Pernah aku berbicara tentang kedai makan dalam entri ini. Tapi ketika itu pemfokusan diberi kepada kedai mamak walaupun ada jugak menyentuh tentang kedai melayu.
Hari ini aku nak fokuskan mengenai isu harga di kedai melayu.
Kalau dari segi rasa, tak ada apa yang pelik kerana restoran melayu menyajikan hidangan resipi yang kita memang dah biasa makan ketika membesar dulu. Antara sedap dan tak sedap; tak timbul soal ada selera atau tak ada selera.
Di Cyberjaya ini umpamanya, sukar untuk mencari restoran melayu (bukan gerai ye) kerana aku percaya kos sewa kedai di sini sangat mahal. Yang ada banyak pun cuma kedai mamak dan beberapa siri francais. Restoran berkonsepkan middle-eastern dan African-based juga banyak kedapatan.
Yang ada kedai melayu (yang aku tau) cuma satu. Sedapnya ala-ala biasa je. Mungkin restoran Kasih Bonde lebih menyengat dari segi membangkit selera tetapi selagi Kak Wos masih berkira-kira tak mau belanja, selagi itu aku tidak akan dapat merasa dan membandingkannya (statement ada makna neh).
Resmi kedai melayu; harga adalah isu paling sensitif yang sering diutarakan. “Ayam dengan sayur dah RM4.00?”, “Teh ais tawar camni dia cas RM1.40?” bermacam lagi komplen lain kedengaran di ruang udara mereka-mereka yang suka mengumpat tanpa mengira tempat.
Secara jujurnya, aku sangat bersyukur sebab ada jugak kedai melayu di sini. Ini kerana aku memang dah terbiasa makan nasi berlauk di tengahhari. Kalau setakat bagi mee goreng atau roti bakar, sori laa gua nak kenyang.
Dan pengalaman makan nasi kandar di kedai mamak sememangnya sesuatu yang amat memeritkan nurani kewangan aku. Ayam je dah RM4.00. Belum campur nasi, belum campur kalau mintak tambah papadom, kuah lebih dah sebagainya.
Namun dengan harga makanan di kedai melayu yang masih di taraf berpatutan atau mampu-beli itu, segelintir besar pengunjung masih mengamalkan konsep bertawar harga. Mungkin ini sudah jadi tradisi atau darah turun temurun dari dulukala, tapi yang herannya golongan ini juga bukannya tak pernah makan Kepsi, Keni Rojes mahupun Cilis. Adakah mereka memandang kuno pada kedai yang menyajikan resepi masakan melayu? Mungkin mereka berkata dalam hati “Alah, masakan kat rumah aku lagi sedap. Ada hati nak jual mahal-mahal pulak…”
Pertamanya kita memang tahu margin keuntungan meniaga makanan yang secara purata boleh aku katakan modal adalah 1/3 atau 1/4 dari keuntungan kasar. Keduanya kita perlu sedar tahap competitiveness sama ada berkadar hebat (selalunya di food court yang mengumpulkan beberapa peniaga menjual menu yang sama) ataupun monopolize (seperti dalam kes kedai di Cyberjaya tadi) yang akan menentukan harga pasaran. Ketiga kita kena fikir kehendak pasaran atau lebih sesuai digelar selera tekak kita nak menu makanan yang bagaimana. Setelah perkara ini difahami dan dijelasi, kita diminta untuk membuat pilihan tepat dalam melaburkan wang demi mengisi perut yang semakin ke depan dari hari ke hari.
Oleh itu, tak perlu laa nak banyak komplen. Adat orang meniaga, kalau jujur perilakunya, tak mustahil terdetik hati kita untuk berkunjung ke sana lagi. Aku pernah terjumpa restoran yang kekurangan syiling 10 sen untuk duit baki aku. Telah aku katakan “saya kira halal laa makcik” tetapi dengan seribu daya beliau meminta aku menunggu duit pecah yang ditukar di kedai sebelah. Aku juga pernah bertemu tokey kedai yang menggenapkan jumlah bayaran seandainya aku membayar hidangan untuk 3 orang atau lebih. Ada bermacam cara dan timbangrasa bila berurusan dengan golongan peniaga melayu ini.
Cuba anda minta tawar-menawar di Mekdi, ada berani?
Bila hari ini kita mempertikai atau tak puas hati, esok hari kelak ada yang turut sama menyertai kita dalam mencaci, memaki atau mengeji. Permasalahannya kita tidak akan tahu isi hati orang lain samada mereka benar-benar ikhlas mahu menegakkan keadilan atau sekadar dengki dan iri hati. Maka muncullah bual bicara para-para saksi mata-mata gelap mengatakan sipolan ini memakai pelaris, sipolan itu memasang jin dan sebagainya. Sedangkan isu asal cumalah harga! Lanjutan dari itu anda sendiri boleh meneka apabila khidmat kiriman santau ekspress mula dilanggani pihak-pihak yang tak berakal ini.
Seorang sahabat aku juga meniaga makanan. Mendengarkan dia juga pernah mengeluh mengenai soal harga, menjadikan aku sedikit kehairanan kerana aku tahu makanan yang beliau jual sememangnya telah/perlu/terpaksa ditetapkan dengan harga murah. “Dah kalau dia ambil lebih, aku cas lebih laa. Takkan ambik sayur separuh dari nasi nak kira harga sama macam orang lain pulak?” betul jugak komen beliau itu. Mereka bukan pemborong yang menjual secara pukal di mana siapa yang membeli paling banyak dia lah juara untuk mendapat diskaun. Hakikatnya harga ini subjektif mengikut nafsu makan kita. Nak merasa makan banyak, bayar laa lebih. Yang kenyang kita jugak. Tapi kalau dapat harga murah, rezeki jangan pula ditolak. Sapu je…
Pelik kan bila terdapat banyak perkara yang boleh dibebelkan dalam topik kedai/restoran melayu? Selekeh sangatkah mereka hanya semata-mata kerana tidak mengenakan government tax sebanyak 5 peratus itu?
Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding
Cari Pasangan Hidup
-
Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan
pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu
menc...
12 hours ago
3 KoMen:
pegi putrajaya buat pasport kaklang haritu, ada gerai ah pek dan ah mamak jer... mintak chicken chop, tapi rasanya dia bagi tepung chop and a little bit of chicken marinated in overcooked tepung with a few thin fries and some sauce and mayonas, mayones, errr.. mayonis?
bluweks
eh! salam aidiladha :)
maksu : cam makan cekodok! ye, salam juga.
epal : try laa kalo berani. hak hak!
Post a Comment