25.9.08

FINE!!!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Okeh, semalam aku tak jumpa kasut yang aku nak… fine!


Aku kena saman parking kat Alam Sentral, fine laa jugak ye tak?


Hari neh aku tensen lalu mengenjoykan diri dengan melayan urutan gadis shampoo di salon berhampiran sambil re-rebonding rambut aku bersempena raya. Even better than fine!


Malamnya aku terpaksa berkejar ke UiTM untuk mengambil pulut kuning Arm dari si Tirah. Hmm, fine jugak!


Member aku kata, ”Butik Dr. Cardin terdekat adalah di Sunway Pyramid!” Cisss, baru je pegi ari tu. Tak usyar pulak! Jam dah pukul 9 malam neh, sempat lagi ke? Ahh, selamba redah je! Fine!


Naik motor! Takyah naik kete. Nanti jem tengah jalan. “Okeh, fine!” balasku.


Dah jumpa Tirah, Tirah pon tercengang-cengang menengok dua jejaka kacak ala-ala student UiTM tak abes balajar sedang terpacak di fakulti undang-undang tersebut.


Dah kutip makanan, Fine!


Terus ‘rider’ ke PJ. Sunway Piramid! Jumpa butik yang aku nak, kasut yang aku nak pon ada. Tapi takde less laa pulak! Hampeh! Baik aku beli kat Kajang je. Membazir minyak moto je walaupun kerajaan dah tambah subsidi seposen untuk aku. Ahh… Fine!


Bayar dan bungkus… Hmm, adakah ‘fine’ akan berakhir di situ?


Tidak.


Rupanya helmet ku yang ditinggalkan di motor telah dicurik pula. Nak fine jugak ke? Aku ngan member aku dok melilau pusing keliling Kepsi kat luar Sunway Pyramid tu tatau nak watpe.


Kedai helmet kejadahnya yang bukak tengah memalam buta neh?!


Sorang member aku dari Damansara berjaya dihubungi. Dia cakap, “Fine! Korang tunggu kat situ, aku bawak helmet spare…”


Hmm… lepak makan Zinger kat Kepsi. Tunggu member sampai, fine!


Kesudahannya…,



Aku cuma nak tunjuk gambar kasut raya baru yang aku beli tu je!!! Muahahaha!!!



Very-very yes, fine, bebeh!




~Selamat Hari Raya Dr. Cardin ku! Selamat menyertai barisan rak kasut di rumahku walaupun banyak rintangan yang perlu ku hadapi sebelum berjaya membelimu dengan harga penuh!~

22.9.08

APA ADA PADA NAMA: ADA HURUF!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Kepada sesapa yang pernah menonton drama Kasih Iftitah dalam slot Samarinda di TV3 tu, pasti anda familiar dengan nama Azrai.


Begitu juga bagi peminat pasukan bolasepak Kedah. Nama Azraai Khor mula meniti di bibir gadis-gadis termasuk mereka-mereka yang jahil dalam bolasepak yang sebelum ini menyangkakan David Beckham adalah penyerang handalan England (dia pemain sayap laa bodo!).


Jadi pasti anda menyangkakan “Wow, seronoknya menjadi Ajai! Pasti hidup beliau penuh dengan glemer hanya kerana memiliki nama yang sama seperti watak Rusdi Ramli dan jurulatih pasukan Kedah itu…”


Ehem! Aku nak bagitau sikit. NAMA AKU BUKAN AZRAI ATAU AZRAAI, OKE! Nama aku adalah Azraii Bin Abdul Hamid. Nampak? Ada dua huruf ‘I’ di situ. Jadi aku bukan Azrai. Aku AZRAII!!!


Untuk mereka yang masih kompius, sebutan nama aku adalah seperti berikut – ‘azer-ra-ie’. Ataupun lebih tepat lagi dieja sebegini – Azra’i – yang sekiranya diterjemahkan dari bahasa arab membawa maksud ‘nisbah’ (yakni berbakat untuk berbini empat).


Sudah pasti nama Azraii dengan dua huruf ‘I’ itu berpunca dari kesilapan jururawat yang mendaftarkan surat beranak aku 23 tahun lepas. At least itu laa agakan aku. Sebab aku ada seorang member yang bernama Rahli – bapak beliau buta huruf maka menyalin nama Ramli dari kertas yang diberi saudaranya lantas membuatkan jururawat tersalah tulis dek kerana tulisan cakar ayam tersebut.


Tapi bapak aku bukan buta huruf. Aku pernah bertanyakan beliau mengenai persoalan kenapa nama aku ada dua huruf ‘I’ tapi beliau cuma menjelaskan tentang nama aku yang sepatutnya ada tanda ‘ (klostrofi ke apa benda entah namanya aku tak ingat) itu. Tapi aku masih tatau sebab sebenar mengapa kegagalan ejaan tersebut berlaku dalam surat beranak aku.


Mungkin juga tanda tersebut tidak dibenarkan dalam surat beranak di Malaysia. It’s possible oke! Salah seorang anak buah aku sepatutnya bernama Mat Muliadi (bersempena nama bapaknya Mat Budiman), tetapi didapati Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan lagi ibubapa mendaftar nama anak menggunakan nama ‘Mat’ lantas terpaksa ditukar kepada Tuah Muliadi (tetap maintain retro, ahaks!). Alasan dorang; entahlah, tak diperincikan pulak tapi mungkin tanak nama yang sama banyak sangat. Yeah, macam laa bagus sangat usaha diorang tuh!


Bagi kat anak nama Pierre Andre atau Dinzly atau Ladyana is oke tapi kalo bagi nama Mat is cannot. Kepala hotak sungguh!


~Iklan – by the way, awek sweet yang berlakon iklan chewing gum “Cerita ni? Saya pun suka!” serta pelakon cheerleader dalam drama ‘5 Jingga’ di 8TV itu adalah bernama Siti Saleha Bt. Baharum. Sungguh mengharukan kerana masih mengangkat nama melayu di sebalik kepelatan beliau bercakap ala-ala anak Mat Salleh (bukan nama orang!) Iklan tamat~


Nama Azra’i ini adalah milik kawan karib @ klasmet bapak aku masa belajar kat STAR dulu. Itulah punca aku diberi nama yang unik ini (at least itu laa anggapan aku sehinggalah semakin ramai orang bernama Azrai muncul). Tapi di rumah, aku dipanggil sebagai Atan. Atan adalah nama timangan Pak Andak aku (dipanggil sebagai Pak ‘Ndak di Pahang) yang merupakan adik paling bongsu dan paling manja dalam keturunan adik beradik bapak aku. Hmm… no need to explain, korang pikir laa sendiri relevannya.


Tapi disebabkan ketika sekolah rendah, nama Atan ini digunakan untuk watak budak nakal sebagai contoh teladan dalam buku teks; menjadikan aku amat tak selesa dengan nama tersebut akibat diejek dengan penuh konsisten sekali oleh klasmet/skulmet aku (pimary school CAN be cruel!).


“Atan, ko jangan main mancis tau! Nanti terbakar lak sekolah ni macam ko bakar rumah jiran ko.”


Dan juga disebabkan kesalahan sebutan para cikgu yang memanggil aku dengan nama Azrai berulang kali, membuatkan aku bertambah bengang. Maka aku menolak kedua-dua nama tersebut dan mula menggunapakai nama Ajai sejak 7 tahun lepas walaupun lazimnya nama Ajai digunakan oleh mereka-mereka yang bernama Faizal.


Ada seorang apek yang merupakan klasmet aku pada zaman tu pernah bertanya:



“Apasal nama ko Ajai; apasal tak letak nama Arai?”


“Kepala hotak ko! Ko ingat aku neh helmet?”



Dek kerana seronok dengan kerakusan aku (atau di sesetengah tempat menganggap ia kepoyoan) menukar nama gelaran sesuka hati; maka sekali lagi aku menukar nama kepada Akeji beberapa bulan lepas kerana pernah disalah anggap oleh seorang awek ni yang memanggil aku dengan nama Takeshi Kaneshiro.


“Eh, awak melayu rupanya! Saya ingatkan awak ni pelakon jepun mix cina tu tadi…”


Aku sedar aku ada muka orient sikit mungkin sebab aku berketurunan mix dengan cina (tak tipu oke!). But, whatever laa…


And then – bersempena bulan kemerdekaan yang lepas – akhbar Kosmo ada mendedahkan perihal seorang jejaka yang turut lahir pada tahun 85 (ektyfai rawk!) memiliki nama Nasionalisme dalam kad pengenalan beliau. Ini kerana beliau lahir pada 31 Ogos 1985 dan cogankata hari kebangsaan tahun itu ada menyelitkan perkataan ‘nasionalisme’. Hoho!


Kalau kat Amerika, dorang boleh memohon untuk menukar nama kat Jabatan Pendaftaran dorang sesuka hati tanpa perlu mendapatkan ‘suka hati’ makbapak dorang. Pernah ada seorang mamat neh (sumber : youtube) menukar nama beliau kepada seorang artis terkenal supaya boleh menghasilkan ‘quote’ yang membodohkan dirinya dan artis tersebut. Sebagai contoh:



‘I’ve read Prank The Monkey book many times; and yet, it’s THE ONLY book I ever red’ – Ashton Kutcher (bukan hos Punk’d)



Kat Malaysia, setau aku orang akan menukar nama if dorang convert agama Islam. Tapi kalau pertukaran nama ni sememangnya dibenarkan dengan sesuka hati (ye laa, orang lahir as Islam pun ada yang pakai nama pelik-pelik skang neh), maka aku ingat aku nak tukar nama dalam IC aku laa. Letak nama Theo Fabregas Bin Abdul Hamid. Amacam, oke tak?


“Kalo ko nak kena sepak terajang keluar dari rumah ni; try laa…” komen bapak aku.


Damn!




~Masih dalam mood ‘mari mengarut di bulan poser’… huhu~


P/S: Aku dah kurang peluang nak akses internet sekarang sebab laptop member aku yang sering dijadikan mangsa itu telah pun rosak... so mintak maaf kalau aku terlambat lompat ke blog korang untuk tinggalkan komen. Tapi aku akan singgah gak, insya-Allah...

12.9.08

ENTRI TANPA MOTIF EDISI RAMADHAN : Pelik Tapi Mengarut

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Assalamualaikum…


Ehem… Tatau nak posting apa pulak kali ni. Nak mencarut, tak boleh pulak. Takut rugi je pahala berganda hari ni. Kita mengarut je lah ekk? Nak mengarut tentang apa?


Aku dah lama simpan bebelan cetusan hati mengenai media yang ada pada masa kini. Cuma sebab soal ini aku lihat sebagai remeh temeh, aku simpan je laa dulu. Sebab di masa lalu aku ada banyak lagi priority lain yang perlu aku bebelkan. Memandangkan sekarang aku tengah takde modal, aku belasah je lah ekk?




  1. Iklan Komersial

Hoho, terlalu banyak iklan yang kalau boleh aku nak bawa perbincangkan di sini. Tapi malas nak memberatkan mata korang semua membaca berjela; aku cuma sentuh satu iklan je laa. Kalau sesiapa ada perasan satu iklan kolej swasta neh kat kaca TV, sila angkat bulu ketiak: “If you failed to plan, means you planned to fail”.


Pelik tapi mengarut – if we failed to plan in the first place, how can we succeed in our planning to failed? Adakah ia membawa maksud planning our failing is the only plan that actually will works?


  1. NTV7

Tengah boring-boring masa bulan lepas, pasanglaa NTV7 time tengah hari. Saja melayan berita Edisi 7. Nak tengok perkembangan terkini. Keluarlah satu laporan tentang pengeboman berani mati (di Pakistan kalau tak silap) : “Kawasan kejadian tersebut dilaporkan dipenuhi dengan kesan darah dan cebisan daging manusia bertaburan di sana-sini…”


Pelik tapi mengarut – macam mana agaknya perasaan budak-budak sekolah rendah yang baru balik ke rumah, makan tengah hari depan TV; tiba-tiba terdengar laporan 18SG ini?


  1. Sukan

Laporan Olimpik Beijing yang lepas di RTM2 : “The term Ping Pong that we used here for table-tennis sport is actually came from the sound of the ball being hit by the paddle – Ping, Pong!” said Nurul Alis. “Yes, that true. And before that, in some places; they used to called it ‘wush wush’,” reply her co-anchor. “Why?” ask Nurul Alis while showing weird expression on her face. “Because of the sound of the paddle being swing away – Wush! Wush! – you understand what I’m talking about?” explained him with his hand imitating a table-tennis player. “That’s ridiculous, but… whatever laa that makes you happy…” Nurul Alis gives a smirk sign as to disagreeing with her colleague.


Pelik tapi mengarut – macam dah takde laporan lain yang nak dibuat. Bab tu pun nak gaduh-gaduh.


  1. Sinar Harian

Laporan dari seorang wartawan wanita melayu dalam akhbar Sinar (tak ingat nama dia tapi yang pasti pangkalnya bermula dengan Wan) berkenaan isu kereta Mercedes yang dibeli oleh kerajaan Negeri Terengganu: “pihaknya mendakwa kos penyenggaraan kereta rasmi Exco negeri iaitu Proton Perdana V6 tersebut terlalu tinggi dan tidak berbaloi untuk dibelanjakan berbanding dengan tindakan mereka membeli kereta Mercedes ini.” Mulanya aku ingatkan typing error. Tapi aku perasan perkataan ‘penyenggaraan’, ‘disenggarakan oleh’, ‘menyenggara’ digunakan berulang kali dalam artikel tersebut.


Pelik tapi mengarut – ‘senggara’ ke selenggara? Sebab aku ada membaca Kosmo yang mengulas isu yang sama sehari sebelum itu menggunakan perkataan selenggara. Yang lebih kelakarnya tu perkataan selenggara tersebut sebenarnya quote dari ulasan seorang pemimpin parti DAP berbangsa cina, Teresa Kok. Melayu kata senggara, cina kata selenggara? Mana satu yang betul sebenarnya ni?



Pesanan khas untuk Kak Piah, “Saya bukan wartawan, kak. Tapi sebab banyak sangat memerhati dunia kewartawanan negara, tak pasal-pasal gaya penulisan saya pun terikut-ikut macam dorang gak. Sebenarnya, saya cuma seorang jaga di SRJK (T) Batu Dua. Sekian laporan bohong saya untuk akak, kembali ke bilik berita…”




~Bosan (Akibat Lapar) Mode Activated~

9.9.08

AKU PERNAH MASUK KELAB…

BADMINTON! Ya, sungguhpun aku tidak selicik Lee Chong Wei, tidak setangkas Misbun Sidek dan tidak se’buaya’ Rashid Sidek; tapi aku berjaya menempatkan nama aku sebagai ahli pasif dalam kelab badminton sekolah aku sewaktu sekolah rendah dahulu.


Kini aku tidak lagi aktif dalam menyertai mana-mana kelab termasuklah kelab penyokong bolasepak sekalipun. Maka atas dasar itu, bila ada perlawaan orang-orang tertentu yang mengajak aku pegi ‘kelab-ing’, aku terpaksa menolak dengan nada yang tegas.


“Kenapa?” Mereka bertanya. Adakah kerana aku seorang yang alim dan mahu menghindari tempat-tempat berbaur maksiat seperti itu? Mungkin… Tapi tidak semestinya tepat.


Mungkin aku takut untuk menari di khalayak ramai agaknya. Kekurangan keyakinan ataupun self-esteem? Pun mungkin jugak. Tapi satu perkara yang aku pasti, aku kelihatan amat hodoh sekali ketika aku menari. (Kalau macam tu menari laa banyak kali, tongong!)


Setakat ini, aku pernah mencuba beberapa rentak tarian yang boleh di-flowkan secara semulajadi dengan liuk lentuk tubuh badan aku ni ketika mendengar mp3 sensorang dalam bilik sewaktu dinihari. Perlakuan songsangku ini tidak pernah berjaya dihidu oleh sesiapa termasuklah orang tuaku. Sungguh hebat, oke!


Analisis yang berjaya aku kumpul mendapati; aku lebih cenderung untuk menari twist ala-ala A Go Go zaman pop yeh yeh dulu. Dan aku juga ada bakat dalam melentokkan badan dengan gaya sexxy Ricky Martin sedang menari irama Latin (sila muntah sekarang!). Aku juga mudah menguasai teknik tarian robot, berserta pula tarian ala-ala vokalis Red Hot Chili Pepper.

Seterusnya aku rasa aku mampu untuk menari ghazal mahupun dondang sayang. Kesemua ini ternyata tidak diketahui oleh diriku sebelum ini yang masih berdegil tak mahu menjejakkan kaki ke ‘kelab-ing’ sampai ke hari ini.


Tapi, aku tetap tak reti jugak nak menari shuffle, oke! Shuffle daun terup pun aku failed; inikan pulak nak menggeliatkan urat-urat betis aku yang sexxy ini sampai ia terbelit - aku tak sanggup! Dan aku takde masa nak belajar lebih lanjut…


Bak kata Cheyenne kepada Vanessa Williams dalam filem ‘Dance With Me’: “How can you dance without any music? Dancing is not about the step. Dancing is about the music. You need the music to move your body by itself and you will be dancing from your heart…”


Hish… macam laa dah takde benda lain nak dibuat selain menari. Aku tak salahkan aktiviti menari tu secara sendirinya; tapi aku tak setuju dengan orang yang mahu membudayakan aktiviti menari.


Menari, memang memberikan bentuk kepuasan yang unik dan tersendiri. Tetapi, sekadar mahu memuaskan diri sendiri bererti kita sebenarnya cuma sekadar mengikut nafsu. Bertindak menggunakan akal yang diberi dalam mencari sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat pada diri; barulah digelar tanggungjawab dan tugas kita sebagai manusia yang sejati.


Bagi aku menari ni bagaikan satu senaman. Ia perlu dibuat tatkala keadaan memerlukan. Contohnya senamrobik ke apa ke. Still enjoy gak sebenarnya menari senamrobik neh dengan melonggarkan kembali otot-otot, pasti membuat tubuh badan kita kembali segar dan selesa. Takde laa rasa keras je, lenguh je sepanjang hari duduk atas kerusi.


Bersolat pun boleh dijadikan aktiviti senaman. Yang penting badan kita perlu sentiasa bergerak supaya tisu yang menghubungkan sendi-sendi kita tidak menjadi keras dan rosak. Bagaimanapun bukan ramai yang rajin nak bersolat. Takat buat solat fardhu tu adat laa…

Maka, buatlah sebarang aktiviti berfaedah yang difikirkan mampu di samping usaha ‘kita’ melangsingkan badan ke bentuk tubuh idaman sebelum raya nanti mahu dilihat terlaksana dengan jayanya. Hehe…




~”Mak, betul tak cara Atan ‘melenggang’ perut neh?”~

6.9.08

BUNCIT?!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Semalam ada laa sorang awek neh cakap aku buncit. Huh, takde laa aku nak nafikan pun. Aku memang ada perasan akan fenomena ini. Ketakutan yang mula melanda diriku ketika ini adalah berkenaan diet aku sepanjang bulan Ramadhan ini.


Seperti kebanyakan orang; especially pada ‘gadis-gadis lanunz’, sememangnya bulan puasa ini dinanti-nantikan ketibaannya kerana dipercayai dapat membantu tugas mengurangkan diameter perut masing-masing. Aku juga tidak terkecuali untuk cuba bersara dari arena profession sebagai ‘penternak lemak’ yang berjaya.


Actually kadar pertumbuhan lemak dalam badan aku mula bergiat aktif ketika aku berusia sekitar 11-12 tahun. Pada waktu tu punca utama aku kuat makan kerana nafsu setelah lama tak jumpa lauk pauk yang best-best seperti ayam, ikan bawal mahupun gulai ketam.


Tak percaya, sila selidik gambar neh betul-betul…



*Sorry sebab kualiti rendah. Aku tangkap gambar atas gambar neh.



Pada peringkat usia ini, keluarga aku mengalami kejutan budaya sedikit apabila berpindah dari bandaraya KL ke estet swasta terpencil bernama Ladang Bukit Puteri milik Austrial Enterprise di Pahang. Ketika itu gaji mak bapak aku sekitar RM300-400 je sorang. Masa tu aku dapat RM10 sebulan pon dah kira kaya sangat, terasa dimanja-manjakan sebab aku bebas untuk berjoli sakan dengan wang tersebut membeli apa sahaja yang aku suka.


Adat budak bandar, yang sudah dibesarkan dengan alat mainan seperti kereta remote control mahupun juadah Kepsi sebulan sekali; ketidak-laratan ibu aku nak masak lauk-lauk berskala best dan mahal menjadi satu kejutan untuk aku. Biasanya bulan puasa atau musim raya baru dapat merasa. Kalau nak dapat 3-4 bulan sekali pun ikut nasib.


Lalu aku mula menjadi tamak haloba mengikut hawa nafsu bila terjumpa makanan-makanan yang sangat best ini. Setakat 3 pinggan nasik tu memang selamba boleh licinkan. ‘Selagi tank tak penuh’ kata orang dulu kala.


Maka ketika itulah aku mula mengenal erti ‘gemuk’ dalam kamus hidup aku. Diet pemakanan yang tak seimbang menjadi puncanya. Selang bertahun silih berganti; ada masa aku kembali kurus kerana malas nak makan banyak sebab tak ada access untuk makanan-makanan sedap, ada masa aku kembali gemuk sebab ter’lebih’ makan.


Ni gambar untuk membuktikan bahawa aku PERNAH kurus…




And ni lagi satu kalo korang still nak mempertikaikan gambar di atas.




Aku jarang ikut jadual makan sebenarnya. Kalau aku rasa lapar, aku makan laa. Tak kira laa kalau aku lapar sekali sehari atau 10 kali sehari. Dan kalau aku jumpa makanan yang sedap, maka kalau dah makan 10 kali sebelumnya sekalipun aku tetap akan mentekedarah nasik berpinggan-pinggan jugak.


2-3 bulan sebelum bulan puasa ni, aku kembali ke diet normal. Yakni aku ada sarapan pagi, makan tengahhari, makan makanan ringan waktu petang dan makan malam ketika menonton Buletin Utama. Yang aku perasan kebaikan makan mengikut waktu ini adalah bahawa perut kita cepat kenyang lantas membuatkan kita jadi malas nak makan banyak. Makan sepinggan pun dah cukup asalkan dapat merasa/menjamah lauk-pauk yang terhidang.


Sudah pasti ini suatu berita yang menggembirakan! Dan aku mula merasa bertambah hensem kembali kerana dapat melihat pengecutan isipadu perut secara perlahan-lahan.


Tapi di bulan puasa ni, nafsu aku kembali tak terkawal. Tak kira proses bukak puasa atau sahur, aku kembali makan nasik berpinggan-pinggan seperti sudah tiada hari esok lagi. Tu belum campur kalau ada member nak buat amal jariah sempena Ramadhan tetiba ajak makan Mekdi or Kepsi time tengah malam. Mentang-mentang laa dorang dah beroperasi 24 jam sekarang; memang aku pantang lepaskan peluang!


Huh, dugaan dan chobaan…




~Tahun neh saya nak beraya dengan baju melayu kaler biru muda bersaiz M… Mudah-mudahan~


1.9.08

RAMADHANKU HARAPANKU

Bila Sang Pujangga bermadah kata :




Tak begitu panjang penceritaan aku kali ini. Tak memerlukan sampai 4 siri pun. (hehe)


Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang baru tiba untuk musim 1429 Hijrah ini, aku nak berterima kasih buat mereka-mereka yang mendoakan keselamatan aku dalam memperkasakan diri menghadapi bulan yang sedikit mencabar bagi orang kurang iman cam aku neh.


Aku juga nak mengucapkan selamat juga untuk kalian-kalian semua dalam menghadapi godaan-godaan cetusan nafsu diri masing-masing.


Aku tak reti nak cerita banyak pasal bab agama ni sebab aku sendiri bukanlah seorang yang warak. Nak mengkopi-pasta pun rasa-rasa tak berani takut tersalah ‘sampai’ pulak nanti. Al-maklum laa aku ni bukannya ilmuwan kitab Islam. Bab lain kita boleh jadi kritis demi mencari kebenaran yang terselindung, tapi bab agama neh memang dah tersurat dengan peninggalan wasiat junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam kitab Al-Quranul Karim. Tapi apa-apa hal pun cukuplah jikalau kalian semua tak sangsi akan keikhlasan aku mahu melihat keberkatan bulan mulia ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kita semua.


Aku juga menyedari kewujudan fahaman skeptikal sesetengah pihak terhadap golongan orang kurang celik agama seperti kami ini. Ada yang mengatakan “Haih, nak tunggu bulan poser baru nak ingat tuhan ke? Selama neh…?”


Tak kisah laa tu walaupun sedikit menyakitkan hati. Hakikatnya KEBENARAN ITU SERINGKALI BERSIFAT PAHIT. Kalau tak percaya cuba tengok hukum alam yang boleh kita perhati sendiri kat atas mukabumi ini. Perkara yang membawa kebaikan seringkali tidak disukai (e.g ubat – pahit, amanah – lambat kaya, ceramah agama/motivasi – kurang menghiburkan). Sementara perkara yang dianggap ‘best’ pulak selalunya mendatangkan keburukan (e.g kulit ayam goreng, nyam nyam – kolestrol tinggi, filem best – melalaikan, rezeki wang yang melimpah ruah – tamak/boros/bangga diri)


Tapi sesuatu yang aku amat suka bercampur terharu di bulan puasa ini; adalah apabila melihat semua orang berlumba-lumba ke arah kebaikan demi mencari pahala berganda menggantikan dosa dan cela yang tak terkira banyaknya terkumpul sejak sekian lama. Sekaligus menjadikan diri ini turut berasa malu akan nasib diri dan cuba memperbaikinya mana yang termampu. Bagi aku, inilah hikmah Ramadhan. Dicipta reka oleh Yang Maha Berkuasa untuk anak-anak muda baru nak kenal erti akil baligh, mencari hidayah dan latihan menjalankan ibadah; sekaligus mengingatkan pula pada kami-kami yang dah tua bangka ini agar kembali ke jalan-Nya.


Syukur kita masih diberi peluang untuk hidup menempuhi bulan Ramadhan tahun ini dan insya-Allah tahun-tahun mendatang nanti. Apakah kesan pengisiannya dapat membentuk sahsiah kita sebagai muslim sejati; sama-samalah kita renungi untuk kebaikan diri sendiri. Samada sekadar mencuci dosa berkati-kati, atau nak merelatifkan sambutan Aidilfitri; harapannya agar segala keburukan terhindar jauh dari hati kita. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan munafik pula! Sesungguhnya Allah memurkai sifat yang seperti ini.


Ingat-mengingati sesama kita, khususnya untuk diri sendiri merupakan dakwah terbaik yang mampu kita payungi. Tepuk dada tanyalah hati. Nak ke kita teruskan berperangai setan tatkala mereka sedang diikat pada bulan ini? Sudah tiada alasan lagi walaupun kita sedar graf iman kita tak cukup tinggi.


Wallahu’alam.