13.7.10

ULAR : SPESIS BINATANG BERLIDAH CABANG

Semalam aku ligat menulis entri. Entri persampahan kot. Ayat nak jiwang karat. Nak cerita masalah jiwa macamlah dunia neh dah tak cukup dengan segala permasalahan sosial, akidah, pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan pelbagai lagi yang kadangkala tak masuk akal bunyinya sedang berlangsung di seluruh dunia 24 jam tanpa henti. Tak percaya sila laa pegi cek portal berita dunia kat internet.

2 entri yang telah discrapkan, akhirnya membawa kepada satu entri akhir yang bertajuk ‘BUAYA TEMBAGA YANG MALU MENUNJUKKAN TARINGNYA’. And I had to say to myself, “Waddefuk Jai, waddefuk?” Adalah lebih baik untuk aku tidak menulis sesuatu yang aku sendiri tatau hujung pangkalnya. Kelak cuma akan kedengaran seperti tin kosong yang galak berbunyi sedangkan isinya hanyalah duit syiling 5 sen sahaja. Sampah semua ini, sampah.

Kalo ye pun nak meluahkan kementalan, kesengalan, kebengongan dan ketidak-senonohan; ini bukanlah tempatnya. Ini adalah blog. Blog awam. Tempat yang cuma sesuai untuk bermain tag.

Haha, okey tak intro? Aku malas nak memulakan bicara dengan mukadimah ‘saya ingin menjawab tag’. Nanti mesti ada yang terangkat-angkat kening sambil kata, “Eh, dulu kan ko bajet cool Jai, kata tanak main tag?”

Sebenarnya neh tag lama. Aku pun tak berminat nak menjawab pada mulanya cuma baru-baru ini ketika aku sedang ligat menyemak kembali senarai playlist winamp aku, aku teringat yang Cik Rynak pernah mengemukakan tag (macam mengemukakan bukti lak) yang agak menarik sebenarnya untuk aku try.

Mudah. First of all you only need to put your winamp player on shuffle mode. For each question presented below, press the next song button on your winamp to get your answer. You must write the song title as the answer to each question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. I found most of them are quite ironic even when I try it just for the first time.

So here we go. My original selected playlist without any modification for the answers.



1. If someone says, “Is this okay?” you say
• Ku Pendam Sebuah Duka – Khadijah Ibrahim
Ajai says : Amboih! Starting je dah terus kuar lagu neh. Penuh ironi lak tuh.


2. How would you describe yourself?
• Ku Cari Penawar Luka – Black Dog Bone
Ajai says : Luka ke? Dalam wallet aku mesti sekurang-kurangnya ada sekeping handiplast yang rupa dah nak hancur. Buat bekap.


3. What do you like in a guy/girl?
• The Show – Lenka
Ajai says : Girls who always like to put on a show for me; or just Lenka will do. :P


4. How do you feel to today?
• Apa Aku Kisah – One Nation Emcees
Ajai says : Damn! Kah kah kah!


5. What is your life’s purpose?
• Sedalam Mana Cintamu – Safura
Ajai says : Well put!


6. What's your motto?
• Bukalah Hatimu – Umbrella
Ajai says : AHHAHAHAHAHA! Mesej paling straight forward untuk semua gadis di luar sana.


7. What do your friends think of you?
• Nur Kasih – Yassin
Ajai says : Kerana wajah aku bercahaya berseri-seri, dan jiwa aku pula begitu mudah mengasihi. Cewah!


8. What do you think of your parents?
• Marilah Ke Mari – Titiek Puspa
Ajai says : No komen. Tapi rasanya kalo bukan sebab mak bapak aku suka pasang Klasik Nasional kat rumah, aku sampai sekarang pun takkan pernah dengar lagu neh kot. Hehe. “Nenek bilang itu berbahaya…”


9. What do you think about very often?
• Cinta Tak Berganti – Siti Nurhaliza
Ajai says : Not so very often laa mangkuk. Opsss…


10. What is 2 + 2?
• Drama King – Meet Uncle Hussain feat. Black
Ajai says : Kat tag macam neh pun boleh nak tanya soalan matematik pulak. Huh, dramatik sungguh.


11. What do you think of your best friend(s)?
• Aku Bukan Untukmu – Zaf & Lah
Ajai says : Heh.


12. What do you think of the person you like?
• Teruskanlah – Agnes Monica
Ajai says : Keep on going bebeh. Even without me beside you. You know you can do it better than me.


13. What is your life story?
• Balqis – Siti Nurhaliza
Ajai says : Woi, aku jantan laa!


14. What do you want to be when you grow up?
• Kucing Hitam – Bittersweet
Ajai says : Kuang kuang kuang.


15. What do you think of when you see the person you like?
• Bicara – Selamat Pagi Gadis
Ajai says : Tapi aku malu untuk berbicara, apatah lagi mengucapkan selamat pagi kepada seorang gadis. Malu-malu kucing hitamlah namanya ni. :P


16. What will you dance to at your wedding?
• Hey Gadis – Samsons
Ajai says : Hahaha, nyempat lagi tuh!


17. What will they play at your funeral?
• Dugaannya – Hujan
Ajai says : Dorang salah pilih track tu. Patutnya ‘Bila Aku Sudah Tiada’. Mengong punya Hujan. Nak nyanyi ikut suka dorang je.


18. What is your biggest fear?
• Blah Blah Blah – Kesha feat. 3OH!3
Ajai says : Takut kena bebel. 


19. What is your biggest secret?
• All About Us – Tatu
Ajai says : Yeah, don’t tell them honey! Or is it ‘honeys’?


20. What will you post this as?
• Ular – Anita Sarawak
Ajai says : Suka cakap berbelit-belit. Now you know me.




I already have fun with myself with this little project. Now why don’t you try it? I’m not gonna name names (even though originally I have to pass this to another 20 person). Come on, who you’re kidding with. This is me laa, Ajai. Heheh.



Next entri please!

12.7.10

FINALLY…

Pernah dengar lagu Finally by Fergie? Sebuah lagu yang agak lari dari genre kebiasaan beliau. Tapi disebabkan suara beliau yang superbly delicious tu, maka dengan selamba gak aku boleh melayan lagu tersebut tanpa segan silu.

Aku tak pasti ia dimuatkan dalam album mana. Samada ia soundtrack sesebuah filem atau sebagainya - lagu yang berirama ala-ala muzik tema broadway itu kedengarannya seperti sebuah cover version (mungkin jugak) dari lagu lama. Ataupun mungkin aku yang sekadar terasa seperti déjà vu tak bertempat kot bila mendengar irama tersebut.

Apa-apa hal pun, itu bukanlah isi kandungan yang ingin aku ceritakan di sini. Aku ingin ceritakan rutin harian aku setiapkali aku baru lepas mandi, sikat rambut dan selisih dengan mak aku kat umah. Dengan penuh bergaya aku akan menanyakan soalan; “Mak, Atan nampak hensem kan hari neh?”

Dan secara rutinnya jugak mak aku akan menjawab, “Eleh, hensem lagi beruk yang bergayut kat pagar luar rumah tu.”

Secara rutinnya lagi sekali, aku akan membalas, “Mak neh pendengki betul. Dengan anak sendiri pun nak jeles lelebih.”

Namun semalam acara rutin tersebut telah dipecahkan tradisinya. Kali ini mak aku tidak cuba-cuba menyamakan aku dengan mana-mana spesis mawas dan/atau yang seangkatan dengannya bila menjawab soalan aku. Semalam, beliau cuma berkata, “Kalo hensem tapi takde orang nak pun tak guna jugak.”

Finally, mak aku mengakui juga akan kehenseman diri aku yang semulajadi ini. Tapinya…



Okeh, malas dah nak cerita hal keluarga rumahtangga tiang seribu neh. Kebetulan pula semalam Final Piala Dunia. Jadi ada baiknya aku membebel je pasal bola, sebab kalo nak disuruh main pun aku bukannya reti sangat.

Belanda menentang Sepang-Nyol. Seperti yang kita semua tahu, refree dari England itu sememangnya telah dibayar berjuta-juta supaya rajin memberi freekick dan kad kuning pada semua pemain semenjak awal minit ke 15 lagi. Eventually, someone will be sent off at the end of the day dan ‘pihak yang teraniaya’ itu tidak boleh banyak komplen kerana refree telah kelihatan seperti ‘adil’. Bijak, bukan?

Sudah, aku dah mula berbunyi seperti berdendam pula tak pasal-pasal. Padahal aku bukan penyokong Belanda pun. Seperti yang beberapa orang ketahui, aku ada 4 pasukan favourite dan 3 daripadanya telah tersingkir. Manakala pasukan keempat adalah Spain. Cuma aku memilih untuk tidak berpartisan pada Final kali ini. Jadi jangan tuduh aku berat sebelah dan bagai-bagai. Kah kah.

Martin Stekelenburg diuji seawal minit ke-5 permainan dan beraksi cemerlang menghadang bola yang aku percaya sepatutnya boleh menghasilkan gol. Berikutnya beliau dibantu beberapa pemain pertahanan dalam mengekalkan clean sheet termasuk menepis bola dari percubaan paling menarik oleh Francesc Fabregas.

Jika Stekelenburg tetiba begitu bermotivasi untuk beraksi cemerlang, Iker Casillas juga apa kurangnya. Robben memiliki 3 percubaan satu lawan satu dan ketiga-tiganya gagal menemui gawang hasil tindakan pantas Casillas yang cukup berpengalaman.

Di bahagian pertahanan pula, Belanda mempertaruhkan John Heitinga dan Mike Tyson (tak reti nak eja nama dia tapi itu laa panggilan dari commentator) berserta kapten tua Gio Van Bronckhorst untuk back-up defender. Heitinga menampilkan aksi mengagumkan seperti ketika aku mula-mula kenal corak permainan beliau di Ajax Amsterdam dulu. Mungkin Everton bukanlah pasukan yang baik untuk beliau beraksi pada tahap sebenar lantas menenggelamkan sedikit namanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Mike Tyson pula (lagi sekali) nampak agak gemuruh, gopoh gapah dan gelojoh sedikit namun masih berjaya meletakkan dirinya di posisi yang tepat pada waktu yang sempat. Okeh, aku akan cuba mengurangkan cubaan untuk membuat ayat berirama lagi selepas ini.

Bronckhorst menampilkan pengalaman luas dalam mengawal pemain Sepang-Nyol yang sedang dalam mode menyerang dengan teknik kuisan mengeluarkan bola penuh skil. Seorang lagi pertahanan muda yang hebat menggelecek bola, Van Der Wiel ditugaskan untuk membantu long passing dan set piece untuk bahagian serangan.

Di bahagian Sepang-Nyol pula adanya Puyol dan Pique. Puyol adalah salah seorang centre back terbaik dunia. Ketika Robben menggunakan segenap peluang untuk memecut dan menggelecek beberapa pemain Sepang-Nyol dengan begitu bergaya, dengan mudah Puyol menjadi last man yang akan menafikan hantaran Robben itu.

Pique juga menunjukkan kematangan dari segi pertahanan untuk membantu Puyol sedaya upaya apa yang patut. Sergio Ramos seperti biasa dihantar jauh ke atas sehingga kadangkala kelihatan seperti wing forward manakala full back kiri Capdevilla lebih mendominasi bahagian midfielder.

Bahagian pertahanan bagi kedua-dua pasukan nampak beraksi dengan baik dan tiada masalah di situ melainkan cuma koleksi kad kuning yang bersepah dikutip oleh mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Kita beralih ke bahagian midfielder yang mana nampak sedikit mendukacitakan dengan beberapa orang player yang suka tackle keras dan lambat. Ada pula yang kerap diving seperti Iniesta dan Robben. Sneijder, Busquets, Van Bommel antara beberapa pemain yang banyak mencacatkan permainan dengan aksi kurang semangat kesukanan mereka. Xabi Alonso dan Pedro lebih suka bermain 1 lawan 11. Begitu juga Kuyt dan De Jong yang kurang kreatif dalam mencipta serangan. Xavi pula sering kelihatan hilang punca. Ini menjadikan permainan sedikit bosan terutama pada babak separuh masa pertama. Apatah lagi tempo serangan juga tidak begitu konsisten dan cuma bergantung harap pada mana-mana pemain yang buat kesilapan kecil.

Inilah masalah sebenar game malam tadi. Bahagian tengah. Bahagian serangan pula, Robin Van Persie… Huhuhuhu…

Ohh Van Persie. No Van Persie no. Come on laa Persie. Not like that laa Persie. Van Persie wahai Van Persie. Damn you Persie!

Villa bermain secara tunggal tanpa dibantu oleh Torres. Cuma Iniesta dan Pedro yang diharapkan untuk back-up beliau. Tapinya beliau nampak gugup dan gelojoh di hadapan pintu gol. Tekanan mungkin? Ataupun bahagian pertahanan Belanda begitu perform malam tadi?

Perlawanan berlangsung hingga ke minit ke 120. Heitinga dilayangkan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang. Kelihatan pemain-pemain Belanda sedang dalam formasi bertahan dan mengharapkan counter-attack kerana mereka tahu mereka tidak boleh merisikokan bahagian pertahanan. Di dalam minda mereka mungkin sudah tersemat siapakah yang akan mengambil giliran untuk melakukan sepakan penalti sekaligus mengulangi plot Final Piala Dunia seperti empat tahun yang lalu.

Secara tiba-tiba, aku yang sedang meniup belon pada ketika itu (ohh, tak payah laa mintak aku jelaskan dengan lebih detail, nanti makin berserabut entri yang dah memang sedia serabut ini) dikejutkan dengan dakwaan bahawa refree memberi advantage pada situasi yang tidak sepatutnya. Advantage ini dipergunakan sepenuhnya untuk Sepang-Nyol merencanakan serangan yang mana hantaran dari Fabregas menemui Iniesta yang cuma tinggal berdepan dengan Stekelenburg. Mike Tyson (lagi) ternyata sudah terlambat untuk marking beliau.

Dan dengan baki cuma tinggal beberapa minit, seperti biasa tiba-tiba ada player yang injured tanpa sebab. Most notably adalah Torres yang kelihatan seperti terkehel buah limpanya. Eh silap, hati. Bukan, hempedu laa. Pankreas kot. Entah-entah ginjal.

Mike Tyson, Sneijder dan Van Bommel pula beraksi kurang bijak seperti kata pepatah; mencurah minyak Shell ke dalam unggun api (opsss…) apabila mula memprovokasi keputusan pengadil yang kita semua tahu sememangnya muktamad dan tidak boleh pulang ke pangkal jalan lagi.

Sekali lagi, seperti yang aku tegaskan, aku tidak menyokong mana-mana pihak. Maka aku tidak kisah dengan hal ini. Cuma, dengan kecederaan Torres dan pemain Sepang-Nyol melengah-lengahkan sepakan percuma; masa tambahan yang diberi cumalah 2 minit. Ya, 2 minit. Cukup-cukup untuk masak maggi.

Okeh, fine!



Sedikit cebisan pengalaman aku malam tadi:


8.7.10

SESALAN… DIRIKU MULA TERASA

Tajuk di atas adalah cuma sedikit petikan dari lirik lagu Kamikaze yang bertajuk Tawa Dalam Tangisan.

Istilah ‘menyesal’ dan aku sudah menjadi sangat sinonim. Acapkali aku memikirkan sehabis dalam sebelum mengambil sesuatu keputusan lantas akhirnya keputusan yang aku ambil memakan diri dan mencalar ego serta menggelegakkan takat suhu amarah aku yang memang tak kenal erti sabar ini.

Dan selepas mengulang-tonton filem Shoot ‘Em Up beberapa hari lepas; watak antagonisnya ada berkata sesuatu yang aku sendiri tidak pasti akan kebenarannya : “Getting angry releases an enzyme tryptophan hydroxyls which can temporarily reduce the I.Q.”

Masuk akal. I.Q aku sememangnya sudah semulajadi rendah pun.

Tapi benarkah aku benar-benar menyesal?



Menyesal kerana cuba-cuba belajar menghisap rokok sampai aku jadi ketagih dan tak ketemu pedoman bagaimana aku mahu berhenti dengan jayanya. Sedangkan aku memang manusia yang seringkali mengutamakan nafsu berbanding yang lain.

Menyesal kerana langsung tak belajar dalam kelas bagi subjek Matematik Tambahan dan Prinsip Akaun semata-mata kerana aku tak suka dengan cikgunya ketika di tingkatan empat dan lima. Walhal aku pilih subjek elektif tersebut kerana nak kejar kredit andainya aku dapat sambung belajar selepas SPM. Subjek kegemaran aku tetap jugak Bahasa Melayu dan Sejarah.

Menyesal kerana tak berusaha nak sambung belajar bagi mendapatkan sijil SKM atau mana-mana kemahiran yang boleh diguna untuk mintak kerja. Sedangkan bila bercakap bab akademik ni aku memanglah tergolong sebagai selembab-lembab manusia atas muka bumi.

Menyesal kerana tak boleh kerja syif atau berjadual. Sedangkan sejak dari zaman sekolah lagi aku tak pernah berlatih tidur awal dan bangun awal.

Menyesal kerana tak ambik pinjaman ASB kat bank sebab bidang kerja aku neh takde bonus dan sebagainya. Padahal aku memang ada banyak rekod buruk dalam melangsaikan hutang pun.

Menyesal sebab takut nak keluar bila ada mana-mana awek yang ajak, sebab takutkan stigma first impression. Padahal konon mengaku nak sepi sebelum benar-benar ready.

Menyesal sebab rebonding rambut pastu terpotong pendek sangat laa pulak. Efek rebonding cuma dapat bertahan tak sampai 2 bulan. Walhal memang nak kena potong pun kalau taknak kena buang kerja.

Menyesal sebab terima kenaikan pangkat sebab gaji dah short dari dulu. Walhal duit gaji yang short tu sebenarnya masuk dalam EPF. Tak ke mana pun.

Menyesal sebab pilih kerja yang sangat rilek macam sekarang membuatkan aku dah takde mood sangat nak beronline, ber-fb, berblogging. Lagi seronok keluar rumah berjalan-jalan. Padahal aku memang anti-workaholic pun.

Dan menyesal sebab beli handset Vivaz sedangkan aku memang kepingin benar nak merasa pakai N97. Sedangkan bajet aku memang tak cukup pun nak beli handset tuh.




Biasanya aku akan menyalahkan seorang kawan aku yang bernama Acab. Salah potong rambut, salah Acab. Salah beli handset, pun salah Acab jugak.

Lebih mudah untuk kita menuding kesalahan kepada orang lain berbanding mengakui kesalahan diri sendiri…



Kan?



~Menyesal sebab bajet France boleh pergi final Piala Dunia. Padahal aku memang anti gila dengan Domenech dan Evra pun. Punca betul laa dua ekor mangkuk tuh. Go Belanda Go. Kah kah!~