Aku pasti ramai di antara kamu yang sudah bertahun ber-blogging sebelum aku.
Tapi bagi aku, blogger bertaraf otai tetap adalah Cik Tyra pujaan hatiku. Kerana beliau laa yang memperkenalkan aku dengan konsep blogging ini. Dari takde idea tatau nak tulis apa, sehinggalah aku menjadi seorang yang terlalu banyak-bunyik seperti sekarang ini. Sampaikan kadang-kadang korang sendiri naik menyampah nak baca penulisan aku yang meleret-leret dan memeningkan kepala (aku tau tu! :P).
Tambahan, Cik Tyra kita masih lagi mengekalkan format blognya yang lama seperti masa aku mula-mula tergerak hati nak jengah ke Tyrexiadillema satu ketika dulu (rasanya laa kot. Ko penah tukar layout ke Tyra oi?). Hasil penulisannya masih kreatif. Ringkas, kadangkala sengal, kadangkala sarcastic, tapi selalunya banyak memberi renungan buat diri aku sendiri.
Pemilihan gambar-gambar beliau juga menarik dan berkualiti; dalam bentuk seninya yang tersendiri. Beliau tidak fokus pada widget yang melampau (seperti blog aku) tapi setiap isi entri beliau amat dinanti-nantikan oleh peminat setianya. (cewah, puji lelebih neh macam nak mintak belanja makan je)
Dalam arena blogging neh, satu perkara yang aku faham adalah apabila kita diberi ruang kita sendiri untuk bercerita mengenai apa-apa yang kita suka. Kadang-kadang kita nak jadikan ia satu cerita teladan buat orang lain, kadang-kadang kita cuma nak cerita apa menu makanan kita hari itu. Aku sendiri pernah bercerita tentang perihal aku makan megi (ceh!).
Hakikatnya, kita sendiri harus bertanggungjawab terhadap setiap pandangan kita. Tak susah pun, kalau tahap keyakinan kita terhadap diri sudah cukup menebal untuk mengatakan ‘aku tidak akan mengajak orang lain ke jalan kejahatan, jauh lagi mahu menganiaya orang dalam apa bentuk sekalipun’. Bila sudah ada prinsip itu, maka kita bebas untuk acukan bentuk penulisan kita mengikut sesedap rasa dan sesedap mata memandang buat para pembaca samada yang dijemput mahupun yang terserempak dengan blog kita.
Tetapi melihatkan fenomena dunia politik dan hiburan, nampaknya sudut ruangan blog ini acapkali digunakan untuk tujuan mencaci orang dan berbalas-balas fitnahan. Dari blog Raja Petra yang sentiasa penuh dengan cerita sensasi mengenai petualangan kerajaan, sehingga laa ke blog Azwan Ali yang selamba panggil orang babi. Malah blog Tun Mahathir sendiri pun menjadi medan perang apabila Chedet tidak berpuashati dengan pengkomentar yang menghentam kredibiliti beliau sehingga beliau mendedikasikan entri untuk menghentam kembali mereka yang berkenaan. Yang mana akhirnya tiada kesudahan kerana masing-masing ada pendirian masing-masing dan tidak mudah untuk berkata, “Betul jugak kata kamu tu. Baiklah, saya salah. Saya mengaku dan saya minta maaf.”
Kalau itu dalam konteks yang besar; yang kecil-kecil seperti ikan bilis ini juga tidak terlepas dari merasa tempiasnya. Acapkali sudah aku melihat ‘peperangan maya’ yang berlangsung di antara bloggers (zaman dulu selalunya berperang dalam chatroom je) yang aku kenali. Sampaikan ada yang terpaksa membawa diri ke sudut terpencil (keh keh, sila jangan terasa kak!)
Kenapa perlunya peperangan ini? Peperangan itu tak pernah bersih. Peperangan itu sentiasa kotor (macam pernah dengar je ayat neh kan?). Kenapa pendamaian itu tidak menjadi hala tuju utama yang dicari oleh kita? Jika anda masih ingat (atau memang tau sejarah), kerajaan Islam Uthmaniyyah juga cintakan kedamaian apabila membenarkan puak yahudi bermaustatin di Palestin (yes, I’m being sarcastic). Yang tidak cintakan kedamaian adalah puak yahudi yang mahukan sebahagian tanah di Palestin untuk menjadi negara mereka sendiri. Malah, mereka pula menyerang ketika bulan Ramadhan di waktu pejuang Islam ditegah untuk berperang agar dapat mengawal hawa nafsu supaya peperangan itu tidak akan tercalar dengan sebarang kekotoran hasil sifat lemah manusia. Jadi, mereka yang tidak cintakan kedamaian bolehlah dianggap seperti yahudi. Mak aih, melampau-lampau provokasi aku neh!
Aku suka apabila Zulkifli Noordin berdamai dengan Siva setelah Anwar Ibrahim menjadi orang tengah kerana bagi beliau, tiada guna berperang hingga ke titisan darah yang terakhir andaikata ada jalan lebih baik untuk menyelesaikan pertelingkahan.
Bukan apa. Manusia yang telah dianiaya, seterusnya merelevankan pembalasan penganiayaan tersebut, dikhuatiri akan menghasilkan masyarakat yang sebegini. (Sori ekk Naz, aku letak link tak minta izin. Sila claim royalti berpatutan di kemudian hari) Hasilnya yang tinggal cuma merana tak sudah. Sehinggalah setiap genap lapisan masyarakat sudah membenci di antara satu sama lain. Ketika itu barulah Islam itu sendiri (bermaksud Damai) hanya tinggal pada nama.
Sama-samalah kita renungi jati diri sendiri agar generasi akan datang tidak terikut-ikut pembawakan kita yang tidak elok ini.
~Love Peace, No War!~
Lebih 30% Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding
Cari Pasangan Hidup
-
Melalui laporan Rnggt, sebanyak 34% rakyat Malaysia yang membuat tinjauan
pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu
menc...
12 hours ago
4 KoMen:
iya..iya..kita pun tak suka baca bila blog digunakan untuk memaki/mencerca org lain..kita lebih suka baca blog yang lebih santai/relax..hehehe..
cintakan kedamaian..wah..cam best je ayat tu..memang sume org sukakan kedamaian...tak sukakan perbalahan..kita hanyala ikan bilis yang terpaksa menurut semua kata ikan2 besar..apa lagi yang mampu kita buat...
genarasi akan datang?owhh..kita la tu..hehehe
peperangan bloggers? macam terminator jer bunyiknyer.
suke benor meleret-leret. macam citer lalola!
haha
dekboy : ye, ye, ko memang the next generation bloggers. kecik2 dah pandai buat entri jiwang2.
maksu : Bloggernator kot maksu... err...
ain : lalola yang macam aku... hahaha...
Post a Comment