5.8.12

DEAR CHONG WEI

Ke hadapan Datuk Chong Wei.

Ehh, nanti orang ingat aku nak tujukan warkah cintan cintun neh kat datuk dia pulak kan.

Ke hadapan Encik Chong Wei.

Malam ini, bermainlah kamu sebaik-baiknya dan sesungguh-sungguhnya sepertimana ketika kau layak masuk final hari tu. Walaupun aku tak sempat tengok game tuh tapi aku banyak dengar kata pujian dari handai taulan bahawa corak permainan kau di luar kotak kebiasaan. Lin Dan tu dah macam training partner kau so kau perlukan kejutan demi kejutan untuk membuatkan dia terkejut laksana orang yang tak pernah terkejut.

Dan ye, Lin Dan memang bukan calang-calang pemain untuk diperanjingkan akan tetapi menghormati musuh tradisi tidak bermaksud membenarkan beliau mengatasi dari segala segi. Keep the spirit high and the pressure free because you need all the focus for your energy.

Jangan dilayan sangat karenah sorakan peminat ‘paling besar’mu di sana tu sebab beliau cuma mahu mengambil kesempatan untuk meramas otot kekarmu dan menghirup peluh seksimu itu dengan harapan gambar korang akan interprem dalam muka depan Mingguan Malaysia. Adat orang politik memang begitu laa. Sambil menyelam sambil minum air sambil rebus maggi dengan telur separuh masak.

Juga jangan ambil kisah dengan Baskin Robbin yang agak menganjeng nak menunjukkan kat seluruh dunia yang engkau seolah-olah takde peluang nak menang, sebab tu dorang berani offer ais krim free. Tak guna punya Baskin Robbin. Saje je nak bagi tekanan kan? Yang kau perlu amek kisah adalah perihal kami-kami neh yang nak masuk outlet Baskin Robbin setahun sekali pun menggigit jari. Kau kena ingat kalau kau kalah pun kau takde hal nak makan Baskin Robbin hari-hari. Jadi, pelantakkan saja Baskin Robbin itu, biar kami sahaja yang akan menghitung untung nasib dengan mereka 8 haribulan ini.

Selain dari mempertahankan reputasi pingat perak yang pernah engkau miliki itu, kau harus tahu akan nilai sebenar pingat emas pertama negara ini. Seluruh penduduk Malaysia cuma mampu menggalaskan tanggungjawab besar ini dipikul dibahumu. Walaupun sebenarnya aku lebih optimis terhadap si Azizul tu, tapi selaku rakyat Malaysia, andaikata anak jiran aku yang berusia 10 tahun tu dapat pingat emas pun aku tetap jua akan berbangga. Selagi orang itu berjaya mengibarkan bendera Malaysia dan mendendangkan lagu Negaraku dekat London sana.

Akhir kata, setelah penat membebel dekat hang, aku nak mintak maaf bebanyak dulu bro sebab aku kemungkinan kerja lebih masa malam neh, tak dapat nak tengok kau main kot. Kah kah. Tapi pandai laa aku mengular sat lagi mencarik peluang nak singgah kat kedai mamak tengok engkau kat skrin besar tuh dengan harapan tersirat supaya kau dapat lanjutkan ke set ketiga supaya aku tak terkejar-kejar sangat masa. Wakaka. Eleh, empat tahun lepas aku tengok kau bagai nak rak last-last aku jugak yang terkuciwa. Kira asal sempat je laa cukup laa kan? Dah, kau jangan nak sibuk nasihat aku pulak sebab aku memang jenis yang tak makan saman.

Kem salam kat awek jepun yang kalah kat final beregu wanita semalam tuh ekk. Aku rasa dia datang stadium kot malam neh.

Okeh, aku nak gi minum… maksud aku menikmati udara segar jap neh.

0 KoMen:

Post a Comment

Any Comment? Anybody?