15.4.08

Good Boy Gone Bad

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Al-kisah tidak berapa lama yang dahulu (ketika zaman aku muda-muda laa kononnya) aku pernah bertanyakan tentang soalan apakah kebaikan dan keburukan aku pada segelintir orang yang tertentu.

Bukanlah nak menunjukkan yang aku ni takde penilaian aku yang tersendiri terhadap sifat diri aku, cuma pandangan yang aku buat sudah tentu laa berkecenderungan untuk bias memandangkan apa yang aku sedar tentang diri aku selama ni bahawasanya aku ni memang jenis orang yang tak sedar diri. Muahahaha.

Baru-baru ni aku ada berkenalan dengan seorang hamba Allah ni. Dah agak lama aku menyepi dari sisi masyarakat sebenarnya. Cuma baru awal tahun 2008 ni je aku cuba mempertimbangkan semula nilai-nilai sosial dalam diri aku sehingga membuat aku mendapat dua atau tiga kenalan baru.

Namun apa yang membuatkan aku sedikit tersentak bila beliau membuat kenyataan berikut:
"Jai, awak ni jahat laa. Saya tau laa awak tu ****** dan memang ***** tapi kalau boleh cover-cover laa sikit cik bang oi."

Lantas membuatkan aku termenung beberapa ketika.

Jahat ke aku ni?

Meh kita list kan nilai-nilai jahat yang telah berjaya aku developed dalam masa 23 tahun aku hidup:

1. Pentingkan diri sendiri – tak perlu nak dihuraikan tentang sifat yang satu ni. Most of the peoples nowadays memang takkan dapat lari dari sifat melindungi dan menjaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan untuk menolong orang lain.
2. Suka nyakat member dengan gurauan menyakitkan hati – entah kenapa saje aku suka nak test tahap ke’touching’an seseorang dengan membuat aksi atau kenyataan yang menjurus ke arah menyakiti hati orang lain atau dalam lingua modennya, aku menjadi semakin galak untuk ‘membahan’ orang 2-3 menjak kebelakangan neh.
3. Pemalas dalam melaksanakan sesuatu komitmen – sifat yang tak pernah gagal mengecewakan aku semenjak aku kecik terutama bila aku mendapat visi untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik atau bila aku benar-benar diperlukan untuk komited dalam sesuatu hal.
4. Pendendam – sampai sekarang aku masih boleh mencongak-congak lagi perkara-perkara jahat yang orang buat kat aku. Maaf, maaf gak. Dendam, dendam gak. Macam tu pun boleh ke?
5. Kuat jeles – dulu ada orang cakap kat aku, cemburu ni perlu. Cemburu tandanya sayang. Cemburu kat awek kita tanda kita tanak kehilangan awek tu, cemburu kat harta orang lain tandanya kita ada keinginan untuk memajukan ekonomi diri kita. Memang laa setakat ni kecemburuan aku belum lagi diterjemahkan dalam bentuk cuba mendajalkan atau menganiayai orang, tapi kecemburuan aku ni dilihat ada ciri-ciri yang hampir menyamai dengan hasad dengki.
6. Mudah panas baran – penyakit baka? Bapak aku ada darah tinggi. Dia memang jarang nak tunjuk garang tapi kalau sekali dah marah, semua orang takut nak dekat dengan dia. Disebabkan penyakit dia yang agak kuat tu; bila dia cuba tahan marah, boleh nampak riak wajah dia berubah kemerah-merahan dan berpeluh-peluh macam orang tengah tahan sakit. Mungkin dia tengah sakit betul, tapi tanak ngaku. Dulu masa aku kecik-kecik aku memang kuat mengamuk. Cuma sekarang bila aku dah (konon-kononnya) matang sikit, aku cuba kawal sifat amarah aku dengan menilai situasi secara rasional terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Dan tatkala proses ini laa, aku nampak reaksi fizikal aku ada persamaan dengan bapak aku. Bahaya…
7. Lebih prefer aktiviti tak berfaedah berbanding yang mendatangkan kebaikan – lebih kurang sama macam sifat lack of commitment tadi, tapi sifat yang ni lebih kepada lanjutan daripadanya. Disebabkan seringkali gagal dalam usaha aku untuk mencapai sesuatu yang positif, jadi aku makin hilang mood untuk terus berusaha hal yang baik-baik. Yang peliknya, bila usaha-usaha yang aku buat tu tak mendatangkan faedah pulak, most of them memang menjadi and berjaya. Pelik?
8. TERLALU kuat berangan – tak boleh nak dinafikan. Selalu sangat hanyut dalam pemikiran sendiri sampaikan boleh fikir benda-benda yang kebanyakannya mengarut je.


Okeh, baru ada 8 perkara je sifat buruk aku yang aku boleh kaji pada diri aku sendiri. Yang aku belum nampak tu kita tolak tepi je laa dulu. So, di mana pulak sifat baik aku? Hmm… Yang ni memang susah sikit aku nak jawab. Sebab bagi aku, kebanyakan perkara-perkara baik yang aku lakukan datangnya dari sifat tanggungjawab aku sebagai seorang manusia, sebagai seorang anak, kawan, saudara sesama Islam, sebagai rakyat, sebagai pencari ilmu dan juga sebagai hamba Allah. Sebab bagi aku, kalau kita tidak mendukung tanggungjawab itu, maka perbuatan kita kebiasaannya akan mengakibatkan penganiayaan ke atas diri orang lain. Dan itu perkara yang paling cuba aku nak elakkan.

Jadi ia bukanlah sifat baik aku yang wujud dari dalam hati tapi lebih kepada sifat berhati-hati takut melukakan hati orang lain atau membuat orang merana.

Dah tu, apa yang baiknya diri aku ni? Haha…

2 KoMen:

MakcikMuda said...

rasenyer,mungkin abg neh x baik.

sbb kan,segala kebaikan itu adelah satu tanggungjawab.

LadyTiz said...

kalau kebaikan adalah tanggungjwb, maka ajai ni x bertanggungjwb la psl dia x baik.. :|

erk!

hehehhehe...

mak kate org baik xkan ngaku dia baik. :D

Post a Comment

Any Comment? Anybody?