13.11.08

TAWA DALAM TANGISAN

Bila Sang Pujangga bermadah kata :



*Cerita ini memang kebenaran semata-mata. Memang ada kaitan pun dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekiranya tiada ataupun berbunyi seperti direka-reka, maka ia hanyalah satu kebetulan sahaja.



“Jai, ko nak buat cerita jiwang-jiwang tangkap leleh karat beracun lagi ke?”


“Err… err… Tengok tajuk je lah!”


Sebulan yang lepas ini aku berada dalam keadaan yang sedikit syahdu. Ada yang menegur “kenapa dikau bermuram durja laksana seorang durjana?”. Dengan mudahnya aku menjawab “entah…”. Lantas tanpa membuang masa aku terus melakarkan emosi elegi aku dalam sajak yang lepas.


Sebenarnya bermula dari tarikh 20 Oktober 2008 lagi aku terasa sedikit murung. Perasan tak yang aku sering mengulang perkataan ‘sedikit’? Ya, beginilah sifat aku. Tak suka nak leleh-leleh, sekalipun tak dapat nak lari dari perasaan sebak; membuktikan aku masih lagi seorang manusia yang memiliki perasaan normal seperti insan-insan yang lain.


Walaupun kini aku telah ‘matang’ sebagai antara lelaki paling macho dalam dunia (biarpun aku tak mengaku kachak), tidak dinafikan aku sukar lari dari perasaan sebak, hiba atau tersedu-sedu rasa nak tahan menangis ini. Wakakaka, macam geli je ayat aku ni kan? Di blog Rynark satu ketika dulu (kalau tak silap aku) pernah membincangkan tentang betapa huduhnya pabila seorang lelaki gagah seperti aku ini dilihat menitiskan airmata especially depan pompuan.


Benar, ketika aku kecil dahulu, aku begitu selesa untuk meraung. Tak kira sama ada mahu meminta bapaku membelikan pedang plastik berwarna merah-kuning; ataupun ketika perit kesakitan akibat digigit kerengga ‘brengset’ di kaki. Namun itu ketika aku kecil. Sekarang ni, walaupun eksiden bergolek jatuh motor sampai kulit kepala lutut tersiat sekalipun; aku rasa aku masih mampu untuk tergelak manja bersama rakan-rakan.


Sekiranya aku pernah menangis ketika zaman ini sekalipun, pastinya ia melibatkan emosi yang amat mendalam. Teringat zaman emo aku ketika mula-mula aktif YM ngan Myspace dulu (wakakaka). Kepada sesiapa yang pernah menjadi saksi tu, diam-diam sudee… Cerita kat orang pun buat pe. Bukan dapat duit pun. Aku pelangkung kang!


Tapi sebenarnya aku amat berahsia dengan rakan-rakanku. Cukup aku tak gemari bercerita sebarang masalah; terutama berkaitan emosi yang aku tau dorang takkan boleh selesaikan. Takat dengar aku membebel je boleh laa. Tapi itu pun aku tak sampai hati nak buat macam tu ngan member-member aku. Walaupun sang pujangga (versi terdahulu sebelum aku) pernah menyatakan; ‘kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar sekali’, tapi aku tetap tak suka nak memeritkan telinga rakan-rakan dengan mendengar masalah jiwa aku yang aku rasa takkan selesai sampai bila-bila ni melainkan aku sendiri yang berusaha menyetelkannya.


Anda boleh tidak bersetuju dengan pandangan aku tapi anda tidak boleh pertikaikan kewajaran aku untuk mengecualikan mereka dari diseksa oleh batin aku. Masih ada pihak yang berhak dan sanggup menerima seksaan sebegitu rupa yang aku tak lokek nak ceritakan sebarang permasalahan rahsia; iaitu family aku. Sesama kita, aku lebih puas hati sekiranya berjaya membuatkan kamu ceria; melupakan masalah di dalam kepala; tersenyum kecil ketika membaca atau mendengar cerita. Bagi aku, itulah fungsi aku selaku rakan anda.


Apabila aku sebak, aku sukar untuk menyembunyikannya. Aku pasti anda juga begitu. Tidaklah bermakna apabila terpancar rasa pilu ini, aku memohon untuk kamu mendengari bebelanku ini. Cukuplah sekadar kamu terbit rasa simpati sehingga mahu mehiburkan hatiku yang lara. Itupun bukan aku yang pinta, masing-masing empunya hasrat hati yang lebih mengerti.


Aku sepi. Oke! Aku terima! Tapi bukan sifat diriku untuk memaksa-maksa. Please…




~Sikit lagi nak meraung bila tengok hensetku nyaris dilanggar kancil~

10 KoMen:

nur'ain said...

salam! :D

Saya cadangkan join ekspedisi renang merentas benua, atau daki gunung everest, atau menternak landak hutan.

I'Allah tak sunyi lagi ^_^

Tyra said...

masuk rejim aku je la ajai oi.. leh gak ko exersais time to sebak2 nih..

Tyra said...

alamak.. typo.. aku malas nk delete..

masuk rejim aku je la ajai oi.. leh gak ko exersais time ko sebak2 nih..

Rizal said...

mat tacing....

Kak Piah said...

sepi itu indah..
indah ke? sepi itu?

Si Kachak Suparjo said...

Kau,


sedang desperate yg amat ke?


Jom kite berkasih sayang. Mau?

cendawanintim said...

sepi??

apakah??

nur'ain said...

ekekekek parjo.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

ain : erkk?! gulp..

tirark : mengenangkan kembali perkembangan saiz diameter abdomen aku selepas abes musim raya neh, bakal membuatkan ku tertanges lagi kot...

ijal : mat tacing takpe... jgn mat tersentuh sudah... bahaya...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kak piah : tu laa kak... saya pon tgh kompius neh...

suparjo : dude (atau dalam bahasa bakunya, duda) perkataan desperate hanya boleh digunakan utk housewive je... bagi 'kita-kita' neh, ia amatlah taboo oke! siot...

cendawan-mesra : emm... ala kak, biasa laa kak... dilema org bujang...

kehidupan org bujang laa neh makin mencabar...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?