21.3.07

Please Don’t Call Me Sayang

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Azraii 85: sayang...
Gadis 85: stop calling me sayang
Azraii 85: then
Azraii 85: nak panggil ape?
Gadis 85: xyah pggil dh
Azraii 85: takyah panggil
Azraii 85: maksudnye?
Azraii 85: ko dah taknak ape2 hubungan ngan aku dah ke?
Gadis 85: * My SPAM block is active *
Start your PM with
N O S P A M
Without the spaces
or it will be ignored.

Huhu, aku dah kena iggy rupanya. Neh yang buat aku rasa nak meraung neh…

AKU RINDUKAN KO, KO TAU TAKKK!!!!!

Bekpes : Bujang Style

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Pagi semalam (Selasa) aku terasa lapar yang amat sangat. Huhu. Nak makan apa ek? Makan megi cukuplaa. Kemudian aku terserempak seplastik keropok dalam cabinet dapur yang digoreng mak aku hari Ahad yang lepas. Sayang jugak mak aku neh kat aku. Sekurang-kurangnya dia ada tinggalkan sikit untuk aku merasa.

*Bahan-bahan : Sepeket mi maggi kari, sebijik telur ayam, dan beberapa ulas keropok rangup...

*Maggi dan air sirap! Muahahahaha... Bujang sungguh aku neh.
*Nyum nyum...

Tiba-tiba henset ku berbunyi,

“Jai, aku macam ada terbau megi laa kat umah ko. Aku nak datang lepak sana boleh?” Kurang hajo punya member.

Lantas aku pon reply,

“Harap maaf, nombor yang anda cuba hubungi telah ditamatkan perkhidmatannya. Sila cuba lagi tahun depan. Mana laa tau kot-kot tuan punya nombor tersebut tergerak hati untuk mengaktifkan semula nombor tersebut.”

Henset di-off kan. Makan time.

~Erkkk, alhamdulillah kenyang… Ya Allah, berkatilah rezeki ku ini dan kenyangkanlah daku dengan nikmat-nikmatmu selama aku masih bernyawa, Ya Allah~



Petang itu,

“Atan!!! Mana keropok yang mak tinggal semalam, nak hantar kat Kak Aina (anak buah aku) tuh?!!!”

Adesss…

Kawan Makan Kawan

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Aku bengang! Dah laa kaki injured, tido tak cukup, badan berbau sebab tak balik mandi, tetiba lak si mamat neh mintak aku tunjukkan jalan ke Puduraya. Yang lain-lain semuanya mengelak awal-awal memberikan berbagai alasan tanak menolong. Tapi aku yang baik hati ni laa yang sanggup meneman dia.

Lepas ambik adik angkat dia yang baru balik dari Perak, dia ajak aku dengan adik dia tu makan malam. Aku insist gak supaya dia antar aku balik rumah dulu sebab badan aku dah tak larat gila. Dan dia menggunakan alasan jimat minyak serta nak kenalkan aku ngan adik dia yang baru lepas clash tuh untuk jadikan aku sebagai tebusan. Aku tau laa adik dia tu kiut, tapi dia ingat aku neh kemaruk pompuan sangat macam dia ke?! Huhu.

Lepas aku berjaya paksa dia hantar aku jugak dan sampai ke rumah dalam keadaan selamat, baru aku pasan henset aku hilang ketika aku nak upload gambar untuk ditunjukkan kat member YM aku. Ciss, ini mesti terjatuh dalam kereta dia masa aku terlelap tadi.

“Jai, alaa, henset ko ade lam kete aku neh. Camne?”
“Ko boleh patah balik umah aku tak, tolong anta kjap? Aku nak pakai henset tuh malam neh.”
“Adeh. Tak dapat laa. Umah ko jauh. Kang minyak aku tak cukup nak antar adik aku balik kolej. Nanti bila-bila ko datang lepak Bangi ko ambik laa balik henset neh ek?”

Kesudahannya aku terpaksa start enjin kereta aku dalam keadaan sakit, letih, mengantuk, untuk dapatkan balik henset aku tu kat dia.

CELAKA KO AZMEEN!!!

New Record – 47 Hours

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Sukacita dimaklumkan aku telah berjaya mencipta rekod baru tanpa lelap sepanjang 47 jam hujung minggu yang lalu. Rekod aku sebelum neh hanyalah 42 jam sebelum aku tewas akhirnya di atas meja kedai mamak ketika sedang menonton bola. Huhu. Tempoh aku berjaga kali ini adalah di antara pukul 10.30 malam hari Jumaat bersamaan 16 Mac sehingga jam 9.30 malam hari Ahad 18 Mac.

Aku dikejutkan dengan panggilan dari Odi hari Jumaat tuh untuk berjumpa kat Kajang bagi tujuan makan satay bersama geng JWC. Dan bermula dari itu aku tak berkesempatan untuk melelapkan mata sehinggalah hari Ahad tatkala aku terpaksa menolong member aku untuk tunjukkan jalan ke Puduraya.

Aku terlelap selama setengah jam dalam kereta yang mana membuatkan aku terkejut sekejap sebab mamat tuh tetiba sampai kat Lebuhraya Mahameru. Nasib baik aku masih kenal area situ, kalo tak dah tentu tersesat aku kat KL. Tapi aku tetap heran camne kitorang leh sampai kat situ sewaktu aku terlelap tu. Huhu.

So hari Isnin dan Selasa aku banyak habiskan waktu dengan tidur tak hengat dunia bagi menggantikan hutang tidur aku.

Sekian saya melaporkan dari bilik berita. Harap maklum.

Road To PD

Bila Sang Pujangga bermadah kata :




“Hai awak, ngorat boleh?” terpaku seketika tatkala aku membaca mesej bernada romantis itu. Siapakah gerangan? Nombor dia memang aku tak kenal.

“Ko sape?” tanyaku dengan penuh berhemah sekali.

“Aku laa Jai. Zana budak 5GR1 tu. Weh, ko buat apa skang? Ujung minggu neh ko free tak? Jumpa aku kat PD jom, aku dah ajak Emma ngan Syariz,” begitulah bagaimana segalanya bermula. Satu perhimpunan tidak rasmi yang dirancang tanpa begitu rapi sehingga mengakibatkan beberapa kekeliruan domestik dalam hidup aku semenjak Jumaat yang lalu.

Selepas beberapa siri perbincangan dan kekalutan, akhirnya aku tiba ke destinasi yang ingin ku tujui pada hari berbahagia tersebut. Teluk Kemang atau Port Dickson, begitu meriah dan ‘panas’ ketika aku menjejakkan kaki ke pasir pantai tengahhari Ahad itu.

Berkumpul seramai 7 orang ex-student SMKJR yang menghuni 3 kelas berasingan. Aku dan Paiz – 5PA1, Emma, Syariz, Zana dan Farah – 5GR1 dan Azmeen – 5SP1. Turut menemani adalah Hamzah – pakwe Emma dan ‘sipolan bin sipolan’ (aku dah lupa nama) – pakwe Zana.

Begitulah untungnya andai anda berjawatan pengawas di sekolah anda dahulu. Anda akan mempunyai banyak masa selepas waktu rehat untuk merayap ke kelas-kelas lain yang ketiadaan cikgu supaya anda dapat kawan baru dan memvariasikan kehidupan sosial anda. Kalo cikgu tanya kenapa lambat masuk kelas, jawab je ‘terpaksa menjaga ketenteraman kelas lain sebab cikgu tak datang’. Muahahahaha…

Berikut adalah beberapa coretan dan lampiran gambar yang dapat aku sediakan untuk pembaca blog sekalian.



*kelihatan beberapa ‘orang luar’ yang clueless baru tiba di celahan orang ramai tatkala panas terik di Teluk Kemang

“Aiseh, kan aku dah cakap gerak awal sikit. Kan dah takde tempat nak lepak,” rungut Emma laksana mak tiri yang masih tidak kepuasan mendera anak tirinya.

“Tepi longkang pun jadi laa,” balas Syariz selamba. Ye, Syariz memang selamba.



*cubaan untuk aku menguji refleks cahaya dan kualiti gambar kamera henset aku… heheh!



*inilah Syariz atau dikenali sebagai Ariff oleh Thirah dan Ryn menerusi cerpen The Untold Story yang aku tulis tu. Kurus kering kan dia? Tapi dia lah tukang menghabiskan bihun goreng masakan mak Zana. Huhu…

“Jai, tangkap gambar aku dalam keadaan natural tau, supaya orang ingat neh gambar kandid,” Cheh!



*Faiz a.k.a mat jambu. Aku tak ingat nama dia dalam The Untold Story tapi aku tau dia ada watak kecil dalam cerita tu.

“Jai, gambar untuk mespes aku meh sekeping,” Cheh lagik!



*time neh aku tengah hepi bersukaria main air tanpa aku sedari ada sekujur tubuh manusia luar tabi’i kat belakang aku. Thanks to Faiz sebab tangkap gambar neh dalam diam sebagai bukti siapakah dia Azmeen yang sebenar-benarnya.

Thirah dan Ryna, perkenalkan, ini lah dia Rizman atau aku gelar sebagai Bapak Ayam ketika zaman sekolah dulu.



*pasangan yang menemui sifat kejiwangan dalam diri mereka masing-masing di kala petang Ahad itu. Faiz dan Farah.

“Kena gossip nanti baru korang tau,” ujar Azmeen dalam nada jeles.

“Eleh, I takde pakwe, takde sape nak marah. Faiz je laa yang patut takut…” balas Farah pula.

“Hehehe…” Faiz terkekeh kecil sambil masih kekal mengkaber ‘jambu’ dengan cemerlang sekali.



*kena gigit jaws ‘kot’?

“Amacam, kalo aku rendam kaki aku dalam air neh ko agak-agak sape yang datang kejap lagi?” kataku cuba mengugut rakan-rakanku agar segera menamatkan mandian mereka. Sebabnya aku jeles aku dah tak boleh mandi petang tu. Huhu, tak tahan kaki aku kena air laut yang masin.



*konon-konon nak gambar romantik arr tu tapi masing-masing tak dapat tahan gelak tengok aksi pasangan drama ‘sehari di pantai PD’ neh.

“Syariz, hang jangan laa tangkap gambar montot aku,” muahahaha, hampeh ko Farah!



*gendang gendut tali kecapi… sesungguhnya time neh memang aku belum bersedia untuk diambil gambar. Cisss ko Riz, bukan nak bagitau kalau gambar aku tak menjadi. Huhu…



*aku tangkap gambar dia, dia tangkap gambar Azmeen, Azmeen tangkap gambar aku... Muahahahaha…



*aiyakkk, leh tahan gak kiut minah yang aku dok panggil Farah the Papan Sekeping neh rupanya. Huhu…



*aku dan Syariz…



*Emma sedang mengemas sisa makanan yang telah dibaham Syariz.

“Oi, korang neh reti makan je. Ngemas taknak!” Emma masih setia berleter.
“Alaa, ko kena laa tunjuk contoh anak dara idaman supaya balak ko neh nanti konpiden sikit nak masuk minang ngko!” Muahahaha Azmeen bunguk…



*Syariz neh sebenarnya sedikit kebosanan sebab member-member laki sekelas ngan dia dulu semua kensel nak ikut last minit. Dan apa yang akan anda lakukan tatkala bosan? Inilah contohnya…



*ermmm…

“Weh, rambut ko neh buat aku tak tahan laa. Wangi sangat syampunya. Aku cium kang,” godaku.
“Taknak. Nanti abang Faiz I marah,” huhu…



*aku dah agak cahaya dari arah barat akan membuatkan gambar neh menjadi hasil yang gagal. Tapi Emma nak jugak gambar yang berlatarbelakangkan pantai. Huhu…



*gambar yang terpaksa aku ambil dalam keadaan kaber sebab balak dia yang pegang kamera. Huhu.

“Jai, rapat laa lagi.”
“Jangan Zana, lautan dalam jangan di duga”




*huhu, ada dua orang yang takde dalam gambar neh, Azmeen dengan pakwe Zana. Yang lain-lain sepatutnya korang dah tau nama. Tak pon pi laa cek mespes aku Huhu…



*indah bukan? 18 Mac 2007 dalam kenangan…



Jumpa lagi di masa depan. Aku dengan Farah nak buat planning pergi Cherating pulak lepas neh. Hehe…

Padah Akibat 'Letih'

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Petikan dari akhbar Harian Metro bertarikh 17 Mac 2007 bersamaan dengan hari Sabtu yang lepas. Aku nak postkan artikel neh lebih awal tapi waktu tu aku busy gila. Huhu…

Oleh: Mohd Nur Asnawi Daud (asnawi@hmetro.com.my)

Subang Jaya: Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.

Difahamkan, sebaik sahaja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.

Kejadian malang itu berlaku Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.

Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.

Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.

Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.

“Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital,” katanya.

Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.

“Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.

Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.



P/S: Orang Subang Jaya memang pelik-pelik ke? Muahahahahaha… jangan terasa.

17.3.07

Quote of the Week

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Muahahaha... kadang-kadang ada di antara mereka yang tak sedar apa yang mereka katakan kat aku sebenarnya sedikit sebanyak memberi kesan dalam hidup aku... Mempelajari anggapan orang atau tindakan mereka terhadap aku sebenarnya adalah satu perkara yang sangat seronok dalam fasa pengumpulan pengalaman kehidupan aku ini... (ayat cam pelik je)

Nasihat, kata-kata hikmat, teguran, hatta lawak-an pun mampu memberi perspektif baru dalam hidup aku. Sama ada hasilnya aku menjadi emo, bersemangat waja campro, gelak sambil guling ikut tempo, mahu pun buat bodo, hakikatnya aku sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ini dan menimba seribu satu macam pengalaman, kenangan, dan ke-hampeh-an...

Berikut adalah beberapa quote yang menarik untuk saya kongsikan bersama (kalo rasa tak menarik jugak, padan muka... saya tak bertanggungjawab di atas pembaziran masa anda)



Ija: Nunggu sluar jeans aku x smpai2 neh…
*wah, suke hati je nak soh aku banje ngko suar ekk… igt aku ngecop duit? (ayat rutin mak aku)

Ijok : Huhuhuhu...pegi la rumah dier, buat cam aku…
*gile ko... jauh arr senawang… kang malu je kalo kene halau kang

Mya : Semoga pg yg ganjil ini menjadi pagi yg terbaik dlm hidop kamu!!!
*tetiba lak minah neh pm aku…

Azah : Konsep belanja ialah: apabila azah mengorder pizza utk dihantar ke rumah ajai lalu ajai pon membayar org yg antar pizza tu....
*sian… belajar je tinggi-tinggi…

Efa : Sometimes things that we dont like turn to be something meaningful to us…
*hopefully the same thing would happen to me

Ryn : Menci… Abg makin sombong skang… Ye laa, makin bz laa katakan…
*ye ke makin sombong? makin sayang ade laa… hehe…

Wana : Ko x sedar2 lg ke?
*ye laa… aku dah sedar aku neh sape… huhu… aku tau aku mmg tak layak untuk memilikimu… saje je aku wat2 mcm tak sedar :-P wek wekk…

Pish : Mungkin pengisian ko kurang menepati kesedaran ko
*caya laa bro… nasihat ko berjaya membuat aku merenung kembali diri dan memahami kekurangan sendiri. Keikhlasan jawapan yg mcm neh laa yg aku nak. Tima kaseh kerana sudi membantu… patut arr berani letak caj mahal2… ciss…

Odi : Jom arr pegi jumpa kjgv…
*pale otak ko… hari tu kata tanak pegi… kata keje konon… balik lambat konon… seb baik ko blanja sate…

Eyra : 3 malam tanpa ‘bintang’
*hehe, macam2 laa…

Thirah : Dia tak ready sbb die takde rase chemistry kot, kalo die teruskan jugak nanti sampai die jumpa org lain yg die suka, ko jugak yg merana nanti…
*tq thirah… neh yg buat makin syg neh kat die neh… pahami aku dan nasihati lah aku… sesungguhnya aku manusia yg masih memerlukan bimbingan…

Ku Asyikin : Azrai, buat pe tu? Jom projek cam malam tadi. Hehehe…
*bila lak aku projek ngan minah neh… saje nak pitenah aku laa tu… (icon siul2)

Tengkorak Hidup : Munguk2... Dapat Duit Juta2.. Nak Beli Server Elok Sikit Pon X Bley Ke..
*TM – Telekom Mungukers… Baru laa aku paham nape aku selalu dc sejak dua menjak neh… huhu…

16.3.07

Selingan Tentang Aku - Antologi Tepukan Sebelah Tangan

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

“Sadarkan aku tuhan, dia bukan milikku”

Dah lama aku sedar. Cuma aku takut untuk mengakuinya Aku selalu terfikir; ‘kalo menjadi pun, di manakah hala tuju kami’?

Aku masih bukan manusia sempurna yang layak dibuat teman. Aku masih perlu memperbaiki nilai moral aku, motivasi aku, refleksi aku, pendek kata; aku masih belum masak.

Lagipun aku masih ada cita-cita yang belum tercapai. Aku belum puas hidup di atas dunia. Aku belum capai iltizam untuk melakukan perkara-perkara yang mampu memberi kesan pada hidup orang lain.

Aku BELUM berjaya.

So buat apa aku nak sibuk memikirkan tentang benda yang aku sendiri pun tak pasti berbaloi atau tidak, bukan?

Hari tu aku pergi Kuantan, nampak sepupu aku yang berusia 13 tahun tengah sibuk main mesej depan tv sambil teman adik dia tengok Power Rangers (tak sangka Power Rangers masih bersiaran rupanya)

Tiba-tiba henset 2.5G nya berdering. (Ceh, berlagak betul siap pakai lagu Akon – Smack That lagi tuh. Ntah paham ke tidak apa yang si mamat Afrika tu dok nyanyi)

“Aiman kat umah neh… A’ah, ngah tengok tv. Ntah… Adik neh tengok kartun ape ntah. Sayang buat apa tu?”

Aku garu-garu janggut. Nasib baik mak dia kuar dengan parent aku mencarik keropok lekor kat pekan… Huhu… Seb baik aku bukan kaki repot.

Teringat aku akan kisah cinta member sekelas aku masa aku darjah 6 dulu. Dah macam cerita drama indon yang selalu korang tengok kat astro petang-petang tu. Penuh dramatik, romantik, spastik, dan macam-macam lagi. Boleh dibuat novel cinta ala-ala Ahadiat Akashah pun kalo aku nak cerita dari A sampai Z.

So, ape yang nak diherankan pasal sepupu aku tu kan? (Aiman memang tak kesah, :-P)

Emm, dan aku pulak dok sibuk menyedapkan hati dengan mengatakan yang mungkin aku belum bersedia untuk berpunya.

I wonder… (garu janggut lagik)

“Ko x sedar2 lg ke?”

Ya, memang aku dah sedar laa sayang. Dah ramai pun yang bagi nasihat serupa. Tapi selama neh aku keraskan kepala, aku pekakkan telinga, aku butakan mata, dan aku percayakan bulat-bulat pada kata-kata hati aku untuk tidak berputus asa.

Tapi bila dia sendiri cakap kat aku macam tu, mungkin aku dah sepatutnya dah boleh terima nasib diri.

Dalam arena dunia yang penuh dengan hiprokritisma neh, aku lah yang paling juara nampaknya. Cuba mendukung pegangan yang aku sendiri tak layak sentuh, cuba percaya yang aku masih ada sisa untuk berjaya.

Ada dua soalan untuk para pembaca blog sekalian yang kalau dapat kiranya tolong laa jawab seikhlas mungkin demi aku.

1. Apa kekurangan/keburukan aku?
2. Dan kenapa manusia sering terlalu berhati-hati lalu menjadi hipokrit dalam cuba menjawab soalan pertama aku tadi?

~Help me to be a better person before I ended giving up all hopes~

14.3.07

'Kami' dan Anda

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

"Kami tidak pasti apakah kaedah yang dipakai oleh mereka, tetapi kami tetap berusaha memastikan nilai murni dan integriti itu sentiasa wujud." dipetik dari komen Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika disoal tentang kedudukan Malaysia di tangga ketujuh dalam survey tentang rasuah di kalangan negara asia tenggara.

Well, survey tersebut dibuat oleh sebuah firma di Hong Kong, by the way. Dan kedudukan tangga itu sebenarnya jatuh satu anak tangga dari tahun lepas. Bias?

Aku tengah berangan kalau laa aku dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia... (icon tongkat dagu tersenyum simpul sambil perhati cicak mengawan kat dinding)

Ceh ceh...

"Sekalipun kenyataannya survey ini dibuat oleh pihak luar, kami sesekali tidak akan memandang rendah padanya dan kami akan mengkaji kebenarannya dari segenap aspek. Saya percaya andai kami meneruskan usaha dan langkah mencegah rasuah seperti yang sedang giat diusahakan, perkara seperti ini tidak akan timbul lagi di masa akan datang. Banyak pihak yang perlu memandang berat akan dakwaan ini dan membuka mata untuk berkerja lebih keras mengangkat martabat imej negara di mata dunia. Benar, ia tugas yang berat dan banyak masa serta ruang yang perlu kita terokai demi membina sebuah negara cemerlang, gemilang dan terbilang. Akan tetapi, dari usaha yang penuh rintangan inilah maka kita barulah layak mendabik dada suatu hari nanti kerana berjaya menyediakan sebuah negara bersih dari rasuah, demi rakyat." berikut ulasan Dato' Seri Azraii pula... Muahahahaha...

Point aku bukan apa pun sebenarnya. Bayangkan kalau kita berada di kedudukan no 1 dalam survey tersebut, dah tentu semua pihak mendabik dada memuji ketelusan pihak berwajib dalam mengendali isu ini dengan jayanya.

Tapi bila tak dapat no 1? Hmm... Ada laa something wrong tu dengan cara dorang buat kajian. Kan?

Segalanya bermula dengan diri sendiri dahulu, barulah kita boleh fikirkan tentang orang lain...

Ajar diri anda untuk cerminkan diri, dari dok sibuk belajar menafikan sesuatu yang kita sendiri pun tak pasti...

~Biar Kita Rendah Tapi Sedar Diri, Jangan Hidung Aje Yang Terlebih Tinggi~

Lagu dan Lirik

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Seorang ‘sahabat’ aku pernah berkata:
“Aku nyampah btol orang yang dok paste2 lirik lagu kat mespes aku, macam tak yakin dgn ayat sendiri je. Nyemak sungguh!”

Tiba-tiba membuatkan aku terkenang pada si dia: My Juita CT / Aty-ku Sayang / Siti Norhasmizah Bte. Hassan





Dia dedicate lagu Padi – Menanti Sebuah Jawaban kat aku;



Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu




Emm, kadangkala lebih mudah untuk kita menggunakan kelunakan suara, kemerduan melodi, dan keindahan lirik sesebuah lagu untuk menyampaikan emosi kita pada seseorang tu kan? Kadang-kadang pula kita sendiri rasanya nak aje menyanyi untuk ‘si dia’…

**tapi dalam kes aku, memandangkan sore aku tak sedap… so aku takkan nyanyi untuk sebarangan orang supaya rasa malu aku dapat diminimakan… hehehe…

Tapi, sehebat-hebat sesebuah lagu tu; tak kira sekalipun kalau liriknye sangat bertepatan dengan isi hati kita, yang paling penting adalah menyampaikan mesej hati kita itu menggunakan kata-kata kita sendiri dengan kadar setulus ikhlas yang mungkin. Sebab apa yang kita rasa dalam hati kita (literally) sebenarnya lebih membawa seribu erti pada si dia.

“Aty, Ajai dah tak sanggup menipu dan ditipu…”



Terpulang pada pilihan masing-masing. Aku sendiri masih menggemari sistem memperalatkan lirik lagu untuk dipersembahkan pada orang yang aku minati. Walaupun aku sedar ia tidak memiliki kuasa untuk membantu aku menambat hati dia, sekurang-kurangnya aku nak dia tau apa emosi dan perasaan aku pada dia… sebelum aku terlambat dan terlepas segalanya…

~Pasneh nak try buat sajak lagi… Siap ko Pish!~

11.3.07

Entri Pertama Tak Semestinya Utama

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Aku bukak laptop. Pagi tadi blackout jap. So dalam kepanasan dan keboringan tu aku membelek koleksi dvd yang aku miliki. Huhu. Mana pulak citer Employee of The Month aku? Kene curik ke? Atau akak aku pinjam? Tercicir kat bawah katil? Atau mungkin diambil oleh mak aku utk dibuat alas cawan? Hmm… takpe laa. Layan Thank You For Smoking pun ok gak.

Kipas meja kat bilik aku kembali berputar tiba-tiba. Good news, umah aku dah ada karen semula. So aku leh online streamyx. Hmm… aku rase aku nak start wat blog arr ari neh.

Entry pertama mestila sumthing yang ‘fun to read’. Perlu include introduction of myself dan orientasikan minda pembaca blog agar dorang faham apa yang aku nak mengarutkan dalam blog neh. Tapi… apesal tetiba aku takde idea lak neh? Apekah aku dah terjangkit dengan sindrom “aku nak buat entry kat blog aku tapi aku tatau nak letak apa dan aku tanak letak sumthing yang pointless” sepertimana yg dihidapi si Budak Hitam tu semalam? Oh tidak. First entry aku kena laa bold and elegant. Emm… padahal aku dah sediakan mespes aku utk dibaca oleh sesapa yang nak mengenali aku sebenarnya. Takkan aku nak copy paste kan aje blurb mespes aku kat sini?

**by the way, the great medium to know more about me is to browse my myspace account at www.myspace.com/ajaithegaban ~iklan tamat~

Then, aku kene carik ilham. Aku kena kembali menulis secara spontaneous macam dulu-dulu. Aku perlukan material dan idealisma yang logic untuk dibincangkan, mendalam untuk difahamkan serta funny untuk disenyumkan sorang-sorang oleh pembaca-pembaca blog ini.

Tapi… aku nak tulis apa neh? Huhu…

Camneh laa. Apa kata aku cuba imbas kembali apa yang aku buat malam tadi. Mana tau kot-kot boleh bagi aku idea nak blog pasal topic apa kat sini, kan?

Semalam aku pegi Damansara. Dari highway Cheras-Kajang, aku ikut Federal sampai ke exit Kerinchi Link dekat Midvalley sana. Tujuan apa aku nak ke Damansara? Sebab aku nak belajar jalan kat sana. Selama neh kalo aku pergi Uptown lama atau Sri Hartamas, mesti aku sesat cari jalan balik. Ye laa, masa nak pergi pon dok tanya-tanya member sebelah, simpang mana aku nak kena masuk. Aku perlu belajar sendiri selok belok Damansara agar aku tak digelar ‘katak bawah asbestos’ tatkala ade orang tanya aku jalan nak ke sana nanti.

Kesudahannya, entah simpang mana yang aku masuk aku pun tatau, tetiba je aku sampai kat The Curve. Then aku ikut persiaran Mahogani. Lebih kurang 10km aku memandu straight tanpa ambil mana-mana simpang, akhirnya aku give-up dan u-turn untuk cari jalan pulang.

Tiba-tiba… “Eh, Hartamas?” aku mula blur. Disebabkan kelewatan malam yang makin lanjut mencecah jam 4 pagi, aku memujuk diri agar teruskan pemanduan. Dan aku tiba di masjid Wilayah Persekutuan. Masjid yang menyaksikan terbatalnya status bujang seorang wanita yang aku kenali demi kerana harta dunia yang dia gilai. Ironi? Kita bincang lain kali.

Ahah, aku tau jalan neh. Aku cuma perlu cari Jalan Duta then menghala ke Cheras.

“Tobat aku dah tanak masuk Damansara pasneh melainkan ada orang tunjukkan jalan,” bentakku dalam hati.

~singgah kedai mamak tengok Real Madrid lawan Barcelona baru ade mood nak balik rumah~

Emm, nampaknya still takde idea laa nak tulis apa kat blog neh… camne eh?

:-P wek wek…

P/S: welcome to my world of ‘bebel’…