6.11.08

TU LAA TUU…

Bila Sang Pujangga bermadah kata :




Teringat kat salah satu quote kegemaran Maksu; “tu la tu” yang pernah diwar-warkan dalam salah satu entri membayar hutang tag beliau. Aku selalu menggunakan frasa tersebut untuk mengomen sesuatu perkara yang aku tak ‘terkomen’. Mengambil kira sifat aku yang suka nak bercakap meleret-leret berpanjang jela; menjadikan frasa tersebut seringkali aku luahkan dalam nada sedikit kecewa.


Tapi di sebalik sifat kritis aku ini, ada masa terkunci juga mulut ini kadangkala. Tapi aku tau anda semua tidak secetek akal seperti aku; oleh itu aku bangkitkan tiga persoalan umum yang aku tak termampu nak ulaskan dengan panjang lebar. Maka, setelah membaca kesemua persoalan ini, silalah jangan malu-malu tinggalkan komen berjela anda di bawah tu nanti ye. (Maka terhasillah sebuah entri yang bersifat mahu menyeksa anda untuk pertama kalinya dalam sejarah blogging aku)




Takjub 1


Jam-jam hiasan untuk dijual kat dinding kedai jam sentiasa menunjukkan pukul 10.10. Adakah supaya kelihatan cantik kerana simetrinya? Kenapa tidak disetkan pukul 11.05, atau 9.15, atau 8.20 ataupun 7.25. Kenapa?


Takjub 2


Generasi lingkungan 40 tahun ke atas (atau tak keterlaluan jika mengatakan mungkin juga 30 tahun ke atas) tidak mampu menandingi kehebatan anak muda remaja hatta yang bersekolah rendah sekalipun dalam arena menekan punat-punat telefon bimbit. Golongan muda ini lazimnya mampu memasukkan pin topup henset 14 digit dalam masa kurang 5 saat sementara golongan yang agak berumur pula mengambil masa lebih dari itu. Mengapa? Apakah kerana sejak keluar dari perut ibu, mereka telahpun dilatih menggunakan telefon bimbit? Ataupun kerana mereka seringkali banyak meluangkan masa yang lebih untuk taip SMS sedangkan orang berumur jarang main SMS? Ye ke? Betul ke tu?


Takjub 3


Orang yang mempunyai sifat kelakar atau apa yang digelar oleh Adlin Aman Ramli sebagai manusia yang memiliki ‘funny bone’ biasanya tak hensem atau tak macho. Contoh paling mudah adalah watak yang dilakonkan Rowan Atkinson dalam sitkom popularnya Mr. Bean. Belum buat lawak lagi, baru tengok muka dia je orang dah tergelak. Sementelah orang yang kacak paras rupanya selalunya lebih dinilai pada tahap keseriusan mereka. Ada juga yang pandai buat lawak seperti Nas (NTV7), Hans Isaac, Brad Pitt, Johnny Depp malah Denzel Washington sekalipun tapi jarang yang betul-betul ada bakat komedi seperti Apek mahupun Nabil, Zizan, Harun Salim Bachik, Jim Carey, Will Ferrell, Jack Black dan sebagainya. Sekali lagi; mengapa? Apakah sebenarnya mungkin bagi seseorang yang kacak dan macho (seperti aku) untuk menceburkan diri dalam bidang komedi pada skala yang tertinggi?


*Selingan untuk entri letak gambar ye… Sila ambil bahagian dalam kuiz di bawah. Hadiah-hadiah menarik tidak mampu disediakan... Harap maaf.




Berdasarkan petikan gambar di atas, sila pilih jawapan yang sesuai untuk mengisikan tempat kosong berikut.



Ini adalah kereta _____ saya.


  1. baru

  2. kawan

  3. baru kawan

  4. kawan baru




~Takjub Itu Sebenarnya Bukanlah Taksub~

4 KoMen:

Mak Su said...

aik? sempat gaks hang sebut nama maksu kat sini? patut ler terbatuk2 jer dari semalam :p

taksub, er... itu la tu (ntahlah, hark hark hark)

jawap - nombor 3 :)

Kak Piah said...

jawapan soklan pertama..

naper ko nk bebel tnya kt sini dik oiiit..
baik ko gih balik kedai jam yg terlibat dan tnya pada tokey nyer..

jwpn soklan ke 2

yg nih .. akak ngaku..
walopon bln nam tawon dpn akak baru nk cecah 30an.. dan sekaligus tdk temasok dlm golongan yg ko nyatakan td... tp akak mmng kagom ngan budak2 jaman skarang yg naip gitu laju guna henpon.. mungkin sbb diorang tadek duit nk kol berbanding ngan golongan yg berumor 30 ke atas..

jwpn soklan ke 3..

eh bukan ko seorang yg kelakar ke dik? makanyer.. err.. paham2 sendri la... wakaka..

jwpn soklan ke 4

keta kawan ko..
akak syak laa.. sb ko penah komen kt blog akak dan ko bitaw keta ko kaler putih..
kalo akak salah maknanyer ko tipu akak..

~Takjub Itu Sebenarnya Bukanlah Taksub~

tp dlm entri ko kali nih..
ko begitu Taksub utk mengetahui perkara2 Takjub..

sekian..
adiah
??

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : hampeh je maksu neh... wakakaka... no. 3 eh? salah! sbb saya baru je kawan ngan mamat neh (semata-mata nak merasa tumpang kete)

kak piah : cayalah kak... sungguh hebat akak menyahut cabaran saya untuk menjawab komen berjela-jela...

tapi jawapan2mu itu agak hampeh especially utk soklan kedua dan ketiga...

nak adiah? nanti saye belikan patung spongebob ngan patrick utk hamtaro dan shinbei (sungguh ke'kartun'an sifatku ini)

Kak Piah said...

weeih.. bukan hamtaro.. rantaro oke..
ko dah ader perjanjian bertulis.. akan ku tuntut...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?