3.5.08

Fat Rice Love

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



“Damn it!” bentak hatiku seketika setelah tamat membaca cerpen bertajuk Cinta Nasi Lemak karya Nizam Zakaria. Sudah lebih setahun file berformat pdf ini tersimpan dalam hard disc aku sebenarnya tapi aku mengambil masa yang terlalu lama untuk berani membacanya kerana jauh dalam lubuk hati aku, naluri aku berkata cerita ini sangat tak best dan akan menyakitkan hati in one way that I never think of.

Masalahnya, sekalipun aku sudah menyedari kemungkinan ini, aku tetap juga tergoda untuk membacanya walhal aku sendiri tahu sifat diri aku yang ada sama pada kebanyakan orang di luar sana; tak suka cerita yang anti-klimaks. Maka apabila aku sudah mula membaca 2-3 bab yang pertama, aku tetap usahakan untuk luangkan masa menghabiskan cerita ini untuk tempoh 4 jam berikutnya bagi mengetahui kesudahannya.

Korang katakanlah aku ni kolot, traditionalist or whatever, tapi hakikatnya aku SANGAT BENCI membaca cerita-ceriti mengenai golongan homoseksual (melainkan cerita tentang lesbian, keh keh). Aku tatau laa apasal, tapi aku tak dapat terima kehadiran golongan seperti ini sepertimana mereka tak dapat menidakkan kehendak homoseksualiti tu dalam diri mereka itu.

Nak kata fikiran aku ni sempit, tak juga. Walaupun aku lebih prefer missionary position rather than doggy style (if ya know what I mean) tapi aku tetap boleh jugak terima ajaran sekularisme yang boleh kita adaptasikan dalam kehidupan seharian andai ia mendatangkan kebaikan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

For example, walaupun aku SANGAT TIDAK BERSETUJU dengan golongan perempuan yang menganggap hukum memakai tudung itu adalah tertaluk di bawah prerogative mereka, tapi aku tidaklah sampai tahap di mana menghalalkan sebarang hukuman berpatutan untuk mereka. Kerana bagi aku manusia ini walaupun lahir dengan suci dan murni, mereka masih tetap perlu dibimbing, ditunjuk ajar dan dididik untuk membuat keputusan. Then kalau dorang still nak buat jugak kesalahan yang dorang dah sedar dan mengerti itu, maka dorang perlu bertanggungjawab di atas dosa mereka tu di hari kemudian. Habis cerita.

Yang membuat aku terasa macam nak jadi extremist tu disebabkan jenis-jenis golongan yang membuat dosa ni ada pulak yang pandai-pandai nak mengajar dan mengajak orang lain buat dosa. Dalam kes tudung ni, ada jenis orang yang menggunakan frasa “Eleh, makcik tua umur 50 lebih pakai tudung labuh pun ada yang kena rogol. Tak bermakna kalau nak kurangkan kes rogol semua perempuan dalam dunia kena pakai tudung.”

Dan ada pulak yang cakap, “Jangan anggap orang yang pakai tudung ni semuanya alim dan baik-baik. Kalau tak percaya try laa tengok video 3gp melayu yang ada banyak sekarang ni. Ramai yang pakai tudung tu dah takde dara. Kat Kelantan pun pelacur-pelacur diorang pakai tudung tau!” Seolah-olah diorang nak cakap orang yang tak pakai tudung ni lagi suci dari orang yang pakai tudung.

Okey, memandangkan kita sudah hidup dalam era 2000 dengan zaman internet, 3G henset dan sebagainya, aku tetap meluaskan minda aku untuk menerima hujah-hujah dari perbagai pihak yang beraneka personaliti. Ini penting sebab sifat aku yang suka mempertikaikan sesuatu juga didorong dari sifat ingin tahu dan mencungkil pandangan umum dari segenap sudut. Saluran-saluran inilah yang banyak aku gunakan untuk menimba secebis ilmu.

Tapi tang hujah dorang yang ni yang aku susah sikit nak terima sebab ia jelas-jelas melanggari hukum agama dan lebih teruk lagi, dorang seolah-olah menidakkan hukum itu. Kalau nak pertikai, pertikai laa cara baik. Aku pun sendiri tak banyak tau pasal agama tapi kalau aku mempertikaikan bermaksud aku cuba nak memahami sesuatu ajaran itu, bukan untuk menafikannya sekaligus mengajak orang lain meninggalkannya. Kalau aku yang tak faham then mungkin itu kesilapan dari diri aku sendiri yang buta hati. Tak perlulah nak mengajak orang lain ikut sama buta hati dengan aku, kan?

Tapi itu kes tudung, kes cerpen Cinta Nasi Lemak ni tadi pulak kes golongan homo.

Ada pendapat yang mengatakan mereka ini memang dilahirkan dengan sifat begitu. Sekalipun mereka cuba menafikannya, tetapi pengakhirannya mereka dilihat hanya menipu diri sendiri, termasuk orang-orang di sekeliling mereka. Dan yang paling teruk terjejas adalah orang-orang yang rapat dengan mereka dan mereka sayangi. Oleh itu mereka beranggapan adalah PERLU untuk mereka mengakui dan menerima fenomena luar tabi’i dalam diri mereka ini dengan alasan mahu melindungi orang yang mereka sayang dari terus merana akibat ditipu.

Macam yang aku cakapkan dari awal tadi, sehebat mana mereka tak mampu menepis sifat ini dalam diri mereka, SEHEBAT ITU JUGALAH aku tak dapat menerima kewujudan orang seperti ini. Alasan aku; ntah laa. Tapi… tak bolehlah. Sebab agama kot. Aku rasa itu aje lah penjelasan yang paling logik bagi aku buat masa ini.

Tajuk Cinta Nasi Lemak itu sebenarnya sangat menarik pada mata aku. Aku lebih membayangkan kisah cinta yang agak unik, agak innocent, agak jahil, agak childish, agak kemelayuan, dan agak memiliki seninya yang tersendiri. Namun ternyata segala agakan ku itu hilang dalam bait-bait tulisan yang dicoretkan pengarang ini.

Sebenarnya ketika pertama kali aku mendapat file ini aku ada cuba membacanya ketika itu walaupun aku sudah mula berasa sedikit ragu-ragu, tapi niat aku jadi tergantung disebabkan permulaan ceritanya yang berlatarbelakangkan kehidupan student di sebuah kolej swasta yang lebih mementingkan harga beg tangan Gucci daripada harga buku teks rujukan mahupun yuran semester tahunan, yang lebih mementingkan parti daripada kelas-kelas tuisyen tambahan, yang lebih mementingkan kenderaan yang dipacu daripada keputusan peperiksaan. Aku sampai sekarang still tak dapat nak adapt situasi tersebut dalam minda aku untuk aku bayangkan sebab ia bukanlah dunia aku.

Tapi aku tau yang aku agak optimistik sesetengah ketika. Jadi aku percaya aku tetap juga akan gatal-gatal nak try baca cerpen ni suatu hari nanti.

Sayangnya di sebalik kekuatan plot cerita yang berjaya menenggelamkan kejelekan aku pada golongan muda-mudi berhambakan materialistik ini, ada unsur-unsur yang tak boleh aku nak terima iaitu bab homoseksual.

Aku berfikir kembali, sebenarnya tak perlu pun untuk diserapkan nilai homo ini sebab cerita ni dah cukup menarik dan cantik. Ia mengupas tentang isu seorang lelaki yang mengalami pergolakan jiwa disebabkan dia tak dapat terima hakikat seluruh keluarganya menemui maut dalam kemalangan jalanraya. Dan tema cerita ini pula berkisar mengenai keindahan yang terdapat dalam dunia di sebalik dugaan yang sering melanda kita. Memang cantik malahan aku cukup suka bila dia menjadikan senilukis sebagai medium yang berjaya merakamkan segala keindahan ini. A picture could say a thousand words, but which words? (Pernah dengar? Hehe, aku ciplak ayat dari satu movie, but which movie? Muahaha).

Di sini lah kecantikan cerita ini, di mana lukisan itu berjaya menyentuh hati pembaca dan menghuraikan klimaks cerita tanpa pembaca perlu melihat sendiri lukisan tersebut. Dan yang paling syahdu apabila watak utama yang mengalami masalah jiwa tadi berubah hati untuk menerima hakikat pemergian seluruh anggota keluarganya setelah terkenang kembali kisah perbualan dia bersama arwah adik perempuan dia yang berusia 8 tahun. Cukup syahdu.

Kalau digarap kembali cerita ini dengan membuang nilai negativiti yang ada mungkin cerita ini akan menjadi cerita yang lebih superb. Namun aku tak dapat nafikan nilai-nilai inilah yang berjaya mencerminkan pergolakan jiwa sebenar watak utama, sekaligus menghidupkan jalan cerita ini. Jadi tak mungkin pengarang akan bersetuju dengan cadangan aku. Maka; sayang sekali, cukup sayang sekali… Damn it!

0 KoMen:

Post a Comment

Any Comment? Anybody?