30.10.09

SURROGATES

Not the best one I’d seen, but surely interesting enough.




Diarahkan oleh : Jonathan Mostow

Teraju utama :

Bruce Willis (susah nak mati),
Radha Mitchell (calon ibu mithali dalam cerita Silent Hill),
Rosamund Pike (gadis Bond yang pernah bersifat talam dua muka),
James Cromwell (warden penjara dalam The Green Mile)

Oxford memberitahu aku, surrogates membawa maksud “a substitute, especially a person deputizing for another in a specific role or office”.

Dalam filem ini, ia diterjemahkan sebagai sebuah robot yang akan dikawal dengan minda oleh si pemiliknya, bagi menggantikan tugas kehidupan seharian. Inovasi ini bermula sebagai satu langkah keselamatan. Apa pendapat anda bila anda terpaksa menaiki kereta ke tempat kerja sedangkan anda terdedah dengan risiko kemalangan jalanraya? Bagaimana pula dengan risiko disamun atau diragut di tempat awam? Dan pelbagai lagi kemungkinan yang lain apabila kita bercakap tentang risiko dalam kehidupan seharian.

Di dalam cerita ini, fenomena teknologi robot surrogate ini telah menular ke seluruh dunia dan berbillion manusia sedang menggunakan surrogate masing-masing untuk tujuan peribadi mereka. Dari asalnya aspek keselamatan yang diberi tumpuan utama; kini ia beralih arah untuk membolehkan mana-mana individu tampil di khalayak ramai dengan rupa paras yang lebih muda, lebih menawan ataupun jantina berlainan sekalipun. Kerana hanya pemilik robot ini sahaja yang benar-benar tahu siapa dan bagaimana rupa diri mereka secara realitinya.

Anda minat cerita Matrix trilogy? The 6th Day? I Robot? Ye, ia adalah gabungan ketiga-tiga cerita ini jika tidak keterlaluan untuk aku simpulkan.

Di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini, Tom Greer (Bruce Willis) adalah seorang ejen FBI dan sedang menyiasat sebuah kes pembunuhan. Tujuan utama surrogate diwujudkan kerana mereka ini hanyalah robot mekanikal yang boleh rosak atau jahanam tanpa mengancam keselamatan nyawa pemiliknya. Namun dalam suatu kes, dia dapati terdapat surrogate yang telah dirosakkan dan pemiliknya juga mati pada masa yang sama. Senjata apakah yang digunakan bagi membolehkan perkara ini berlaku? Tom Greer berazam mahu mendapatkan jawapannya. Kerana dengan kewujudan senjata ini, berbillion nyawa sedang diancam bahaya.

Setelah penyiasatan terperinci dilakukan yang dipenuhi dengan seribu rintangan dan pembongkaran pelbagai konspirasi, akhirnya beliau temui jawapan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas kematian-kematian ini. Dan orang itu adalah… Eh, apahal lak aku nak citer. Pi laa tengok sendiri… :p

Kalau anda semua tanya aku, aku bagi 3 setengah bintang je untuk filem neh. Tapi sila tunggu sehingga ending cerita untuk anda fahami mesej sebenar yang cuba disampaikan mereka.

Oh ye, secara ironinya aku terasa kita juga sedang menggunakan surrogate masing-masing di alam siber. Kita gunakan emel untuk menghantar surat, blog untuk berceloteh seperti kita anggap ia sebagai diari peribadi seumpamanya, myspace pula untuk bertemu rakan-rakan sosial, dan facebook dengan sebegitu ketagih kita jadikan sebagai alat mainan bagi menghiburkan diri di masa lapang.

Hmm, I wonder what comes next?

6 KoMen:

dekboy said...

wah macam best je citer ni...cara pengolahan dan pengupasan dari mr ajai pun nampak menarik...tp kita tak menat plak nak tengok..tak sesuai tuk umo kot..ahaksss

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

nanti kalo kuar ben 10 the movie aku buat review nye ye? keh keh...

Nazra~ said...

naz dah tengok cerita ni. jalan cerita dia agak kabur bila nak sampai ke klimaks. memang pening jugak la. kalau dari segi teknologi computer yg dia guna, agak okay la

=]

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

kan kan? even kalo kite nak puji sinematografi die pon, mcm ade kemusykilan sikit. nampak terlalu neutral utk filem berbajet besar mcm neh.

tapi scene bruce willis guna surrogate die utk kejar pembunuh upahan tu dan scene bila semua surrogate di-offline kan mmg gempak laa...

huhu...

Mohammad Al-Aiman said...

ak tgk pada hari pertama tanyangan
mmg syok cerita2 mcmni
ak suka
yg xsuka pegi la tgk citer prof.razak mohaideen
okey?

hahaha
=D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

keh keh keh... ade buat citer lagi ke mamat tu? skang aku tgk afdlin je yg tgh aktif.

oh ye, tu, ahmad idham ngan farid kamil pon takleh pakai gak.

yusof haslam pon dah bersara. tapi anak die n the geng pon tetap nak menyibuk sama.

hoho...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?