Ayat baru lagi. Adehhh…
Aku teringat yang aku pernah tinggalkan komen kat salah sorang blogger (aku tak ingat sapa) tentang aku dan toilet. Ye, toilet telah menjadi tempat pemberi ilham yang paling kerap untuk aku menulis di blog ini. Kadangkala atas motor, kadang-kadang tengah menonton TV, kadang-kadang tengah makan pun boleh dapat ilham jugak. Walaupun kebanyakannya merapu-rapu je sebenarnya.
Tapi bila aku dapat ilham-ilham ini, aku akan segera mencapai aplikasi MS Word yang terdekat; tak kira laa PC ke laptop ke. Dan aku akan mula menaip tajuk supaya aku tak lupa hala tuju jalan cerita. Dari situ, aku akan mula membebel sorang-sorang menerusi penaipan di atas keyboard (gila pe mulut aku nak pok pek sorang-sorang pulak) sehingga siap 2 atau 3 page.
Tak kira laa sekiranya berlaku salah ejaan, ataupun ada auto-correct option (selalunya MS Word akan mengubah sendiri ejaan yang dirasakan salah dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh sensitif akan automatik menjadi sensitive dan automatik pula akan jadi automatic – haha!) tapi aku tetap jua akan terus menaip kerana aku sendiri selalunya akan menggunakan short-form. Perkataan ‘yang’ akan menjadi yg, ‘bagi’ akan menjadi bg dan sebagainya.
Setelah proses ini selesai, dan aku pun berpendapat adanya kewajaran untuk dipublish di blog ini; maka aku akan melakukan beberapa kali proses review untuk membetulkan semula kesalahan ejaan atau penambahan tatabahasa yang sesuai. Sebagai contoh ayat sebegini :
Korang nak tau x, semlm kan, aku kan, main futsal ngan member2 aku siottt…
Akan berubah menjadi :
Kalau korang nak tau, semalam aku main futsal dengan member…
Lalu begini :
Sekiranya anda ingin tahu, semalam aku telah dipermainkan oleh futsal bersama rakan-rakanku.
Sehingga akhirnya ia berubah menjadi begini :
Sekiranya anda ingin mengetahui perkara sebenar, bahawasanya semalam aku telahpun bermain permainan futsal bersama sahabat handai yang terdekat.
Maka setelah aku pun berpuas hati lalu aku transferkanlah ia ke blogspot. (kopi-pasta je, bukan susah pun)
Pemilihan tajuk juga amat penting. Sebagai contoh sekiranya aku sedang menyentuh satu isu berkaitan makan, aku takkan menggunakan tajuk yang begitu obvious seperti ‘Melantak’ atau ‘Mentekedarah’ tapi aku akan gunakan istilah lain yang langsung takde bunyi macam makan tapi masih berkaitan dengan topik yang aku bincangkan. Contohnya ‘Nakam Itu Tidak Bermaksud Apa-Apa Kecuali Dibaca Secara Terbalik’ atau ‘Ususku Kini Telah Berteman’.
Kemudian aku akan pastikan mukadimah penulisan akan menghurai terlebih dahulu perihal tajuk supaya tiada siapa yang akan muntah-muntah akibat pening nak memahami apa yang aku cuba nak tuliskan, kemudian aku akan terus masukkan isi. Hujah punya hujah, debat punya debat, dan ia akan diakhiri dengan satu absolution dari pandangan peribadi aku ataupun question untuk dihurai para pembaca sekalian.
Begitulah proses dari aku mendapat ilham sehinggalah ia diabdikan dalam blog.
“Ada sesapa yang bertanya ke Jai?”
“Err… Takde. Hahahahehehehuhahuhehihihi…”
Oh ye, beginilah rupa entri aku bila aku berdepan masalah writer’s block… (lagi sekali?)
Sekian.
Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding
Cari Pasangan Hidup
-
Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan
pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu
menc...
12 hours ago
6 KoMen:
siyes mr jai.... siyes.. x paham....
pernah alami permasalahan yang sama...kdg2 leh gelak sendiri dorh!!hahaha
kdg2 bila kita guna google translation..lagi haru...
yoo hoooo....
wazzap, wazzap..??
well, tajuk entri mmg impoten supaya jd tarikan org2 yg blogwalking..
and.. klu bleh jgn la type sume bnda dlm satu paraghraph.. ko perasan tak stgh blog diorg buh cite satu paraghraph je. hoho. dah la sume same je kaler.. gilo.
jai, pening lah.
nama die rain : eh, siyes ke neh rain?
dekboy : keh keh... ko mengenangkan aku pada kisah lama mase aku mula2 mengkaji blogspot neh...
inas : err, sila gunakan istilah 'impoten' tu dgn lebih berhati2 key... isu sensitip tu. wakakaka...
tapi mmg btol laa. nak tegur takleh pulak. blog dorang kan, suke ati dorang laa...
ain : alololo... dah mamam ubat? picit2 laa kepala tu sikit yang... (yg tetiba ko menggatal neh apehal jai?!)
keh keh... sebagaimana peningnya kamu nak memahami, pening lagi aku nak menulis topik takde poin neh...
:p
wah fenin2. nsib baik ada minyak angin cap kapak :P
Post a Comment