15.4.08

Al-Kisah Sebuah Pusat "Tuuuut" Yang Terkenal Di Ibu Negara

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Sesiapa yang pernah bertemu dengan aku, pasti mereka akan mengatakan yang aku ni comel. (Muahahahaha!!! Ayat tak boleh bla…)

Ya, memang aku akui aku semakin gemuk sekarang neh. Hampeh! Mungkin disebabkan diet yang tak seimbang, ataupun jadual makan aku yang berterabur; tapi satu perkara yang amat aku pasti adalah aku mempunyai lubang pusat yang jauh ke dalam.

Bagi sesetengah orang yang jahil, ada yang mengaitkan diameter kedalaman pusat aku dengan saiz perut aku yang ala-ala comel ini, tetapi hakikatnya semenjak aku kecik memang aku dilahirkan dengan lubang pusat yang seperti ini.

Bagaimanapun soal yang ingin diperbincangkan di sini bukan soal kesukaran orang-orang yang dilahirkan macam aku nak cuci pusat masa mandi pagi, (Haha! Hish, ape ni cerita bab-bab kotor pulak neh?!) tapi tentang kata-kata mak aku masa aku kecik-kecik dulu.
"Pusat ke dalam ni tandanya jodoh budak ni nanti dengan orang yang jauh," terkekeh mak sedara aku dengar apa yang mak aku bicarakan tu. Lawak ke? Apa yang lawaknya? Best apa dapat kawin dengan orang jauh-jauh. Kot-kot mak aku boleh bermenantukan Jojo yang comel tu ke… Lalalala.

Tapi tu orang-orang tua yang kata. Bukan boleh percaya pun. Jodoh ketentuan kan di tangan tuhan. Mana laa tau kot-kot anak jiran sebelah aku ni tersangkut dengan aku ke besok-besok. Comel pun comel, pandai pun pandai. Cuma aku ni memang kalau boleh cuba nak elakkan dari mengayat budak yang masih bergelar student. Bukan apa, takut bila dah dapat esok susah nak jaga (Cheh!).

Tapi kan, dalam apa yang aku perhati tu, dalam aku dok jual-jual mahal sambil memilih bulu, (wakakakaka) acapkali perhatian aku mudah tersangkut dengan gadis-gadis yang duduk luar dari negeri Selangor ni. Malah awek aku yang pertama pun orang Perak. Aku tak tau laa kalau-kalau nama aku kat Selangor ni memang dah busuk dengan fitnahan orang mengatakan yang aku ni buaya laa, kaki perempuan laa (mana ada?!) tapi setiap kali aku cuba target gadis-gadis yang terdekat, asyik failed jek. Rupa-rupanya gadis kat Selangor ni jual lagi mahal dari harga aku sendiri ye?

Nak ke aku terjerumus kembali dalam arena CJJ? (Cinta Jarak Jauh) Sanggup ke? Tak takut takleh tahan ke nanti? Berani ke aku ni? Betul ke kata-kata orangtua aku tu jodoh aku memang yang jauh-jauh?

Susah aku nak cakap. Pintu hati aku pun belum benar-benar terbuka lagi nak menerima orang lain. (Chewah! Geli lak ketiak aku mendengar) Yang aku dok carik-carik ni pon sekadar mengisi masa lapang kot-kot terjumpa idaman hati dalam dok ngayat-ngayat awek kat sini. Susah-susah sangat cari je laa jodoh sampai ke Sarawak nun… Lalalala lagi. –EndOfBebel-

2 KoMen:

Rynn Cowbra said...

owh.

pusat pu3 dlm.

jodoh urg selangor kot. muahahhahaha!

Tyra said...

kalau pusat tersembul tuh cane??

*bukan pusat aku* :-"

Post a Comment

Any Comment? Anybody?