12.2.10

BARANG KAWALAN DAN TAHUN BARU CINA

BERA, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan penetapan harga bagi 11 barang kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada 3 Feb ini.


Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai kali ini juga merangkumi daging babi selain barangan lain yang popular semasa perayaan itu seperti telur, ayam dan ikan bawal putih.


"Tempoh kawalan harga juga akan dilanjutkan daripada kelaziman 10 hari kepada 12 hari kali ini, kerana pada hari kesembilan selepas Tahun Baru Cina adalah perayaan Thni Koh Seng yang lagi besar sambutannya," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.


Beliau turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk kedua-dua perayaan itu mencukupi.


-- BERNAMA



Dulu aku pernah bertaki (read : berdebat) dengan kakak aku sebab dia kata, “Pelik tak, time raya puasa je barang naik harga. Tahun baru cina takde pulak.”

Sape kata? Haha. Kalau dulu kepala babi cuma boleh jual 2 ketul je sehari, tahun baru neh tatau laa camne permintaan pasaran.

Lagipun kita kat Malaysia neh majoriti sambut Aidilfitri (walaupun ramai yang tak cukup poser – termasuk aku). Raya haji tak popular sangat sebab bukan semua orang dapat pegi haji. :P

Maka sudah tentu laa kita yang melayu Islam neh tak merasa sangat kenaikan harga barang Tahun Baru Cina.

Ahh, tak kesah. Yang penting orang nak bagi cuti kita rembat. Aku contohnya; rembat gaji double. Haha.

Bertemu lagi di next entri.

5 KoMen:

Mak Su said...

nk buat OT ker time cuti ni?

Khairi said...

uish, kalau daging babi naik. Boleh aje jual babi hutan yg banyak duk bedal kebun pisang aku tu kan. hahaha.

bertaki? xpenah dgr la beb.

INDRA QIRANA said...

wahh kerja time cuti...kerja berat tu

Zyma Da` Catwoman said...

Rembat gaji double?? Ko rasa2 nak belanja aku makan pizza tak??
Ko ada perasaan baik hati dan pemurah tak sempena CNY ni...kot2 ko nak belanja aku la. Hihihihi...

:)

'AQILAH said...

harga naik sebab demand tinggi..haha happy holiday !

Post a Comment

Any Comment? Anybody?