahkan.

Seumpama terapi minda, gamaknya.

:)

"A penny for my thoughts, oh no, I'll sell 'em for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'..."

27.12.11

PEMENTASAN DHUNIYAAA…

Pagi semalam layan jap MTV World Stage 2011 kat channel Astro Fiesta yang dirakamkan di i-City Shah Alam tak lama dulu.

First act adalah milik Pop Shuvit, disusuli dengan Neon Trees yang mana aku tatau pun ada fanbase dekat Malaysia neh. Persembahan perdana dan penutup dikuasai oleh Jared Leto bersama 30 Second To Mars selaku wakil retis bertahap antarabangsa.

Aku tak layan Neon Trees (tukar channel lain) dan aku cuba melayan 30 Second To Mars tapi kelakarnya haram takde satu lagu pun yang diorang bawak malam itu yang aku kenal. Entah, bagi aku dorang tahap The All American Rejects dan lain-lain je. Sedap untuk didengar sekali sekala kat radio tetapi tidak sampai tahap untuk membeli album mahupun mendownload dekat 4shared. :P

Tapi yang aku nak ceritakan hari ini adalah berkenaan Pop Shuvit, band tempatan yang sudah berpengalaman. Rasanya ramai yang kenal band ini dan mereka ada haters dan sebagainya. Tapi aku sendiri sebenarnya kagum jugak dengan susunan lirik dan komposisi muzik mereka walaupun ada part-part tertentu yang ditafsirkan oleh halwa telinga aku sebagai agak corny serta sedikit overkill.

Okeh, they’re not the best band in the country, but they’re something.

Cuma, dalam showcase yang aku tonton malam tadi, ada satu part di mana vokalis dia sebut “Come on, Kuala Lumpur!”

Aku jadi cam terkesima jap.”Eh wait, korang bukan kat Shah Alam ke?” Even nak kata Kuala Lumpur part of Selangor pun sudah macam tak kena sebab Kuala Lumpur dah jadi Wilayah Persekutuan terus di bawah pengurusan kerajaan pusat.

“Ala, kecoh laa ko Jai. Kuala Lumpur kan capital city of Malaysia. MTV neh pulak bertaraf global. Maka bila sebut Kuala Lumpur secara tak langsungnya orang akan mengaitkannya dengan Malaysia jugak. Bunguk mu neh,” bisik suara sumbang itu yang berlegar-legar dalam kepala aku.

Okeh fine. Nak menang jugak ye? Bagilah. Hambek.

Cuma satu je aku nak cakap.

Kalau ada performers tak kira dari negara mana pun membuat konsert tour kat New York ke sebagai contohnya, rasa-rasanya ada tak mereka sebut, “Let’s hear it Washingtonnnnnn!!! Scream for me!”

Takde. Kenapa? Because it don’t. Make. Any. Sense. At all. Full stop.

Kenapa ramai yang suka nak membekap tanpa pikir panjang? Refleks ehh? Rasa terpanggil untukmenyampuk ehh?

18.12.11

DAN SEBENARNYA

Terkadang, sifat manusia itu didorong perasaan malu untuk berterus-terang.

Tapi, seronok juga bila dapat menguji perasaan manusia neh.

“Sebenarnya… sebenarnya…”


“Sebenarnya apa?”


“Tak ada apa lah.”


“Baik awak bagitahu.”


“Belum masanya.”


“Baik awak bagitahu sekarang.”

Dan apabila soalan atau pernyataan itu melangkaui jangkaan si ‘mangsa’, ekspresi muka mahupun respon spontan mereka is priceless. It's like, "Whoa! Wait a minute!"

It’s not about having what you want, but it’s about memikirkan apa kesan kehendak kita itu terhadap orang lain di sekeliling kita.

Damn, I should study psychology.