8.9.09

MINYAK LAGI?

Bertemu lagi kita dalam episod : Conspiracy Theory

Dulu aku pernah berbicara mengenai perihal minyak di blog ini, selepas insiden bertaraf bangang nak mampos di mana ada pihak-pihak tertentu menaikkan harga minyak secara mendadak sehingga mencecah RM2.70 seliter semata-mata nak lepas tangan dari menanggung subsidi.

Tapi sebab kali ni aku berasa amarah yang amat, elok benar kalau aku ceritakan kronologi perihal minyak mengikut pemahaman aku yang mana hari ini berjaya mendidihkan molekul darah aku sehingga ke suhu takat didih logam. Ye, minyak! Minyak petroleum. Bukan minyak gamat, bukan minyak masak, bukan minyak belacak. Minyak petroleum!

*AMARAN: NUKILAN BERIKUTNYA CUMA DIPACU PEMAHAMAN SAYA YANG TERSENDIRI DAN TIDAK DISOKONG DENGAN FAKTA-FAKTA SAHIH. SILA JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN ANDA SEKIRANYA DAYA IMAGINASI ANDA TIDAK TINGGI SEPERTI SAYA. TERIMA KASIH.

Alkisahnya di Malaysia ini pada satu ketika dulu, terdapat segelintir mereka yang bertuah menemui sejenis hasil bumi yang sangat penting pada abad ke-21 ini. Ia merupakan sejenis cecair likat di bawah tanah bumi yang terbentuk hasil dari kalsium mereput. Kalsium ini mungkin datangnya dari tulang-tulang hidupan yang pernah tertimbus ke dalam tanah satu ketika dulu. Proses pengreputan ini memakan masa berjuta-juta tahun lamanya. Selain tulang-temulang, kulit-kulit kerang juga menjadi penyumbang terbesar kepada sumber kalsium ini. Kerana itu kebanyakan sumber ini lebih mudah diperolehi di pesisir-pesisir laut kerana kawasan ini menjadi longgokan kulit kerang yang telah mati. Shell = Cengkerang, faham tak ironi di sini? Sewaktu itu mereka menggelarnya sebagai Emas Hitam selepas mengetahui nilai potensi pasarannya yang sangat luas dan mahal.

Beberapa tempoh berlalu, mereka dapati kualiti minyak yang ditemui di negara kita ini adalah antara yang terbaik di dunia. Lalu mereka merumuskan jalan mudah untuk memperolehi wang dalam masa yang singkat. Mereka menubuhkan sebuah syarikat bernama Petronas, mereka menguasai majoriti geran carigali, mengumpul minyak-minyak berkualiti ini, lalu mereka jual kepada mana-mana pihak yang berkemampuan. Pihak-pihak berkemampuan ini pula merupakan syarikat pengendali petrol yang lebih berpengalaman dan berdaya saing. Sememangnya mereka mahukan minyak yang berkualiti untuk dipasarkan di pasaran dengan harga yang lebih tinggi kerana terdapat permintaan yang menggalakkan.

Kerana Petronas adalah sebuah syarikat petrol, maka sudah tentu ramai yang marah kerana mereka menjual petrol kepada syarikat asing pada nilai tinggi sehingga membuatkan rakyat negara ini tak mampu nak membeli petrol untuk kegunaan sendiri. Atas dasar logik, mereka mula meneroka pasaran penjualan petrol pula. Tapi kalau dah namanya nak cepat kaya, sudah tentu mereka ada strategi perniagaan mereka yang tersendiri.

Caranya mudah, hasil keuntungan dari menjual petroleum negara kepada syarikat luar, mereka gunakan sebahagian daripadanya untuk membeli minyak yang kurang berkualiti sikit dari negara jiran; yang mana sudah tentu harganya jauh lebih murah, bukan?

Di samping itu, hasil pengembangan ekonomi negara yang sedang berkembang pesat ketika itu, mereka tahu sudah pastinya komoditi ini akan laku di pasaran. Jual pulak dengan harga yang murah, memang untung besarlah. Betul ke untung? Hari ini, cuba lihat syarikat Malaysia yang manakah membuat pelaburan terbesar dalam negara. Setakat Airasia nak tampal banner kat Old Trafford tu, orang-orang kat Petronas ni dah tak heran laa. Dorang sponsor KLCC, Litar Sepang, siap sponsor pasukan pelumba Formula 1 lagi. Ingat murah-murah ke?

Dan, walaupun mereka ni Government Link Company (GLC), tidak dinafikan bahawa keuntungan mereka ini adalah hasil titik peluh mereka, dan kerajaan tak boleh nak kacau sangat. Jadi memang ada betulnya kata menteri penerangan yang pernah berbuih mulut berdebat dengan Anwar tak berapa lama dulu: “Berapa banyak sangat dari keuntungan ini yang kerajaan perolehi?”

Tapi menjadi satu fakta pula ketika negeri Terengganu pernah jatuh di bawah pemerintahan kerajaan PAS satu ketika dulu, duit royalti minyak ini dibekukan dari disalurkan kepada kerajaan negeri. Dan apabila BN berjaya mengambil alih semula Terengganu, hasil percaturan dua manusia politik yang mana seorangnya merupakan menteri besar gangster dan seorang lagi perdana menteri kuat tidur, wang yang disalurkan semula itu berjumlah berbillion-billion ringgit. Sehingga mereka mampu menukar ganti kenderaan rasmi Exco negeri dari Proton Perdana kepada Mercedes Benz. Takde laa banyak mana pun setakat billion-billion tu kan?

Dan satu fakta yang lainnya pula, penstrukturan ekonomi negara kita yang unik memperlihatkan wujudnya peluang untuk pihak kerajaan memberi subsidi minyak. Alasannya mudah, sama seperti menambat nilai matawang negara ketika krisis ekonomi 1997-98 dulu; kita mahu negara kita sendiri yang mengawal ekonomi kita supaya kita tak terbeban dengan kesan ekonomi globalisasi. Tak perlu bergantung harap sangat pada nilai matawang US, tak perlu pinjam IMF. Semua ini ada kesannya. Kita boleh ambil contoh ekonomi di Zimbabwe dan Indonesia yang tidak mengambil inisiatif sendiri seperti kita. Kadar inflasi dan nilai matawang mereka sangat teruk nak dibandingkan dengan kita.

Menerusi pensubsidian ini, harapannya adalah supaya ekonomi dalam negara lebih mudah untuk bertambah maju, apabila semua orang mampu membeli petrol. Kerana, tanpa petrol, bukan sahaja orang tak mampu berniaga, hatta nak pergi kerja makan gaji pun tak lepas. Larat ke semua orang nak berkhemah/berumah kat luar bangunan ofis andaikata tak mampu nak beli petrol, ye tak? Jadi mereka tetapkan satu harga yang rata mengikut kemampuan kewangan rakyat negara ini. Kos selebihnya, kerajaan yang tanggung. Kesian kerajaan kan? Baru untung billion-billion, dah nak kena tanggung subsidi pulak. Takpe laa, asalkan boleh menang pilihanraya.

Masalahnya sekarang, minyak yang diperolehi dari negara jiran itu diniagakan mengikut pasaran dunia. Maka, tidak boleh tidak, kita tak boleh terlepas dari merasa sedikit tempias globalisasi. Apabila harga minyak dunia naik mendadak, kerajaan terpaksa menampung lebihan kos yang tinggi, membuatkan mereka semakin tak lena tidur memikirkan kocek mereka yang semakin ringan dari hari ke hari. Lalu mereka mengambil jalan mudah lagi sekali.

Mereka tetapkan kadar pensubsidian pada nilai 30 sen seliter, dan selebihnya perlu ditanggung oleh rakyat. Kerana inilah harga minyak dalam negara kita naik mendadak tahun lepas. Kerana lebihan kos itu tidak mampu lagi ditanggung kerajaan. Dengan mulut yang manis, mereka menjanjikan subsidi 30 sen ini akan kekal, dan harga petrol dalam negara akan berubah-ubah mengikut harga pasaran. Mereka akan mengkaji pasaran sebulan atau dua bulan sekali untuk menetapkan kadar yang baru. Natijahnya, sekiranya harga minyak dunia naik, rakyat perlu bersama memikul bebanan ini, tetapi jika harga turun, pastinya rakyat juga yang akan merasa untungnya.

Namun, ketika mereka merencanakan pelan ini, mereka sebenarnya cuma memikirkan kemungkinan harga minyak melonjak naik ke paras tak masuk akal. Jadi bagi mereka ada baiknya mereka bertindak terlebih dahulu sebelum musibah ini memakan diri mereka, ye tak?

Yang kelakarnya, tak berapa lama selepas insiden kenaikan harga ini berlaku, secara tiba-tiba harga minyak dunia dalam trend menurun pulak dah. Permasalahan baru timbul buat mereka. Kerana dengan harga yang murah, kini mereka terpaksa menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol negara. Dan seperkara lagi yang lebih penting buat mereka, keuntungan mereka sebelum ini yang cuma berbillion itu bakal semakin susut pula. Silap-silap hari bulan tinggal ratus-ratus juta je. Lagi parah dibuatnya. Camna nak bayar claim maintenance Mecedez benz mereka lepas neh?

Pepatah melayu ada menyebut, barang lepas jangan dikenang. Kelak yang dikendong berciciran, yang dikejar pula tak dapat. Maka mereka pasrah. Apatah lagi dengan jangka-hayat sosiopolitik mereka yang semakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Cuba kira dengan jari anda sendiri; dalam banyak-banyak pilihanraya kecil yang berlangsung selepas PRU-12, berapa kawasan yang mereka berjaya tawan dari pihak lawan, dan berapa kawasan pula yang menjadi korban? Anda pasti boleh membilang kira-kira ini dengan tepat.

Jadi mereka tak sanggup lagi menanggung risiko untuk membebankan rakyat demi kepentingan mereka sendiri. Apatah lagi nakhoda baru mereka itu disebut-sebut sebagai seorang pakar ekonomi yang mempunyai refleksi imej selaku anak Perdana Menteri Malaysia ke-2. Sudah tentu beliau perlu membuat kerja yang lebih hebat (atau licik) dari perdana menteri terdahulu termasuk mentornya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jadi apa pula pelan terbaru mereka? Simple. Melihatkan minyak merah (RON 92) yang semakin lama semakin tidak laku kerana kebanyakan orang sudah mampu membeli minyak hijau (RON 97) yang bersubsidi dan murah pulak di pasaran ketika itu, mereka lantas memikirkan cara untuk menghentikan pembelian dari pembekal dan penjualan runcitnya di pasaran dalam negara. Ketika sedang mempertimbangkan aturan ini, mereka diberitahu pula akan kewujudan minyak petrol jenis RON 95. Lantas ia memberikan mereka satu idea.

Memandangkan harga RON 95 ini jauh lebih murah dari RON 97, apakata mereka subsidikan minyak ini sahaja. Dan biarkan harga RON 97 tidak bersubsidi dan mengikut harga pasaran semasa. Ini sudah tentu lebih menjimatkan mereka dari segi pusingan modal. Dari sudut jualan? Heh, sedangkan minyak V-Power pun ada orang sanggup beli, inikan pula RON 97 yang cuma naik harga 30 sen tu, apa laa sangat ye tak? Takkan susah sangat nak jual kot. Sedangkan ketika RON 97 berharga RM2.70 seliter pun, masih belum ada rakyat Malaysia yang mogok dengan mengisi air ke dalam tangki kenderaan mereka. Oh, lupa, rakyat sekarang tidak bodoh. Jadi mereka perlu mendidik pembeli supaya mempercayai minyak RON 95 ini lebih bagus dari minyak ‘sebelumnya’. Dengan cara ini rakyat tidak akan marah pada kerajaan. Tak susah pun. Cuma melabur duit sikit untuk iklan TV, pamphlet dan papan tanda. Walaupun rata-rata yang belajar matematik tahu bahawa 97 > 95 > 92, tapi itu takkan jadi masalah. Sebab rakyat kebanyakan lebih suka belajar matematik dalam bahasa melayu. Kalau bahasa inggeris pun mereka tak boleh nak faham, jadi mereka pun tidak akan faham perbezaan jenis-jenis minyak ini.

Dan yang paling penting, Petronas juga perlu memainkan peranan mereka. Hadkan dulu pengeluaran RON 97. Jual RON 95 sahaja sampai pembeli dah terasa biasa menggunakan minyak ini. Kemudian nanti apa kita nak buat dengan harga runcit RON 97 ini tidak akan menjadi isu lagi. Hmm… Stesyen petrol lain kita tak boleh nak control. Jadi ikut suka dorang laa kalo nak jual RON 97 pun. Kita tak kisah.

“Siot betul. Aku pergi cari minyak 97 kat Petronas tadi haram langsung takde.” Gi mampos laa ko. Yang menggatal pegi isi Petronas tu buat apa? Dah laa minyaknya cepat habis. Minyak tak berkualiti laa katakan. Inilah jenis golongan manusia yang menggatal nak pengaruh aku suruh pakai Celcom semata-mata ‘kononnya’ nak support orang melayu. Yang bodoh diperbodohkan, yang pandai mengangguk sama.

Hah, kan dah tak pasal-pasal je aku baran hari neh. Haih~

4 KoMen:

Nazra~ said...

politikus 1malaysia..

Mak Su said...

benganglah... apakah yang berlindung di sebalik tabir motto kemalaysian tahun ini?

anak maksu tak gi skolah byk kali dah semenjak tiket bas rapidkl diadjust, bas dah tak banyak, ada pun depa tak nak jalan, mogok ker drebar bas? abih anak aku kena schooling from home ler jawabnya

gilos barbwire

Anonymous said...

betulkan fakta anda tentang asalan minyak dan bagaimana ia terbentuk. anda terbabas jauh tu. secara mudahnya mana ada komponen Ca, calsium dalam molekul minyak mentah.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

okeh okeh...

ada sebab jelas kenapa aku tidak memberi komen balas bagi entri ini sebelum ini.

sebenarnya aku nak cerita tentang harga minyak. serta penggunaan ron 95 / 97 dan bersangkut paut dengannya. tapi bila kita nak cerita tentang dasar kerajaan, kita tak boleh buat cerita tanpa berasaskan fakta. dan aku juga tidak ada fakta akan jajaran cerita ini dari awal hingga ke akhir.

kesemuanya adalah rekaan dalam minda. aku tidak boleh menyatakan siapa yang mula-mula menemui minyak di malaysia. aku juga tak tahu sejarah penubuhan petronas. dasar minyak negara, dasar penajaan syarikat petronas, isu royalti minyak di terengganu, konspirasi subsidi minyak, strategi BN untuk menang undi, serta formula RON, satu apa pun aku takde bukti ke atasnya. kerana itu aku letak disclaimer di atas.

bagi penjelasan yg lebih jelas, sebenarnya ilham untuk cerita dongeng ini timbul sedetik begitu sahaja dari awal hingga akhir cerita ketika aku sedang cuba mencari minyak di stesyen petronas bangi dan dialog terakhir yang dipaparkan di atas adalah dialog antara aku dan minda aku sendiri.

ia cuma satu karya abstraktik yg ingin memaparkan bagaimana cara minda aku berfikir bila berkeadaan bengang dengan sesuatu isu dan aku mula mencari kesalahan orang lain kerana pada ketika itu aku tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang sebenar-benarnya bersalah.

setiap dari minda kita bekerja dengan caranya tersendiri.

welcome to my blog, now you know how i wrote all this nonsense stuff... and please, it doesn't hurt to use your id name.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?