26.10.09

KOLAM-HATI = LIVER-POOL

Memetik kata-kata seorang blogger yang macho lagi segak orangnya (tapi tetap maintain sengal), beliau pernah menyatakan bahawa beliau dijangkiti dengan penyakit M, iaitu Manchester United.

Aku sebenarnya tidaklah begitu anti ataupun menyampah dengan pasukan ini mahupun pengurusnya Sir Alex Ferguson. Malah aku cukup menghormati beliau sebagai pengurus berpengalaman luas serta kagum pula dengan ‘beberapa’ bakat yang ada dalam pasukan itu seperti ketajaman sepakan Wayne Rooney mahupun kelincahan pakcik tua bernama Ryan Giggs.



Padahal di satu ketika dulu aku sendiri pernah berbangga menyarung jersi Manchester United dan mengaku sebagai peminatnya ketika era sebelum David Beckham dicampak dengan but hingga mencederakan matanya sekaligus dihalau pula keluar untuk menyertai Real Madrid. Aku cuba-cuba berjinak untuk mengikuti pula perkembangan Galacticos tetapi persembahan taktikal oleh pengurus mereka ketika itu sangat mengecewakan dan melayan bintang-bintang seperti Zidane, Figo, Ronaldo (Brazil), Roberto Carlos dan Beckham sendiri seperti bintang filem dan bukan pemain bolasepak.



Melihat kebangkitan bintang muda bernama Thierry Henry di Arsenal yang berjaya menggugat keangkuhan Manchester United tak berapa lama selepas itu, aku terus teruja untuk mengenali kehebatan pengurus mereka yang berasal dari Perancis dan banyak belajar mengenai konsep seni kejurulatihan dan pengurusan sehingga membuatkan aku jatuh cinta dengan kelab Gudang Senjata yang dipenuhi dengan bakat-bakat muda ini.



Ketika itu barulah aku dapat melihat dengan jelas ke’poyo’an para penyokong Manchester dalam ke’fanatik’an mereka apabila dimainkan dengan isu pergaduhan antara Vieira, Ljungberg, Nistelrooy dan Roy Keane. Ramai dari mereka yang mengeluarkan statement syok sendiri dan TERLALU berat sebelah. Aku tak kisah sangat malah aku amat memahami, tetapi apabila unsur hinaan mula diselitkan, maka ia tampak terlebih bongkak dan bagi aku orang-orang yang bongkak, takbur, angkuh ini harus ditumbangkan sehingga maruah mereka tercalar dengan begitu parah sekali. Itu saja cara untuk mengajar mereka agar kembali berpijak di bumi nyata.



Malam tadi berlangsung sebuah perlawanan penting bagi pasukan Liverpool menentang Manchester United atau lebih tepat lagi pertarungan ‘kalah-mati’ untuk karier pengurus Sepanyolnya – Rafael Benitez. Mereka telah kalah berturut-turut dalam empat perlawanan sebelumnya sementara Manchester pula beraksi dengan sangat cemerlang selepas sekadar seri dengan Sunderland beberapa minggu yang lalu.



Di Malaysia umumnya, untuk mencari penyokong Manchester United adalah berpuluh kali ganda lebih senang berbanding mahu mencari penyokong slogan ‘1 Malaysia’. Ini bukan sahaja meliputi pengunjung di kedai mamak, tapi juga melibatkan setiap golongan masyarakat di Malaysia. Pernah lihat kebanjiran penonton memakai jersi merah ketika Manchester berkunjung ke sini baru-baru ini di kaca TV?



Tak hairan pun, fenomena sama pernah berlaku 7 tahun lepas. Cuma yang aku terasa hairan apabila membaca sisipan akhbar Kosmo – EPLX yang membuat ulasan sebelum perlawanan mega di awal musim ini. Memang banyak ramalan dari orang ramai yang menyebelahi Manchester, tapi aku paling tak tahan bila salah seorang penulis menyatakan Liverpool adalah pasukan bawahan yang hanya bergantung harap pada Gerrard dan Torres. Malah mereka digambarkan sebagai Blackburn yang cuma ‘menyamar’ sebagai Liverpool (untuk makluman Balckburn baru saja dibelasah 0-5 oleh Chelsea). Terlalu banyak kritikan hina dilemparkan dengan mengatakan Lucas cuma berpeluang untuk bermain semata-mata kerana Rafa, Dirk Kuyt pula tidak boleh diharap, malah Mascherano digambarkan sebagai pemain yang tidak komited dan tidak sabar-sabar mahu dijual pada pasukan Barcelona.

Aku pun tak sukakan Liverpool kerana mereka mempromosikan arak, menggaji pemain Israel dan saham mereka dimiliki rakyat Amerika Syarikat, tapi hinaan angkuh yang dilemparkan terhadap mereka berjaya membakar semangat aku untuk melihat Liverpool memalukan Manchester United – sekurang-kurangnya untuk mendiamkan penyokong mereka yang membuta tuli itu.

Liverpool menewaskan Manchester United 2 – 0 dengan jaringan bergaya oleh Torres dan serangan counter oleh Ngog di masa kecederaan. Tahniah aku ucapkan!



“Arsenal pulak macam mana Jai?”

“Seri 2 – 2 dengan West Ham. Tapi kitorang main away game tau! Kira gempak gak laa sebab tak kalah…”

“Seri tetap seri. Ko pun 2 X 5 gak rupanya…”

Ye, Arsenal juga pernah dihukum banyak kali akibat keangkuhan mereka.



*Orang lain semua dah balik. Korang bila nak habis melepak neh?

5 KoMen:

Mak Su said...

maksu layan boxing :)

^inas^ said...

dulu masa sekolah menengah aku suka tgk diorg main game kat tv. masa tu aku hafal nama2 club.. nama2 player (yg mahal2 nye player la).. tp aku sbnrnya x tau cara main soccer ni. yg aku tau, klu bola masok gol, aku pon jerit ggggooolllllll!!!!

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

maksu : maksu mmg ganas. wwe layan jugak tak maksu?

inas : dulu aku pon same gak ngan ko. sbb mase tu aku dok follow org. org minat manchester united, aku pon dok ikot minat. org puji beckham, aku pon same.

tapi skang dah lain... lalalala...

Mohammad Al-Aiman said...

setuju ngan pendapat ko 101%
nnt ader game man utd kiter turun
sokong team yg lwn man utd tu
amacam?

deal?

=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kes kes...

selama neh pon, kalo ko nampak aku melepak teman apeet, sariz atau apek kat i.m, mmg tu laa tujuan aku pon...

lalala...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?