6.6.08

PKS (Pekerja Khidmat Sementara - Kontrak)

Bila Sang Pujangga bermadah kata :


Baru-baru ini saya telah berjaya mengupah pembantu dalam usaha saya untuk mempertingkatkan kualiti kerja saya. Bagaimanapun didorong faktor ekonomi yang semakin menggawatkan ketika ini, saya cuma mampu mengupah pekerja yang murah dan bekerja dengan saya mengikut tempoh kontrak yang diperuntukkan.

Berikut adalah gambar pekerja terbaru saya:


*Kad Pengenalan beliau

Nama : Beg Galas Serbaguna Bermuatan Besar a/l Beg Askar

Umur : 5 hari

Tugas yang dipertanggungjawabkan : Membawa peralatan kerja seperti buku nota, wang petty cash (agar saya tak keciciran wang lagi, huhu), alatan kain baju untuk saya bermalam di rumah bos, alatan peribadi seperti minyak rambut, sikat, pengetip kuku dan sebagainya.

Faktor kualiti sebagai petugas yang baik : Kalis air, tahan lasak tidak mudah terkoyak ketika membawa muatan berat, memiliki compartment yang agak banyak dan praktikal untuk saya, warna yang sedap mata memandang, serta amat hensem apabila dipadankan dengan mamat jambu seperti saya.

Nilai kontrak : RM75 untuk tempoh masa bekerja selama 1 tahun dengan pilihan sambungan tempoh kontrak (tanpa bergaji) andai masih mampu dan mahu terus berkhidmat.



Saya kini dalam usaha untuk melobi personal assistant yang dapat melancarkan perjalanan kerja saya disamping membantu pekerja baru saya tadi sebagai kuli saya yang tiada kompromi. Namun, personal assistant yang baik semestinya menelan kos buruh yang amat tinggi. Jadi saya sedang dalam usaha mengumpul dana serta mengintai peluang-peluang yang ada agar dapat memiliki wang sebanyak RM2000 sebagai syarat untuk mengupah beliau.

Lihat saja gambarnya yang saya perolehi dari resume yang dikemukakan beliau baru-baru ini:


Nama : Compaq V3000 a/l Hewlett Packard

Umur : Belum diketahui

Tugas yang dipertanggungjawabkan : Mengakses emel pesanan barang yang diterima dari pelanggan serta memudahkan proses penghantaran tanpa perlu berebut dengan anak bos yang seringkali mangganggu untuk bermain game mahupun menonton youtube, menguruskan penghasilan blog, cerpen (cerita penjang – pendek tapi sebenarnya panjang), penontonan movie dari koleksi DVD saya yang terbaru, memutarkan MP3 yang terbaru, mem’burn’kan CD untuk dijual pada sahabat handai yang mahukan koleksi lagu, serta perantara untuk saya mengakses dan menghapdet akaun myspace saya.

Faktor kualiti sebagai petugas yang baik : Memiliki RAM dan processor yang kuat dan amat diperlukan. Pengstoran cakera keras yang agak luas. Tekonologi wireless yang diperlukan untuk saya mengakses internet di rumah bos secara free (muahaha). Mudah diangkut ke mana-mana tempat sesuka hati saya.

Nilai kontrak : Lebih kurang RM2000 untuk tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga hingga ke empat tahun. Tidak termasuk elaun yang akan dipersetujui untuk dibiayai oleh saya kelak seperti elaun Pembelian Bateri Spare, elaun Aksesori Tambahan seperti webcam (ceh ceh) dan sebagainya, elaun Kesihatan andai kata bakal personal assistant saya ini jatuh sakit serta elaun Peng’upgrade’an andai kekuatan RAM atau pun kad grafik beliau perlu dipertingkatkan.




Sekian berita dari saya untuk minggu ini. Doa-doakan saya berjaya dalam angan-angan saya nak memiliki personal assistant yang canggih ini. Sekian.




~EndOfBerangan~

4 KoMen:

mAkCiK De' KiPaS said...

bayar streamyx ko dulu :|

Rynn Cowbra said...

tetibe aku rase bsalah bile makcik sebut sal stimiks :|

maafkan aku kerana mjadi penyumbang.
abg x penah gtau rynn oke sal mende neh?!
mati2 hengat pakai ring2.
dulu kate pakai ring2.

adess!~

Tyra said...

inilah beg askar yg kita gossip-gossip aritu eh?

aku bercadang nk beli begpek baru gak... memandang nnt bukak sem ni menuntut aku untuk membawa barg2 yg banyak (buku, laptop dll)..

ko taknk rekomen aku ke?? hehe... kalau pasal henbeg aku leh tnye makcik.. tp psl begpek aku tnye ko lah.. hihi.. yelaa... tkkn nk tnye ko psl henbeg laks walaupun rupe ko skrg iras2 Mya Ucuk. *larikkk

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

azark : watpe? kalo aku ade laptop, aku leh dpt konek-syen pree of cas... mwahahaha...

rynark : aloh... bukan ryn sorang je yg abam dok gayut... :-"

tyrark : hoho, sungguh cabul kata-katamu itu...

emm, begpek ini nampak megah apabila dipadankan org berbadan macho dan berambut jambu seperti aku...

utk ngko? takyah le begpek, beli henbeg besar tu lagi bergaya... walaupon skang zaman peragut berleluasa, tapi kalo ko pentingkan paras rupa, maka risikokan laa keselamatan diri sendiri demi tatapan mata org yg tgk ko hari2...

hoho, nasehat tak leh blaa...

Post a Comment

Any Comment? Anybody?