16.11.09

DUNIA BARU

Saya dengan budak neh memang dah takde jodoh. Dah habis semua senarai janji buaya yang telah saya taburkan pada dia, tapi entah kenapa tetap tak dapat penuhi jugak segala janji-janji manis itu. Dengan penuh keikhlasan saya ingin memohon maaf yang tak terhingga kepada beliau walaupun saya sedar bukan kesalahan saya.

Kepada mereka-mereka yang skeptikal menyangkakan saya ada niat sumbang mahram terhadap beliau, ketahuilah bahawa gadis ini sudah diperbalakkan (tak sesuai nak guna istilah ‘diperbadankan’) oleh seorang jejaka bertuah di negeri pantai timur sana. Jadi sila jangan menyimpan harapan songsang oke? (Sebab tu laa abang malas nak pinjam kereta member, Ryn tau tak?) Beliau cuma/masih/akan menjadi adik saya sahaja, sementelah saya sendiri juga tidak sehensem mana.

Kepada Pokde yang maintain cool sahaja, saya tahu sengsara yang dialami hati dan jiwa apabila terpaksa mengebumikan anak sulung sendiri. Arwah memang pandai menghormati semua orang tak kira tua muda dan banyak berjasa kepada golongan senior dalam keluarga kita. Saya sendiri pun tak boleh celen kemuliaan arwah dan kami pasti tidak akan melupakan sifat beliau yang rajin bersembang, tak kedekut masa dan tenaga dan pandai pula menghormati saya yang lebih tua biarpun cuma setahun jaraknya.

Kepada diri saya sendiri, berbahagialah walaupun diri kamu sedikit sepi kerana hidup ini lebih indah sifatnya jika kamu mementingkan mereka dahulu sebelum diri kamu sendiri. Rajin-rajinkanlah dirimu kerana hari baru, penggal baru dalam usaha kamu mencari rezeki sudah kembali tiba. Ingatlah setebal mana pun cela dan kemungkaran kamu, hakikatnya nyawa kamu tetap berharga bagi mereka-mereka yang menyayangimu. Dan usah meminta yang bukan-bukan selagi kamu tidak memerlukannya.

Dan ye, saya pun sama berasa janggal bila menukar kata ganti diri ini seperti kamu juga.



~Kantoi sebab tak reti/tak belajar baca tahlil. Gila malu nak mampus!~

6 KoMen:

Mak Su said...

tak reti pula nak respon apa-apa sebab nampaknya ajai sedang meluahkan perasaannya, teruskan ajai, itu lebih baik... nanti tentu rasa lega dan boleh proceed with life :)

oh, oh, tahlil yg benarnya mudah, ada beberapa cara, samada depa baca fatihah banyak2 kali, perhaps 10 or 20 kali, kendian baca yasin, kendian baca doa tahlil (selalu ada dalam buku tahlil). or ada gaks baca surah al-ikhlas sebanyak 3 or 4 kali, folo by baca yasin gaks. dun worry, semua orang bermula dgn tak tahu, macam tu jugak maksu :)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

hehe maksu. benda tu mmg mudah. masalahnya cuma saya neh selalunya terpanggil untuk belajar bila keadaan memerlukan je. bab2 lain tu boleh laa saye buat. yassin pun boleh buat sikit2 kalo pakai buku yang ada terjemahan rumi tu. tapi bab tahlil neh tak pernah belajar semenjak dulu sbb jarang pegi tgk org meninggal.

sebelum neh tak berapa kisah sgt tapi skang mula rasa terkilan sbb tak dpt sedekah tahlil kat sedara sendiri (yang saya tau mmg tak kedekut/jahil nak baca tahlil kalo saya pulak yang mati sebelum arwah).

dekboy said...

sekali baca tak paham..
baca kali ke2 baru paham..hehehe

ada 3 cerita dalam 1 entry...

1st...jodoh takde kan..nak wat cam mana...doakan yang terbaik..

2..alfatihah..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..dalam islam ni kita lebih memandang perkara yang positif dari negatif..itu lebih membuatkan kira lebih tenang dan lebih bersifat bersyukur...ajal maut di tangan tuhan...semua dah tertulis..kna redha atas semua..kita semua akan menyusul jugak kan...

3. kdg2 dlm beberapa perkara kita kena pentingkan diri jugak...hehehe..jgn terlalu beralah untuk org lain walau pun dari segi yang lain beralah itu baik...sebab semua itu melibatkan hati dan perasaan..harap sume yang kmu lakukan/fikirkan adalah yang terbaik buat kamu:)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

heheheh. mmg kompius sikit dekboy sbb byk benda baru aku nak ceritakan. tapi malas nak pecah2 sampai 3-4 entri.

nasehat2 kamu sgt lah konkrit dan membuatkan aku bersyukur sbb ko sanggup memikirkan apa yang terbaik untuk aku yang stranger neh. tengkiu!

Mohammad Al-Aiman said...

hish
makin bnyk entri berkait ngan percintaan ni
ko ni nk kene basuh ngan ak ni
jom
ak sental minda ko kt sg.congkak
amacam?

haha
=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?