12.12.08

MISI MUSTAHAK : Mencarik Kartini

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



"Walaupun kau rentas seribu padang... walaupun kau tempuh seribu rimba... walaupun kau harung seribu paya... jika niat kau untuk lari dari aku... kau akan tetap berjumpa aku, Yon..."
- Kartini



Meluangkan masa menonton filem Korea bertajuk 'Once Upon A Time In High School' menggamitku kembali kenangan cinta monyet di sekolah. Tidak, aku tidak bersekolah di Zoo Negara. Tetapi seperti yang hampir kesemua orang pernah alami, aku juga pernah menyimpan hati terhadap gadis' di sekolah aku dahulu.

Dan seperti mana kisah-kisah cinta monyet (ehee, teringat pulak kat beruk bernama Mawi dan Ekin), kisah-kisah aku juga diwarnai seribu pahit dan manis. Saat-saat kene rijek tanpa kompromi, first time dapat balasan surat cinta, dating bawah tangga bilik guru (hati kering neh), awek kantoi dating ngan orang lain kat pekan, cinta dihalang orangtua (sape soh gi mengorat anak guru besar?!), dapat hadiah cenderamata, kongsi makan mekdi sesama dan pelbagai lagi.

Well, kisah cinta monyet aku memang unik sebab sekor pon tak berani nak declare ngan aku (wakakakakaka). But nevertheless, aku still terfana sambil tersenyum kambing mengingat kembali wajah-wajah mangsa... erk, maksud aku, bekas skandalku dulu.

Orait, aku memang jiwang karat (iyo lah Tipah oi). Namun aku tetap tak mahu disamakan dengan mereka-mereka yang bertaraf hamba cinta (e.g meraung ditinggalkan awek dan sebagainya). Bagi aku, hubungan cinta antara lelaki dan wanita itu adalah sihat, asalkan tujuannya suci dan murni. Tapi jangan pula hanya kerana anda berhasrat untuk mendirikan rumahtangga, maka semua hukum Allah boleh dilanggar begitu saja. Ingat, dosa tetap dosa!

Cewah, nak khutbah orang konon. Diri sendiri tak sedar-sedar lagi. Takpe. Kali ni aku terbukak hati nak bercerita satu kisah yang baru aku berjaya gamit kembali setelah kenangan ini hilang 10 tahun lamanya.

Adapun si suatu masa dulu (kira-kira sewaktu aku darjah 4 atau 5) aku memang suka menulis cerita-ceriti dongeng. Pada waktu itu platform yang aku pilih adalah sains fiksyen. Mungkin kerana aku gilakan filem-filem seperti Back To The Future dan sebagainya. Aku mencurik sebuah buku lejar kakak aku untuk aku mencoretkan kisah pertama (tak ada tajuk pun masa tu) menceritakan tentang seorang detektif di zaman akan datang yang terpaksa menyelesaikan sebuah kes pembunuhan di mana nyawa beliau serta keluarganya diancam bahaya.

Antara scene yang aku paling ingat, scene di mana hero sedang bermain kejar-kejar dengan si villain di atas bumbung-bumbung rumah orang dengan menaiki sebuah skuter terbang ala-ala yang korang leh tengok dalam filem Judge Dredd tu. Ye, imaginasi aku memang tinggi.

Dn di waktu itu, aku amat menyampah dengan cerita-cerita jiwang seperti yang sedang bersiaran, contohnya Sembilu dan berbagai lagi. Tangkap leleh sangat laa beb. Perasaan yang tak konsisten dengan tindak-tanduk, konflik kecil yang diperbesarkan, serta klimaks yang tidak memuaskan nafsu (erk!).

Al-kisahnya, selaku pembaca setia majalah Ujang (dan Dragonball) ketika di asrama, aku selalu singgah membeli buku di kedai tatkala menunggu keretapi atau bas untuk perjalanan balik ke rumah seminggu sekali.

*err... gambar hiasan semata-mata.


Sape yang pernah membaca Lawak Antarabangsa yang memaparkan kartunis Tembakau bersama kisah Yon dan Kartini? Ye, saya tau ramai yang masih ingat-ingat lupa. Tanpa pengetahuan aku rerupanya kisah itu telah dibukukan setebal entah berapa puluh mukasurat entah. Dan aku yang pertama terperasan akan kehadirannya di toko buku yang selalu aku lawati itu.



Ceritanya sungguh ringan tetapi padat dengan adegan-adegan klako serta jiwa-jiwa. Kisah cinta monyet yang cukup meruntun hati tetapi membuatkan si pembaca termenung dan berfikir berulang kali. Memang ada banyak mesej dan pengajaran disebaliknya. Tu yang mahal tu.

Dan akhirnya tanpa diduga ia telah memacu satu perasaan dan pendekatan baru dalam arena penulisan dengkal aku. Lalu separa sedar rupanya aku telah jadikan novel kartun ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan siri pertama The Untold Story yang kurang feymes itu.



Well, tak keterlaluan untuk menuduh aku sebagai mudah terpengaruh. Sebab siri ke-2 pulak aku dapat ilham lepas membaca novel Anak Dara Menteri karya Matt Romeo pulak. Huhu... Cian aku. But aku still membangga diri dan takbur dengan kejayaan aku 'membuat kerja'. Bak kata karekter Wesley Gibson dalam filem Wanted: "What you have DONE lately?"

Sambungan kepada al-kisah tadi; ek-cuali, novel kartun ini memang menjadi kegilaan ramai orang-orang di sekelilingku. Ini sudah pasti lah hasil promosi testimonial mulut aku secara habis-habisan. Semua yang aku terserempak, aku rekemenkan buku ini. Menjadikan balasan suara yang kedengaran mempunyai nada yang sama; "Ye ke best? Meh pinjam, aku nak try baca..."

Aku tak pasti kat period mana aku 'ter'hilang buku ini. Mungkin ketika ia dipinjam oleh salah sorang kakak aku or sewaktu aku berpindah randah zaman sekolah menengah dulu. Apa pun, kini aku mendapat tahu siri kedua Novel Kartun Kartini ini telahpun keluar. Dan aku ingin sekali mendapatkan kembali naskhah Siri 1 sebelum memulakan pembacaan Siri 2 ini.



Walaupun aku tau ada telemovie yang telah dikeluarkan atas tajuk yang sama dan mungkin lebih mudah untuk aku mencari VCDnya berbanding Novel Kartun yang pernah sold-out ini, tapi aku tak kira! TAK KIRA!!! Aku nak gak!

So, kepada sesiapa yang ada tu, janganlah diam seribu bahasa. Tengking-tengkinglah saya secepat mungkin sekiranya anda mahu memenuhi keinginan hatiku ini. Huhu.



Favourite scene dalam novel kartun Kartini : Yon (hero) teramat geram dengan Kartini disebabkan satu perkara lalu melepaskan kemarahannya dengan menumbuk cermin bilik air. Tangan beliau terluka dan doktor yang merawati memberitahu, sekiranya kaca tersebut menembus sedalam 5mm lagi, mungkin urat jarinya boleh terputus mengakibatkan tangan beliau lumpuh. Mempamerkan betapa seseorang itu amat tidak sanggup me'luka'kan orang yang disayangi walaupun beliau telah dilukai, dan lebih sanggup melakukan kebodohan yang tak terfikir asalkan kita puas hati. Hmm...

Favourite scene dalam novel Anak Dara Menteri : Bapak hero (tak ingat nama) sedang melobi untuk jawatan ketua kampung lalu melakarkan manifesto politik yang entahapeapentah. Salah satunya yang aku takleh tahan gelak berguling adalah 'Projek Kambing Angkat'. Hoho...



~
Tidak akan kamu berperasaan gundah walaupun sekali, jika kau tahu apa yang dicari... Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. - Azhar Ahmad a.k.a Tembakau~





9 KoMen:

Odi said...

ni ke kartini...hoho..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

odigawa : ye.. ye.. nape? misteri sgt ke? keh keh...

Mya said...

darjah 4 dh tulis cerita dongeng. wah! terer... tumpang lalu eh.. bloghop nie.. :D

mamarempit said...

mengimbas kenangan silam.........

Mak Su said...

ohhhh, ingatkan kartini mana...eheks

Tyra said...

aaaaaa... aku pernah gila dengan buku Kartini. pergi kumpul duit dan beli buku ni. citer dia best gila. aku baca berkali2... aku ingat lawak dalam kartun tu pasal dia makan kat kantin dan pau dia keras macam konkrit. pastu dia ketuk2 pau tu kat tiang dan pau tu tak penyet. haha.

tapi buku tu dah ilang. puas aku cari tapi tak jumpa. kalau aku jumpe kat kedai, aku akan rembat tanpa kompromi!

nur'ain lǝɯoɔ said...

walamak... jiwa jiwa ni mmg syok la..memori tu..

dulu2 selalu curik2 baca buku2 tu
sbb pakcik yg punye. hikhik.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

cik mya : err... hehe. sile laa lompat2 ye. hati2 jgn sampai tersadung kaki

mamarempit : gitu lah kekdahnye bile kite dah dimamah usia neh.... err, bukan perli tau. sumpah!

maksu : igtkan jiran maksu, ye dak? ahahaha...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

tyrark : huh... pi laa carik... dah sold out. nak harap die buat second printing mcm tipis je harapan. aku nak carik e-books die kalo ade. actually ada sorang mamat melayu student sweden neh dah scan komik neh utk disiarkan kat blog. tapi ade paswed laa. aku tgh dlm proses pujuk rayu manja nak dapatkan paswed die.

hehe, tak sangka selera ko same ngan aku....

ain syomel : err, pakcik u mmg jiwang ke? like uncle like niece jugak laa ye tak? hahak!

Post a Comment

Any Comment? Anybody?