27.11.08

HIKAYAT BUJANG SENANG : Tips Untuk Anda, Wahai Sang Lelaki!

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



Ketika di bulan puasa yang lepas (ketika syaitan masih terikat kemas), aku mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah buku berjudul HIKAYAT BUJANG SENANG yang akan memaparkan selok belok kelahiran seorang lagenda terkenal bergelar Buaya Sepanjang Zaman.


Sebenarnya idea ini telah timbul lama dengan versi asalnya menampilkan seorang watak utama serta 3 watak pembantu lelaki di samping seorang heroin pujaan hati. Namun atas dasar komplikasi penulisan novel yang dianggarkan melebihi 200 mukasurat, hajat ini terpaksa aku tangguhkan. Apatah lagi research yang perlu dilakukan dalam menjayakan projek kecil ini dilihat impossible sekali memandangkan aku tiada pengalaman dalam arena buaya darat. Aku kan suci; dajal suci yang keji!


Yang mana akhirnya aku berpendapat adalah lebih praktikal untuk aku hasilkan sebuah kitab panduan diri berdasarkan konsep buaya yang aku ingin ketengahkan ini. Bagi mereka yang sedang terangkat keningnya setinggi-tinggi, aku ingin nyatakan; tidak, ini bukan tips untuk merosakkan kaum hawa. Tapi ia lebih bersifat ala-ala buku tips bagaimana untuk menghargai cinta seperti yang sedang berlambak di pasaran; cuma apabila ia dicoretkan oleh insan bergelar Akeji Hiroshi, sudah tentulah tajuknya perlu menepati imej diri.


Namun, sekiranya bukan dalam bentuk novel sekalipun, hakikatnya penghasilan buku ini tetap memakan masa. Idea masih mencurah-curah, cuma masanya sahaja yang tiada. Bagaimanapun, sebagai teaser untuk para pembaca, aku tampilkan sedikit sedutan dari Fasal 8 buku ini yang bertajuk : Peribahasa Sang Buaya.



  1. Kalau ekor panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

  2. Sedikit-sedikit lama-lama boleh sakit

  3. Melentur ekor, biarlah dari hujungnya

  4. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama semakin menjadi

  5. Kalau tak dipecahkan tabung, manakan dapat duit jolinya.

  6. Bersatu kita membazir, bercerai kita ada spare.

  7. Sepandai-pandai buaya membaham, ke jinjang pelamin jua akhirnya

  8. Bagai buaya dengan bayang-bayang.

  9. Kalau takut dilambung ombak, teruslah berenang di sungai sahaja.

  10. Air yang tenang jangan disangka tiada Bujang Senang

  11. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu nak langgar juga.

  12. Buat jahat berpada-pada, buat baik jangan sekali je.

  13. Tuah ayam nampak di kaki, tuah buaya nampak di gigi.

  14. Di mana ada kemahuan, di situ ada umpan.

  15. Ber-scuba diving ke hulu, berenang-renang ke tepian; biar settle pancing dahulu, baru terkam habis-habisan.



Ada banyak lagi Fasal-Fasal dalam buku ini yang kebanyakannya macam nak carik fasal je. Tapi… tak, niat aku murni sebenarnya. Haa, apa? Kenapa ‘murni’? Sebab aku rasa aku ni seorang yang baik hati dan berbudi pekerti tinggi. Tak perlukan penjelasan lanjut lagi.


Bagaimanapun, melihatkan skala kemalasan aku yang semakin menjadi-jadi kian hari, menjadikan buku ini tak mungkin sempat disiapkan menjelang akhir tahun ini. Tapi takpe, aku telah banyak menyediakan wacana untuk anda semua termasuklah perihal tentang nama domain blog aku yang boleh dilihat di atas skrin anda itu.


Cik Rynark pernah bertanya,


“Apa signifikannya nombor ’09?”


Aku menjawab,


“Ia ada kaitan rapat dengan nama Ascorp itu.”


Lalu beliau menyambung,


“Habis tu apa pulak menatang si ‘Ascorp’ tu?”


Aku sambung jawab,


“Maksud dia hanya akan didedahkan setelah tahun ’09 tiba nanti.”


“Ceh!!!”


Hehe, boleh je kalau aku nak bukak cerita sekarang. Tapi memandangkan aku seorang yang agak superstitious dalam beberapa perkara tertentu; aku anggap perkara ni sebagai taboo untuk melanggar janji yang aku buat pada diri sendiri yang telah terpateri sejak 8 tahun yang lepas. Maka tunggu je lah entri di bulan Januari nanti ye…




~Bujang Bin Senang, Eirin Natasya Abdul Rani, Syed Idrus Bin Syed Hilmy, Nasarudin Al-Haqeem, Muzaffar Dato’ Mustapha… Terer sungguh aku reka nama, huhu~

7 KoMen:

Rizal said...

.melentur ekor,biarlah dari hujungnya'

mcm best je ayat ko ni.....

'bersatu kita membazir,bercerai kita ada spare'

ade ke jai?
bkn ko sepi???

Tyra said...

Jikalau anda sepi dan tercari-cari... sila simpan ekor buaya dalam suar oke. haha.. dan juga harus diperkemaskan degn memakai spender crocodile. *larikk

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ijal : a'ah aku mmg sepi... ehem, ini bukan kesah aku, oke! jgn salah paham!

tyrark : buaya tak pakai seluar... kan?

ijal & tyrark : apesal cam 'lut-chah' jek korang neh... nehi nehi...

Tyra said...

maksud aku... selalunye org kate kalau baru nak wat jahat, akan tumbuh tanduk dan ekor.

jadi kalau nak membuaya, mesti r nmpk ekor... kan? jadi, aku suh simpan la ekor tu... nnt kalau org nmpk, lg susah ko nk mencari.

er.. lucah ke? aku x nmpk pun elemen lucah smpai la ko mentioned .. iskh.. ajaik nih.. :-w

nur'ain lǝɯoɔ said...

apo nih jai.. ngarut dah ni

Mak Su said...

maksu tgk n3 ni penuh dengan pengharapan yang suci dan tulus ikhlas dari seorang lelaki ascorp 09, maksu berharap akan ketemukan jawapannya kelak pada tahun '09 (apa aku merepek ni?)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

tyrark : uit, melantun terus ko yee? wakakakakak...

che'gu ain : sekali sekala laa cekgu

maksu : ye ye maksu... bersama laa kita menunggu dengan penuh setianya... ekekeke...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?