16.3.07

Selingan Tentang Aku - Antologi Tepukan Sebelah Tangan

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

“Sadarkan aku tuhan, dia bukan milikku”

Dah lama aku sedar. Cuma aku takut untuk mengakuinya Aku selalu terfikir; ‘kalo menjadi pun, di manakah hala tuju kami’?

Aku masih bukan manusia sempurna yang layak dibuat teman. Aku masih perlu memperbaiki nilai moral aku, motivasi aku, refleksi aku, pendek kata; aku masih belum masak.

Lagipun aku masih ada cita-cita yang belum tercapai. Aku belum puas hidup di atas dunia. Aku belum capai iltizam untuk melakukan perkara-perkara yang mampu memberi kesan pada hidup orang lain.

Aku BELUM berjaya.

So buat apa aku nak sibuk memikirkan tentang benda yang aku sendiri pun tak pasti berbaloi atau tidak, bukan?

Hari tu aku pergi Kuantan, nampak sepupu aku yang berusia 13 tahun tengah sibuk main mesej depan tv sambil teman adik dia tengok Power Rangers (tak sangka Power Rangers masih bersiaran rupanya)

Tiba-tiba henset 2.5G nya berdering. (Ceh, berlagak betul siap pakai lagu Akon – Smack That lagi tuh. Ntah paham ke tidak apa yang si mamat Afrika tu dok nyanyi)

“Aiman kat umah neh… A’ah, ngah tengok tv. Ntah… Adik neh tengok kartun ape ntah. Sayang buat apa tu?”

Aku garu-garu janggut. Nasib baik mak dia kuar dengan parent aku mencarik keropok lekor kat pekan… Huhu… Seb baik aku bukan kaki repot.

Teringat aku akan kisah cinta member sekelas aku masa aku darjah 6 dulu. Dah macam cerita drama indon yang selalu korang tengok kat astro petang-petang tu. Penuh dramatik, romantik, spastik, dan macam-macam lagi. Boleh dibuat novel cinta ala-ala Ahadiat Akashah pun kalo aku nak cerita dari A sampai Z.

So, ape yang nak diherankan pasal sepupu aku tu kan? (Aiman memang tak kesah, :-P)

Emm, dan aku pulak dok sibuk menyedapkan hati dengan mengatakan yang mungkin aku belum bersedia untuk berpunya.

I wonder… (garu janggut lagik)

“Ko x sedar2 lg ke?”

Ya, memang aku dah sedar laa sayang. Dah ramai pun yang bagi nasihat serupa. Tapi selama neh aku keraskan kepala, aku pekakkan telinga, aku butakan mata, dan aku percayakan bulat-bulat pada kata-kata hati aku untuk tidak berputus asa.

Tapi bila dia sendiri cakap kat aku macam tu, mungkin aku dah sepatutnya dah boleh terima nasib diri.

Dalam arena dunia yang penuh dengan hiprokritisma neh, aku lah yang paling juara nampaknya. Cuba mendukung pegangan yang aku sendiri tak layak sentuh, cuba percaya yang aku masih ada sisa untuk berjaya.

Ada dua soalan untuk para pembaca blog sekalian yang kalau dapat kiranya tolong laa jawab seikhlas mungkin demi aku.

1. Apa kekurangan/keburukan aku?
2. Dan kenapa manusia sering terlalu berhati-hati lalu menjadi hipokrit dalam cuba menjawab soalan pertama aku tadi?

~Help me to be a better person before I ended giving up all hopes~

4 KoMen:

So'od @ Arm Baker said...

jawapan:

1) mungkin pengisian anda kurang menepati kesedaran anda itu. dalam erti kata yang lebih menepati kehendak anda supaya kami tak hipokrit: anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. lantas vicious cycle itu berulang berterusan.

2) mungkin adab sopan kita yang membataskan hak-hak bersuara kita. cuba anda berkawan dgn org amerika. saya pasti mereka akan ada 1001 perkara buruk tentang anda yg mereka boleh kupaskan.

p/s sepupu ko dah akil baligh ke blom? upsr dapat baper A?

Si B*ntang said...

siot la sepupu kau..:))

nana kene marah aku ari tuh...:-j

aku bace msg die,de dakk form 1 ajak die couple..

caker nak mampos..

soklan kau,aku x perlu jawab sbb aku da jwb dl...

tyrexia said...

aku harap kekurangan atau keburukan bukan satu pengukur untuk menilai sama ada org itu nk menerima ko atau tidak.

nak harapkan org seperfect mane? tak ada dlm dunia ni... impossible.

manusia berhati2 kerna x mau mungguris perasaan ko. dia xnak ko terasa atau terbawa2 dlm kesedihn (guna pakai hujah ko kt komen blog aku).

tp, itu bukan kwn sejati kan? kwn sejati... mesti bg ko mkn cili ngn biji2 dia skali (konpom pedas... zasss)

Mr. Ajai said...

pish : walaweh... camtu laa aku nak... biar keras tapi ikhlas...

dak tu dapat 5a kot... sbb die dok mrsm jasin... mase tu die ngah cuti... sbb tu die dah pakai henpon... huhu... dak2 zaman skang...

ryna : meh pas no dak tuh kat abg...
tgk abg sound camne... hehe... konpem dak tuh tuka skola atau status jantina pastuh... muahahaha

abg tau ryn, abg tau... saje je wat2 mcm tatau... huhu...

thirah : ciss, pulang paku buah keras... (leh tahan gak sastera aku neh)

a'ah lew... aku mmg nak kawan sejati yg sound direct je... lastly kalo aku drop tensen pon, aku akan pergi ber'sebab'... muehehehehe... kalo tak, aku asik nak pegi pon tersangkut2 niat aku nanti... huhu...

p/s : melawok je neh... dont think i'm that stupid...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?