20.4.08

AKU SANGAT TERUJA, OKE!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Ada satu cerita ni, tak laa berapa menarik sangat pun dan mungkin tak memberi apa-apa efek langsung pada pembaca blog sekalian. Tapi alang-alang korang tengah baca tu kan, biarlah baca sampai habis ye tak?

Ceritanya bermula begini, beberapa hari yang lepas aku pergi ke sebuah cyber café kat bangi yang jaraknya 10-15 kilometer dari rumah aku. Aku terpaksa pergi jauh-jauh macam tu sebab cyber café kat area rumah aku ni problem tak boleh nak detect pendrive aku sekaligus membuatkan kerja aku nak meng-update blog ni menjadi sukar sesukar-sukarnya (ni ayat baru neh).

Kebetulan ada sorang hamba Allah ni mesej aku ajak aku ke pekan Kajang pekena Neskape barang segelas dua. Atas dasar persahabatan yang tidak begitu ikhlas aku pun terus setuju, tapi aku suruh dia tunggu kejap sampai aku siap isi-bawah (download) beberapa mp3 yang sedang aku tercari-cari. Malangnya lagu yang aku nak cari boleh tahan jugak laa, susah betul nak dapat. Pakai ares/limewire pun asyik dapat yang corrupted atau yang kualiti buruk lagi teruk dari radio pusaka orangtua aku kat kampung.

Kesudahannya member aku terpaksa tunggu aku sampai satu jam setengah kat Kajang walaupun aku dah pecut motor cup aku ala-ala Spark tengah rider RXZ lompong dia dalam cerita Remp-It tu.

“Barua betul. Ko ingat aku nak dok kedai mamak neh tunggu ko sampai aku pencen ke?” kata mamat yang ‘agak kurang ajar di situ nampaknya’.

“Babun, kan gua dah cakap gua ada hal tadi beb. Lu jugak yang nak tunggu gua kat sini kan? Salah sape sekarang? Lu nak petik gua pulak… Tak puas ati jom laa race kat trek!” tuturku lemah lembut dan penuh gemalai.

“Ko buat apa kat cc?”

“Carik lagu.”

“Banyak sangat ke?”

“Boleh tahan, oke! Tapi separuh lagi aku tak sempat nak carik sebab takut ko tunggu aku lama sangat pulak nanti.”

“A’ah, satu jam setengah tu memang tak lama mana pun,” sindirnya.

“Weh samdol, neh aku datang neh pun secepat mungkin tau tak sebab takut ko majuk ngan aku pulak kang.”

“Apa laa yang sengal sangat ko neh labu?! Kat ofis aku kan ada internet. Request je laa mp3 kat aku, tongong!”

“Bontot engkau! Engkau dapat online internet kat ofis ngko tu sebab ofis ko nak suruh ko buat kerja. Senang untuk ko nak buat apa-apa report kat HQ.”

Dia tercengang sekejap.

Tiba-tiba dia keluarkan henset Sony Ericsson walkman beliau lantas memainkan sebuah lagu yang aku kurang kenali, tapi agak familiar dengan arrangement muziknya.

“Lagu sapa neh?” tanyaku yang ingin ketahuan.

“Single dari album terbaru Radiohead. Baru release kat Europe pagi semalam,” katanya sambil membuat ekspresi muka yang amat berlagak macam orang tak takut mati. Haram punya mala’un. Simpati pulak aku kat bos dia dapat staf perangai tak semenggah macam dia ni.

Nasib baik aku kurang sikit layan Radiohead. So takde laa teruja sangat aku dibuatnya. Tapi aku tahu yang mamat ni memang fanatik Radiohead. So sudah tentu dia amat bangga dan juga ikut sama teruja mendengarkan lagu baru ini. Aku mula menjadi jeles yang teramat sangat. Ahh, aku tak kira, aku nak guna jugak kelebihan mamat ni yang boleh dieksploitasikan aku untuk mencari lagu.

Setelah puas mem-‘bluen’tooth list lagu yang aku mahukan pada hensetnya, aku tak lupa untuk berpesan pada dia agar cuba dapatkan full album band Meet Uncle Hussain untuk aku.

“Dah ada pun kat dalam pc ofis aku daa…” Haram betul!

Bukak cerita baru kejap, di bawah tajuk:



SEJARAH AKU DAN MEET UNCLE HUSSAIN



Pada satu ketika dahulu; tahun lepas kalau aku tak silap, aku ada terdengar sebuah single yang baru kat HotFM masa aku tumpang kereta member aku.

“Tiada bintang, dapat menerangkan hati yang telah dicela, bagaiku lumpuh, tak mampu berdiri, aku…”

Aku terkesima untuk 3 minit setengah yang berikutnya.

“Woi, neh lagu Teacher’s Pet ke? Macam suara Maman je neh. Giler ah best nak mampos!” Member aku tampaknya gagal nak memberi sebarang komen memandangkan itu juga kali pertama beliau mendengarnya.

Tak ramai yang tahu, tapi salah satu lagu yang terdapat dalam list All-Time-Favorite aku adalah lagu Warisan Wanita Terakhir (WWT) nyanyian Teacher’s Pet. Salah satu sebab aku gila kat lagu ni selain dari suara Maman yang aku anggap sangat unik itu adalah kerana lagu ini mampu membuatkan aku terbang melayang-layang dalam perasaanku sendiri.

Selang beberapa hari kemudian, aku semakin galak menunggu di hujung corong radio kereta mahupun rumah dengan harapan cuba nak mendapatkan nama kumpulan yang terbabit menghasilkan lagu yang sangat best itu. Aku yakin bukan Teacher’s Pet yang nyanyi sebab ada kelainan tersendiri antara suara mamat tu dengan Maman.

“Kami akan tunaikan permintaan dari Zifi di Sungai Besi yang ingin mendengar Lagu Untukmu nyanyian Bianca Husin dengan ucapan ditujukan kepada teman-teman sekerjanya, ‘Baik Punya!’…”

Bianca Husin? Sape tu? Anak (Allahyarham) Hussein Abu Hassan ke? Aku tau Faizal Hussein ada kakak/adik yang pernah menjadi penyanyi sekejap zaman aku muda-muda dulu tapi rasanya nama dia bukan Bianca. Tu nama orang putih tu. Nama Bianca ni dah macam nama pornstar yang ‘pernah’ ku kenali je pulak dah… (ehem, ehem)

Ataupun aku yang salah dengar? Bianca tu nama pompuan kan? Yang nyanyi neh konsperm jantan walaupun suaranya ala-ala gedik gitu. Agaknya nama dia Michael Husin kot. Takpe, apa-apa hal biar aku try search dulu kat internet.

Bila aku taip tajuk ‘Laguku Untukmu’, result yang keluar asyik link kan aku ke lagu Hasnol dulu-dulu yang pernah popular sekitar hujung tahun 90-an. Ah sudah!

Minggu-minggu seterusnya aku hidup dalam kekeliruan tanpa dapat menemui jawapan konkrit berkenaan misteri lagu baru yang aku gilakan itu. Sehinggalah pada satu hari ketika aku sedang melepak bersama beberapa member aku kat kedai mamak melayan borak.

“Lagu tu? Tu kan lagu iklan cerita Kami kat NTV7 tu. Bukan Laguku Untukmu, tajuk dia Lagu Untukmu. Band Meet Uncle Hussain,” ujar salah seorang memberku ketika aku bertanya perihal tersebut. Ooo, patut laa aku carik tak jumpa-jumpa, salah sikit kat tajuk je rupanya. Member aku ni memang gila tengok cerita Kami tu, tak pernah miss. Sebab episod pertama yang dia tengok, dia dah terpikat dengan awek-awek yang ada berlakon kat dalam cerita tu. Semuanya cun-cun katanya. Iya ke? Aku tak berapa tau sangat sebab bila aku pandang mana mana perempuan aku tak pernah menilai paras rupa mereka (ngeh ngeh ngeh!).

“Band apa ko sebut tadi?” tanyaku masih kurang kepastian.

“Meet Uncle Hussein – ‘jumpa pakcik Usin’.”

“Buat apa Bianca Husin nak jumpa pakcik Usin? Pakcik Usin tu bukan bapak dia ke? Apasal panggil pakcik pulak?” member aku tercengang pandang aku.

“Aa, lu pikir laa sendiri,” jawab member aku tak lama selepas itu yang mana frasa tersebut akhirnya di-trademark kan oleh encik Nabil dalam Raja Lawak. Pasti member aku bengang tatkala ini apabila mendapat tahu ayatnya telah diciplak oleh selebriti yang baru nak up.

Aku mengelamun seketika memikirkan kaitan Bianca atau Michael Husin dengan pakcik yang bernama Usin tu. Misteri sungguh. Selepas 10 minit kemudian.

“Ooo…!!! MEET UNCLE HUSSEIN rupanya!” Barulah aku sedar aku telah ditinggalkan bersendirian di kedai mamak tersebut sejak 10 minit yang lepas berikutan member aku yang malas nak melayan kelembapan otak aku neh yang sentiasa lembap walaupun aku tengah jemur kepala kat panas terik matahari ketika itu.

Tanpa berlengah lagi aku terus bersiap-siap untuk ke cyber café berdekatan bagi menyudahkan keinginan aku yang kurang mendatangkan faedah ini.

Dalam perjalanan ketika singgah di trafik light, aku terserempak pula dengan sorang member lama yang baru balik kerja.

“Woi, layan Neskape jom!” ajaknya.

“Aku baru pas minum tadi ngan bebudak neh.”

“Alaa, kali neh ngan aku pulak laa.”

“Tak dapat laa bai. Aku nak gi cc neh.”

“Ko lagi pentingkan counter-strike dari member sendiri ke?” Kepala hotak dia. Dia ingat aku ni sape? Budak sekolah yang baru nak belajar monteng kelas ke?

“Ye laa, jom laa…”

Setelah bergelen-gelen Neskape diteguk kami berdua, member aku tersebut dikejutkan dengan panggilan orang rumahnya yang suruh dia balik ke rumah pasal dah nak dekat Maghrib. Susah jugak orang dah kahwin ni rupanya ye? Namun yang membuatkan aku sedikit teruja tu sebab lagu ringtone yang member aku tu pakai macam pernah aku dengar.

“Itu… Tadi tu… Lagu Meet Uncle Hussain ke tu?” Tanyaku tersipu-sipu malu

“Apasal? Ko carik lagu neh ke? Dah lama aku ada lagu neh dalam henset aku. Ko neh memang LAMBAT laa Jai. Meh ‘bluen’tooth ngan aku meh,” Siot betul. Kalau aku tau awal-awal takyah nak susah peningkan kepala macam ni.

Bersambung kembali ke cerita bertajuk ‘AKU SANGAT TERUJA, OKE!’ tadi.



“Ko memang minat Meet Uncle Hussein ke Jai?” tanya memberku itu.

Tak perlulah aku nak cerita apa yang aku jawab kat mamat tu eyh, sebab kalau korang tak faham-faham lagi kegilaan aku pada Meet Uncle Hussain maka sesia je laa korang baca cerita bertajuk ‘SEJARAH AKU DAN MEET UNCLE HUSSAIN’ tadi.

“Aku bukan apa Dot. Aku tau band kat Malaysia ni susah nak up sebab asyik ketinggalan. Ramai yang lagi prefer untuk terus kekal independent juz becoz ada label-label kat Malaysia ni yang takleh nak diharap untuk buatkan kerja marketing untuk dorang. Aku tau walaupun aku memang peminat lagu-lagu band Indon, tapi aku kena jugak support band dari Malaysia ni. Dan Meet Uncle Hussain memiliki resepi yang lengkap untuk membuatkan aku kembali pandang semula pada kemeriahan arena muzik tempatan,” ujarku bersungguh-sungguh lagak seorang wakil rakyat yang cuba menipu penyokong-penyokongnya untuk tujuan memancing undi.

“Apasal dah lepas setahun dah band tu komersial, ko still tak beli-beli jugak CD diorang?” oopss, sangat pedas soalan tu, oke! Tak reti pulak aku nak menjawab kali ni. Ah lantak laa… Suka hati dia laa nak cakap apa pun. Asalkan aku dapat lagu yang aku nak.

Memang aku belum pernah dengar full album diorang. Yang aku pernah dengar pun cuma dua single diorang yang popular kat radio sebelum ni; Lagu Untukmu dengan La La La Kerjalah. After that aku dapat tahu ada satu lagi single bertajuk Halusinasi tapi aku jarang dapat dengar sebab aku dah kurang dengar radio sekarang. Tak kisah sangat pun sebab aku boleh agak lagu tu tak best mana pun, sama macam lagu La La La Kerjalah tu. Cukup setakat nak menyedapkan telinga je mendengar.

Tapi aku sangat tertarik untuk mengetahui andai ada lagu-lagu lain yang cukup ‘strong’ dalam album diorang tu sebab aku sangat suka arrangement muzik diorang, oke! Aku mengharapkan ada single yang sekuat WWT macam yang dihadiahkan Teacher’s Pet kat halwa telinga aku ni. Walaupun aku tau sukar nak menewaskan kecantikan arrangement Lagu Untukmu tu, tapi at least aku nak satu lagu yang boleh mengembalikan perasaan aku macam ketika pertama kali aku mendengar WWT dahulu.

Dan dengan sukacita dimaklumkan, semalam aku dah dapat CD yang telah di-burn dari member aku tu yang disertakan sekali full album Meet Uncle Hussain di dalamnya. Dan dengan suka-gille-sampai-aku-rasa-macam-nak-hantuk-kepala-kat-dinding-sampai-berdarah-cita juga dimaklumkan, aku dah jumpa lagu yang boleh aku terujakan! Try laa dengar kalau korang belum pernah dengar lagi:

~Meet Uncle Hussain – Insan Biasa~



Itu aje pun cerita aku sebenarnya. Saje aku karang panjang-panjang cerita ni supaya takde suara-suara sumbang yang mengatakan “Eleh, aku dah lama ada/dengar lagu ni. Ko lambat sangat mengikuti perkembangan laa Jai!” Sebab aku bukan nak cerita yang aku ni cepat ke, lambat ke. Aku cuma nak cerita kenapa AKU SANGAT TERUJA MENDENGAR LAGU NEH, OKE!



*Nantikan kemunculan single baru dari sebuah band independent yang bakal menggegar pentas muzik Malaysia:

~Meet Uncle Ajai – Lagu Free Untukmu, Oke!~

5 KoMen:

MakcikMuda said...

ryn x minat band itu :|

Anonymous said...

bapak aku allergik dgn lagu lalala :|

LadyTiz said...

aku ske tgk citer kami... lain dr yg lain... dan aku juge meminati sesetgh lagu dlm citer tuh.. huhu...

Unknown said...

aku takmo jumpa unkle hussin :|

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

putrik runak : menci!

pish'arm' paneh : nape elerjik lak?

tirak : 'kami' pon same!

makcik kiut : ape yg ko takut2 kan?

Post a Comment

Any Comment? Anybody?