9.11.08

K.B.S.M = SEPI

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Memenuhi sifat saya yang memang gilakan kuasa dan pangkat dunia; baru-baru ini saya telah berjaya menganggotai sebuah lagi persatuan atau kelab beraliran BEBAS (Badan Enakmen Bebas Autonomi Se-Malaysia); yang maksudnya lebih kurang sama macam NGO, cuma takde propaganda politik je (hrmm…)


Jikalau sebelum ini penyertaan saya dalam kelab Lanun telah memberi pulangan lumayan apabila dilantik secara kehormat sebagai Lajnah Jualan Langsung (walaupun masih belum mencatatkan sebarang bentuk jualan), kini saya diterima masuk pula ke dalam Kelab Budak Sepi Malaysia (KBSM).



Disebabkan penyertaan ahli kini baru berjumlah 3 orang je termasuk saya, maka saya dengan bebasnya boleh dengan sesuka hati melantik diri saya ke sebarang jawatan kanan tanpa perlu lagi bertikam lidah dengan mana-mana pihak seperti mana yang dialami oleh saya dan Cik Azark ketika operasi pembahagian Lajnah kelab Lanun satu masa dahulu.


Maka dengan ini; dengan penuh sukacitanya saya mengumumkan perlantikan jawatan saya selaku Setiausaha Agung/Sulit KBSM (bukan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah oke!). Turut menganggotai kelab ini adalah seperti senarai di bawah:



1) Saudara Tuan Yang Terutama, Tun Amarizal Bin Abu Bakar

- Presiden kelab merangkap Ketua Urus Tadbir


2) Saudara Tuan Guru Yang Tak Berapa Mulia, Ir. Ashraff Bin Zaidon

- Timbalan Presiden kelab merangkap Ketua Jawantankuasa Perlaksanaan Ordinan


3) Saudara Tuan Punya Badan, Sir Azraii Bin Abdul Hamid

- Naib Presiden kelab merangkap Setiausaha Agung



Saya memilih portfolio kesetiausahaan ini bukanlah disebabkan saya seorang yang setia mahupun rajin berusaha. Saya juga takde ciri-ciri ketokohan seorang setiausaha yang kerjanya dok sibuk nak belek mekap muka sendiri kat cermin kecik (sambil perasan yang diri itu sexxy) serta mengomel apasal ramai sangat yang buat panggilan ke ofis hari neh. Harap Cik Rynark tak terasa hati. Heheh.


Saya memilih jawatan ini kerana saya mendambakan kuasa mutlak untuk membuat kerja penyusunan lantikan jawatan serta memiliki kemampuan untuk menggariskan sendiri dasar-dasar kelab mengikut sesuka hati yang saya mahukan. Amat gila kuasa, bukan?


Ya, saya telah menetapkan beberapa syarat utama kelayakan untuk menyertai kelab ini kepada sesiapa yang berminat di luar sana. Tidak lupa juga turut dibentangkan Misi, Visi dan Objektif kelab. Sila teruskan pembacaan anda dengan khusyuk dan tanpa ragu-ragu.



Syarat Wajib:


- warganegara Nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Selatan Thailand serta Filipina) tanpa mengira jantina

- kemahiran berbahasa Melayu juga diwajibkan (Kami tak reti speaking-meaking, harap maaf)

- berumur 16 tahun ke atas pada tarikh permohonan

- tidak memiliki teman (samada sejantina atau tidak) yang diklasifikasikan sebagai hubungan romantika (maksudnya single-mingle laa tuh!) pada tarikh permohonan


Keahlian anda dianggap batal secara automatik apabila:


- Izrail datang memanggil (huhu…)

- menemui calon yang dianggap sesuai untuk dijadikan teman bercinta

- tidak jujur dalam mematuhi syarat-syarat wajib kelab



Objektif:


- Mengumpulkan seberapa ramai ahli yang turut berkongsi kesepian sama seperti kami tanpa meminta sebarang komitmen; sekadar berkongsi kedukaan agar dapat diganti dengan sebibit keceriaan (Chewah!)


Misi:


- Menjadi medan persinggahan untuk para golongan sepi menempatkan diri; sementara masih belum berpunya ataupun belum di’terima’ mana-mana pihak


Visi:


- menyediakan saluran untuk melepaskan bosan seandainya anda ditakdirkan bujang sampai mati; sebab sekurang-kurangnya anda sudah dilantik sebagi Ahli Kelab Budak Sepi Malaysia. Kira tak laa rasa ‘loser’ sangat kan? Ekekeke…



Sehubungan dengan pengumuman ini; mereka yang berminat untuk membuat permohonan menjadi ahli bolehlah mengirim resume ke e-mel saya sertakan wang pos bernilai RM10 juta ke alamat yang akan diberikan kelak. 3 permohonan bertuah akan diberi cabutan hadiah yang berupa:

*Mitsubishi Lancer GT 2.0 sumbangan Tuan Presiden


*Perodua Kancil Gran Pricksss… GT 6.60 sumbangan Timbalan Presiden



*Dan Proton Iswara Aeroback versi Aerodinamik & Aerospace 1.3 Thurrr-Boh sumbangan saya sendiri



Sila hantarkan permohonan anda secepat mungkin sebab saya dah tak sabar nak order AP Porche kat anak Tun Mahathir neh!


Di akhir bicara, saya ingin membuat undian (yang mana boleh di-submit di sebelah kanan skrin anda) untuk anda memilih lagu manakah yang paling sesuai dan kena pada liriknya supaya boleh diangkat menjadi lagu tema kelab ini secara rasmi. Sekiranya anda perasan, kesemua kumpulan ini mempunyai huruf awalan G (G for Gatal; kalo tak gatal, takde laa rase sepi kot… muehehehe).


Berikut adalah calon-calonnya beserta dengan lirik mereka sekali. Sila klik tajuk lagu untuk mendengar samplenya sendiri.


a) G.I.M – Sepi

Kesyahduan dalam hidupku
Menemaniku sepanjang waktu
Kesunyian yang ku rasai
Mencuit hati tiada siapa di sisi
Di sisi

Tersentak dalam lamunan mimpi
Tersentuh jiwa kekosongan hati
Belum pernah ku rasa bahagia
Oh Tuhan berilah
Kesempatan yang ku ingini
Agar lilin ini dapat menerangi hidup ku

Indah nya dunia ini
Andai ada
Kekasih yang bertahta
Di sanubari hey...
Agar aku tak tersisih lagi
Andainya ada teman di sisi
Di sisi

Indahnya dunia ini
Andai ada
Andainya ada teman di sisi
Oh ho...

Tiada siapa ingin menemani
Insan sepi ku membawa diri
Sekali lagi laguku ini
Menjadi irama di hati


Komen Tuan Setiausaha – walaupun tajuknya sangat kena, tapi lagu zaman kenangan ini sangat menggelikan bulu ketiak apabila dinilai erti liriknya. Tapi, terpulanglah… Aiman tak kesah…



b) Garasi – Hilang

Dimanakah cinta sejati
Yang memberi ketenangan hati….
Sampai kapanku harus menanti,
Kau pergi dan mungkin tak kan kembali..

Dan aku menangis dan aku terluka..
Bila..
Dan aku menangis dan aku terluka….
Bila…
Engkau menghilang…

Kau pergi dari ku tinggal kan ku
Lewati malam tanpa kasihmu
Ku rangkai kata
Ku rangkai nada
Yang ku ingin hanyalah cinta
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..

Semua karena cinta ku menangis
Semua karena cinta ku tertawa
Semua karena cinta…
Semua karena cinta…

Dan kau tinggalkan hanyalah luka
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..
Dan semua menghilang..

Semua karena cinta ku menangis
Semua karena cinta ku tertawa
Semua karena cinta…
Semua karena cinta…


Komen Tuan Setiausaha – saya sangat suka lagu ini. Walaupun dari seberang, tapi muziknya sangat catchy dan suaranya mengingatkan saya pada Abot. Malah liriknya juga sangat ‘makan dalam’…



c) Giegiel – Cahaya

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

Setia dengan Mu


Komen Tuan Setiausaha – sepi tidak bermakna hanya sepi dari cinta seorang perempuan atau jantan. Ia juga boleh diintepretasikan dari maksud kesepian orang yang masih belum menerima cahaya dan hidayah. Mungkin ini adalah lagu yang paling praktikal untuk kelab ini. Anda tentukan…


P/S : Kalau filem Sepi menggunakan tagline seperti Sepi : Cinta Tak Datang Hanya Sekali, kami pula menggunakan cogankata ini, Sepi : Tak Bermakna Tak Boleh Mencarik...




~Siapa Bilang Sepi Itu Tidak Indah~

14 KoMen:

Kak Piah said...

terang2an aku tak bleh join.. huh..

tipahvogue said...

errr...tetiba rasa cam nak join jek kelab Sepi nih, bleh?? :p

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said...

aKu xDe DuiT SeBaNYaK 10 JuTa :|

Mak Su said...

takkan lah saya tak boleh join langsung? saya pun sepi gaks, bila tak bersama ngan suami, saya single. maknanya, saya sepi juga :(

pleaseeeeeee

So'od said...

aku suka baizura kahar dalam sepi.. waduh!

kasik can lari tajuk skit..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak piah : sebenarnya, org yg takleh join kelab neh adalah lebih bertuah dr org yg boleh join, kak oi...

tipah : ko 'dah' single ke tipah?

wana : boleh runding lagi sebenarnya. 5 juta ada?

maksu : memetik kata2 saya sendiri, "G for Gatal; kalo tak gatal, takde laa rase sepi kot… muehehehe"

pish'arm : ini bukan lari lagi dah, siap lompat2 lagik...

Mak Su said...

cik ajeki, eh, encik akeji.

mengikut sejarah penyakit yang saya hidapi, gatal-gatal is my trademark, kulit saya akan kena penyakit gatal-gatal at least 2 kali dalam setahun, so, saya konpem gatal... wakakakaka.

hah! mana peti undi dan pensil?

nur'ain said...

hikhik

sepi gak. tapi tanak join. badi oii.

ahaks

Mak Su said...

oh.. dah repeat baca. pilih lagu ya? walaupun keahlian saya mungkin rejek, saya nak pilih lagu 2.

Tyra said...

aku nak masuk. dan aku juga tak ada 10 juta hatta 5 juta kendatipun. yang aku ada hanyalah keinginan untuk mengemudi Mitsubishi Lancer tersebut.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : wakaka... tak sangke berjaya jugak memperdaya maksu utk membaca entri neh berulang kali...

cahaya-ain : takpe... yg penting mengaku sepi... point tu... hak hak hak...

tyra : org tua2 pernah berkata, "di mana ada keinginan, di situ ada jalan"...

kalo ko setakat ade keinginan, aku cuma buleh sediakan jalannya aje, tapi kenderaan yg nak dipacu tu ko kene sediakan sendiri... muahahaha...

Rizal said...

ko pepandai je yuran 10 jutak...

jgn rosakkan kelab jai....

Mak Su said...

kurang hassaam

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ijal : opss, sori tuan pres...

maksu : tambah laa asam keping lagi secukup rasa...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?