3.2.10

IPHONE

Aku takde iPhone. Aku cuma boleh berlagak dengan kata-kata “one day, I’ll own one.”

Mereka kelihatan amat cool. Aku suka tengok rekabentuk iPhone. Game-game dan application-nya juga sangat best. Tapi secara peribadinya, aku membenci produk Apple. Mereka sangat konsisten dalam usaha mereka mahu mengsonglap duit pengguna tanpa belas kasihan. Macintosh sebagai contohnya (earlier version) memiliki single vendor untuk spare part yang mana sekiranya kamu mahu membaiki komputer, kamu perlu menghantar set lengkap kepada wakil Apple. Ia juga tidak boleh diupgrade kerana akan ada model baru yang lebih baik akan keluar maka mereka lebih suka jika anda membeli Mac yang baru itu. Ini berdasarkan cerita rakan aku sebab aku sendiri tak pernah mengguna Macintosh malah tak pernah jumpa pun kat Malaysia neh.

Dalam versi iPhone ini pula, sudah 3 version dikeluarkan dalam masa kurang 3 tahun. Why? Sekiranya ia adalah new enhanced model takpe jugak, tapi ia cuma minor upgrade dari model terdahulu.

Secara tak langsung ia mengajar pengguna Apple untuk sentiasa keep up with the new version. Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila iPhone 3GS sekalipun masih tiada secondary camera di bahagian hadapan untuk video call. Pasti mereka sedang merangka penambahan aksesori di masa depan untuk memancing pengguna lama dan baru untuk terus mendapatkan model-model mereka di pasaran.

Tanpa disangka, rupanya jangkaanku menepati sasaran. Baru-baru ini aku menemui berita di web blog mengatakan Apple telah melancarkan Videoconferencing Kit; sebuah aksesori tambahan untuk pengguna iPhone menikmati teknologi video call ini. Aku cukup kagum dengan marketing gimmick mereka mutakhir ini.

Berita selanjutnya anda boleh baca di sini:

http://gizmodo.com/5015395/apple-introduces-iphone-3g-videoconferencing-kit-zomg

Baiklah, untuk mereka yang malas meng-click, aku akan mempamerkan gambar aksesori ini sebagai spoiler-nya.







Dapatkan di pasaran sementara stok masih ada. Sokonglah Apple dan iPhone anda. Tanpa anda, bagaimanalah Apple nak kaya.

Lalalalala…

5 KoMen:

Mak Su said...

maksu suka air epal, gadget2 epal epal ni nanti dulu ler, tunggu paksu punyer duit epf kot..oops! huhuhu

puterikurekure said...

tak mampu la...
huhuhu~

dekboy said...

i phone?
lambang kemewahan ke yek??
huhuhu..

tak mampu lagi nak guna..tpi tak minat juger...besar gedabak dowh!!

'AQILAH said...

mp iphone sangat mendukacitakan.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : mak saya pun suka air epal. :P

saye takde epf. saye ade kumpulan wang simpanan pengemis je. haha...


puteritortoise : same laa kite. huhu.


dekboy : lambang kemewahan tu henset vertu. pi gugel asalkan jangan sakit jantung tgk harga dia.

ko kecik. mmg laa nampak besar gedabak. :P


aqilah : produk apple mmg cenggituh. huhuh.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?