23.11.09

BERITA ATAU RADIO?

Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku terdengar berita radio di Klasik Nasional (stesen kegemaran mak aku).

Aku memetik siaran tersebut dari laman web http://beritaradio.rtm.gov.my



"Pemberian imbuhan bulanan sebanyak 2-ribu ringgit kepada Johan Qari dan Qariah tilawah AI-Quran Peringkat Antarabangsa bukti keprihatinan kerajaan menegakkan syiar Islam. Bekas Johan Qari 1997, Haji Mohamad Hussin Mohd Yunus berharap, ia dapat memberi galakan kepada golongan muda memartabatkan Al Quran. Beliau berkata demikian kepada Berita Radio R-T-M.

Johan Qari 1985, Haji Noor Din Idris pula mencadangkan supaya bekas Qari dan Qariah dilantik sebagai tenaga pengajar dalam bidang tarranum Al Quran."



Secara tiba-tiba aku merasakan entri 'Snippet' aku menjadi semakin relevan kini. Keh keh. Tak kira laa apa pun orang nak cakap; gimik ke, pancing undi ke apa ke. Bagi aku perkara ini tak perlu dipolitikkan apatah lagi dipolemikkan kerana memang sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Dan apa yang telah dikurniakan seharusnya disyukuri semua pihak terlibat.



"Jai, ko tanak join Akademi Al-Quran ke?"

"Baca tahlil pun aku failed!"



Oh ye, untuk sepanjang dua minggu ini, aku telah ditempatkan di satu lagi kawasan jin bertendang di mana di sini aku mengalami sindrom keputus-putusan sambungan internet yang amat kronik. Jadi mungkin aku sukar nak menjengah blog korang mahupun membalas komen. Tapi aku masih boleh ber-live blogging (old school style) sekadar untuk memenuhkan koleksi posting aku. Lalalala...

Harap maaf dan semoga tidak ada yang menyangka aku menyombong ye...



~Sambung main The Sims~

2 KoMen:

dekboy said...

apa kaitan keprihatian kerajaan dgn imbuhan tu?hahaha

sian tempat jin bertendang..penah jumpa jin ke?hurm...mesti jin tu tak selesa bila kau ada sekali kan..ahaksss

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

entah aku pun tak paham! macam ada pilihanraya laa pulak...

cis, jangan tegur lagi wahai dekboy oi...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?