22.9.08

APA ADA PADA NAMA: ADA HURUF!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Kepada sesapa yang pernah menonton drama Kasih Iftitah dalam slot Samarinda di TV3 tu, pasti anda familiar dengan nama Azrai.

Begitu juga bagi peminat pasukan bolasepak Kedah. Nama Azraai Khor mula meniti di bibir gadis-gadis termasuk mereka-mereka yang jahil dalam bolasepak yang sebelum ini menyangkakan David Beckham adalah penyerang handalan England (dia pemain sayap laa bodo!).

Jadi pasti anda menyangkakan “Wow, seronoknya menjadi Ajai! Pasti hidup beliau penuh dengan glemer hanya kerana memiliki nama yang sama seperti watak Rusdi Ramli dan jurulatih pasukan Kedah itu…”

Ehem! Aku nak bagitau sikit. NAMA AKU BUKAN AZRAI ATAU AZRAAI, OKE! Nama aku adalah Azraii Bin Abdul Hamid. Nampak? Ada dua huruf ‘I’ di situ. Jadi aku bukan Azrai. Aku AZRAII!!!

Untuk mereka yang masih kompius, sebutan nama aku adalah seperti berikut – ‘azer-ra-ie’. Ataupun lebih tepat lagi dieja sebegini – Azra’i – yang sekiranya diterjemahkan dari bahasa arab membawa maksud ‘nisbah’ (yakni berbakat untuk berbini empat).

Sudah pasti nama Azraii dengan dua huruf ‘I’ itu berpunca dari kesilapan jururawat yang mendaftarkan surat beranak aku 23 tahun lepas. At least itu laa agakan aku. Sebab aku ada seorang member yang bernama Rahli – bapak beliau buta huruf maka menyalin nama Ramli dari kertas yang diberi saudaranya lantas membuatkan jururawat tersalah tulis dek kerana tulisan cakar ayam tersebut.

Tapi bapak aku bukan buta huruf. Aku pernah bertanyakan beliau mengenai persoalan kenapa nama aku ada dua huruf ‘I’ tapi beliau cuma menjelaskan tentang nama aku yang sepatutnya ada tanda ‘ (klostrofi ke apa benda entah namanya aku tak ingat) itu. Tapi aku masih tatau sebab sebenar mengapa kegagalan ejaan tersebut berlaku dalam surat beranak aku.

Mungkin juga tanda tersebut tidak dibenarkan dalam surat beranak di Malaysia. It’s possible oke! Salah seorang anak buah aku sepatutnya bernama Mat Muliadi (bersempena nama bapaknya Mat Budiman), tetapi didapati Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan lagi ibubapa mendaftar nama anak menggunakan nama ‘Mat’ lantas terpaksa ditukar kepada Tuah Muliadi (tetap maintain retro, ahaks!). Alasan dorang; entahlah, tak diperincikan pulak tapi mungkin tanak nama yang sama banyak sangat. Yeah, macam laa bagus sangat usaha diorang tuh!

Bagi kat anak nama Pierre Andre atau Dinzly atau Ladyana is oke tapi kalo bagi nama Mat is cannot. Kepala hotak sungguh!

~Iklan – by the way, awek sweet yang berlakon iklan chewing gum “Cerita ni? Saya pun suka!” serta pelakon cheerleader dalam drama ‘5 Jingga’ di 8TV itu adalah bernama Siti Saleha Bt. Baharum. Sungguh mengharukan kerana masih mengangkat nama melayu di sebalik kepelatan beliau bercakap ala-ala anak Mat Salleh (bukan nama orang!) Iklan tamat~

Nama Azra’i ini adalah milik kawan karib @ klasmet bapak aku masa belajar kat STAR dulu. Itulah punca aku diberi nama yang unik ini (at least itu laa anggapan aku sehinggalah semakin ramai orang bernama Azrai muncul). Tapi di rumah, aku dipanggil sebagai Atan. Atan adalah nama timangan Pak Andak aku (dipanggil sebagai Pak ‘Ndak di Pahang) yang merupakan adik paling bongsu dan paling manja dalam keturunan adik beradik bapak aku. Hmm… no need to explain, korang pikir laa sendiri relevannya.

Tapi disebabkan ketika sekolah rendah, nama Atan ini digunakan untuk watak budak nakal sebagai contoh teladan dalam buku teks; menjadikan aku amat tak selesa dengan nama tersebut akibat diejek dengan penuh konsisten sekali oleh klasmet/skulmet aku (pimary school CAN be cruel!).

“Atan, ko jangan main mancis tau! Nanti terbakar lak sekolah ni macam ko bakar rumah jiran ko.”

Dan juga disebabkan kesalahan sebutan para cikgu yang memanggil aku dengan nama Azrai berulang kali, membuatkan aku bertambah bengang. Maka aku menolak kedua-dua nama tersebut dan mula menggunapakai nama Ajai sejak 7 tahun lepas walaupun lazimnya nama Ajai digunakan oleh mereka-mereka yang bernama Faizal.

Ada seorang apek yang merupakan klasmet aku pada zaman tu pernah bertanya:

“Apasal nama ko Ajai; apasal tak letak nama Arai?”

“Kepala hotak ko! Ko ingat aku neh helmet?”

Dek kerana seronok dengan kerakusan aku (atau di sesetengah tempat menganggap ia kepoyoan) menukar nama gelaran sesuka hati; maka sekali lagi aku menukar nama kepada Akeji beberapa bulan lepas kerana pernah disalah anggap oleh seorang awek ni yang memanggil aku dengan nama Takeshi Kaneshiro.

“Eh, awak melayu rupanya! Saya ingatkan awak ni pelakon jepun mix cina tu tadi…”

Aku sedar aku ada muka orient sikit mungkin sebab aku berketurunan mix dengan cina (tak tipu oke!). But, whatever laa…

And then – bersempena bulan kemerdekaan yang lepas – akhbar Kosmo ada mendedahkan perihal seorang jejaka yang turut lahir pada tahun 85 (ektyfai rawk!) memiliki nama Nasionalisme dalam kad pengenalan beliau. Ini kerana beliau lahir pada 31 Ogos 1985 dan cogankata hari kebangsaan tahun itu ada menyelitkan perkataan ‘nasionalisme’. Hoho!

Kalau kat Amerika, dorang boleh memohon untuk menukar nama kat Jabatan Pendaftaran dorang sesuka hati tanpa perlu mendapatkan ‘suka hati’ makbapak dorang. Pernah ada seorang mamat neh (sumber : youtube) menukar nama beliau kepada seorang artis terkenal supaya boleh menghasilkan ‘quote’ yang membodohkan dirinya dan artis tersebut. Sebagai contoh:

‘I’ve read Prank The Monkey book many times; and yet, it’s THE ONLY book I ever red’ – Ashton Kutcher (bukan hos Punk’d)

Kat Malaysia, setau aku orang akan menukar nama if dorang convert agama Islam. Tapi kalau pertukaran nama ni sememangnya dibenarkan dengan sesuka hati (ye laa, orang lahir as Islam pun ada yang pakai nama pelik-pelik skang neh), maka aku ingat aku nak tukar nama dalam IC aku laa. Letak nama Theo Fabregas Bin Abdul Hamid. Amacam, oke tak?

“Kalo ko nak kena sepak terajang keluar dari rumah ni; try laa…” komen bapak aku.

Damn!

~Masih dalam mood ‘mari mengarut di bulan poser’… huhu~

P/S: Aku dah kurang peluang nak akses internet sekarang sebab laptop member aku yang sering dijadikan mangsa itu telah pun rosak... so mintak maaf kalau aku terlambat lompat ke blog korang untuk tinggalkan komen. Tapi aku akan singgah gak, insya-Allah...

37 KoMen:

Kak Piah said...

wakakakaka.. biler la ko nk wat entri yg bley buat org nangeh lak dik??
akak kalo baca kalo tak sengih2, gelak2, guling2 *<-yg nih tipu..* mmng tak sah gitu..

akak mengesyaki yg molot ko mcm bertih jagong dek kerana penulisan ko yg lancar dan konsisten itu.. bley??

suparjo said...

Ada apa dengan nama?

Tengkorak Hidup said...

David Beckham,Wakaka..

Theo Fabregas ?...Mcm Fiberglass Je Bunyi Dia Jai..

Tyra said...
This comment has been removed by the author.
Tyra said...

Ajaik... kau jawa... mane bole Theo Fabregas :|

cendawanintim said...

owhhhh, gitu kekdahnyer...

panjang benor huraian kali nih yer..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak piah : ntah laa kak... saye musykil saye neh jenis yg byk cakap ke tak? tang tu kene tanye org or even better kalo dpt dtg beraya ke rumah nanti... huhu...

saye tak reti wat org nanges sbb saye dah selalu dibuat org menanges sorang2... huhu sekali lagik

suparjo : ada makna...

korak : tu laa kan? pasal tu laa bapak aku tak bagi kot...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

tirah : terer ko kaber kegagalan ejaan eh?

oit, bile mase aku jawe dol?

cendawan : bese arr kak... cite pendek tapi dipanjang2kan...

my style!

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

NaSioNaLiSMe :|

KaLau PmPuaN , aMaT x SeSWai oKe !

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Any Comment? Anybody?