11.3.07

Entri Pertama Tak Semestinya Utama

Bila Sang Pujangga bermadah kata :

Aku bukak laptop. Pagi tadi blackout jap. So dalam kepanasan dan keboringan tu aku membelek koleksi dvd yang aku miliki. Huhu. Mana pulak citer Employee of The Month aku? Kene curik ke? Atau akak aku pinjam? Tercicir kat bawah katil? Atau mungkin diambil oleh mak aku utk dibuat alas cawan? Hmm… takpe laa. Layan Thank You For Smoking pun ok gak.

Kipas meja kat bilik aku kembali berputar tiba-tiba. Good news, umah aku dah ada karen semula. So aku leh online streamyx. Hmm… aku rase aku nak start wat blog arr ari neh.

Entry pertama mestila sumthing yang ‘fun to read’. Perlu include introduction of myself dan orientasikan minda pembaca blog agar dorang faham apa yang aku nak mengarutkan dalam blog neh. Tapi… apesal tetiba aku takde idea lak neh? Apekah aku dah terjangkit dengan sindrom “aku nak buat entry kat blog aku tapi aku tatau nak letak apa dan aku tanak letak sumthing yang pointless” sepertimana yg dihidapi si Budak Hitam tu semalam? Oh tidak. First entry aku kena laa bold and elegant. Emm… padahal aku dah sediakan mespes aku utk dibaca oleh sesapa yang nak mengenali aku sebenarnya. Takkan aku nak copy paste kan aje blurb mespes aku kat sini?

**by the way, the great medium to know more about me is to browse my myspace account at www.myspace.com/ajaithegaban ~iklan tamat~

Then, aku kene carik ilham. Aku kena kembali menulis secara spontaneous macam dulu-dulu. Aku perlukan material dan idealisma yang logic untuk dibincangkan, mendalam untuk difahamkan serta funny untuk disenyumkan sorang-sorang oleh pembaca-pembaca blog ini.

Tapi… aku nak tulis apa neh? Huhu…

Camneh laa. Apa kata aku cuba imbas kembali apa yang aku buat malam tadi. Mana tau kot-kot boleh bagi aku idea nak blog pasal topic apa kat sini, kan?

Semalam aku pegi Damansara. Dari highway Cheras-Kajang, aku ikut Federal sampai ke exit Kerinchi Link dekat Midvalley sana. Tujuan apa aku nak ke Damansara? Sebab aku nak belajar jalan kat sana. Selama neh kalo aku pergi Uptown lama atau Sri Hartamas, mesti aku sesat cari jalan balik. Ye laa, masa nak pergi pon dok tanya-tanya member sebelah, simpang mana aku nak kena masuk. Aku perlu belajar sendiri selok belok Damansara agar aku tak digelar ‘katak bawah asbestos’ tatkala ade orang tanya aku jalan nak ke sana nanti.

Kesudahannya, entah simpang mana yang aku masuk aku pun tatau, tetiba je aku sampai kat The Curve. Then aku ikut persiaran Mahogani. Lebih kurang 10km aku memandu straight tanpa ambil mana-mana simpang, akhirnya aku give-up dan u-turn untuk cari jalan pulang.

Tiba-tiba… “Eh, Hartamas?” aku mula blur. Disebabkan kelewatan malam yang makin lanjut mencecah jam 4 pagi, aku memujuk diri agar teruskan pemanduan. Dan aku tiba di masjid Wilayah Persekutuan. Masjid yang menyaksikan terbatalnya status bujang seorang wanita yang aku kenali demi kerana harta dunia yang dia gilai. Ironi? Kita bincang lain kali.

Ahah, aku tau jalan neh. Aku cuma perlu cari Jalan Duta then menghala ke Cheras.

“Tobat aku dah tanak masuk Damansara pasneh melainkan ada orang tunjukkan jalan,” bentakku dalam hati.

~singgah kedai mamak tengok Real Madrid lawan Barcelona baru ade mood nak balik rumah~

Emm, nampaknya still takde idea laa nak tulis apa kat blog neh… camne eh?

:-P wek wek…

P/S: welcome to my world of ‘bebel’…

8 KoMen:

so'od said...

haha. aku ada prob sama gak dgn d'sara dulu. pastu aku buat exactly mcm ko buat tu. skrg aku dah terer tp takde sebab lak aku nak melepak sana. hehe. wasted effort.

selamat datang ke dunia mengKarut!

LadyTiz said...

aku rse cm kenal je ayat panas dr budak hitam tuh...
“aku nak buat entry kat blog aku tapi aku tatau nak letak apa dan aku tanak letak sumthing yang pointless”

(icon garu-garu dagu)

jgn tanye aku pasal hartamas. ko letak je aku situ, terus aku nangis... konfem x tau jalan balik..

MakcikMuda said...

aku telah dibuang negeri selame hampir 9 tahun dan maseh berhutang 3 tahun..:|

sila jgn cerita pasal semenanjung tanah melayu kerane shaye berade di kepulauan borneo....:|

sengal !

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

pish: alahai... ye ke tade alasan or ko je yg saje tanak melepak sane... eleh ko pish...

thirah: aku tak sebut nama pon... nape ko me'merasan'kan dirimu sendiri? huhu...

puteri: dah tu takkan abg nak cite abg pegi santubong lak kot... nampak sgt laa abg mentipuk nanti... huhu, ayu dah balik dr santubong ke blom? hehe...

MakcikMuda said...

MENCI AGIK !!!

Anonymous said...

Ko CiTe La pSL DiRi aKu Yg cOmEy Ni Ke...MuaHaHaHa...xPon psL DiRi sNdiRi Yg CoMei PoN LeH GaK...(KaLo dH xDe ToPiK sGt La...)

Anonymous said...

~~~***muahaha...lawak...lawak.....area damansara pon ko bleh sesat....bukannyer beso mane pon damansara tu (muahahaha...setelah diajar oleh alfa baru aku perasan damansara tu kecik jer)***~~~

p/s: bes gak blog ko camnih...muahaha

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

Wana : alololo, tak pasan rupenya mmg ade cite2 tertentu yg sangkut paut ngan diri ko yg comei sgt tu (kononnye) muahahahaha...

Azah : semua ko nak cite mesti nak babitkan name alfa kan? alangkah bahagianye... 8->

Post a Comment

Any Comment? Anybody?