26.4.08

Alkisah Tiga Sahabat Bernama Ahmad Diji, Kumar Selkom & Chua Meik Sis

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



*Kelewatan entri ini di-posto-kan adalah disebabkan masalah kebengongan yang kembali melanda diri aku ini semenjak seminggu yang lalu. Harap maklum.


Satu ketika dulu (tak perlulah tanya bila & hari apa) Cik Rynak Arumugamak ada mengajakku serta beberapa watak yang lain (Amirudin Lam’pi’, Pish’arm Goreng dan AzahYgMontel) untuk memboikot sebuah telco yang diberi nama Meik Sis. Alasan yang digunapakai beliau ketika itu ialah berikutan kegagalan beliau untuk me-register nombor abang-abang tercintanya dalam slot ‘Haktif-Teng’ yang disediakan oleh telco tersebut.


Aku mula mencongak-congak kembali pengalaman aku dalam bidang memakai set-tangan (handset) ini semenjak 5 tahun yang lepas.


First telco yang aku guna adalah Diji. Yang mana ketika itu aku terpengaruh dengan iklan band rap-core Poetic Ammo yang terkenal satu masa dulu sedang mempromosikan pek Diji tersebut.


Hasilnya? Dengan harga permulaan hanya sebanyak RM25, aku dapat kredit permulaan sebanyak RM50 dan tambahan RM10 percuma setiap bulan sehingga 10 bulan yang berikutnya. Ini bermakna aku dihadiahkan kredit RM125 (setelah ditolak duit modal beli simkad kaler kuning yang amat lawa pada pandangan mata aku).


Sehingga kini pun, Diji masih menawarkan kredit percuma serta servis yang sangat menjimatkan pengguna berdasarkan pengamatan ku pada rakan-rakan seperjuangan yang memilih Diji sebagai telco untuk henset kedua mereka. Dorang banyak duit, boleh laa pakai henset berderet-deret.


Namun? Yang membuatkan aku sedikit kecewa, setiap kali aku balik kampung; atau masuk hutan nak pergi mandi sungai, henset ku seumpama besi buruk yang memberatkan poket seluar serta menyusahkan aku sebab pening kepala nak mencari tempat yang sesuai nak sorok henset agar tak hilang. Maklum laa, henset takde line memang buat aku nyampah sikit nak pegang. No point!


Jadi aku bertukar ke Selkom, Yang mana waktu itu satu-satunya telco yang ada coverage kat kampung aku. Kira praktikal laa jugakkan…


Dari segi imbuhan ganjaran, memang kurang, tak macam Diji tapi call-rate dia tak mahal sangat; so amat lah meng-saving-kan kredit aku waktu itu. Tapi yang aku lemah tu disebabkan dari segi servis penggunaan yang aku dapati macam haram nak mampus! Contohnya laa kan, aku hantar mesej petang ni, “Woi mangkuk, malam neh nak gi tgk bola tak? Kalo nak, ko reply mesej aku ni balik sebab aku takde transport & nak mintak ko tolong datang amek aku kat umah.” Dan sampai ke tengah malam aku dok tunggu tapi tak dapat balasan mesej yang aku dambakan.


Kemudian pagi esoknya member aku call aku, “Semalam ko ada antar mesej suruh aku amek ko ke?” Aku pun mengiyakan laa dakwaan beliau tersebut. Rupa-rupanya mesej aku yang semalam tu baru sampai kat dia pagi tadi. So kira poinless laa jugak pakai Selkom neh kan? Hampeh.


Ada juga kes pengguna telco lain antar mesej ke Selkom tapi tak sampai-sampai walaupun dah makan masa 2-3 hari. Sampai dah masam mesej tu kena peram dek Selkom (pinjam ayat Tirah).


Akhirnya setelah membuat penilaian demi penilaian, aku mengalah jua pada kehendak sosial yang menyokong kepopularitian Meik Sis sebagai pendahulu telco berbanding pesaing-pesaingnya. Aku bukan apa dok degil sangat tanak pakai Meik Sis ni dari awal, tapi aku seolah-olah dah terhidu bahana yang bakal melanda andai Meik Sis menjadi telco yang memonopoli pasaran telco tempatan. Korang leh agak sendiri laa, kalau korang je satu-satunya penjual sejenis produk dalam dunia ni, dah tentu korang leh buat suka hati korang kan? Nak letak caj mahal-mahal ke, nak tipu duit pelanggan ke, nak buat servis tangkap muat ke. Suka hati korang je laa sebab korang tau pelanggan korang tetap ada dan akan terus melanggan dengan korang walaupun korang aniaya hak dorang. Lebih kurang ala-ala pemerintahan diktator (kuku besi) laa neh.


Dan aku tahu andai aku juga memilih Meik Sis, aku hanya akan menyumbang ke arah merealisasikan faktor ini sekaligus menyusahkan diri aku sendiri kelak.


Tetapi pengalaman aku memakai telco selain Meik Sis mengajarku erti ‘outcast’ dalam rantaian sosial hidup aku ni memandangkan sahabat handai ku enggan menghubungi henset aku dengan alasan takut kredit dorang cepat habis.


Ya, Meik Sis memang mahal sikit walaupun di sebalik promosi-promosi yang kononnya ‘menjimatkan’ sangat yang selalu mereka taburkan pada kita. Helah je semua tu. Aku pasti ramai pengguna Meik Sis dapat melihat sendiri ketulahan dalam promosi Meik Sis baru-baru ini ketika mereka melancarkan pakej RM1 = 1500 SMS (aku pun salah sorang mangsa gak sebenarnya). Cisss…


Bukan itu saja, sebelum-sebelum ini pun sudah acapkali berlaku perkara seperti ini. Yang aku ingat pun tak banyak. Yang aku boleh list-kan kat sini pun antaranya sistem ‘ektyfai’ yang membenarkan pengguna Meik Sis mehubungi talian Meik Sis (sahaja) pada kadar murah dan jugak sistem supersavers yang semakin lama semakin dah hilang supernya.


Kalau nak kira dari segi ongkos, adalah tidak wajar untuk memakai Meik Sis. Baik pilih Selkom or Diji. At least duit topup aku ni boleh jugak di simpan untuk masuk meminang Cik Wanak… eh silap, Cik Rynak nanti. Baru-baru ni aku dapat tahu Diji ada promosi menarik di mana anda boleh menghubungi mana-mana telco pada kadar harga 99 sen selama 45 minit. Happy Plan ke apa ntah nama plan dia, aku pun tak berapa sure. Tapi kalau diikut dari segi praktikalnya, memang lah Meik Sis still praktikal walaupun coverage Selkom dan Diji pada ketika ini sudah bertambah baik. Kenapa pentingnya Meik Sis ini?


“Woi Jai, ko kat mana?”


“Aku? Kat Bangi. Nape? Eh, ko neh sape?”


“Aku laa, Juwie,” Mama Juwie? Heheh, dah lama aku tak dengar nama tu.


“Aku tak kenal laa Mama Juwie ni. Mama Rina kenal laa kot.”


“Juwie – Mazury ler. Member ko kat Pandan Jaya ni. Ko dah lupakan aku ke? Aku repot mak aku kang,” ugut beliau. Oh, mamat neh. Member aku zaman sekolah dulu. Lost contact ngan dia lepas dia dapat masuk matrikulasi sementara aku cuma dapat masuk kelas-buat-air-liur-basi (tido atas katil kat umah tanam anggur) je masa tu. Mak dia tu merangkap mak angkat aku. Dulu masa kitorang study sesame mak dia selalu pesan; “Mama nak sangat tengok Ajai ngan Juwie sama-sama masuk universiti,” huhu. Sedih siot! Tu yang buat aku segan nak carik dia lepas nombor henset dia tiba-tiba tak dapat dihubungi 3-4 tahun yang lepas. Alih-alih dia yang carik aku balik.


Haa, tu laa dia kepentingan dan ke-praktikaliti-an Meik Sis pada aku. Bukan disebabkan pengusaha telco ni, tapi disebabkan nombor aku ni dah sangat popular di kalangan rakan-rakan atau awek-awekan aku kat luar sana. Even kalau aku tukar telco sekalipun, aku pasti henset aku takkan semeriah hari ini yang mana menampakkan sangat kepentingan henset dalam hidup aku apabila setiap hari tak sah kalau henset aku tak berbunyi.


So camne neh Putrik eyh? Abam memang susah arr nak tukar. Bukan tanak, tapi rasa macam susah je. Lalalala… ~EndOfBebel~




6 KoMen:

MakcikMuda said...

arghhhh!

putuslah segala hubungan kita :|

tp mmg betui ahh.
lau pakai selkom maupun diji,mst x semeriah ini.

wlupun kat swak neh golongan meksis adelah minoriti.

adalah dimaklumkan bahawa line meksis di sarawak adalah sgt hazabb. sekian.

LadyTiz said...

aku pengguna selkom yg sejati. sejak dari first time aku pakai fon, mmg selkom. hehe...

eerr.. mungkin kerana mak aku kerja telekom. dulukan telekom yg pegg selkom.

setakat nih, aku x pernah tak puas hati degn selkom.

sewa aku 3 ringgit je sbb mak aku pekerja telekom dulu2. call n sms flat rate. sbnrnye, mmg murah kalau nk dibandingkn dgn telco2 lain.

andd... kat kawasan2 pdalaman.. mmg tip top la line buleh dpt. maka time tu aku gelakkn abg aku yg monyok xleh call awek psl dia pakai meksis. huahuahua...

setakat ni sms aku xde lak kena peram @ diperam...

tu saje testimoni aku dari pengguna selkom. *agak2 leh dpt hadiah tak?*

Unknown said...

oiii..nile plak aku diajak memboikot? aku tak tau pon?

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

rynak: hazabb yek? abam kol ari tu jelas je dengar sore putrik mendayu2? lalalala...

tyrak: takleh dapat hadiah... ade byk sebab... sebab utamanya adalah ayat ko tu, "setakat ni sms aku xde lak kena peram @ diperam..." mmg tak bole blaa...

kalo tak percaya ko tgk aku quote balik ayat aku sendirik,

"Ada juga kes pengguna telco lain antar mesej ke Selkom tapi tak sampai-sampai walaupun dah makan masa 2-3 hari. Sampai dah masam mesej tu kena peram dek Selkom (pinjam ayat Tirah)."

lepas tu, nak bgtau mmg sampai skang telekom yg pegang selkom... bukan dulu je... cuma skang dorang dah tukar nama. TM, dah tak panggil telekom lagi dah...

sian gak aku ngan abg ko... aku paham... aku pon laki gak, dan pakai meksis gak... hua hua hua...

maka testimoni anda ini gagal mengutip sebarang hadiah kerana gagal menimbulkan keraguan yang munasabah... sekian dari pengguna meksis...

ajah: aku lupe arr ko dah kuar dari conf mase tu... ye laa sbb time rynak ajak boikot tu pun time tu dah pukul 5 sengah...

5 sengah kan time ko pegi kejar punch card kan? macam laa aku tatau pangai ko... huhu...

sorry for the inconvenience... :-p

Anonymous said...

apsal kumar tu x mcm nama india je?

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ye ke erm? kumarselkom a/l kumarsegaran... tarak okeh kah?

Post a Comment

Any Comment? Anybody?