31.8.09

HIPOKRIT

“Zaman dah berubah, dunia dah maju…”

Ehem ehem. Tajuk berbangkit di atas amat sesuai apabila anda menyaksikan sendiri petikan blog ini.

Aku tengah gila menonton Nur Kasih kat TV3 tu. Dalam scene ketika Katrina (Sharifah Sofea) dan Adam (Remy Ishak) dalam perjalanan pulang ke kampung; Adam ada bagi tudung kat Katrina sambil suruh dia pakai depan mak dia nanti. Dan Katrina menolak permintaan itu dengan menjawab “Eh, I bukannya hipokrit nak pakai tudung-tudung neh. It’s not my thing laa…”

Aku tergelak kecil menonton adegan tersebut sebab baru beberapa hari sebelum tu aku ada membaca suratkhabar ruangan hiburan yang membuat close-up mengenai pelakon Nur Kasih jugak iaitu Tiz Zaqyah Razak (yang membawa watak Nur Amina tu).

Dalam wawancara tu, wartawan ada bertanya perihal mengenai dirinya yang tidak memakai tudung di luar sedangkan kedua-dua watak beliau dalam Nur Kasih dan Impian Sunsilk masing-masing manis memakai tudung.

Jawapan beliau mudah; dan seperti sudah boleh diagak: “Saya bukan hipokrit.”

Aku gelak je sebab aku tau aku tak boleh komen atau nasihat lelebih kerana aku bukan orang yang paling sesuai untuk berbicara mengenainya.

Tapi ketika melepak bersama beberapa member aku (termasuk perempuan) ada juga aku timbulkan isu ini sekadar untuk bergelak ceria. Respon yang aku terima adalah di antaranya begini:

“Bagi aku memang betul pun. Contohnya ko tengok *** tu (salah sorang member kitorang). Berlakon je macam orang baik. Tapi jumpa member bukan nak bagi salam ke apa ke. Memanjang nak menyombong je aku tengok…”

Erk, hipokrit macam manakah yang didefinisikan ini? Adakah bermaksud berlakon alim atau belum sedia memakai tudung? Bagi aku kedua-dua perkara ini agak kontra. Kerana kalau takut hipokrit memakai tudung sedangkan belum sedia memakai tudung, yakni orang tersebut sedang memikirkan kewajaran untuk memakai tudung. Which is a good thing. Tapi kalau takut hipokrit memakai tudung kerana takut nampak alim, bermakna orang tu telah menolak agama. Sebab agama bukan suruh memakai tudung supaya nampak alim. Ada banyak hujah lain yang merelevankan pemakaian tudung selain anggapan kita yang cetek akal ini menyangka ‘tudung = alim’.

Kerana itu kalau ada yang cakap “belum ready”, aku rasa alasan ini boleh diterima sebab ia merupakan satu step, bukannya satu absolution. Even kalau ada yang sanggup pakai tudung demi fesyen pun, aku masih tak kisah asalkan tutup semua urat rambut dan bukannya meniru gaya Datuk Siti Nurhaliza atau Datuk Seri Shahrizat Jalil selaku ‘Ratu Fesyen Tak Bertempat.’

Tapi kalau kata “aku tanak pakai tudung sebab aku tanak berlakon alim”, macam mana tu?

Adakah wajar gaya pemakaian dijadikan mangsa semata-mata kerana ada di antara si pemakai busana muslimah ini membuat ‘caker’?

5 KoMen:

Nazra~ said...

entah la kan..kdg2 kita dh menegur melalui lisan tp dh org tak nak dengar, apa lah yg mampu kita buat...

^inas^ said...

aurat wanita mmg kena sgt dijaga. patut nya x payah ikut rasa diri tu dah ready ke x, sbb ia mmg perintah dr satu kuasa yg mencipta segalanya.

doa la kami para wanita supaya dpt jaga diri dan kembali pd erti islam sebenar. sy masih byk perlu diperbaiki.

fikiran harus berteraskan wahyu allah.

amin.

saje singgah. slmt berpose :)

Mak Su said...

entahlah, tak faham kenapa.... patutnya tak ada istilah hipokrit or ikhlaskah.... sebab Tuhan bagi oksijen, tak tanya ikhlas pun, or Tuhan kasik lobang idong dua belah tak tesumbat, elok jer, tak kira pun bab ikhlas.... :(

nur'ain said...

heh. sy minat nur kasih gak! ^_^

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

nazra : manusia neh kadang2 ada mata, buta, ada telinga, tuli pulak dah...

inas : tak dinafikan wahyu itu ajaran dan arahan paling tepat untuk diikuti. tapi manusia neh mmg takkan berubah sekelip mata. pendekatan mendidik itu yang perlu diperbaiki. kalo tak macam2 alasan baru yang timbul dari kepala manusia yang kreatif ini.

maksu : komen paling sinis dan paling best pernah saya dengar.

ain : saye pong... lalalala...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?